ya Rabb..

Saturday, December 10, 2011

impian: fikir semula



aku ada impian yang aku tanam sejak berumur 16 tahun. menjadi seorang jurutera marin yang akan mengelilingi dunia di atas kapal yang aku naiki. melihat kehidupan yang berbeza dari sudut berbeza daripada pelbagai jenis masyarakat dan mengadaptasi apa yang baik ke dalam diri. tu lah alasan-alasan yang aku bagi bila orang bertanya mengapa kapal? bukan jurutera yang lain. entahlah, dah memang yang tu impian aku yang aku tanam sejak melangkah masuk ke upper form pada tahun 2005. tapi aku tak pernah berazam sepanjang hayat untuk berada di atas kapal.sampai masanya pencen dari kehidupan kapal dan mulakan hidup manusia biasa.



banyak yang aku korbankan untuk impian yang satu ni. entah la berbaloi ka tidak. tapi aku ni bukan yang jenis kisah sangat dengan hasil akhir. janji aku dah letakkan usaha. sejak menetapkan niat untuk impian aku tuh, banyak faktor dan tarikan lain datang menyapa hati.contohnya robotik dan optics. tapi perkapalan tetap menjadi tarikan di hati.


selepas keluar result spm (2007), ada apply biasiswa MISC untuk marine engineering. dah jadi student preparation ke Jepun selama dua bulan++ baru nak dipanggil interview. waktu tuh aku memang nekad gila untuk gi interview dan tinggalkan program persediaan ke Jepun. seminggu dua sebelum interview berusaha sekeras mungkin meyakinkan mama dan abah tentang jalan baru yang bakal aku pilih. beberpa hari sebelum interview berbincang dengan pegawai JPA untuk urusan kontrak. sehari sebelum interview pergi jumpa guru kelas (Ikeya Sensei) dan mintak cuti untuk the next day sebab nak gi interview. malam sebelum interview dah iron baju kemeja, kilatkan kasut, belajaq ikat necktie semula. semuanya untuk interview the next day.


yang magiknya, esoknya aku gi kelas kat IBT macam biasa. macam tak ada apa-apa yang aku rancang berminggu-minggu. entahlah, ada sesuatu yang menyuruh aku membatalkan hasrat aku last-last minute. sensei pun pening bila tengok aku ada dalam kelas pada hari yang sepatutnya aku tak datang sebab dah mintak cuti. itulah namanya taqdir. kita merancang, akhirnya Allah tentukan.  tapi hasrat untuk menjadi marine engineer tak pernah aku padamkan. buktinya selepas bertahun-tahun kejadian batal interview last minute tu berlaku, aku dah korbankan summer holiday tak balik Malaysia beraya untuk mengikuti internship di sebuah syarikat perkapalan dalam keperitan musim panas disulam puasa ramadhan. hell tired you know. macam nak mati panas dan dahaga duduk dalam perut kapal dan buat boiler chechk-up. nasib baik tak pengsan.

oleh sebab terlalu obses kepada marine engineering, banyak jugak website-website berkaitan yang aku subscribe, forum-forum marine engineer yang aku baca di internet. (baca ja tak pernah komen apa-apa.tak da pengalaman dowh.minat ja). pastuh aku selalu gak stalk fb senior-senior dalam alumni sekolah yang dah keja bidang-bidang perkapalan nih. kot-kot ada info. sekali baru nih ada sorang senior nih post pasal satu benda yang membuatkan aku terfikir semula tentang impian aku nih. kecut perut sat.


cuak dak?

entah apa la nasib anak kapal tuh bila kapal tuh terpelangkup 180°macam tu. sempat lari berenang keluar atau tidak tak dapat dipastikan. *sumber rujukan terhad.

lepas tengok benda nih, macam cuak gak la walaupun dari dulu lagi dok yakinkan diri sendiri bahawa ajal maut itu dalam kekuasaan Allah. macam mana nak bertemu ajal, di mana dan bagaimana semuanya dah ditetapkan. tapi entah sebab apa bila tengok video nih, rasa cuak tu ada jugak. cuba menyedapkan hati dengan mencari beberapa sebab kemalangan nih. antaranya mungkin sebab kapal ni saiz dia kecil sgt kot. tu yang senang terbalik. tapi bila fikir balik apa yang aku belajar sepanjang internship, memang manusia tak boleh melawan alam. boleh menyesuaikan diri dengan kejadian alam ja. so benda ni bukan kesalahan teknikal manusia tapi kehendak yang memegang perjalanan alam.

apapun, sekarang ni aku masih meletakkan bidang marin sebagai keutamaan dan diikuti oleh optik sebagai pilihan kecemasan. proses memikirkan semula segala impian yang dah ditanam sekian lama bukan mudah tapi insyaAllah berbaloi daripada aku tersalah pilih dan nak kena mula semula dari awal nanti. wish me luck okeh.semoga Allah memberi kemudahan. apapun kita hanya merancang, segalanya Allah akan tentukan. bak kata pesanan Aa Gym "sekuat mana pun azam dan usaha, tidak akan pernah mengubah taqdir Ilahi"

kbye,
assalamualaikum.

#oh ya, tq incik abah yang dah mula memberi sokongan padu-sepadu-sepadunya dalam bidang marin nih semenjak balik dari melawat LIMA 2011 ^_^

No comments: