ya Rabb..

Sunday, December 4, 2011

antisosial?


assalamualaikum

alhamdulillah sudah melangkah ke bulan Disember dan juga Muharram serta masih diberi kesempatan untuk bertaubat dan terus bertaubat atas segala salah silap sama ada yang disedari atau separa sedar atau langsung tak di sedari.
jadi perbanyakkanlah istighfar.. mudah-mudahan kalau dijemput menghadap ilahi dosa kita tak sebanyak dosa andai kita tidak beristighfar langsung..pelan-pelan deh

sudah hampir 1.5 bulan meninggalkan kehidupan 'bermasyarakat' yang boleh kata sebati dengan jiwa, rasanya masih terumbang-ambing kehidupan yang baru nih. ada hari jadi moody.ada hari jadi malas and kebanyakan hari mestilah happy.hehe

kali nih blog diupdate untuk memberitahu bahawa aku masih hiduppppppppp!! tak caya, tengok fb.hari-hari update kan tuh. so, jangan risau sangat.memang aku dah jarang kontek member-member, tapi aku sedang meng-ok-kan diri dengan persekitaran. so dont worry eh. bukan apa, some of my fren dok tanya kerap sangat aku ok ke tak. Jepun or Melayu sama ja soalan.hahaha. kesimpulannya, aku ok.

kawan-kawan Jepun kat uni macam selalu buat lawak bila jumpa or berselisih di cafe or kat jalan, tapi aku jarang layan sangat sekarang nih. sejuk kotttt.otot muka susah nak gerak mengukir senyum. tangan pulak asyik dalam poket. so, depa pelik kot. tu yang asyik tanya ok ke tak. dok ajak gi karoke, tgk wayang futsal n so on. tapi malangnya dalam sebulan setengah nih semua aku tak join sebab sejuk. malas keluar rumah. kalau dulu-dulu, aku join futsal tapi sekarang dah tak join. alasan paling kukuh adalah sejuk.haha. ye la budak-budak nih main futsal mesti pukul 1 pagi dan ke atas. dahla selalu main hari ada kelas. depa duduk dengan family takpa la ada orang nak kejut pagi gi kelas.haha.mana tahan dengan cuaca sekarang. sejuk-sejuk macam tuh pi main, balik penat lagi alamatnya subuh pukul 10 pagi la gamaknya kalo aku join. so better aku dok rumah.

sebulan lepas aku cuba mengajar diri dengan hobi baru. aku beli sebijik gadjet mahal dan main sorang-sorang. tak faham bukak youtube n explore cara guna n bla bla bla. hujung minggu keluar sorang-sorang test gadjet. macam tak best sangat. tapi alang-alang dah invest mahal-mahal, kena teruskan jugak la. pastuh dah bosan dengan kehidupan bermasyarakat dengan diri sendiri, aku bersosial sikit. join satu geng anak muda yang suka panjat dinding. WALL CLIMBING.hahaha. nampak macam senang, tapi penat nak mampos. waktu panjat-panjat best la, esok pagi bangun tidor macam takleh nak gerak badan. tapi geng-geng wall climbing nih semua bukan student. mostly dah bekerja dan macam mana aku boleh terjoin geng nih, panjang gak cerita.hahaha

ok dats all untuk post kali ini. just wanna let you know that i'm alive.still kicking here.
ok la, gua nak kluar test gadjet lagi.
salam maghrib



love,
bukan antisosial


2 comments:

nztomas said...

buatla account flickr. nak gak tengok hasil...heheee..

ket syakirahim said...

rilek dulu.dok kaniaq lagi nih..agak2 kering hinguih aku buat ar