ya Rabb..

Thursday, February 24, 2011

ini lawak okay!

lepas maghrib tadi abah call and sembang-sembang..haha.dah berjaya tunjuk penampilan baru kat mama dan abah. hoho. aiman pon ada kat rumah tadi. hari ahad ni nak daftar ke sekolah baru katanya. kat alor setar. wahhhh.ini sudah banyak bagus, lagi banyak la peluang dan alasan aku nak pi aloq setaq lepas nih. kalau dah ada alasan untuk sampai aloq setaq tuh, sp, pendang(ada kfc woo), jitra, pokok sena dan tak lupa juga kubang siam serta kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya boleh pi kerap sikit. hahaha. nice aiman, u give me another 5 years reason to be there everytime balik cuti.

tadi abah baru balik dari Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun sebab ada perjumpaan kaunselor-kaunselor seluruh Kedah dengan TPM Mahyudin Yasin. abah cakap dia jumpa Cikgu Murniwati, my ex-kaunselor dan dia kirim salam n pesan suruh bagitahu kat aku Cikgu Khairuddin dah meninggal dunia. abah pun tak sangka Cikgu Murni nampak dia terus tanya "Mat Syakir macam mana??sihat??"..haha.alhamdulillah cikgu ingat lagi kat aku. pastuh perbicaraan dengan abah macam biasa la...sentuh hal-hal semasa dan tanya khabar member-member aku. aku pun tanya gak pasal member-member abah yang aku kenal. lawak gak bila abah tanya 'panjang', 'gemuk' dan Russel tak balik ka cuti nih?? haha.tak sangka abah masih ingat zul dengan crouch. ingat nama gelaran plak tuh..tak tahan..kui3~

tengah-tengah sembang tadi, keluaq pulak soalan dari abah, "takmau balik ka cuti bulan posa nanti?? 1 haribulan 8 dah ramadhan dah"..uyooo.sekali lagi akal dan emosi bertindak tenang cakap "tengok je la dulu macam mana". padahal dalam hati cakap nak balik maaaaa.mau raya sama family, mau sahur dan berbuka puasa dengan semua, mau usik budak-budak, mau usik adik-adik dan mau macam-macam lagi.. : (

sebab apa la aku taknak balik ek?? bukan takda duit nak book tiket balik. silap-silap kalau balik lagi jimat wang belanja sebab makan kat rumah bersuap, tol dan minyak ditanggung, bil telefon free, saman berbayar dan macam-macam lagi subsidi dan kemudahan tersedia..haha.(ni ayat pancing undi pilihanraya ok).

sebabnya aku dah janji dengan diri aku sendiri masa habis sekolah menengah dulu, kalau boleh nak belajar hidup sorang-sorang jauh-jauh. nak latih diri supaya tak rasa rindu melampau-lampau bila salah satu pihak(aku) or satu pihak lagi(mama n abah) terpaksa berpisah secara suka atau paksa. tu je pun. tapi rasanya still tak berjaya. asyik-asyik homesick ja. naknak duduk rumah nih takda member nak sembang. kalau sembang dengan member jepun pun asyik wat lawak entah hapa-hapa je. memang la lawak. tapi last-last rasa sunyi balik. gila kesian life ceni..haha.stop making emotional words ketto!!

rilek dan rileksss!

apa kata kita bukak folder picture yang lama-lama and tengok gambar-gambar lawak or any gambar je la daripada menonton nina dari pagi tadi. lupakan sebentar homesickness!!

ok jom tengok gambar-gambar lawak yang terpilih. mostly dari folder handset zaman ibt dulu *handset ni dah hilang:(















kesimpulannya semua gambar mengingatkan aku kepada zaman IBT yang lawak bangang entah apa-apa kecuali gambar last. dan sekarang, aku dapat rasakan yang aku ni cukup nakal sepanjang 2 tahun kat IBT..hahaha.gambar last plak adalah gambar seorang member yang kena prank besday dalam satu program.lawak guling2 dibuatnya bila aku kenang balik.wakaka.bebila nak kontek ar member yang sorang nih.

nah amik buah last



harini agak bosan.so asyik layan nina ja dari pagi
haha

soredewa,
oyasumi!

Wednesday, February 23, 2011

nah amik ang!!

kebosanan kembali melanda..

so rasa macam nak update sesuatu la even benda-benda tak penting. nak bagi hilang bosan punya pasal la nih. haha. nak call rumah tak boleh video call sebab ada masalah. boleh call via phone ja. lagi la bosan. baru bajet nak tunjuk imej baru kat mama ngan abah kasi diorang terkejut. aiyaaa.takda rezki maaaa.

dah yoyuu macam nih, aku selalu la chat ngan member-member guna fb skype or ym. usik-usik orang, share cerita and kenang kisah-kisah lama.

dua hari lepas aku gi gunting rambut dan aku cerita la kat sorang member nih. member aku ni bapak lawak punya kaki. sembang ngan dia kalau tak gelak tak sah rasanya. so aku story la kat dia yang aku tersengguk-sengguk mengantuk time gunting rambut dan apa yang terjadi kat kedai gunting rambut tuh. pastuh boleh pulak dia cakap "nasib baik hang bukan bangla..wakaka" dan bagi video nih


hahaha. kasaq teruk brader tuh. lempang tak agak punya. tak tau la lakonan or real, tapi memang aku gelak pecah perut tengok video nih. terbaik dari ladang nih!

walaupun aku dah pernah tengok benda nih ada orang post kat fb lama dulu, tak teringat pulak nak berjaga-jaga time kat kedai gunting rambut arituh. maybe penat sangat kot. sampai rasa kesian gak kat abang yang gunting rambut aku tuh.kejap-kejap tanya macam-macam soalan bangang. maybe taknak kasi aku tido kot. dah aku penat sangat, ada gak part-part aku terlena. kuang3..

last-last time dah abes abang tu gunting rambut, dia kejutkan aku dan bagi tuala lembap (panas dan berwap) suruh lap muka.lol. bila ingat balik kan, nasib baik dia tak lempang aku macam dalam video tuh.wakaka. maybe sebab dia bukan bangla kot. hahaha

*semalam time training, member-member cakap rambut baru macam yanki( punk) zaman showa (sebelum 1989)..wakaka.tak sabar nak video call ngan mama abah and tengok reaksi depa.ik2

ok rasa bosan dah hilang dan rasa mengantuk dah datang,
sorejya,
gokurosan!!

Friday, February 18, 2011

pelisss plan something!!

assalamualaikum..

ohayou!!

wah pagi ni cuaca baik sekali.alhamdulillah

sebelum gi training sempat lagi nak update blog.ik2

semalam tidur dengan senyuman sebab berpeluang video call dengan kawan-kawan lama..nigiyaka siot..minna aikawarazu ne..(^_^)

banyak lawak dan kenangan zaman nakal-nakal dikenang.banyak cadangan untuk jalan-jalan dikemukakan.entah jadi entah tidak.ada yang nak balik Malaysia untuk jaga kampung..hahaha

tahun lepas haruyasumi kita jalan-jalan gi korea kan?walaupun tak semua join.tapi sebilangan besar kan..rindu weh nak jumpa semua!!!!


dicuri dari profile pic fb abe mat pc..ik2


so sebelum rasa bosan dan homesick menguasai diri, saya dengan rasa rendah hati mengharapkan otai-otai geng jalan dapat plan sesuatu untuk cuti kali ini.tak kaigai ryokou pun takpe.nihon kokunai gurai ok gak.

haha.riang ria F20..betapa tak matangnya kita..


cadangan kepada otai-otai geng jalan:

18kippu jom??

kalo jalan-jalan guna 18 kippu best gak weh.jimat.chidop-san mesti setuju kan??haha[melawak ja cidop]boleh buat ramai dalam densya.buat macam densya tu bapak kita punya..haha.tangkap gamba member tido ternganga mulut dalam densya macam kita naik bas sama-sama gi IBT dulu.ik2..nak?????

yosh minna,dokokani asobou!!!

jya,yoroshiku!

Thursday, February 17, 2011

kita juga akan bersama mereka

cuti oh cuti

bila cuti dan takda buku untuk dibaca secara serius ni, menulis mungkin jadi penawar sebuah kesunyian kan..

nampaknya usia cuti aku dah mencecah seminggu years old.haha.agak bosan bila hari-hari buat benda sama.asyik membanting tulang empat kerat mencurah peluh keringat, maka fungsi jari dan minda akan cuba diharmonikan di blog ini.

ok kali ni nak berkongsi tentang benda yang mungkin agak berat.mungkin je la ye.bukang berat nanang okies..

minggu cuti ni kalau ada kat rumah dan dah menyelesaikan segala kewajipan yang dituntut ke atas diri sendiri,aku lebih banyak spend masa on computer. macam biasa internet dan skype menjadi dunia baru aku bila aku duduk depan computer. bilangan video call ke rumah pun semakin meningkat.hahaha(orang suruh balik Malaysia taknak.padan muka!!)

tapi minggu ini jugaklah minggu yang paling banyak aku menyebut kalimah musibah; innalillahiwainnailaihirojiun

ya, dari Allah kita datang kepada Allah jualah kita dikembalikan.takziah bagi yang kehilangan dan tazkirah bagi yang masih mampu menyebut kalimah tersebut apabila mendengar sahabat atau saudaranya dijemput ke alam yang berbeza. bagi yang masih mampu membaca coretan ini ketahuilah bahawa anda masih belum dijemput ke alam lain dan anda juga tidak tahu atas sebab apakah anda masih belum dijemput.atau kata sinonimnya, atas sebab apakah Allah membiarkan kita terus hidup lagi dan terus menikmati nikmatNya yang tak putus-putus.jangan lupa untuk mengucap syukur atas nikmat umur ini samaada dengan perbuatan,hati, atau lidah. ucapkanlah alhamdulillah..

ok selesai sedikit tazkirah berkenaan kematian;suatu janji yang pasti. actually post kali ini lebih kepada mengenang kembali mereka-meraka yang aku maksudkan tadi. minggu ini aku mendengar 4 khabar kematian.ini tak termasuk kematian para wakil rakyat yang menatijahkan pilihanraya kecil ok!!hurm, 3 daripada khabar kematian tersebut datangnya dari kalam mama dan abah dan satu lagi dari pemberitahuan rakan-rakan sekolah menengah dahulu. dan 3 daripada 4 inilah yang sempat aku ziarahi semasa aku pulang bercuti musim panas yang lalu dan seorang lagi kali terakhir bertemu wajah adalah pada tahun 2006. terasa bagai semalam baru bertemu wajah,bertukar cerita dan melempar senyuman. sekali lagi ia menjadi tazkirah betapa kita calon-calon jenazah ini juga akan dipanggil bila-bila masa yang dikehendaki sang pencipta.bersedialah!

mereka-mereka yang aku maksudkan adalah Ustaz Abdul Samad; muazzin masjid kampungku, Hajah Salasiah; sepupu kepada nendaku(mak tok), Cikgu Khairuddin;guru bahasa Melayu di saina dahulu dan yang terakhir adalah ibu kepada sahabat mama yang berbangsa cina. semoga Allah yang maha pengasih mempermudahkan perjalanan roh mereka.

terkenang tentang pertemuan terakhir dengan mereka semua membuatkan aku rasa ingin bercerita kepada semua bahawa mereka adalah insan-insan yang istimewa. ada baiknya aku memulakan cerita dengan mengikut urutan masa kematian mereka.

1. ibu kepada Puan Yeap Tok Kheng, sahabat mama yang pernah beberapa kali aku berkunjung ke rumahnya. aku berkunjung ke rumahnya atas beberapa urusan. adakalanya untuk bertanyakan soalan-soalan kimia(subjek spm) yang aku kurang jelas semasa musim cuti sekolah. ada kalanya untuk mengahantar telur ayam kampung sebab family Puan Yeap memang tak makan telur-telur ayam yang dijual di pasaran. atas faktor kesihatan katanya. so selaku sahabat yang tinggal di kampung dan mempunyai ayam-ayam yang rajin bertelur(hahaha), memang menjadi kebiasaan mama menghantar telur ke rumah Puan Yeap. kadang-kadang aku ikut sekali. di situlah aku berkesempatan bertemu mendiang (ibu Puan Yeap). dan seingat-ingat aku,tahun 2006 adalah kali terakhir aku turut serta ke kediaman Puan Yeap. apa yang istimewanya tentang kematian ibu Puan Yeap ini bukanlah pada husnul-khotimah atau perkara-perkara yang sewaktu dengannya. seriously cakap aku tak tahu pun di mana dia menghembuskan nafas terakhir. di rumah atau di hospital?takda pulak mama cakap.
cuma yang istimewanya dari cerita mama 2 minggu lepas Puan Yeap mengambil cuti selama setahun atas alasan untuk menjaga ibunya yang sakit. SETAHUN!! setahun itu masa yang sangat panjang. besar sungguh pengorbanan Puan Yeap.ditinggalkannya dunia pendidikan yang dia cintai untuk sesuatu yang lebih dia cintai;seorang ibu. aku mengenali Puan Yeap sebagai seorang yang sangat rajin mengajar,mencurahkan ilmu dan sangat suka menghasilkan buku-buku rujukan. anda boleh google nama puan yeap kalau nak cari buku-buku yang dia dah hasilkan. bukan sedikit. kebanyakannya terbitan Longman Publisher. dan aku sendiri pernah mendapat bukunya secara percuma dari dia sendiri.teringat kata-kata mama, "kalau Puan Yeap tu Islam, masuk kategori anak solehah dah tuh.setahun ambil cuti nak jaga mak dia..".mendengar kata-kata mama, terasa bagaikan satu syarat dari mama bahawa untuk mengiktiraf aku sebagai anak soleh, aku juga perlu senekad itu untuk menjaga mama di hari-hari akhirnya kelak. namun,tidaklah mama mensyaratkan aku perlu mengambil cuti setahun untuk menjaganya kelak. tapi, pengiktirafan anak solehah terhadap Puan Yeap tu bagaikan satu cabaran untuk aku. insyaAllah aku akan berusaha sebaik mungkin untuk memberi khidmat sebagai seorang anak kelak!doa-doakanlah..ameen

2. Ustaz Abdul Samad.
kali terakhir bertemu adalah di wad icu Hospital Seberang Jaya pada bulan Ramadhan yang lalu. sungguh waktu itu aku sangat hiba melihat keadaannya. wayar dan tiub-tiub penuh di badan dan wajah yang tak bermaya,beliau tetap membuka mata bila ada orang datang ziarah. waktu itu hanya aku dan abah dibenarkan masuk. biasa la icu.mana boleh masuk ramai-ramai. hanya sempat membisikkan kalimah banyakkan bersabar serta banyakkan ingat Allah di telinga beliau dan ada anggukan kecil pada setiap bisikan. Istimewanya insan ini adalah beliau sangat gigih untuk membumikan al-quran dalam hati penduduk kampung di samping melaksanakan tugasan rasmi sebagai muazzin. di sebelah petang anak-anak kecil datang bertalaqqi al-quran di rumah beliau dan pada sebelah malamnya mengajar tajwid di masjid. kebiasanya malam jumaat kelas tajwid tersebut diadakan. beliau bukan setakat pengajar yang berdedikasi, malah seorang penuntut yang gigih. sebab apa aku menganggap beliau sebagai penuntut yang gigih? sebabnya kami pernah bersama-sama menadah kitab pada guru yang sama,iaitu Ustaz Wan Muhammad yang merupakan seorang alim dalam ilmu fiqh. pada usia yang begitu lanjut beliau masih gigih bersama-sama dengan anak muda ke rumah tuan guru, menadah kitab dan telinga mencari bekal ke akhirat. teringat kali terakhir bersama adalah ketika ustaz wan mengupas perbicaraan kitab matla' al-badrain. aku di jepun menerusi skype dan menerusi kamera jugalah kelihatan beliau bersila gigih di hadapan ustaz mencatat nota menuntut ilmu. sungguh istimewa insan ini meskipun sudah bergelar seorang guru masih sudi merendahkan ego menempatkan diri sebagai seorang murid untuk mencedok secebis ilmu dari ilmuan yang lebih muda darinya. terlalu banyak pengajaran dari kegigihan beliau mengusahakan bekal ke alam yang pasti. tawaduknya beliau adalah satu kemanisan yang sudah diangkat oleh Allah dari penduduk kampungku. dan barang pasti penduduk kampung sangat merindui suara beliau yang berkumandang menyeru semua ke arah kejayaan menerusi seruan azan. semoga kita yang masih punya masa untuk menyediakan bekal mengambil inspirasi atas kegigihan beliau.

3. Hajjah Salasiah,sepupu kepada maktok(nenek aku)
kali terakhir bertemu Tok Ndak Lasiah (panggilan hormat aku kepada beliau) adalah pada hari raya kelima kalau tak silap. sepanjang aku menyambut hari raya, seingat-ingat aku rasanya tak pernah aku menziarahi arwah. kalau adapun sewaktu kecik lagi la kot kalau mama ada bawak. tak terlekat pulak dalam memori aku.cuma raya yang lalu aku bertindak sebagai driver maktok dan mama pergi menziarahi arwah. tak banyak kenangan aku dengan arwah. yang banyak hanyalah kenangan dengan cucu-cucu arwah. sama-sama bermain guli,main meriam dan berbagai aktiviti budak kampung dilakukan bersama. cuma teringat arwah cakap ngan mama "laaa..dah besaq dah anak hang ni teh(mama).." waktu aku bersalaman dengan arwah sebelum pulang.hahaha. waktu tu rasa nak gelak sebab aku dok rasa aku kecik ja dari dulu. lagipun kalau orang lain, kebiasaannya mesti ingat aku adalah adik kepada adik perempuan aku,atiqah. haha.maybe orang tua-tua memang suka buat ayat macam tu kot bila nak bagitau kat kita "hang tu dah besaq!!"..apapun semoga roh arwah menempuh perjalanan yang mudah dan selamat.

4. Cikgu Kharuddin
seorang guru bahasa melayu di sekolah menengah dulu yang aku tak pernah pun menjadi anak murid beliau secara khusus.tak pernah ambil kelas Cikgu Khairuddin. sekadar menjadi anak murid secara umum di bawah lembayung Sekolah Menengah Sains Pokok Sena,06400 Pokok Sena Malaysia. Kali terakhir bertemu dan bersua muka adalah kali pertama kami berborak panjang. Setelah 5 tahun berselisih di kaki lima sekolah, memberi salam, bermain bola bersama, dan melihat cikgu naik turun tangga, pertemuan itulah kesempatan pertama dan terakhir untuk aku mengenali cikgu dan keluarga dengan lebih lanjut. panjang sungguh perbicaraan antara kami bertiga. pada pertemuan bersejarah itu, aku bersama seorang sahabat, nurazam ramly menziarahi cikgu di rumah.awalnya kami ke hospital sebab ingatkan cikgu masih di icu. rupa-rupanya cikgu dah dibenarkan pulang ke rumah. nasib baik rumah cikgu sebelah hospital ja.naik kereta tak sempat masuk gear 5 dah sampai.haha.dekat kan? waktu tuh,cikgu sangat kurus. macam tak percaya sampai macam tu sekali. dan dalam susah payah berbicara kerana kondisi lidahnya yang kurang ok lagi, cikgu bagitau yang dia dah hilang 20kg berat badan. banyak tuh! cikgu menghidap kanser lidah dan sebahagian lidah terpaksa dipotong dan digantikan dengan isi yang diambil dari bahagian dada.sungguh menginsafkan bila dengar cerita cikgu satu persatu. terasa besarnya nikmat mempunyai lidah yang sempurna bila melihat situasi cikgu.dan sepanjang perbicaraan dengan cikgu, isteri cikgu memang sentiasa berada di sisi untuk membantu menerangkan beberapa perkataan yang keluar dari mulut cikgu yang tak mampu aku dan azam tangkap n faham. sedang asyik bersembang, anak cikgu yang paling bongsu balik dari sekolah dan mulalah cikgu bercerita tentang anak cikgu sorang demi sorang. seakan cikgu punya harapan yang sangat besar untuk anak-anaknya. paling aku tersentuh, bila cikgu ambil frame gambar dan tunjuk gambar graduasi anak cikgu di MRSM Balik Pulau.susah payah bangun dari tilam ambil frame gambar dan tunjuk. sambil memperkenalkan serba sedikit tentang anak dia dan bercerita yang anak dia adalah kawan sekolah menengah(f1~f3) dengan beberapa sahabat aku dan juga kawan sekolah rendah dengan beberapa sahabat lain. kuat lagi ingatan cikgu terhadap beberapa nama rakan kepada anak-anak dia. mesti cikgu seorang bapa yang baik kan. pastu masuk pulak bab university life. cikgu cerita dia dulu belajaq kat USM dan macam-macam lagi la perkara-perkara tentang zaman student yang cikgu lalui dikongsi bersama.bab kawan-kawan di sekolah tak payah cakap la.berjela-jela dia sembang even dalam keadaan susah payah nak bertutur.rasanya hampir 3jam++ jugak la aku dan azam sembang dengan cikgu.time nak balik sempat lagi dia buat lawak cakap lain kali datang la time bukak posa, boleh sembang-sembang sambil makan..hahaha. lawak jugak cikgu nih kata aku dalam hati. apapun tempoh 3jam++ tuh bukan tempoh yang cukup untuk mengenali seluruh hati budi cikgu. tambahan pulak aku tak pernah masuk kelas cikgu.c umanya aku dapat merasakan Cikgu Khairuddin memang seorang yang ceria. kalaupun tak ada ilmu secara direct yang aku timba dari dia, aku yakin cikgu khairuddin tetap berjasa kepada murid-murid macam aku. mana tahu dengan lawak jenaka dia di bilik guru, cikgu-cikgu lain terhibur dan masuk kelas aku dengan penuh ceria dan senyuman..who knows..
apapun, sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan untuk cikgu, kesabaran untuk keluarga cikgu dan mohonlah segala yang terbaik atas taqdir Allah ini. kalau ada yang mampu, ringan-ringankanlah bebanan keluarga cikgu dengan apa-apa bantuan yang termampu sebab seingat aku anak-anak cikgu masih kecil. kadang-kadang sekadar ziarah bertanya khabar pun sudah cukup untuk membuatkan rasa kehilangan itu terisi.

panjang benar aku berbicara tentang insan-insan yang telah pergi.bukannya apa,sekadar peringatan buat yang masih hidup macam kita supaya berfikir dan bersyukur kenapa dan mengapa dalam beribu-ribu roh di pelosok muka bumi ini yang dipanggil menghadap Allah Rabbul Jalil pada setiap saat, roh kita masih diberi peluang untuk sempat bersama dengan jasad? apakah peluang ini dimanfaatkan? apakah hingga sampai umur kita di saat ini, peratusan amal yang membolehkan kita mendapat rahmat Allah untuk ke syurga itu sudah mencukupi?

apapun dalam mengenang dan merindu yang sudah pergi, mari bersama-sama kita sedekahkan sedikit pahala dengan mendoakan mereka semua.mudah-mudahan Allah redha. dan mudah-mudahan juga apabila kita berada dalam situasi mereka yang telah pergi, yang masih tinggal/hidup juga tak lupa untuk mendoakan kesejahteraan buat kita.insyaAllah

semoga ada kebaikan untuk semua.
Assalamualaikum

Wednesday, February 16, 2011

You must know this man



You may be an atheist or an agnostic or you may belong to any of the religious denominations that exist in the world today. You may have been a Communist or a believer in democracy and freedom. No matter what you are, and no matter what your religious and political beliefs, personal and social habits happen to be — you still must know this man!

He was by far the most remarkable man that ever set foot on this earth. He preached a religion, founded a state, built a nation, laid down a moral code, initiated numberless social and political reforms, established a dynamic and powerful society to practice and represent his teachings, and he revolutionized the worlds of human thought and human action for all time.

His name was Muhammad (peace and blessings of be upon him) — and he accomplished all these wonders in the unbelievably short span of twenty-three years.

Muhammad was born in Makkah, Arabia in 570 CE, and when he died at the age of 63, the whole of the Arabian Peninsula had changed from paganism and idol worship to the worship of One God; from tribal quarrels and wars to national solidarity and cohesion; from drunkenness and debauchery to sobriety and piety; from lawlessness and anarchy to disciplined living; from utter moral bankruptcy to the highest standards of moral excellence. Human history has never known such a complete transformation of a people or a place before or since.

The Encyclopedia Britannica calls him "the most successful of all religious personalities of the world."

Bernard Shaw said, "If Muhammad were alive today, he would succeed in solving all those problems which threaten to destroy human civilization in our times."

Thomas Carlysle was amazed as to how one man, single-handedly, could weld warring tribes and wandering Bedouins into a most powerful and civilized nation in less than two decades.

Napoleon and Gandhi never tired of dreaming of a society along the lines established by this man in Arabia fourteen centuries ago.

Indeed no other human being ever accomplished so much, in such diverse fields of human thought and behaviour, in so limited a space of time, as did Muhammad.

He was a religious teacher, a social reformer, a moral guide, a political thinker, a military genius, an administrative colossus, a faithful friend, a wonderful companion, a devoted husband, a loving father—all in one. No other man in history ever excelled or equaled him in any of these difficult departments of life.

The world has had its share of great personalities. But these were one-sided figures who distinguished themselves in but one or two fields, such as religious thought or military leadership. None of the other great leaders of the world ever combined within himself so many different qualities to such an amazing level of perfection as did Muhammad.

The lives and teachings of other great personalities of the world are shrouded in the mist of time. There is so much speculation about the time and the place of their birth, the mode and style of their life, the nature and detail of their teachings and the degree and measure of their success or failure that it is impossible for humanity today to reconstruct accurately and precisely the lives and teachings of those men. Not so this man Muhammad.

Not only was he born in the fullest blaze of recorded history, but every detail of his private and public life, of his actions and utterances, has been accurately documented and faithfully preserved to our day. The authenticity of the information so preserved is vouched for not only by faithful followers but also by unbiased critics and open-minded scholars.

At the level of ideas there is no system of thought and belief — secular or religious, social or political — which could surpass or equal Islam, the system which Muhammad propounded.

In a fast-changing world, while other systems have undergone profound transformations, Islam alone has remained above all change and mutation, and retained its original form for the past 1400 years. What is more, the positive changes that are taking place in the world of human thought and behaviour truly and consistently reflect the healthy influence of Islam in these areas.

It is not given to the best of thinkers to put their ideas completely into practice, and to see the seeds of their labors grow and bear fruit in their own lifetime. Except of course, Muhammad, who not only preached the most wonderful ideas but also successfully translated each one of them into practice.

At the time of his death his teachings were not mere precepts and ideas straining for fulfillment. They had become the very core of the life of tens of thousands of perfectly trained individuals.

At what other time or place and in relation to what other political, social, religious system, philosophy or ideology—did the world ever witness such a perfectly amazing phenomenon? Except of course, Islam, which was established as a complete way of life by Muhammad himself. History bears testimony to this fact and the greatest skeptics have no option but to concede this point.

In spite of the phenomenal success which crowned his efforts, he did not for a moment claim to be God or God's incarnation or Son — but only a human being who was chosen and ordained by the Creator to be a teacher of truth to mankind and a complete model and pattern for their actions.

He was a man with a noble and exalted mission — and his unique mission was to unite humanity in the worship of the One and only God and to teach them the way to honest and upright living in accordance with the laws and commands of God.

He always described himself as a Messenger and servant of God, as indeed every single action and movement of his proclaimed him to be. A world which has not hesitated to raise to Divinity individuals whose very lives and missions have been lost in legend and who, historically speaking, did not accomplish half as much — or even one tenth — as was accomplished by Muhammad, should stop to take serious note of this remarkable man's claim to be God's messenger to mankind.

Today, after the lapse of some 1400 years, the life and teachings of Prophet Muhammad have survived without the slightest loss, alteration or interpolation.

Today they offer the same undying hope for treating mankind's many ills which they did when Prophet Muhammad was alive. This is our honest claim and this is the inescapable conclusion forced upon us by a critical and unbiased study of history.

The least you should do as a thinking, sensitive, concerned human being is to stop for one brief moment and ask yourself: Could it be that these statements, extraordinary and revolutionary as they sound, are really true?

Supposing they really are true, and you did not know this man Muhammad or hear about his teachings? Or did not know him well and intimately enough to be able to benefit from his guidance and example?

Is it not time you responded to this tremendous challenge and made some effort to know him? It will not cost you anything but it may well prove to be the beginning of a completely new era in your life.

Come, let us make a new discovery, the life of this wonderful man Muhammad, the like of whom never walked on this earth, and whose example and teachings can change your life and our world for the better.


source: click here

Monday, February 14, 2011

esok: jalan dakwah dibuka lagi

assalamualaikum..

Lama benar tak menghadap ruangan new post untuk blog sendiri. Malam ni tergerak hati dan jari untuk memberikan sedikit sentuhan mesra..

So, malam ni nak buat sedikit post tentang esok. Sebelum tu, mari berbicara sedikit tentang hari ini. Hurm, harini 14 Feb kan.. Dalam kalangan muda-mudi yang mabuk taik telinga bercinta mesti mengingati ini adalah hari kekasih or bahasa majoritinya disebut Valentine Day. Kalaupun tak disambut atau diraikan, secara umumnya semua tahu ini adalah hari yang mempunyai sesuatu untuk diingati. Kalau kat sini, biasanya sang dara akan memberi coklat kepada si pria, dan aku adalah pria yang tak dapat coklat itu..hahaha.padan muka sapa suruh tak cari awek.

Menjenguk ke Malaysia tanah air tercinta, kebelakangan ini agak hebat juga pendapat-pendapat dan perdebatan tentang Valentine Day nih diperkatakan. Ada yang menggunakan media arus perdana untuk menyedarkan masyarakat tentang keharaman menyambut hari kekasih nih. Ada yang menggerakkan seluruh kekuatan jentera pimpinanya untuk melaksanakan ops dakwah or apa-apa yang sewaktu dengannya untuk membendung muda-mudi dari terus leka dengan valentine day yang bangang lagi tak berfaedah nih. Tak kurang juga ada yang mencemuh pihak yang menjalankan ops dakwah dan pihak yang cuba menyedarkan masyarakat dengan gelaran-gelaran yang pelbagai. Moga setiap amal dan perbuatan kedua-dua pihak mendapat balasan yang adil di sisi sang pencipta. Apapun, post kali ini tak berminat nak membincangkan perkara tersebut dengan panjang lebar sangat. Cukuplah aku mengambil pendirian untuk menyokong dan bersama pendapat yang selari dengan tuntutan syarak.[fullstop]

Ok, mari berbalik tentang esok. Esok adalah sesuatu yang belum pasti tapi untuk mengecualikan diri dari berbicara tentang sesuatu yang belum pasti seperti ini bukanlah satu tindakan yang bijak lagi terpuji.(in my own opinion ok!) Membelek kalendar hijri, secara umumnya muslims all over the world sedar ia adalah 12 Rabiulawwal. Dalam kalangan ilmuan dan fuqaha Islam ada yang berpendapat ia adalah tarikh kelahiran insan agung bernama Muhammad s.a.w. Tak kurang juga ada yang menyepakati bahawa ia adalah tarikh kewafatan baginda s.a.w. Dalam bab ini juga aku tak berminat nak ulas sama ada ia tarikh kewafatan or tarikh kelahiran. Siapalah aku untuk mencelah dalam perbicaraan sebegitu kompleks dan rumit. Cuma kebiasaannya, di Malaysia, ia adalah hari cuti umum yang dipenuhi dengan sambutan-sambutan maulidur rasul di pelbagai peringkat. Ada yang mendapat anugerah tokoh maulidur rasul dan menggondol wang beribu-ribu ringgit, ada yang keluar ke jalan raya membawa sepanduk menyatakan bahawa Muhammad adalah penghulu kami dan ikutan terbaik sepanjang zaman, ada yang sanggup berhimpit-himpit di surau-surau or masjid-masjid untuk mendengar peringatan/tazkirah tentang tarikh bersejarah ini dan macam-macam lagi la. Tak kurang juga ada pihak yang mengecam sambutan ini sebagai bid'ah dan berbagai-bagai. Nak list down tak larat kot. Aku lebih suka menjadi pemerhati sebab segalanya ada pro dan kontranya. Yang pentingnya, dalam mengenang Rasulullah, berselawat di jalanan bermati-matian, berarak membawa sepanduk dan lain-lain perkara yang sewaktu dengannya, pastikan kita mengangkat Rasulullah sebagai qudwah dalam kehidupan. Tidak sekadar idola semata-mata.

Tapi, dalam mengambil langkah sebagai pemerhati, aku sedar mengambil bahagian dalam perkara-perkara yang berfaedah juga perlu. Tak kisah lah faedah terhadap dunia or faedah terhadap akhirat kita. Yang penting perlu untuk kita mengambil bahagian. Ambil bahagian yang macam mana ek??? hurm..setidak-tidaknya dalam dunia dan persekitaran yang asing nih, terangkanlah tentang siapa itu Muhammad s.a.w kepada sahabat-sahabat yang mungkin kali pertama mendengarnya. Atau mungkin sahabat yang bertanya dengan penuh kebingungan kenapa majoriti nama pelajar lelaki dari Malaysia mesti ada word 'Muhammad' or 'ムハマド' di hadapannya. Terangkanlah siapa dia Muhammad dan apa hebatnya baginda sehingga begitu ramai sekali ibu bapa yang menamakan anak lelaki mereka dengan nama tersebut.

Terangkanlah dengan penuh hikmah apa harapan yang diharapkan oleh ibu bapa kita sewaktu menamakan kita dengan nama yang begitu terpuji tersebut. Mungkin boleh menjadi pengetahuan tambahan or pencerahan untuk yang bertanya dan menjadi tazkirah ringkas kepada yang ditanya iaitu kita sendiri. Proses penerangan ni mungkin susah untuk dimulakan kalau takda yang bertanya kan??. Maybe agak pelik tetiba kita nak berbicara tentang insan agung bernama Muhammad kepada teman-teman yang mungkin pertama kali mendengar nama tersebut. So, salah satu penyelesaiannya adalah 'create the demand' untuk member-member kita agar mereka bertanya. Yang ni pandai-pandai la adjust dengan suasana dan situasi masing-masing. Perlu diingat bahawa proses penerangan seperti ini tidak memerlukan tarikh 12 Rabiulawwal untuk dilaksanakan. Bila-bila yang perlu, luangkan masa anda moga-moga masa yang diluangkan menjadi saham akhirat kita.

Bercakap tentang 'create the demand' or membuatkan pihak lain penasaran untuk bertanya, ingin aku kongsi sedikit tentang salah satu cara yang pernah aku cuba. Walaupun kesannya tidaklah sampai kumpulan sasar yang aku target mengucapkan kalimah syahadah, ianya cukup untuk memberitahu bahawa ini adalah Islam dan mereka perlu tahu tentang hal ini. Mudah-mudahan menjadi pintu kepada pencarian yang lebih bermakna ataupun jalan untuk mereka menghormati Islam kalaupun jiwa belum sudi menerimanya. Sekadar berkongsi untuk kalian yang membaca berfikir bahawa jalan dakwah itu tidak hanya kita keluar berhari-hari dan tidur di masjid serta membaca kita fadhail amal semata-mata. Bagi aku ianya luas dan boleh diteroka dalam berbagai cara. Ingat, Islam itu indah dan berkongsi sebuah keindahan memberikan kita rasa dan kepuasan yang lebih indah dari keindahan tersebut.

Salah satu cara yang pernah aku gunakan, adalah menyelitkan watak Rasulullah secara tersirat dalam sebuah tugasan. Tiada nama 'Muhammad' or 'Rasulullah' yang aku masukkan dalam tugasan tersebut. Camni ceritanya, masa 1st year dulu, aku pernah ditugaskan oleh eigo sensei aku untuk buat satu short story tentang orang yang aku sayang or orang yang teristimewa dalam hidup aku. Syaratnya jangan sebut nama orang tersebut dan orang itu mestilah bukan ibu atau bapa kita. Sensei cakap dia taknak tahu nama dan tak akan bertanya tentang orang tersebut kepada kami(students). Tapi setelah seminggu aku siapkan dan emelkan tugasan tuh, sensei tanya aku siapa insan istimewa yang aku maksudkan tuh sebab orang lain semua buat pasal gf,bf,senpai,bestfren,sensei fevret and so on tapi aku buat lain.salah satu sebabnya adalah sensei ingat aku sengaja mencipta watak yang pelik untuk dipersembahkan..haha.perangkap sudah mengena dan perbicaraan panjang berlaku. Maka berlakulah pertukaran fakta.

Sedikit perkongsian tentang tugasan tersebut. Sengaja aku lampirkan agar yang membaca dapat tangkap sedikit sebanyak bagaimana untuk menyelitkan watak penting tersebut dalam sebuah tugasan. Fyi, sensei aku tuh amerika-jin dan penganut kristian. Cuma dia taklah begitu serius dalam mengamalkan ajaran agama dia.

MUHAMMAD SYAKIR BIN RAHIM
60142054
I am sure that everyone has a special person in their life. The same thing goes for me.
Although my special friend is no longer in my life, I will try to follow his teaching and way of life as much as I can. Actually I never met him. But I always read about him. His social life, his way of thinking, and everything that had any relation to him I read eagerly. For me he was a great thinker in the history of humankind.
From what I have read about him, his physical appearances were perfect. He was a good-looking man of medium height. He had a well-built body since he was the commander of a great army. He was a very good father to his children and a loving husband to his wives. He spoke softly to people and it was extremely rare for the people of his period, to see him angry. He was also well-known for his ideas of peace and sincerity. Once I read a testimony from his enemy whom at last became his loyal follower. In his testimony, he said that when they were defeated in battle, this great man never did anything bad to them even though they used to call him lots of bad names and even curse him in their daily life. He managed to win the people’s heart with his great attitude towards them just in a few months after the war. It is also said that he was very generous to the people of all ranks of life. He also encouraged the rich to help the poor in order to maintain a good balance in society. Above all, I came to the conclusion that he was sent to the world to meet the needs of people from different social milieus, met with people, influenced them and educated them in matters connected to the individual, the family, the nation, to humanity, and to the universe.
Sungguh aku merasa sangat bangga bila dapat memberitahu siapa Muhammad yang terpuji ini kepada orang lain. Tiada rasa malu untuk mengaku dialah penghulu kita semua.

Begitu juga dalam sebuah tugasan berbentuk presentation where we all need to tell the class what is the most important thing in our own life. Untuk tugasan yang ini pun aku masukkan tentang Islam dan apa pentingnya untuk aku. Macam biasa sensei yang banyak bertanya berbanding rakan-rakan nihonjin. Nanti la aku cerita pasal benda nih kalo ada masa.

Apapun, secara konklusinya, bertindaklah dengan mempromosikan Islam atau tokoh-tokohnya selagi berpeluang. Sampaikanlah walau hanya satu ayat kalimah-kalimah yang boleh mencetuskan kemahuan untuk berfikir dengan lebih mendalam. Mudah-mudahan kalaupun tak menjadi anak kunci hidayah kepada mereka, ia menjadi tazkirah ringkas untuk kita.

And last but not least, banyakkan berselawat kepada baginda Rasulullah dan menghayati segala ajaran yang baginda sampaikan tanpa mempedulikan tarikh. Mudah-mudahan syafaat baginda terlimpah untuk kita kelak. Samaada 12 Rabiulawwal atau tidak, kita sentiasa mendambakan syafaat dan bimbingan baginda. Terutama sekali pada hari yang tiada berguna segala harta dan kaum keluarga. I guess u all got my point rite??

jya,
love~


p/s:terlupa.sedikit buah tangan berbentuk perkongsian

Thursday, February 10, 2011

saya tersentuh

assalamualaikum..

lama tak menulis...

sekadar berkongsi dengan kalian..

tersentuh dengan kisah insan ini..





for english, klik yang bawah ni


semoga ada kebaikan bagi yang berkesempatan mendengar..

berkongsilah dengan yang lain andai anda merasakan ia bermanfaat


jya,
love~