ya Rabb..

Tuesday, March 1, 2011

rancang punya rancang..


segala puji bagi Allah, pemilik alam raya..

tak semua yang dirancang oleh makhluk akan tercapai mengikut kehendak si makhluk.
jadi si makhluk merangkap hamba yang sedang menulis ini akan sedaya upaya untuk tak mengeluh.

rileks, sabar, tenang dan syukur..kita hamba..serahkan pada sang pencipta

beberapa hari lepas ke Kobe, sebuah bandar pelabuhan yang agak terkenal. niat asalnya memang nak ke Masjid Kobe dan solat jumaat. alhamdulillah tercapai niat. tapi malam sebelum bertolak ke Kobe, kawan dari Kobe University (shindai) mesej ajak main futsal pada hari sabtu malam. so, dengan semangatnya pada pagi jumaat bertolak ke Kobe dengan membawa sepasang kasut futsal dan bekalan baju untuk beberapa hari. alang-alang orang kampung nak ke bandar la kan..stay lama sikit.ik2

tebaboom!!!masjid ok je..amcam macho x??

tengok-tengok hari sabtu tengahari, futsal dibatalkan sebab kebanyakan yang janji nak join ada hal (mostly staff perodua). depa ada benda apa tak tau. mula la aku bebai2 cakap kedah tem tu.hahaha. nasib baik la malam sebelum tu, aku terjumpa junior sekolah menengah aku, Kak Chik yang tengah ngaji kat shindai. aku dah ayat dia suruh prepare lunch untuk aku ngan member-member lain. so aktiviti hari sabtu adalah melawat rumah Kak Chik dan makan nasi lemak+buat hingaq+buat ramai and balik. sedap wooo. dahla ada homemade cheese cake housemate kak chik buat..hoho. lain kali nak kena pi lagi nih

kiranya cita-cita nak membakar lemak dan kalori kat kobe dah terbalik. pi tambah lagi ada laa. futsal yang dirancang, nasi lemak, kek coklat n cheese cake pulak jadinya.

hari ahad dah ada di rumah kat wakayama dan cuba untuk tidak membosankan diri. antaranya dengan menggiatkan diri pergi window shopping dan jogging sepanjang Sungai Kinokawa pada sebelah petangnya. tapi aku rasa bosan gak la buat semua benda sorang-sorang. bujang senang sungguh. dahtu malamnya cuba la pulak try menu baru yang dibaca kat internet. prepare punya prepare.masak punya masak. tak sedap!!uwaaaa.sedih kot. tu laaa. membijak+palatau sangat. resepi tulis guna limau nipis, aku pi guna lemon sapa suruh!!. bukan setakat masam, pahit pun ada. kesian2. dah nampak dah skill kat dapur semakin tumpul. tapi perut komando macam aku, asal halal aku telan ja.

kinokawa

isnin adalah hari berehat dan kemas rumah(kemas la sangat.ik2). tapi ada sesuatu yang menarik malam sebelumnya dan siang harinya. nanti lah story. panjang kot

harini sepatutnya aku nak gi joging lagi even aku tau perkara tu agak membosankan. dah tu je pilihan yang ada daripada duduk terperap kat rumah. nak gi men boling ngan member nihonjin macam malas ja sebab kejap lagi melarat-larat ke tempat lain pulak. kenai dah depa nih. kalau kata ajak pi makan tu bukan makan saja..nanti lepas makan ajak gi tempat lain pulak. boling pon sama ja.haha. malangnya pagi tadi hujan. tak boleh la nak keluar joging. tengok tenkiyoho petang ok katanya. so berazam nak joging di sebelah petang. tapi entah macam ntah. boleh pulak terchatting dengan Cikgu Kamariah, cikgu biologi masa kat SAINA dulu..panjang sangat chatting sampai lupa dah lewat. batal lagi hasrat nak joging. nampaknya plan perancangan kecergasan sepanjang cuti dah menunjukkan kegagalan di waktu permulaan cuti. OH TIDAK!!

akan bersambung...

jya.mata ne~

No comments: