ya Rabb..

Saturday, November 27, 2010

tersekat-sekat..

salam mesra..

weekend je mesti aku buka blog usang ni dan cuba isi dengan apa yang aku rasa nak isi.tetiba aku tersedar yang post yang aku tulis minggu lepas tu belum dipublish lagi.sebabnya adalah semasa aku dah hampir nak habis post yang lepas,ada member call n ajak sembang-sembang.oleh sebab terlalu lama sembang sambil golek2 atas dalam futon sampai aku terus tertido dan lupa nak publish.aiyaaa.sosokkashiinaaa~

takpela.tadi dah touch up apa2 yang patut dan dah klik pun button PUBLISH POST!!
haha

so minggu ni nak share something.minggu lepas kan aku cuti 5 hari.untuk mengisi masa cuti tu,aku mula membaca satu buku nih.penulisnya agak kontrovesi dengan satu isu suatu ketika dahulu.kita tinggalkan kontrovesi tu dan fokus pada hasil tulisan beliau.Qur'an and Cricket:travels through the madrasahs of Asia and the other stories by Farish A Noor.menarik even baru baca 1/5 dari keseluruhan buku..macam mustahil ja nak dihabiskan dalam tahun 2010 nih memandangkan dah mula sibuk sikit bila cuti habis.nak2 buku ni dalam bahasa penjajah.so amik masa sikit la untuk aku faham.tersekat-sekat pembacaan aku nih.cumanya yang ingin dikongsi adalah the first chapter of the book, The Nomad's Prayer..maybe it's a poem..ntah laa.

The Nomad's Prayer

Dear God,
I thank you for these feet,these eyes,these hands;
I pray that wherever I go I will be able to see you in the
world around me,
and to always see honestly;let no sight be too terrible to bear;
let nothing and no-one be ugly;
I pray that whatever I touch will remind me of your eternal
presence in all things;
let nothing be repugnant to me;
And I pray that with every step I take I will be getting closer
to you;
God, take me home.And let my home be everywhere.

Farish A Noor
2009

sekian.selamat menghayati~

Monday, November 22, 2010

OH TIDAK!! cuti lagi..




cuti dtg lagi..yeehaaa
salam aidiladha.

tetiba malam ni rasa nak menulis la plak.maklumla tadi lepas maghrib tertido and now dah tak boleh nak tidor semula..yabai2
untuk pengetahuan semua, gua sedang cuti selama 5 hari..aiyaaa.nikmat kelapangan di situ.agak melalaikan kalau tak dipenuhi dengan baik.moga2 tulisan ni tak melalaikan penulis dan juga pembaca.ik2.[ayat skema]

well aritu time umat islam semua sambut aidladha n solat sunat aidiladha,aku ada kelas sampai petang.lepas petang ada training pulak sampai malam.besa laaa pulon.haha.kesian kan??

pastuh semalam dan hari ini adalah university open day or dalam bahasa jepunnya gakuen-sai. Bagi uni aku kami panggil wadai-sai ja.student2 bukak gerai,wat konsert la,menari lompat terhegeh-hegeh la,wat exhibition tentang aktiviti club masing-masing la dan macam-macam la sangat.

hari pertama.
aku pun menyibukkan diri pi menyemak tolong member-member kelab hoki meniaga pada hari first.kelab aku jual yaki-onigiri(grilled ball rice) ngan yude tamago(telur rebus).hahaha.mesti rasa nak tergelak kan ada orang jual telur rebus.aku pun gelak gila-gila bila member-member cakap nak jual telur rebus.tapi ikut je la majoriti.cuma tak sangka sebab ada jugak orang beli telur rebus yg dah dikupas dgn harga sebiji ¥40..lol
dah la sikit-sikt tentang hari first.tgk la pics member-member aku yang separa sengal nih



rajin2 bebudak nih


geng2 promoter

wiwitt..amoi~

okeh..sudah la sikit-sikit hari pertama..jom tengok hari kedua pulak

hari kedua...
jeng jeng jeng..hari kedua tiba..para pria malaya terpaksa berhempas pulas meniaga tanpa bantuan cewek..bila la nak datang kohai pompuan nih??ringan beban sket..haha.dengan tenaga kerja seramai 9 orang jantan kami berkerjasama.produk yang dipertaruhkan adalah roti jala..kuang3..gila kot jual roti jala 3 keping+kari ayam harga ¥300.MYR10 gurai tuh..tapi takpa ada ramai pelanggan sebab promoter baguih..sebelum tengahari dah abes stok wa cakap lu.gerai malaysia adalah antara gerai yang tutup awal sebab laku sangat..haha.cuma agak terkilan sebab as a promoter yang ke sana ke sini, aku sendiri tak sempat nak makan roti jala..sedih~
tapi agak gembira jugak sebab ada antara member-member nihonjin aku yang ke gerai malaysia setelah dipromote dan dipaksa(kohai2 je yg kena) puji cakap sedap..siap cakap lepas ni nak mai makan kat rumah aku..gila!tapi tak boleh bangga sangat sebab orang jepun benda tak sedap pun akan cakap sedap sebab nak ambil hati orang..haha

pastuh kebetulan hari ni ada senpai2 syakaijin dari himeji,kobe dan osaka datang terjah wakayama.so meriah lagi la kan.cuma time senpai2 sampai gerai dah tutup.so,senpai2 syakaijin hanya sempat cuci mata je la..haha
ok, jom usya gambar hari kedua pulak.semua bukan dari kamera aku.amik kat fb je pon..zasss~


aku halim ee dan mook


bila pompuan datang jual,sebakul senpai beli..cuba laki yg jual tgk apa jadi..ik2


muka puas gerai tutup awal..haha
thnks senpaitachi for coming!

pastuh bila gerai tutup awal,kebetulan hari ni かりゆし58 datang buat show kat main stage dari pukul 1.30ptg sampai habis(4.30 gurai).free live concert tuh..aku sempat gi tengok untuk 2 lagu terakhir ja sebab layan senpai2 ke gerai-gerai lain,n bawa 2 orang budak kecik ni shoping kat gerai-gerai yang ada


haha.beli pencil case baru


tudia mengayat ajak g shoping

bebudak 2 orang ni(reina-chan n mika-chan) memang mengingatkan aku kepada anak-anak saudara di malaysia.masa mula2 jumpa dua2 orang ni panggil aku 'oppai'.WTH!..yg si datuknya suka sambil gelak2..x paham aku kelucahan kanak2 sekarang..haha

dah habis window shoping ngan senpai2.sempat la gi tengok かりゆし58..lagu last adalah lagu fevret aku,さよなら..

dah balik ke rumah n solat asar.senpai2 tadi ajak gi makan udang besar la pulak..senpai2 ni kalau datang wakayama mesti nak gi kedai tuh.aku pun tak faham kenapa..layan je la.memuliakan tetamu kan..apa salahnya.melayang jugak ¥1380 untuk dinner hari tuh

sebelum..ittadakimasu~

tinggal kepala kena belasah
gochisomasadeshita!!

lepas penat menjamu selera dan mendengar bicara orang tua2.semua gi bengkel nakakita-san sebab ada orang nak beli keta..skyline youuuuuuu.kita tengok la siapa orangnya nanti.dah keluar kereta baru kita tunjuk..haha
ok la..time untuk tidoq.esok training walaupun hari isnin.ganti training hari sabtu yang cansel sebab wadai-sai..zzZzz
sekian..otsukare minna
love~

Sunday, November 14, 2010

yoyusss...

Baru-baru ni oleh kerana terasa sangat yoyu since seminggu off training bukatsu..aku pun melawat blog-blog yang selalu saja aku lawati dan blog ustaz nasrudin tantawi memang tak terkecuali..sesaja gali post2 lama ustaz.pastu tergerak hati nak share plak..nih aku kasi skali link kat pembaca kot2 nak jd follower blog ustaz.isu ni mungkin dah agak sejuk/basi sebab dah banyak isu-isu lain dimainkan oleh media arus perdana kebelakangan ini.skang ni isu sosej babi la,IFF la,menara 100 tingkat apa kejadah tu la..macam2 sgt kan??post/perkongsian ni antara niat asalnya(niat aku la kan) adalah nak memberitahu kpd semua bahawa Islam itu agama penyelesaian.ia mudah cuma kdg2 disusahkan oleh kita sendiri..selamat membaca..


Barah sosial: Nikah Khitbah satu alternatif
(Sumber:http://episodeperjuangan.blogspot.com/ )


1. Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.

2. Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

3. Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .


4. Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala


Firman Allah swt yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui . (An Nuur : Ayat 32)


5. Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :


Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin

Memberi insentif sebagai galakan berkahwin

Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan

Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma

Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan

Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan

Merendahkan hantaran perkahwinan


6. Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

Suami

Isteri

Wali

Saksi

Aqad [ Ijab Qabul ]


cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :

  • Masih menuntut di kolej atau uniersiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

7. Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

8. Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

9. Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .


10. Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]


11. Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

12. Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.


Perbahasan Hukum

13. Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

14. Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

15. Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .


16. Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti .


Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,

Ketua Dewan Pemuda PAS.

Saturday, November 6, 2010

-OTSUKARESAMA-



otsukaredesu..

akhirnya Kansai University Hockey League 2010 melabuhkan tirainya semalam,Sabtu bersamaan 6 Nov 2010. team aku,wadai pon dah habis semua 8 game untuk league musim nih.alhamdulillah xda kecederaan serius yang melanda.cuma diri sendiri yg tak cukup cergas.hoho..syukur juga tiada pergaduhan berlaku sepanjang liga musim nih.semua main dgn baik.pengadil pon bagus.siap boleh sembang-sembang dan kenal-kenal dengan player dari universiti lain lagi..best jugak kan.kali terakhir aku main hoki secara serius adalah pada tahun 2007.main untuk kejohanan hoki liga remaja Malaysia (junior league).tapi kali ni suasana agak berbeza sebab aku bermain dalam cuaca yang bersuhu bawah 20°c.paling sejuk haritu main dlm suhu 13°c..ingatkan main dalam cuaca dingin best sebab tak penat, tapi lain pulak yang aku rasa.rasa cepat penat pulak.tak tau la pasai pa.yang pasti kulit tetap terbakar sebab matahari sama ja kat memana pun.cuma kadar pembakaran kulit aku je yang over sikit kalau nak banding dengan orang lain..hahaha


ok ar..sikit-sikit dah ar mengarut..jom usya pics plak..zzzZZz..[xde mood nak mengarang]


player 2010


player2 yg bakal bersara[4th year student]




bakal bersara dan telah bersara awal



2nd year student



1st year student+tatsuro-san


memandangkan ini adalah hari terakhir kami semua bersama.ada juga la perasaan sedih.tapi x nangis pon..hahaha
senpai-senpai 4th year pon byk pesan jangan jemu berlatih, jangan main2 time berlatih dan macam-macam lagi laaaa
cumanya tanggungjawab berat kepada player batch aku la sebab kami tak ada player 3rd year.so, kami akan jadi senpai pd tahun depan dan seterusnya insyaAllah..masih banyak yang kami perlu belajar untuk tahun-tahun yang akan mendatang.bak kata salah seorang senior tahun 4 aku.,berpisah=berdikari!!!

stakat ni je la coretan kali ni.sebenarnya banyak lagi benda nak cerita tentang team nih..hehe
jya,rainenmo ganbatte!!
senpaitachimo shigotode gambattene~
みんなお疲れ!