ya Rabb..

Thursday, February 17, 2011

kita juga akan bersama mereka

cuti oh cuti

bila cuti dan takda buku untuk dibaca secara serius ni, menulis mungkin jadi penawar sebuah kesunyian kan..

nampaknya usia cuti aku dah mencecah seminggu years old.haha.agak bosan bila hari-hari buat benda sama.asyik membanting tulang empat kerat mencurah peluh keringat, maka fungsi jari dan minda akan cuba diharmonikan di blog ini.

ok kali ni nak berkongsi tentang benda yang mungkin agak berat.mungkin je la ye.bukang berat nanang okies..

minggu cuti ni kalau ada kat rumah dan dah menyelesaikan segala kewajipan yang dituntut ke atas diri sendiri,aku lebih banyak spend masa on computer. macam biasa internet dan skype menjadi dunia baru aku bila aku duduk depan computer. bilangan video call ke rumah pun semakin meningkat.hahaha(orang suruh balik Malaysia taknak.padan muka!!)

tapi minggu ini jugaklah minggu yang paling banyak aku menyebut kalimah musibah; innalillahiwainnailaihirojiun

ya, dari Allah kita datang kepada Allah jualah kita dikembalikan.takziah bagi yang kehilangan dan tazkirah bagi yang masih mampu menyebut kalimah tersebut apabila mendengar sahabat atau saudaranya dijemput ke alam yang berbeza. bagi yang masih mampu membaca coretan ini ketahuilah bahawa anda masih belum dijemput ke alam lain dan anda juga tidak tahu atas sebab apakah anda masih belum dijemput.atau kata sinonimnya, atas sebab apakah Allah membiarkan kita terus hidup lagi dan terus menikmati nikmatNya yang tak putus-putus.jangan lupa untuk mengucap syukur atas nikmat umur ini samaada dengan perbuatan,hati, atau lidah. ucapkanlah alhamdulillah..

ok selesai sedikit tazkirah berkenaan kematian;suatu janji yang pasti. actually post kali ini lebih kepada mengenang kembali mereka-meraka yang aku maksudkan tadi. minggu ini aku mendengar 4 khabar kematian.ini tak termasuk kematian para wakil rakyat yang menatijahkan pilihanraya kecil ok!!hurm, 3 daripada khabar kematian tersebut datangnya dari kalam mama dan abah dan satu lagi dari pemberitahuan rakan-rakan sekolah menengah dahulu. dan 3 daripada 4 inilah yang sempat aku ziarahi semasa aku pulang bercuti musim panas yang lalu dan seorang lagi kali terakhir bertemu wajah adalah pada tahun 2006. terasa bagai semalam baru bertemu wajah,bertukar cerita dan melempar senyuman. sekali lagi ia menjadi tazkirah betapa kita calon-calon jenazah ini juga akan dipanggil bila-bila masa yang dikehendaki sang pencipta.bersedialah!

mereka-mereka yang aku maksudkan adalah Ustaz Abdul Samad; muazzin masjid kampungku, Hajah Salasiah; sepupu kepada nendaku(mak tok), Cikgu Khairuddin;guru bahasa Melayu di saina dahulu dan yang terakhir adalah ibu kepada sahabat mama yang berbangsa cina. semoga Allah yang maha pengasih mempermudahkan perjalanan roh mereka.

terkenang tentang pertemuan terakhir dengan mereka semua membuatkan aku rasa ingin bercerita kepada semua bahawa mereka adalah insan-insan yang istimewa. ada baiknya aku memulakan cerita dengan mengikut urutan masa kematian mereka.

1. ibu kepada Puan Yeap Tok Kheng, sahabat mama yang pernah beberapa kali aku berkunjung ke rumahnya. aku berkunjung ke rumahnya atas beberapa urusan. adakalanya untuk bertanyakan soalan-soalan kimia(subjek spm) yang aku kurang jelas semasa musim cuti sekolah. ada kalanya untuk mengahantar telur ayam kampung sebab family Puan Yeap memang tak makan telur-telur ayam yang dijual di pasaran. atas faktor kesihatan katanya. so selaku sahabat yang tinggal di kampung dan mempunyai ayam-ayam yang rajin bertelur(hahaha), memang menjadi kebiasaan mama menghantar telur ke rumah Puan Yeap. kadang-kadang aku ikut sekali. di situlah aku berkesempatan bertemu mendiang (ibu Puan Yeap). dan seingat-ingat aku,tahun 2006 adalah kali terakhir aku turut serta ke kediaman Puan Yeap. apa yang istimewanya tentang kematian ibu Puan Yeap ini bukanlah pada husnul-khotimah atau perkara-perkara yang sewaktu dengannya. seriously cakap aku tak tahu pun di mana dia menghembuskan nafas terakhir. di rumah atau di hospital?takda pulak mama cakap.
cuma yang istimewanya dari cerita mama 2 minggu lepas Puan Yeap mengambil cuti selama setahun atas alasan untuk menjaga ibunya yang sakit. SETAHUN!! setahun itu masa yang sangat panjang. besar sungguh pengorbanan Puan Yeap.ditinggalkannya dunia pendidikan yang dia cintai untuk sesuatu yang lebih dia cintai;seorang ibu. aku mengenali Puan Yeap sebagai seorang yang sangat rajin mengajar,mencurahkan ilmu dan sangat suka menghasilkan buku-buku rujukan. anda boleh google nama puan yeap kalau nak cari buku-buku yang dia dah hasilkan. bukan sedikit. kebanyakannya terbitan Longman Publisher. dan aku sendiri pernah mendapat bukunya secara percuma dari dia sendiri.teringat kata-kata mama, "kalau Puan Yeap tu Islam, masuk kategori anak solehah dah tuh.setahun ambil cuti nak jaga mak dia..".mendengar kata-kata mama, terasa bagaikan satu syarat dari mama bahawa untuk mengiktiraf aku sebagai anak soleh, aku juga perlu senekad itu untuk menjaga mama di hari-hari akhirnya kelak. namun,tidaklah mama mensyaratkan aku perlu mengambil cuti setahun untuk menjaganya kelak. tapi, pengiktirafan anak solehah terhadap Puan Yeap tu bagaikan satu cabaran untuk aku. insyaAllah aku akan berusaha sebaik mungkin untuk memberi khidmat sebagai seorang anak kelak!doa-doakanlah..ameen

2. Ustaz Abdul Samad.
kali terakhir bertemu adalah di wad icu Hospital Seberang Jaya pada bulan Ramadhan yang lalu. sungguh waktu itu aku sangat hiba melihat keadaannya. wayar dan tiub-tiub penuh di badan dan wajah yang tak bermaya,beliau tetap membuka mata bila ada orang datang ziarah. waktu itu hanya aku dan abah dibenarkan masuk. biasa la icu.mana boleh masuk ramai-ramai. hanya sempat membisikkan kalimah banyakkan bersabar serta banyakkan ingat Allah di telinga beliau dan ada anggukan kecil pada setiap bisikan. Istimewanya insan ini adalah beliau sangat gigih untuk membumikan al-quran dalam hati penduduk kampung di samping melaksanakan tugasan rasmi sebagai muazzin. di sebelah petang anak-anak kecil datang bertalaqqi al-quran di rumah beliau dan pada sebelah malamnya mengajar tajwid di masjid. kebiasanya malam jumaat kelas tajwid tersebut diadakan. beliau bukan setakat pengajar yang berdedikasi, malah seorang penuntut yang gigih. sebab apa aku menganggap beliau sebagai penuntut yang gigih? sebabnya kami pernah bersama-sama menadah kitab pada guru yang sama,iaitu Ustaz Wan Muhammad yang merupakan seorang alim dalam ilmu fiqh. pada usia yang begitu lanjut beliau masih gigih bersama-sama dengan anak muda ke rumah tuan guru, menadah kitab dan telinga mencari bekal ke akhirat. teringat kali terakhir bersama adalah ketika ustaz wan mengupas perbicaraan kitab matla' al-badrain. aku di jepun menerusi skype dan menerusi kamera jugalah kelihatan beliau bersila gigih di hadapan ustaz mencatat nota menuntut ilmu. sungguh istimewa insan ini meskipun sudah bergelar seorang guru masih sudi merendahkan ego menempatkan diri sebagai seorang murid untuk mencedok secebis ilmu dari ilmuan yang lebih muda darinya. terlalu banyak pengajaran dari kegigihan beliau mengusahakan bekal ke alam yang pasti. tawaduknya beliau adalah satu kemanisan yang sudah diangkat oleh Allah dari penduduk kampungku. dan barang pasti penduduk kampung sangat merindui suara beliau yang berkumandang menyeru semua ke arah kejayaan menerusi seruan azan. semoga kita yang masih punya masa untuk menyediakan bekal mengambil inspirasi atas kegigihan beliau.

3. Hajjah Salasiah,sepupu kepada maktok(nenek aku)
kali terakhir bertemu Tok Ndak Lasiah (panggilan hormat aku kepada beliau) adalah pada hari raya kelima kalau tak silap. sepanjang aku menyambut hari raya, seingat-ingat aku rasanya tak pernah aku menziarahi arwah. kalau adapun sewaktu kecik lagi la kot kalau mama ada bawak. tak terlekat pulak dalam memori aku.cuma raya yang lalu aku bertindak sebagai driver maktok dan mama pergi menziarahi arwah. tak banyak kenangan aku dengan arwah. yang banyak hanyalah kenangan dengan cucu-cucu arwah. sama-sama bermain guli,main meriam dan berbagai aktiviti budak kampung dilakukan bersama. cuma teringat arwah cakap ngan mama "laaa..dah besaq dah anak hang ni teh(mama).." waktu aku bersalaman dengan arwah sebelum pulang.hahaha. waktu tu rasa nak gelak sebab aku dok rasa aku kecik ja dari dulu. lagipun kalau orang lain, kebiasaannya mesti ingat aku adalah adik kepada adik perempuan aku,atiqah. haha.maybe orang tua-tua memang suka buat ayat macam tu kot bila nak bagitau kat kita "hang tu dah besaq!!"..apapun semoga roh arwah menempuh perjalanan yang mudah dan selamat.

4. Cikgu Kharuddin
seorang guru bahasa melayu di sekolah menengah dulu yang aku tak pernah pun menjadi anak murid beliau secara khusus.tak pernah ambil kelas Cikgu Khairuddin. sekadar menjadi anak murid secara umum di bawah lembayung Sekolah Menengah Sains Pokok Sena,06400 Pokok Sena Malaysia. Kali terakhir bertemu dan bersua muka adalah kali pertama kami berborak panjang. Setelah 5 tahun berselisih di kaki lima sekolah, memberi salam, bermain bola bersama, dan melihat cikgu naik turun tangga, pertemuan itulah kesempatan pertama dan terakhir untuk aku mengenali cikgu dan keluarga dengan lebih lanjut. panjang sungguh perbicaraan antara kami bertiga. pada pertemuan bersejarah itu, aku bersama seorang sahabat, nurazam ramly menziarahi cikgu di rumah.awalnya kami ke hospital sebab ingatkan cikgu masih di icu. rupa-rupanya cikgu dah dibenarkan pulang ke rumah. nasib baik rumah cikgu sebelah hospital ja.naik kereta tak sempat masuk gear 5 dah sampai.haha.dekat kan? waktu tuh,cikgu sangat kurus. macam tak percaya sampai macam tu sekali. dan dalam susah payah berbicara kerana kondisi lidahnya yang kurang ok lagi, cikgu bagitau yang dia dah hilang 20kg berat badan. banyak tuh! cikgu menghidap kanser lidah dan sebahagian lidah terpaksa dipotong dan digantikan dengan isi yang diambil dari bahagian dada.sungguh menginsafkan bila dengar cerita cikgu satu persatu. terasa besarnya nikmat mempunyai lidah yang sempurna bila melihat situasi cikgu.dan sepanjang perbicaraan dengan cikgu, isteri cikgu memang sentiasa berada di sisi untuk membantu menerangkan beberapa perkataan yang keluar dari mulut cikgu yang tak mampu aku dan azam tangkap n faham. sedang asyik bersembang, anak cikgu yang paling bongsu balik dari sekolah dan mulalah cikgu bercerita tentang anak cikgu sorang demi sorang. seakan cikgu punya harapan yang sangat besar untuk anak-anaknya. paling aku tersentuh, bila cikgu ambil frame gambar dan tunjuk gambar graduasi anak cikgu di MRSM Balik Pulau.susah payah bangun dari tilam ambil frame gambar dan tunjuk. sambil memperkenalkan serba sedikit tentang anak dia dan bercerita yang anak dia adalah kawan sekolah menengah(f1~f3) dengan beberapa sahabat aku dan juga kawan sekolah rendah dengan beberapa sahabat lain. kuat lagi ingatan cikgu terhadap beberapa nama rakan kepada anak-anak dia. mesti cikgu seorang bapa yang baik kan. pastu masuk pulak bab university life. cikgu cerita dia dulu belajaq kat USM dan macam-macam lagi la perkara-perkara tentang zaman student yang cikgu lalui dikongsi bersama.bab kawan-kawan di sekolah tak payah cakap la.berjela-jela dia sembang even dalam keadaan susah payah nak bertutur.rasanya hampir 3jam++ jugak la aku dan azam sembang dengan cikgu.time nak balik sempat lagi dia buat lawak cakap lain kali datang la time bukak posa, boleh sembang-sembang sambil makan..hahaha. lawak jugak cikgu nih kata aku dalam hati. apapun tempoh 3jam++ tuh bukan tempoh yang cukup untuk mengenali seluruh hati budi cikgu. tambahan pulak aku tak pernah masuk kelas cikgu.c umanya aku dapat merasakan Cikgu Khairuddin memang seorang yang ceria. kalaupun tak ada ilmu secara direct yang aku timba dari dia, aku yakin cikgu khairuddin tetap berjasa kepada murid-murid macam aku. mana tahu dengan lawak jenaka dia di bilik guru, cikgu-cikgu lain terhibur dan masuk kelas aku dengan penuh ceria dan senyuman..who knows..
apapun, sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan untuk cikgu, kesabaran untuk keluarga cikgu dan mohonlah segala yang terbaik atas taqdir Allah ini. kalau ada yang mampu, ringan-ringankanlah bebanan keluarga cikgu dengan apa-apa bantuan yang termampu sebab seingat aku anak-anak cikgu masih kecil. kadang-kadang sekadar ziarah bertanya khabar pun sudah cukup untuk membuatkan rasa kehilangan itu terisi.

panjang benar aku berbicara tentang insan-insan yang telah pergi.bukannya apa,sekadar peringatan buat yang masih hidup macam kita supaya berfikir dan bersyukur kenapa dan mengapa dalam beribu-ribu roh di pelosok muka bumi ini yang dipanggil menghadap Allah Rabbul Jalil pada setiap saat, roh kita masih diberi peluang untuk sempat bersama dengan jasad? apakah peluang ini dimanfaatkan? apakah hingga sampai umur kita di saat ini, peratusan amal yang membolehkan kita mendapat rahmat Allah untuk ke syurga itu sudah mencukupi?

apapun dalam mengenang dan merindu yang sudah pergi, mari bersama-sama kita sedekahkan sedikit pahala dengan mendoakan mereka semua.mudah-mudahan Allah redha. dan mudah-mudahan juga apabila kita berada dalam situasi mereka yang telah pergi, yang masih tinggal/hidup juga tak lupa untuk mendoakan kesejahteraan buat kita.insyaAllah

semoga ada kebaikan untuk semua.
Assalamualaikum

1 comment:

NurWahidah Abdullah said...

drpNya kita dtg..kepadaNya jualah kita kembali..