ya Rabb..

Sunday, February 17, 2013

ringan tapi berat

bismillah ar-rahman ar-rahim

lama tak menulis. cuti dah bermula. kadang-kadang jenguk blog sendiri rasa macam kosong sangat tak ada apa-apa.

kebetulan semalam luangkan masa dengar tazkirah Syeikh Fahmi Zamzam. terasa nak share satu benda ja daripada keseluruhan kuliah tersebut. mudah-mudahan jadi amalan kita bersama. memang dah lama ternanti-nanti orang upload kuliah Syeikh Fahmi Zamzam kat youtube. alhamdulillah semalam youtube suggest dari satu channel yang saya subscribe. *(klik la kat hyperlink tu kalau ada masa)

apa yang saya nak kongsikan adalah satu hadis nabi yang maksudnya adalah seperti berikut;

“Dua kalimah yang ringan di lidah, berat di atas neraca timbangan dan disukai oleh Tuhan Yang Maha Pengasih ialah: SubhanAllahi wa bihamdih, SubhanAllahil-`Azim“
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)



سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم

Saturday, January 12, 2013

tak faham

di persimpangan dalam menentukan beberapa keputusan yang besar dalam hidup.

fuhhhhhh...

tarik nafas hembus nafas tarik nafas hembus nafas alhamdulillah nafas tak berbau
*hahaha buat lawak bodoh sorang-sorang.

kadang makin tua makin tak faham apa yang nak dicapai. mungkinkah kesilapan waktu kecil terlampau banyak bercita-cita.bila dah besar pun bercita-cita lagi dan akhirnya semua bertembung. then, yg tersepitnya sapa dlm pertembungan nih??

nah padan muka hang ket.

Monday, September 24, 2012

syukuri nikmat - say ALHAMDULILLAH


baru-baru ini masa tengah prepare dinner kat dapur, ada mendengar kuliah Ustaz Ismail Kamus; otai dakwah yang tak perlu diperkenalkan lagi di tanah air kita - Malaysia.

tetiba hari ni rasa nak share pulak sebab tiba-tiba teringat. mudah-mudahan bermanfaat dan jadi amal kebaikan untuk kita.

Ustaz ada pesan, jangan lupa bersyukur atas sekalian banyak nikmat tak terhitung yang kita terima tanpa kita pinta daripada Allah. <-- ayat ni standard ja.selalu dengar ustaz-ustaz sebut.

Syukur sering dikaitkan dengan ungkapan kalimah "ALHAMDULILLAH"

Yang menjadi sebab aku nak share adalah part ustaz cakap kalimah alhamdulillah itu bukan sahaja memuji, mengagung dan membesarkan Allah tetapi juga merupakan suatu doa. masa tu la aku mula memberikan perhatian lebih dan menghentikan masakan sebentar. bagi perhatian lebih sikit. sebab part ni agak rare!

Ustaz cakap bila kita bersyukur, sebenarnya kita juga sedang berdoa kepada Allah supaya ditambahkan lagi segala nikmat yang Dia kurniakan untuk kita di samping memohon perlindungan daripada azab siksa. Ustaz datangkan ayat di bawah ini sebagai dalil. Ayuh kita renungi bersama.

Tuesday, March 6, 2012

mari berdoa


assalamualaikum

sedikit perkongsian untuk kebaikan

diambil dari status skype seorang kawan.

pemilik skype tidak didedahkan

semoga bermanfaat ^_^

Wednesday, February 29, 2012

saikin


assalamualaikum

pagi ini Wakayama hujan agak lebat. di tempat lain ada yang bersalji.

mengikut perancangan sebenar, hari ini adalah hari pertama aku kembali ke padang latihan setelah seminggu diberi cuti. hari ini sepatutnya adalah dua hari terakhir untuk aku menemani kohaitachi berlatih. tapi hujan hari ni memberi masa untuk aku mengupdate blog. maka esok adalah hari terakhir untuk aku memperturunkan segala amanat, nasihat teknikal dan apa-apa yang perlu untuk kohaitachi berlatih menghadapi spring-league kelak.

sebenarnya tiada apa yang istimewa sangat yang mahu diupdate. sekadar melaksanakan niat cuti ini; merajinkan diri update blog sendiri

sekadar menceritakan suka-duka seminggu lepas. sememangnya minggu lepas adalah minggu suka gembira dan minggu duka gundah-gulana.

untuk makluman semua, minggu lepas aku telah berpindah rumah. agak penat la kemas barang seorang diri. nasib baik la masa nak angkat barang naik turun lori tak buat sorang-sorang. ada member tolong. lega.

masa kemas-kemas barang, keluarkan buku dari rak dan nak masukkan dalam kotak, aku terjumpa ini.

bully off
- segala kenangan hoki setiap tahun diabadikan di sini -
segala kerja mengemas bilik terhenti hampir sejam gara-gara terjumpa benda alah ini.

berat rasa hati membaca. tapi ada rasa gembira dengan segala kenangan. sekurang-kurangnya aku ada benda nak dikenang bersama mereka.

seterusnya terjumpa perkara yang seakan-akan sama kategori tapi berbeza isi dan kenangannya.

abaikan kesalahan ejaan english.
mari lihat isinya
jeng jeng jeng...

Friday, February 24, 2012

ubah wajah


musim menulis blog kembali lagi.

memandangkan banyak masa terluang dan otak agak kurang bergerak, aku jadi banyak membaca. so, datang la idea macam-macam. cuma masalah menguruskan kebanjiran idea yang masih gagal diatasi.

jadi tanpa apa-apa sebab yang munasabah, blog ini ditukar nama.
sesaja letak nama dalam nihonggo.
mungkin juga sebab eikyou kerap baca shosetsu dan  meigen sepanjang cuti nih.

terima kasih atas perkhidmatan selama ini.

imamade otsukaresamadesu!
y u no say tq?

terima kasih untuk 93 posts dan 102 komen. macam-macam benda jugak dipelajari dengan memblog atas nama seorang pelajar pencen nih.

welcome home new name

Thursday, February 23, 2012

cuti dan masa lapang


y u no read??
membaca jambatan ilmu u know!


lama benar tak bukak ruangan new post nih

nampaknya cuti datang lagi. time to makan skoler pencen
cuti kali ni sebenarnya aku akan jadi sibuk dengan macam-macam tugasan dan aktiviti.
sengaja untuk minggu pertama ni, aku memain sikit.

untuk seminggu pertama cuti, hari-hari telah berlalu dengan:

youtube

facebook & twitter

skype & ym

online meetings

iPhone

train

home party + lepak

new home?? pindah lagi lettewwww  ik2

hoki  opsss.mama mesti akan bising kalau baca nih.


window-shopping, online window-shopping dan kadang-kadang tershopping sungguh -.-||

shousetsu + meigeng

packing barang

kamera