ya Rabb..

Friday, December 24, 2010

............

salam mesra semua

cuti dah mula.yeay!


memiskinkan diri dengan bermusafir meninggalkan wa-kaya-ma malam nih


bermusafir membawa gelas kosong yang siap sedia untuk diisi..


bermusafir membawa sebakul rindu untuk dihapuskan..


dan bermusafir membawa sebuah misi dan tugasan untuk dilangsaikan..


mohon didoakan keselamatan tuan punya blog untuk musafir kali ini.


sekian.
love~

saya suka lawak awak

#copy paste dari fb


A Tribute to Mr Sami Vellu


Dato Seri Samy Vellu finally and officially resigned from his post as the longest MIC President ever, after leading the party for almost 31 years. The

Malaysian Insider has its story, here . Frankly, I will miss him very much especially for all the funny quotes he made all these years. Like what our

Prime Minister said in the 2010 Barisan Nasional Conference, “We will miss DS Samy Vellu because he add a lot of color … sometimes a bit too much

color”. Therefore, as a token of appreciation, I just wanna share some of the more famous quotes ever made by the one and only, Samy Vellu.


1. Samy Velu quoted on Pos Laju:

"Besoh kirim, hari ini juga sampai"


2. On one TV news when he tried to say he felt very ashamed:

"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"


3. Samy said in one of his “ceramah”:

"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Then one pakcik asked, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" And Samy

gloriously replied, "Kalao takde sungai, kita bina sungai"


4. Samy's most favourite quote on the news for the decade is this:

"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”


5. During water crisis:

"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"


6. On social society's problem:

"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"


7. During blood donation's program at Sungai Siput:

"Marilah kita semua menderma dare"


8. His welcome speech in most of his functions:

"Selamat datang saudara-mara semua" (It should have been “saudara-saudari”)


9. During the height of the Al-Arqam's saga, he said in a press conference:

"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"


10. At an opening ceremony for a new building:

"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"


And of course the world's greatest joke of all times:

"Kita akan bina roket pigi matahari." One of the reporter responded, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy replied, "Itu tade

masalah. Kita hantar waktu malam"


There you are folks. For DS Samy Vellu, we wish you all the best!


Wednesday, December 22, 2010

tazkirahkah ini??

ohoho..malam ni rasa nak menulis lagi..
aku pun tak ada jawapan sebab apa la rajin sangat aku menulis kat sini kebelakangan nih..
ribuan ampun dan maaf bagi yang tak selesa dengan tulisan aku..haha

eh lupa, assalamualaikum wbt..

malam ni tetiba rasa nak kongsi satu pengalaman yang baru aku lalui lebih kurang sebulan lepas.mungkin akan mempamerkan kesalahan dan kelemahan diri sendiri, tapi oleh sebab pengalaman nih aku rasakan berguna untuk direnung-renungkan dan dijadikan iktibar, hati aku tergerak untuk kongsi dengan semua.

sebenarnya yang lebih membuatkan aku teringat peristiwa ni adalah kerana petang tadi lepas kelas,terserempak dengan sorang member dan sembang-sembang.takda la sembang-sembang kat cafe.cuma sembang-sembang sambil jalan ke tempat parking skuter.rasanya dah hampir 2 minggu aku tak sembang dengan yuma(nama member aku).yuma ni course lain dari course aku.aku kenal dia pun sebab sama-sama main hoki untuk universiti.tadi dia ada ajak aku pergi main snowboard dekat Shiga-ken 31 Disember dan 1 Januari nanti.boleh sambut new year dalam salji katanya..hahaha.

tapi aku menolak dengan baik dan bagitau dia aku dah ada rancangan sendiri untuk cuti kali ni.lepas sampai kat tempat skuter tak sangka pulak skuter kami parking sebelah-menyebelah dan sorang lagi member(umemoto) parking depan motor aku.so sambung sembang lagi 10 minit camtu dan masing-masing balik.


yuma


umemoto


waktu atas moto tadi baru aku teringat kisah antara kami lebih kurang sebulan lepas.rasa macam nak gelak sorang-sorang pun ada.segan pun ada.bersalah pun ada jugak.macam-macam rasa.yang penting bukan siakap 3 rasa..ik2
ok2.serius2..

rasanya pelajar-pelajar kat jepun semua kenal AKB48 kan??
kalau tak kenal memang rumah takde tv atau jenis langsung tak pernah tengok tv la kan.takpun tak pernah sembang/gosip2 dengan member nihonjin.or tak pernah pergi konbini(convenience store)..haha

ok lah,aku ringkaskan ceritanya dengan menulis balik dialog antara aku dengan member-member aku sebulan lepas.latar tempatnya adalah bushitsu(club's room).latar masanya adalah selepas habis training hoki..macam SPM daaa main latar-latar nih

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

#(junior aku bertanya sambil tunjuk gambar poster salah sorang ahli AKB48 dekat dinding bilik)
yoshiya: ketto-san, di Malaysia ada tak pompuan comel macam nih??

ket: comel macam nih kat mana-mana pon ada..hahaha

yoshiya: serius??bukan perempuan Malaysia kena pakai macam orang perempuan Arab ke?
#junior aku bertanya sambil buat gaya bungkus kepala dengan baju

#tak sempat aku jawab,member lain menyampuk

yoshito: hoi, ketto! ko mana boleh tengok gambar macam nih!nanti tuhan marah!

kenta: hoi, ketto! shukyo no ruru chanto mamoruyo! (sila patuhi peraturan agama!)

#aku diam sambil cuba untuk menguntumkan senyuman pahit.member-member lain suka dan gelak-gelak tengok aku 'terkena'

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

-perbualan tamat dan semua sembang bab lain-

seriusly aku rasa macam kena tumbuk bertubi-tubi dengan kata-kata 'shukyo no ruru chanto mamoruyo!' tuh.dalam hati aku maki-maki "demn sungguh budak-budak nih"..

tapi lepas balik umah dan solat isya, aku terfikir balik apa yang member aku cakap tu memang betul pun.walaupun memandang aurat orang lain hanya dosa kecil,tapi ia adalah muqadimah terhadap kemudaratan yang lebih besar or berlakunya dosa-dosa besar.

memang aku salah dalam hal nih.mungkin ni tazkirah dari Allah kepada aku melalui hambaNya yang bukan muslim supaya aku sedar.teringat aku kata-kata ustaz azhar idrus,"kebenaran ni tak nanti keluar dari mulut ulama',kalau keluar dari mulut lembu pun kita kena terima.."
hurm..aku yang lalai.apa yang terbit dari mulut member aku tu memang kebenaran walaupun dia bukan seorang muslim.aku yang tersilap dan lalai dalam mentafsir apa itu dosa.mungkin sebab dah terbiasa a.k.a NORMALISASI!!

#poster tersebut adalah gambar salah sorang ahli AKB48 dengan gaya dan pakaian yang sangat seksi.sebenarnya memang dah ada lama dalam bushitsu.bukan satu jenis je.ada dalam 3 atau 4 keping rasanya yang dilekatkan kat dinding bushitsu.aku pun sebelum nih buat tak layan ja kat poster macam tuh.nampak buat macam biasa ja.takda la pi perhati rapat-rapat.tetiba hari tu junior aku pi tanya pulak.aku pun jawab je laa

sebenarnya apa yang mendasari kata-kata kawan aku tuh dah lama sangat aku jelaskan kat sesetengah member bukatsu(kelab) aku sampai aku sendiri hampir terlupa yang aku pernah bagitau kat diorang apa yang aku boleh buat dan apa yang aku tak boleh buat dalam hidup.aku pun tak sangka ada yang masih ingat tentang apa yang aku cakapkan satu masa dulu.siap ingatkan aku semula!
kuat ingatan member aku nih tentang penerangan berkenaan menjaga pandangan yang pernah aku berikan.

kisahnya begini..
masa seminggu pertama aku join team nih,time habis training ada sorang senior tahun 4 bertanya kat aku tentang awek.dia tanya sekarang ni ada awek tak?aku jawab la takda sebab memang takda pon.dia buat muka terkejut dan cakap takkan umor 21 takda awek.aku pun cakap je la "pernah je ada dedulu".haaa.pastuh dia bagi soalan killer.dahtu dah berapa kali buat hubungan seks dengan awek dulu tuh??aku jawab je la sekali pun tak pernah.bukan setakat hubungan seks, pegang tangan dia pun tak pernah!serius dia gelak sambil cakap aku tipu.so aku terpaksa la explain kat dia satu persatu.panjang la ceritanya kalo nak story satu persatu..last-last dia tanya,dahtu apa tujuan bercinta kalau bukan untuk seks?tujuan cinta tu kan hubungan seks!

aiyooo..waktu tuh baru aku tersedar bahawa aku sedang berbicara dengan orang yang berlainan cara hidupnya dengan aku.bukan setakat tu saja,cara kami memandang kehidupan pun sangat berbeza.matlamat hidup apatah lagi.so aku perlu berbicara dengan bahasa yang berbeza dari kebiasaan.maka terjadilah perbicaraan antara aku dengan kawan-kawan yang lain tentang hubungan antara lelaki dan perempuan dalam islam, apa yang boleh aku buat,apa yang tak boleh aku buat, serta macam-macam lagi termasuk la bab menjaga pandangan.

sampai ke satu tahap salah sorang bertanya kat aku, dahtu,kalau ada perempuan lawa n seksi datang dan cari kita dan ajak buat hubungan takkan nak tolak??.."tolak je laa" aku bagi jawapan mudah.pastuh member lain cakap mesti aku bohong.."balik rumah mesti beronani nih" katanya..istighfar panjang aku dalam hati time tuh.fuhh..terpaksa aku teruskan lagi perbicaraan sebab peluang untuk aku 'mendedahkan' perkara-perkara yang sepatutnya diorang tahu tentang aku dah terbuka luas.aku yakin diorang akan faham segala tindakan aku selepas nih kalau penerangan sudah mencukupi.pastu aku cakap la lagi, onani pun tak boleh.Allah tak benarkan.tu peraturan agama saya..Ooooo..semua wat muka kagum.pastu keluar soalan lagi.."dahtu, apa yang ketto boleh buat bila jadi macam tuh!??(maksudnya bila ada desakan ke arah maksiat)"..sengaja aku bagi jawapan yang mengundang ketawa berdekah-dekah antara member aku.jawapan aku adalah "gaman shika nai wa!!(BERTAHAN!!)

serius ramai antara diorang yang gelak dan cakap mustahil nak bertahan kalau dah sampai jepun nih.pompuan jepun seksi oooo kata sesetengah member aku..mana boleh tahan kalau 4 tahun kat sini.aku senyum je la..lagi lucu bila ada yang bertanya berulang kali aku ni serius ke cakap macam tuh.mustahil hanya dengan beralasan 'Allah tak benarkan' aku boleh bertahan.4 tahun bukan sekejap."lagipun Allah kan takda kat jepun.Allah ada kat Malaysia kan??" nasihat sesetengah member yang bertujuan mengajar aku 'keseronokan masa muda' yang perlu dicuba.alang-alang datang jepun kannnn kata sesetengahnya.

aku kadang-kadang rimas dengan usikan nih.nak marah pun ada,tapi aku selalu ingatkan diri aku bahawa orang jepun ni adalah masyarakat yang tertutup dari dunia luar.apa yang diorang paham tentang Islam adalah Islam itu terrorist(most of them la).apa yang media dedahkan itulah yang diterima.nak jadi best lagi media tentang Islam banyak bersumber dari amerika kan.

pastu diorang anggap apa yang diorang buat pun orang lain buat..aiyaaa.susah betul laaa(so jangan mengaku anda ada awek/pakwe dengan nihonjin kalau tak mahu diorang berfikir yng 'buruk' tentang anda)
hurm..perlukah diajar kawan2 nih cara memandang kehidupan??
-[KIV dulu]-

aku pernah story pasal benda nih kat member aku(malaysian).dia cakap tak payah join la dengan orang macam tuh.membahayakan diri ja.
-aku simpan sebentar nasihat tersebut-[fullstop]


berfikir tentang NORMALISASI..
well,aku rasa perkara ni dah berlaku terhadap aku.korang macam mana??.ni bukan normalisasi yang biasa-biasa.ini adalah normalisasi terhadap DOSA.mungkin kalau kalau kat Malaysia, bila melihat perempuan seksi or berpakaian tapi bertelanjang,kita mampu mengalihkan pandangan ke arah lain(sekurang-kurangnya).tapi bila dah bergelumang dalam masyarakat yang majoritinya 'berpakain tapi bertelanjang' nih,arah mana lagi nak dihalakan pandangan kita nih??nak tunduk bawah?logik dalam beberapa hal.tapi kalau terlanggar orang lain jangan terkejut kalau didakwa sebagai gangguan seksual(konon2nya kita sesaja langgar orang tu untuk ambil kesempatan).lama kelamaan, melihat makhluk-makhluk berpakaian tapi bertelanjang hari-hari,membuatkan hati kita macam dah tak rasa bersalah or berdosa.masuk konbini sudah laaa.kita tak cari pun gambar pelik-pelik tapi memang terpampang di muka depan majalah kan.bukan majalah orang dewasa pun.komik-komik biasa pun guna gambar perempuan seksi nak mampos di cover muka depan.

fikir-fikir balik kan..kadang-kadang hati kita tak sempat pun nak membenci benda-benda tuh walaupun kita semua sedar BENCI itulah selemah-lemah iman yang boleh kita persembahkan kepada Allah.lebih malang lagi bila ada yang beli komik2 or majalah2 tersebut kan..aku yakin la yang membeli bukan nak tengok perempuan tu pun kan??kan??orang nak baca yang kat dalam komik.bukan nak tatap cover depan.tapi terpaksa tengok jugak sebab benda tuh kat muka depan.huhu.


persoalannya...
terselamatkah iman kita??
yakin iman kita akan terselamat kalau dengan untuk 'membenci' pun kadang-kala kita terlupa?
semoga Allah terus memelihara kita dengan menghantar tazkirahNya dalam pelbagai cara dan medium pengantara.semoga kita selamat dari sekecil-kecil dosa sehingga sebesar-besarnya.ameen

mari berfikir tentang hal ini!
berhati-hati dengan NORMALISASI DOSA walau hanya dosa kecil.
-pesan buat sahabat dan diri-


sedikit buah tangan untuk yang di luar jepun:





jya,
aijyo tappuri~
-ketto-

selamat malam HIKMAH


nak kongsi 3 minit terakhir sebelum masuk futon dan menutup tirai hari ini..






moga ada manfaat
oyasumi~
love~

Tuesday, December 21, 2010

macam ni pon ada..

haha..
semenjak dua menjak ni rajin dok baca blog hani.syok dok baca post dia(hani tolong jangan bangga!!)..skali dia tag aku la pulakkk.zzZZ
blog pon nak tag gak ka??igt fb ja ada bnda2 nih..nasib baik takdak notification.ik2
layan ja la jawab..(buat2 macam tak ikhlas..haha)
tak jawab nanti kata sombong kan..ik2(sesaja usik hani)


apa benda paling penting dalam hidup korang?
(what is the most important thing in your life?)

roh


benda yg terakhir korang beli guna duit korang?
(last thing you purchase with your cash?)
tadi isi minyak moto



di mana tempat korang langsungkn perkahwinan korang?
(where would you be having your wedding?)
masjid ar (malaysia??jepun??)


adakah korang sedang bercinta sekarang?
(are you in love right now?)
ya!


berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
(how long will you love your love ones?)
selagi terdaya


di mana korang selalu jumpa kekasih korang?
(where would you meet your love ones?)
seluruh pelusuk alam


novel/buku/majalah terakhir korang beli?
(what is the last novel/book/magazine that you purchase?)
電磁気学:キャンパス・ゼミ (electromagnetic)


apakah nama penuh korang?
(what's your full name?)
Muhammad Syakir bin Rahim -ケット-


antara mak n ayah mana paling rapat?
(between mum and dad, which would you are more close with?)
susah nak jawab nih.rasanya dua-dua sekali



namakan org betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang?
(name the persons you would really like to see in your life?)
hurm..kalo nak list out mmg tak muat.bg kategori je la yer
①keluarga
②kawan-kawan
③bakal keluarga



adakah korang basuh baju korang sendiri?
(do you wash your own clothes?)
mesti arrr.bujang!.basuh,sidai dan lipat sendiri!!
[jenis tak seterika baju]


tempat yg betul-betul korang nak pergi?
(places you really which to go?)
buat masa nih, german dan mekah kot


pilih salah satu, peluk atau ciuman?
(chose one; hug or kisses?)
tumbukan mesra takdak ka??ik2
ok2..hug la best kot


bagitau 3 benda orang yang bagi kamu tag
(tell 3 things on the person who tag you)

aku selalu pekena dia, dia pernah buat aku gelabah takdak ayat(ujung tahun 2005), orang baik


benda yang paling disayangi dalam hidup korang
(what is the most beloved thing in your life?)
benda yang boleh memberi kasih sayang kat aku


lagu yang paling korang suka dengar?
(what song would you love to hear the most?)
笑えれば と サムライソウル by ウルフルズ [waraereba / samurai-soul by ulfuls]



bila tarikh lahir korang dan tempat selalu korang sambut?
(when are born and where do you usually celebrate your birthday?)
18 jun
tak pasti kat mana aku sambut sebab aku jenis tak sambut sangat besday nih.tapi kalo org bagi hadiah ambik laa.hahaha(ayat mintak hadiah)
kalo zaman skolah dulu kat dewan makan la..nyanyi ramai2..haha.


list 3 org kene tag
(list 3 person to be tag)
insan yang berjaya hasut aku masuk ke dunia blog, mamu a.k.a mesin mekanikal padu
anda!!ya, anda yang sedang membaca!!!buat cepat!!(x paksa pun..haha)


#5% dari jawapan di atas adalah mengarut(maksudnya bergurau laa).never trust anybody 100% except Rasulullah.got my message?

Saturday, December 18, 2010

incik,semoga berjaya!!

assalamualaikum..

hari ni 18 Disember, ulangtahun kelahiran abah.

segala pujian ku panjatkan kepada ilahi atas nikmat umur yang telah diberikan buat abah.syukur dan puji juga atas nikmat iman dan islam yang Allah telah kurniakan kepada abah sehingga saat ini.

tiada kalam atau madah indah yang dapat dinukilkan melainkan doa-doa yang tidak putus aku panjatkan kepada Allah agar terus memberkati usia abah.tidak dilupakan doa agar Allah mengampunkan segala dosamu dan segala dosaku terhadap dirimu.seterusnya aku juga memohon agar kebersamaan yang ada antara kita terus subur dan mekar.juga diharapkan segala jurang perbezaan pendapat yang kadang kala wujud di antara kita dapat dikecilkan sehingga ia terus hilang.ameen

kadang kala anakmu ini gagal menafsirkan maksud dan kehendakmu.maafkanlah kekhilafanku

kadang kala anakmu ini juga bermasam muka dalam beberapa hal.maafkanlah kelemahan anakmu ini menguruskan emosi.

banyak suka dan duka kita bersama.ada ketika aku ketawa dan tersenyum bila mengenang balik apa-apa yang pernah berlaku antara kita.ada ketikanya juga aku jadi terharu, sedih, marah, malu dan juga ingin berkonfrantasi denganmu bila terkenang segala kenangan kita.

terlalu banyak jasa yang abah taburkan dalam membesarkan, mendidik dan melayan segala kerenah anakmu yang susah difahami ini.andai hutang jasa perlu dibayar ketika didunia ini memang aku mengaku awal-awal lagi perkara itu di luar kemampuan diriku.

dengan bertambahnya umur abah hari ini, fahamlah aku bahawa masa untuk kita bersama semakin berkurang.masa untuk kita membina kenangan juga semakin sedikit.ditambah dengan jauhnya jarak antara kita buat masa ini.ya, aku sedar pada setiap pertambahan saat, jam, hari, minggu, bulan dan tahun kita masing-masing mendekati perpisahan.antara kita tak jelas siapa yang akan ditinggalkan dan siapa yang akan meninggalkan.

entah kenapa aku sangat terkesan dengan rumus kehidupan yang pernah sahabat aku bekalkan satu masa dulu iaitu;
[pertambahan umur = pengurangan tempoh hayat di dunia]

dan hampir keseluruhan pesanan itu aku sertakan dalam memberi ucapan tahniah kepada insan-insan yang menyambut ulangtahun kelahiran.dan hari ini abah tak terkecuali untuk menerimanya.harap dapat menerimanya dengan dada yang lapang.bukan nak takutkan abah tapi sekadar satu tazkirah..boleh kan??abah kan suka dengar tazkirah.hehe

mengenang perbualan semalam, kalam terakhirku kepadamu hanya satu pesanan ringkas; SEMOGA BERJAYA!!
(tak pasti abah dengar atau tidak sebab abah tengah fokus pada tv kan waktu tue)

semoga abah benar-benar faham 'berjaya' yang aku maksudkan semalam.

sedikit buah tangan untuk abah dari anakmu yang jauh..


SENTUHANMU

terpanar aku pada sentuhan keramatmu
mengheret aku mentafsir memori silammu
dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

surut dedarku pada usapan manteramu
tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

oh ayah..
tak pernah ku tanya
kemana tumpahnya keringatmu

oh ayah..
tak pernah ku hitung
berapa banyak kerutan di dahimu
yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
yang sedaya ayah laksanakan

kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

tak terkuis dugaan menduga
apalagi takdir yang menerpa
aku mengharap bukan menolak
apalagi cuba melupa

lestari kasihmu tanpa batasan
sempadan waktu yang memisahkan
abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
sentuhanmu amat bermakna..






anakmu,
muhammad syakir @ abg cik
love~

revision + kongsi = _______?

salam rindu dan sayang untuk semua..

lama blog ni ditinggalkan bersarang labah-labah dek kerana pemiliknya ada banyak hal yang perlu diuruskan.hal jiwa.hal akademik.hal persekitaran dan lain-lain hal.so malam nih gotong royong blog skit.hehe

so,malam minggu macam nih nak share something yang bagi aku ada manfaat.tak tahu la kalau korang yang nak membaca rasa benda nih tak bermanfaat sangat.aku tak paksa pun korang untuk mengatakan tulisan ini bermanfaat.

sebenarnya post kali ini tak lebih dari perkongsian antara seorang muslim dengan muslim yang lain.mungkin rasa manfaat yang aku rasakan wujud tu akan lebih terlihat dalam minda dan jiwa pembaca sekalian bila kita meletakkan tulisan aku ni kepada satu asas iaitu PERCAYA.

dipendekkan ceritanya begini.baru nih aku baca quran macam biasa la.lepas maghrib, baca sehelai+tadabbur makna.tadabbur je.bukan menafsir ayat.rasanya semua dah cukup dewasa untuk membezakan antara tadabbur dan tafsir kan.so tak perlulah dijelaskan definisi perkataan tersebut kan.so baru-baru nih aku dah sampai ke surah ke-8 iaitu surah Al-Anfaal.bila baca je ayat kedua surah ni aku teringat pada satu tazkirah yang pernah diberikan oleh seorang ustaz masa aku kat Malaysia dulu.kejap lagi aku cerita sedikit demi sedikit tentang tazkirah ustaz tersebut.sekarang jom kita tengok dulu maksud ayat nih.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya), GEMENTARLAH hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah."[Al-Anfaal 8:2]

dah baca kan??

ok sekarang ni nak kongsi plak apa yang aku rasa(at that time) bila baca ayat nih.bila baca dan fahami ayat tu kan,rasa macam jauh sangat diri ini dari kesempurnaan iman.macam tertanya-tanya plak adakah aku ni masih tergolong dalam golongan 'orang-orang beriman' yang dimaksudkan dari maksud kalamullah di atas.dalam ayat tuh menyatakan salah satu ciri orang yang beriman adalah gementar hatinya bila disebutkan nama Allah.

hurm..sebab apa aku cakap macam tu?bukankah terlalu over untuk aku berfikiran macam tuh??bukankah aku dah diajar bahawa iman tu ada pasang surut.ada naik turunnya.so kena berusaha la kan memperbaharui dan meninggikan iman supaya aku tergolong dalam golongan 'orang-orang beriman' dalam ayat tuh.aku sepatutnya boleh menyedapkan hati aku dengan berhujah kepada diri sendiri bahawa hakikatnya iman manusia macam aku nih memang akan turun naik.memang ada masanya akan terasa sangat manis dan ada kalanya tak dapat dikesan ke mana hilangnya kemanisan tu.itu NORMAL!!

tapi bila aku bertanya pada diri aku ke mana hilangnya GEMENTAR tuh.aku jadi kelu.tak jumpa cari, bila dan di mana aku cicirkan rasa gementar tuh.mungkin kita akan rasa kecut dan gementar bila melakukan kesalahan dan kita sedar kesalahan kita tu dalam pengetahuan orang atasan kita,dalam pengetahuan pihak berkuasa yang boleh mengenakan denda terhadap kita atau macam-macam jenis orang lagi la.tu adalah contoh gementar sebab kita melakukan kesalahan kan.

setuju??

kalau setuju, dipersilakan meneruskan pembacaan..

tapi bila berbicara seorang diri bab gementar nih,aku teringat semula tazkirah oleh al fadhil Ustaz Sidek Noor tentang bab gementar nih.rasanya aku dengar tazkirah beliau tentang hal nih sebelum aku menjejakkan kaki ke Jepun lagi.segala puji bagi Allah yang mengingatkan aku kembali tentang tazkirah tersebut.semoga isi kandungan tazkirah tu akan segar dalam hati aku dan pembaca sehingga kita dipanggil menghadap Allah Rabbul Jalil.ameen.

dalam tazkirah ustaz, beliau ada menyatakan dua contoh untuk aku dan hadirin yang lain berfikir sendiri seterusnya menilai dan meletakkan diri kami di posisi mana yang sesuai.kata beliau "hampa pikiaq sendiri la diri hampa dok kat mana!!"

contoh pertama
kita ada seorang kawan.kawan yang sangat baik dan kita percaya 200% dengan dia.memang kawan kita ni tak pernah tipu kita,tak pernah khianat kepada kita dan tak pernah buat benda-benda tak elok kepada kita.pendek kata kawan sehidup semati yang memang dipercayai la.satu hari dia datang rumah kita dalam keadaan tergesa-gesa dengan muka serius cakap "wei aku dengaq depa kata POLIS dok cari hang merata dah.depa nak tangkap hang!!hang ada buat kes apa??"
waktu tu apa kita rasa??mesti jantung kita berdegup 'dup-dap dup dap' dan rasa cuak.GEMENTAR.ketaq(kata org kedah.haha) dan sebagainya kan??

ok contoh kedua dari ustaz..
kita tengah buat kerja.tak kisah la kerja apa pun.baca buku ka.beli baju ka.tengok tv ka.tengok bola ka.tengok wrestling ka.dengar lagu ka.apa-apa je la.tengah kita buat kerja kita tu kan, kita dengar bunyi azan.bunyi azan tu memang dah sampai ke telinga kita dan kita memang dengar dan sedar, "oh, dah azan.masuk waktu dah" kata kita dalam hati.alhamdulillah kita sedar azan tu menandakan masuknya waktu solat.TAPI!!ada tapi nya, adakah hati kita GEMENTAR,takut dan ketaq bila dengar kalimah ALLAH AKBAR berulang kali??or kita sekadar dengar nama Allah beserta sifat Maha BesarNya dengan rasa yang biasa.tiada rasa takut.tiada rasa bimbang or GEMENTAR mengiringi pendengaran kita.

seterusnya ustaz cakap beliau yakin rata-rata hadirin yang ada(waktu itu) memang mengalami situasi nih.dan aku tak nafikan kenyataan ustaz tuh.memang aku tergolong dalam golongan ini.walaupun belum pernah dikehendaki atau dicari oleh polis,aku yakin kalau kejadian macam contoh pertama tu berlaku memang aku akan ketaq+gementar!!tak payah polis la beb..waktu kat sekolah dulu kalau dengar ada warden panggil pon dah mula gelabah fikir apa salah aku dan apa alasan terbaik untuk diberi nanti..haha.begitu juga bab contoh kedua ustaz tu, memang aku pon akui aku tak pernah ada rasa takut dan gementar bila dengar azan.biasa-biasa ja.kadang-kadang gagahkan diri menghadirkan solat berjemaah dan kadang-kadang meneruskan kerja yang sedang dibuat.

korang bagaimana??

①adakah sama macam aku??

kalau sama macam aku,mari kita cari dan kutip balik GEMENTAR seorang hamba yang dah hilang dan gugur dari diri kita.mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang yang beriman.
jangan sampai kita takut dan gentar kepada yang tak sepatutnya.jangan sampai kita tercicir dari tuntutan untuk menjadi golongan beriman dalam ayat diatas.apakah polis atau warden atau selainnya lebih kita takuti berbanding Allah??jangan biarkan perkara ni berterusan.jom berusaha

②kalau tak sama macam aku,tahniah!! dan silakan istiqamah menjaga anugerah rasa GEMENTAR tersebut.ajarkan aku dan orang-orang sepertiku untuk turut gementar!

bila difikirkan balik,rasa GEMENTAR yang menjadi ciri untuk membolehkan aku menempatkan diri dalam kalangan orang-orang yang beriman adalah mengenal Allah!
betullah orang selalu cakap 'awaluddin makrifatullah' yang membawa maksud 'awal-awal agama itu adalah dengan mengenal Allah.'
ternyata aku masih belum benar-benar mengenal Allah.
aku memilih untuk mengutamakan perkenalan dengan perkara lain secara serius berbanding mengenali Allah.mungkin kenal,tapi sekadar kenal yang biasa-biasa.kenal yang belum mampu menghadirkan GEMENTAR;syarat untuk membariskan diri aku dalam saf orang-orang yang beriman!

moga tulisan ini akan sentiasa jadi tazkirah untuk diri aku dan kamu.

sekian.
segala yang baik dari Allah.kekurangan adalah atas kelemahanku




#isikan ruangan "______?" dengan perkataan yang sesuai.
yang ada dalam benak aku untuk diisi adalah "jom bertindak"

Tuesday, December 14, 2010

Kau tempat ku mengadu...






Kaulah Yang Maha Esa
Kaulah Yang Maha Pengasih
Kaulah Yang Maha Penyayang
Tiada hidup tanpaMu

Kaulah Yang Maha Agung
Kaulah Yang Maha Mengetahui
Tuhan dunia akhirat
Tiada aku tanpaMu

Bilaku rasa pilu
Bilaku rasa resah
Bilaku kekosongan
Kau tempatku mengadu
Oh Tuhan yang satu
Engkau Tuhan yang satu

Segala puji-pujianku
Tujukan padaMU..padaMU
Dan hidup dan matiku hanyalah
UntukMu..untukMu...untukMU


duhai yang Maha Mendengar segala rintihan hati makhluk,
duhai yang Maha Pengampun,ampunilah sebusuk mana pun masa lalu hambaMu ini..

ya Allah, ya zal jalali wal ikram berikan apa yang terbaik untukku..
tenangkan hatiku ya Allah..
tabahkan diriku ya Allah..
ubatilah rasa kekosongan ini ya Allah..
hilangkanlah segala keresahan yang mengganggu jiwaku ya Allah..
ya Somad, redhakanlah hatiku dengan segala ketentuanMu
ameen,ya Rab al 'alameen


-pemburu husnudzon-

Saturday, December 11, 2010

owattaaa!!!! (^_^) ☆

salam mesra.

hari ni sabtu 12月11日 adalah hari terakhir training bukatsu bagi sessi 2010 sebab cuaca dah makin sejuk.kalau teruskan berlatih jugak ramai la yang akan terkencing dalam seluar time training sebab sejuk sangat..haha.mari menternak lemak!!latihan akan bersambung semula pada pertengahan Januari 2011 nanti insyaAllah..yoyuss~

lepas nih lagi banyak la aku merepek kat sini sebab banyak masa lapang.moga2 nikmat kelapangan nanti akan dimanfaat dengan baik.takkan nak merepek kat blog ja.samishii~

study jom??
hahaha.ok what.minggu depan dah banyak chukan shiken.wish me best of luck.minna mo ganbare!!
harap2 tak terkena sindrom rindu member bukatsu n sindrom gatal tangan nak pegang kayu hoki!!gamansuruwa~

jya,mata ne~
*wink wink ^_^

Friday, December 10, 2010

4 Muharram : rindu kasih untuk berkasih



[ini adalah omongan rindu yg panjang.jgn baca kalau tiada masa]
salam redha dari hati yang menanggung rindu..
al-fatihah..



harap-harap pahala bacaan al-fatihah tadi disedekahkan kepada Haji Ismail bin Haji Awang,datukku

hari ini genap setahun aku kehilangan seorang murabbi yang selalu membimbing aku.orang yang tak asing dalam hidup aku,datuk aku sendiri yang dipanggil tok ayah oleh cucu-cucu seperti aku.semestinya aku sangat terkilan dan sedih atas pemergian arwah sebab sewaktu arwah dipanggil menghadap ilahi,aku takda di sisi arwah seperti cucu-cucu lain.sedangkan aku adalah cucu lelaki yang paling hampir dengan arwah.rumah hanya kurang seminit berjalan kaki.entah-entah keluar rumah jalan sambil pejam mata pun boleh sampai kan.kalau merangkak pun sampai je aku rasa.tapi apakan daya kan.rencana ilahi.siapa boleh halang.tapi aku redha walaupun seminggu pertama aku kehilangan arwah,aku macam orang yang tak dapat terima takdir Allah.asyik nangis even aku dok pujuk diri sendiri.dalam hati sentiasa dok kata 'menangis sampai tercabut mata pun,tok ayah takkan hidup balik'..tapi apakan daya,pujukan terhadap diri sendiri tu masih tak mampu menutup rasa kehilangan dan tak mampu nak menyekat air mata aku dari mengalir.sedih memang sedih.buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku melakukan solat ghaib.

Alhamdulillah selepas hampir 2-3 minggu dalam keadaan sedih aku kembali normal.kembali macam biasa.dah boleh berfikir dengan rasional bahawa pemergian tok ayah bukanlah penamat kehidupannya tapi adalah permulaan bagi kehidupan yang tiada penamat bagi arwah.hati aku tenang sangat bila ada satu malam tu aku mimpi aku balik ke kampung dan pergi masjid.tok ayah tengah memberi kuliah di masjid.waktu aku masuk ke dalam masjid,aku nampak abah,pak ndak,abg am dan abg apri sedang dengar tok ayah bagi kuliah.tok ayah berjubah putih dan tersenyum bila aku masuk ke dalam masjid.ya,aku lewat ke kuliah hari itu.kuliah terhenti dan semua senyap.tiada suara atau bicara antara kami semua.tiba-tiba semua bangun dan masuk dalam saf untuk solat.tok ayah jadi imam.aku keluar dari masjid untuk pergi ambil wudhuk memandangkan aku masih belum berwudhuk.selesai berwudhuk, ketika aku masuk masjid untuk solat bersama-sama dengan semua jemaah yang dipimpin oleh tok ayah, solat dah selesai dan semua orang dah takda dan mimpi tu habis macam tu je.tak sempat aku jumpa sesapa pun.hurm..belum pernah aku alami mimpi macam tu sepanjang hidup aku.ketika tok ayah masih ada, aku belum pernah mimpi tentang dia.

so esoknya aku call family kat malaysia dan bagitau tentang semua tuh.abah pesan banyakkan doa kat Allah supaya dapat petunjuk yang baik di samping sentiasa mendoakan kebaikan untuk arwah.aku nampak abah pon mengalirkan air mata masa tgh skype dgn aku.tak sangka dia pun sangat merasai kehilangan seorang bapa mertua.aku masih tak puas hati dengan jawapan abah.so aku tanya member yang bagi aku tinggi siqahnya.dia bagitau ngan aku,kalau kita tidur memang roh kita sendiri tiada di jasad.tidur adalah mati kecil dan roh kita memang tiada dengan jasad waktu tidur.tapi dia sendiri tak berani nak menyatakan apakah yang aku temui dalam mimpi tu adalah pertemuan antara roh aku dan roh tok ayah.seperti biasa pesanannya tetap sama;banyakkan berdoa..selang beberapa hari aku call pulak sorang ustaz dan bagitau tentang mimpi aku dan dia cakap biasanya kalau mimpi jumpa orang yang dah tiada dan tak berlaku sebarang dialog or percakapan antara kami,itu memang arwah.so,aku dah rasa cukup puas hati dengan jawapan tuh dan dah tak bertanya kat orang lain tentang mimpi aku.

masa terus berlalu dan doa untuk arwah memang tak putus aku kirimkan.segala nasihat daripada ustaz yang aku terima aku amalkan.kadang-kadang aku istighfar banyak-banyak sambil berharap Allah ampunkan segala dosa arwah seandainya arwah masih ada dosa yang belum sempat dibersihkan.aku sedar tanggungjawab aku sekarang adalah menjadi zuriat yang soleh yang sentiasa mendoakan arwah.sekarang aku adalah harta yang tok ayah pertaruhkan untuk kehidupannya selepas kehidupan dunia.begitu juga siri-siri mimpi pertemuan antara aku dan arwah.terlalu kerap berlaku dan sememangnya tiada dialog yang terjadi antara kami.sekadar memandang sesama sendiri.


tenang menuju hari2 terakhir

minggu lepas adalah mimpi terbaru antara aku dan arwah.tapi kali ini memang berbeza.berlaku perbualan antara kami.dalam mimpi tu,aku pulang ke rumah tok ayah dan membawa sehelai borang/surat berwarna biru.surat yang memerlukan pengesahan sesorang yang berautoriti.dan aku meminta tok ayah mengesahkan surat tersebut.tiba-tiba tok ayah cakap "pi panggil rahim(abah aku),aku nak bincang dengan dia!"so aku pun keluar dari rumah tok ayah dan balik rumah sendiri untuk panggil abah.dalam perjalanan balik rumah mimpi aku tamat dan kali ni aku terus terjaga dari tidur.yang mengejutkan sekali aku dapati stokin sebelah kaki kanan aku dah tertanggal(musim sejuk ni aku memang tidur pakai stokin).apa kes??cepat-cepat aku pakai balik stokin dan tidur semula dengan harapan mimpi dapat disambung kembali..haha.lawak gak bila ingat balik.sebab apa aku nak sangat sambung mimpi tuh adalah ada nama sesorang yang perlu aku tahu dari isi surat tuh.macam biasa aku call abah dan story dengan dia tentang mimpi tuh.abah gelak-gelak ja dan cakap kenapa tak tanya macam-macam lagi dengan tok ayah..lol.mana la aku mampu nak kawal mimpi.abah ni pun wat lawak ja taw.grrr.tapi bila fikir-fikir balik,mana pernah sepanjang hayat tok ayah,dia membahasakan abah sebagai 'rahim'. bila dia nak suruh aku panggil abah dalam apa-apa urusan sekalipun.selalunya dia akan cakap "pi panggil abah hang sat" or bahasa-bahasa yang sewaktu dengannya.bimyou2~

bila teringat balik mimpi tuh dan tengok pada kalendar,aku terfikir dah dekat setahun pun tok ayah tinggalkan kami semua.terlalu banyak kenangan.haritu masa aku balik beraya time summer break,aku sempat ziarah kubur arwah.hari kedua aku di malaysia aku dah ziarah kubur arwah.abah temankan aku.lepas tu aku gi lagi sorang2 sehari sebelum raya(hari last ramadhan) sebab nak bersihkan kubur dan aku pasang niat taknak pergi kubur pada pagi raya esoknya sebab takut-takut nanti rasa sedih.padahal hari raya Allah nak suruh umat islam hepi dan gembira sambut kemenangan ramadhan.tapi air mata aku tumpah jugak pagi raya tu bilamana selepas habis khutbah aidilfitri,seorang rakan seperjuangan tok ayah(Haji Hashim) bangun dan bercakap menggunakan mikrofon menyatakan "ini adalah hari raya pertama kita semua(penduduk kampung) tanpa tuan imam yang kita sayangi dan nama tuan imam masih wujud dalam senarai carta organisasi masjid walaupun sudah hampir 10 bulan Haji Ismail meninggalkan kita.."beliau(haji hasyim) mengarahkan AJK masjid agar lebih proaktif dalam mengupdate info-info tentang masjid memandangkan ramai anak-anak desa dari perantauan pulang.beliau bimbang kalau-kalau ada anak-anak desa yang tak tahu bahawa Hj. Ismail dah tak ada dan meminta semua jemaah mendoakan arwah.sebak hati aku.tumpah jugak air mata aku pagi tuh.malu gak la bila ada jemaah lain yang nampak.segan kot

tapi sekarang aku dah tak bersedih.cakaplah apapun tentang arwah.ungkitlah apa pun tentang kenangan antara aku dan arwah.aku akan tetap tersenyum walaupun kadang-kadang air mata tetap gugur.air mata hanyalah fitrah sebuah kerinduan.bukan lagi kesedihan buat aku.senyumku kerana aku sentiasa mahu bersangka baik dengan Allah.Allah memilih untuk merehatkanmu dari perjuangan dunia yang melelahkan kudrat dan benakmu.Allah akan sentiasa merahmatimu insyaAllah.aku sangat yakin Allah sedang membalas segala penat lelahmu dengan kenikmatan di alam barzakh buat masa ini.akan aku gerakkan seluruh kekuatan yang Allah anugerahkan kepadaku untuk meneruskan segala gerak kerja yang telah arwah usahakan meskipun aku sendiri tak pasti apakah aku sempat atau tidak.yang penting aku sudah menanam azam dan tekad untuk melaksanakan apa yang tersisa.berusaha!
terima kasih ya Allah kerana memberikan aku nikmat untuk mempunyai seorang datuk yang baik selama 20 tahun hayatku di atas muka bumiMu.semoga Engkau mempertemukan kami di tempat yang indah kelak..ameen



SALAM RINDU SEORANG CUCU

sedar tak sedar sudah cukup setahun aku memendam rindu,

sedar tak sedar juga sudah setahun doa-doa yang tak pernah putus ku kirimkan buatmu,

sedar tak sedar juga sudah setahun aku menjadi harta yang engkau pertaruhkan untuk kehidupan barumu,

tika dan saat ini,hati ini terlalu ingin berbicara denganmu walau hanya di dalam mimpi,

banyak yang ingin aku luahkan,

banyak yang ingin aku tanyakan,

banyak ampun dan maaf yang ingin ku pohon,

banyak juga gurauan-gurauan yang ingin ku ulang semula,

aku semakin merinduimu bila berjauhan,

aku semakin mengingatimu bila kita berada di alam yang amat berbeza,

aku semakin mentaati suruhan dan laranganmu bila terkenang,

aku seakan mahu masa diulang,

terlalu berat rindu yang tertanggung,

terlalu banyak ingatan dan kenangan antara kita,

terlalu kerap juga mimpi antara kita,

terlalu banyak juga yang ingin aku nukilkan tentangmu..

cukuplah doaku sebagai penggantiku mendampingimu..

moga ada keampunan Allah ke atas segala silap dan salahmu

moga-moga pemergianmu sentiasa menjadi tazkirah buatku bahawa ajal bukan sesuatu yang mampu dikalkulasi..


nota buat diri: ubat bagi sebuah kejahilan adalah ilmu dan pintu bagi ilmu itu adalah berguru.begitu juga,ubat bagi sebuah rindu itu adalah bertemu dan pintu pertemuaan antara aku dan tok ayah adalah KEMATIAN kerana tok ayah tak mungkin hidup kembali untuk menemui aku.aku yang perlu bergerak ke sana.ya,aku pasti ke sana!!aku perlu bergerak ke arah sebuah kematian dalam kerangka yang memungkinkan terjadinya pertemuan yang indah.

nota buat pembaca: kalau rasa kurang senang dengan luahan aku nih,silakan.tapi satu yang aku harapkan;tolong sedekahkan al-fatihah dan al-ikhlas(3x) utk arwah.[sgt2 berharap]




sekian.
love~