ya Rabb..

Friday, December 23, 2011

WG 2011: 18kippu

semalam, semalaman tak dapat melelapkan mata. mulanya bersembang dengan teman-teman yang dah lama tak ketemu. lepas teman-teman melelapkan mata, mula buat sedikit 'ulangkaji' dan sedikit aktiviti lama.ik2

seawal jam 6.30 pagi mula bertolak ke Osaka-eki dan bertemu dengan teman-teman dari pelbagai tempat. lepas bersembang beberapa ketika, sama-sama membeli 18kippu.

agak menjimatkan bila perjalanan yang sepatutnya bernilai ¥6000++ menjadi ¥2200 hasil perkongsian bijak 18 kippu. 9 orang jejaka berkongsi 2 keping tiket. sesuatu yang menyeronokkan sebab taun lepas aku cuma kongsi dengan seorang kawan.

saat blog ni ditulis, jam 10.09 pagi, aku masih dalam densya yang sedang membelah belantara dengan pemandangan indah. Allah sedang menghiburkan hamba-hambaNya dengan keindahan salji yang memutih. bukit, pokok, sawah, hutan, rumah, dan segala yang dilihat dari tingkap densya semuanya putih, warna fitrah yang mendamaikan.subhanallah. maha suci Allah dan setinggi-tinggi pujian bagi tuhan yang mentadbir sekalian alam

doakan perjalanan kami bersembilan selamat. jangkaan kaji cuaca menyatakan ribut salji akan melanda sepanjang hari








okes nak menikmati keindahan alam bersama kamera tersayang ^_^

Oley!! : perjalanan bermula

assalamualaikum

perjalanan WG ke Ishikawa untuk menuntut ilmu dengan ustaz oley bermula malam ini.

kesejukan malam ini sekitar 5℃ tanpa salji adalah ujian. perlukan kesabaran dan mujahadah.

tahun lepas (WG 2010) terperangkap dalam ribut salji kira-kira 5 jam. harapannya tahun ini tidaklah sesukar tahun lepas.

esok seawal jam 8 pagi akan memulakan perjalanan ke Kanazawa selama 5 jam berkereta api. dari Kanazawa pula perlukan 2 jam ke Notobe dan seterusnya menaiki bas ke tempat program.






doakan keselamatan semua peserta

*masih di Sakai dalam densya otw ke 豊川駅

Monday, December 19, 2011

lewat sehari dakedo..

assalamualaikum..


semalam 18/12/2011 genap umur abah 52 tahun. tak sempat call rumah lagi wish apa-apa kat abah. tapi dah wish in advance last week. =)


semoga abah sentiasa dalam perlindungan, rahmat dan kasih sayang Allah. sebagai anak, doa abang untuk mama dan abah serta seluruh ahli keluarga yang lain tak pernah putus setiap kali solat.


18/12...
2001- sepuluh tahun yang dulu,hari abang dan abah bergaduh besar.hari tu besday abah. but abang ruined everything.the whole family kena tempias. years later, baru abang sedar no matter what happened, i'm always your boy and u'll always have the power and deserved the respect as a father.
2006- abah kehilangan guru quran abah, Haji Mad Da'ie yang telah dijemput menghadap Ilahi. dan mulai dari hari tu abah mula mengaji quran dengan Hj Man. semoga Allah berikan abah untuk terus istiqamah menuntut ilmu quran. abang sentiasa doakan kemudahan abah menuntut ilmu.


tu je yang abang boleh ingat tentang tarikh penting dalam hidup abah.sori tak dapat nak kontek or jawab panggilan abah dengan kerap. abang sedang belajar disiplin rindu untuk masa depan :~]


sekarang ni tengah sibuk siapkan buku program projek oley! yang nak guna untuk hujung minggu ni. doakan abang juga.




curi gambar kak awa letak di fb.ik2

#post ni tak berapa proper sangat kot sebab post dengan handset ja.nanti i adjust la apa yang patut guna komputer

again, post ni lewat sehari, tapi motifnya tetap sama: HEPI BESDAY ABAH

bye!
love u

Saturday, December 17, 2011

semalam itu semalam..

assalamualaikum

ini adalah sejenis kenangan broooo

masih kenal suara ini??
bagi aku ni mungkin suara dan bait kata-kata di tempat kedua yang mampu lekat lebih lama di hati selepas alunan suara papa rock ramli sarip yang sering hadir dengan 'rock bermaksud'.

ya Hannan ya Mannan...



memori agak terusik sehari nih dengan usikan kenangan oleh kawan..tahun depan, 2012 genap 10 tahun perkenalan.

berkenaan tajuk post: semalam yang hangat (cari di tiub anda atau yg sewaktu dengannya)

#actually post ini masih bertujuan untuk test application blogspot on smartphone.cuma kali ni masuk video guna pasokong n publish guna phone..mari kita tengok hasilnya


Wednesday, December 14, 2011

Disember : cuba kita kenang kembali

okeh tengah dengar lagu Junaidah 365 sementara tunggu kelas 心理学 (psychology).
tetiba teringat nak cari lagu ni kat utube lepas dengar kat ipod. alang-alang try post tengok kat blog apa jadi.
skang ni musim dok test application blogspot on iphone

zasss..
mari lihat hasil apa jadi
http://www.youtube.com/watch?v=R77HsMMkajg&sns=em

jyajya~
*bonus: gambar sengal budak banana phone

Monday, December 12, 2011

testing2 bosan

assalamualaikum nak test power application blogspot on iphone sat boleh post video n gambaq ka dak kita tgk nnt hasilnya

video tak boleh upload directly.kena masuk utube gak dulu..mendokuseiii

testing

photomap

watdahell toukeigaku

Saturday, December 10, 2011

impian: fikir semula



aku ada impian yang aku tanam sejak berumur 16 tahun. menjadi seorang jurutera marin yang akan mengelilingi dunia di atas kapal yang aku naiki. melihat kehidupan yang berbeza dari sudut berbeza daripada pelbagai jenis masyarakat dan mengadaptasi apa yang baik ke dalam diri. tu lah alasan-alasan yang aku bagi bila orang bertanya mengapa kapal? bukan jurutera yang lain. entahlah, dah memang yang tu impian aku yang aku tanam sejak melangkah masuk ke upper form pada tahun 2005. tapi aku tak pernah berazam sepanjang hayat untuk berada di atas kapal.sampai masanya pencen dari kehidupan kapal dan mulakan hidup manusia biasa.



banyak yang aku korbankan untuk impian yang satu ni. entah la berbaloi ka tidak. tapi aku ni bukan yang jenis kisah sangat dengan hasil akhir. janji aku dah letakkan usaha. sejak menetapkan niat untuk impian aku tuh, banyak faktor dan tarikan lain datang menyapa hati.contohnya robotik dan optics. tapi perkapalan tetap menjadi tarikan di hati.

Thursday, December 8, 2011

ada baiknya aku tulis kisah ini

assalamualaikum.

sekadar ingin berkongsi. tulisan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa.

maaf jika tuan punya badan ada terbaca dan merasakan aku sedang mengaibkan dia. takpun terasa macam aku nak besar-besarkan cerita. tapi insyaAllah tiada siapa yang aku nak aibkan. segala nama dalam kisah ini tiada kena mengena sama ada antara yang hidup atau mati. kisah ini untuk pengajaran bersama. ini kisah aku, Cik X, dan Cik Y. bila menggunakan title 'Cik' tuh, harap-harap fahamlah kalian yang membaca bahawa X dan Y ni berjantina perempuan dan jantina aku tetap sama;lelaki.

rasanya semua orang sedia maklum ini zaman teknologi. orang muda macam kita semua ada FB, YM, Skype, Friendster, Google+ n so on. boleh dikatakan semua orang yang ada FB akan check FB bila on komputer. alang-alang dah online kan. yang ada iPhone atau telefon-telefon pintar yang sewaktu dengannya boleh update or online 24/7 di dalam poket di mana-mana sahaja. itulah zaman kita. zaman yang dipermudahkan segala bentuk fitnah atas nama teknologi.

kisahnya begini,

Sunday, December 4, 2011

antisosial?


assalamualaikum

alhamdulillah sudah melangkah ke bulan Disember dan juga Muharram serta masih diberi kesempatan untuk bertaubat dan terus bertaubat atas segala salah silap sama ada yang disedari atau separa sedar atau langsung tak di sedari.
jadi perbanyakkanlah istighfar.. mudah-mudahan kalau dijemput menghadap ilahi dosa kita tak sebanyak dosa andai kita tidak beristighfar langsung..pelan-pelan deh

sudah hampir 1.5 bulan meninggalkan kehidupan 'bermasyarakat' yang boleh kata sebati dengan jiwa, rasanya masih terumbang-ambing kehidupan yang baru nih. ada hari jadi moody.ada hari jadi malas and kebanyakan hari mestilah happy.hehe

kali nih blog diupdate untuk memberitahu bahawa aku masih hiduppppppppp!! tak caya, tengok fb.hari-hari update kan tuh. so, jangan risau sangat.memang aku dah jarang kontek member-member, tapi aku sedang meng-ok-kan diri dengan persekitaran. so dont worry eh. bukan apa, some of my fren dok tanya kerap sangat aku ok ke tak. Jepun or Melayu sama ja soalan.hahaha. kesimpulannya, aku ok.

kawan-kawan Jepun kat uni macam selalu buat lawak bila jumpa or berselisih di cafe or kat jalan, tapi aku jarang layan sangat sekarang nih. sejuk kotttt.otot muka susah nak gerak mengukir senyum. tangan pulak asyik dalam poket. so, depa pelik kot. tu yang asyik tanya ok ke tak. dok ajak gi karoke, tgk wayang futsal n so on. tapi malangnya dalam sebulan setengah nih semua aku tak join sebab sejuk. malas keluar rumah. kalau dulu-dulu, aku join futsal tapi sekarang dah tak join. alasan paling kukuh adalah sejuk.haha. ye la budak-budak nih main futsal mesti pukul 1 pagi dan ke atas. dahla selalu main hari ada kelas. depa duduk dengan family takpa la ada orang nak kejut pagi gi kelas.haha.mana tahan dengan cuaca sekarang. sejuk-sejuk macam tuh pi main, balik penat lagi alamatnya subuh pukul 10 pagi la gamaknya kalo aku join. so better aku dok rumah.

sebulan lepas aku cuba mengajar diri dengan hobi baru. aku beli sebijik gadjet mahal dan main sorang-sorang. tak faham bukak youtube n explore cara guna n bla bla bla. hujung minggu keluar sorang-sorang test gadjet. macam tak best sangat. tapi alang-alang dah invest mahal-mahal, kena teruskan jugak la. pastuh dah bosan dengan kehidupan bermasyarakat dengan diri sendiri, aku bersosial sikit. join satu geng anak muda yang suka panjat dinding. WALL CLIMBING.hahaha. nampak macam senang, tapi penat nak mampos. waktu panjat-panjat best la, esok pagi bangun tidor macam takleh nak gerak badan. tapi geng-geng wall climbing nih semua bukan student. mostly dah bekerja dan macam mana aku boleh terjoin geng nih, panjang gak cerita.hahaha

ok dats all untuk post kali ini. just wanna let you know that i'm alive.still kicking here.
ok la, gua nak kluar test gadjet lagi.
salam maghrib



love,
bukan antisosial