ya Rabb..

Sunday, June 26, 2011

hati-hati, mereka sedang bekerja keras


salam mesra

memerhatikan kalendar, banyak jugak countdown yang dibuat. countdown exam, puasa, raya, balik mlesia dan macam-macam lagi. terkadang rasa laju masa bergerak. kadang-kadang ada jugak rasa tak sabar nak menanti hari-hari yang dituju.

antara yang semakin hampir adalah ramadhan. bulan mulia dan digandakan segala amalan kita. difardukan untuk kita berpuasa dan di dalamnya juga ada amalan-amalan sunat yang tak ada dalam bulan-bulan lain. tak dilupakan bulan berlakunya nuzul quran dan bulan yang dijanjikan terdapatnya malam lailatul qadar.kesimpulannya ramadhan adalah bulan istimewa bagi umat islam yang mengerti dan mahu memahami.

tak cukup dengan berbagai-bagai keistimewaan, kita diberi pertolongan oleh Allah untuk diberi dorongan agar mudah beribadah. syaitan-syaitan akan dibelenggu lantas memudahkan kita melakukan taat dan meninggalkan segala larangan Allah. jadi bulan ramadhan, kita hanya berperang dengan kebejatan nafsu diri sendiri serta nafsu jahat orang sekeliling kita. meskipun syaitan akan dibelenggu semasa ramadhan, kita kena ingat syaitan adalah makhluk Allah yang tak pernah penat dan putus asa dlam melaksanakan janjinya untuk menyesatkan anak cucu Adam a.s. perlu diketahui juga syaitan adalah makhluk yang berstrategi. licik sekali strategi syaitan.

di kesempatan ini, aku cuma nak ingatkan beberapa perkara yang aku rasakan perlu dalam mengorak langkah ke ramadhan. insyaAllah jika maut tak datang menyapa dalam tempoh masa kurang lebih 30 hari ini kita akan bertemu Ramadhan.INSYAALLAH!

PERTAMA, mari kita melangkah masuk ke dalam ramadhan dalam keadaan berilmu. mulai hari ini dah boleh mula ulangkaji tentang fikh puasa dan amalan-amalan yang berkaitan dengan ramadhan. ingat, amal hanya diterima jika kita melaksanakan amalan tersebut dalam keadaan berilmu. jangan amal ikut-ikutan. orang puasa kita puasa, orang sahur kita sahur dan orang tarawih kita pun nak tarawih hanya untuk kita jalani semasa zaman kita kanak-kanak.sekarang masanya kita beramal dengan ilmu. kalau rasa dah ada ilmu tentang ramadhan dan ibadah puasa sekalipun, tak salah kita ulangkaji lagi. kalau yang rasa jauh dari majlis ilmu, tak ada orang nak ajar dan sebagainya, gunakan internet untuk ulangkaji. carilah guru-guru mursyid lagi tidak diragui keilmuannya di internet. youtube or laman-laman kuliah mungkin boleh membantu.

KEDUA, awasilah perangkap syaitan. bila??? sekarang la. ramadhan nanti syaitan dibelenggu. sekarang dia bebas bekerja. seperti yang aku nyatakan sebelum nih. syaitan adalah sangat berstrategi dalam melaksanakan misinya menyesatkan anak cucu Adam a.s. sekarang ( tempoh masa perjalanan ke arah Ramadhan), adalah saat-saat genting bagi iblis (syaitan di kalangan jin) berusaha sedaya mungkin untuk mengkaderkan ahli-ahli syaithoniah dalam kalangan manusia macam kita, ya, mereka (iblis) sedang bekerja keras ke arah itu. kalau dalam masa ini kita berjaya dibentuk menjadi syaitan oleh para iblis, maka tersenyumlah syaitan walaupun dia akan dibelenggu sepanjang ramadhan. sebabnya?? kita sudah membantu tugas-tugas syaitan di bulan ramadhan nanti. dan semestinya syaitan di kalangan manusia lebih efisien kerjanya berbanding syaitan di kalangan jin (iblis). ingatlah kalau dalam masa sekarang kita berjaya disesatkan dan nafsu kita sudah menjadi nafsu syaitan [nauzubillah.mudah-mudahan tidak], kitalah syaitan-syaitan yang akan bergerak bebas sepanjang ramadhan. mengambil tugas syaitan dengan bergajikan gandaan dosa. nak?? maesti tak nak kan. jadi jawapannya adalah berhati-hati dalam tempoh masa yang genting ini.

macam mana nak berhati-hati? jawapannya berbalik kepada ilmu. lawanlah syaitan dengan senjata ilmu. isi hari-hari kita bergerak ke arah ramadhan dengan ilmu.biar sedikit asal istiqamah. kita mampu insyaAllah. banyakkan berdoa dan mohon pertolongan Allah.

jom, bergerak ke arah ramadhan dengan cemerlang!
BISMILLAH AR-RAHMAN AR-RAHIM, dengan namaMu ya Allah, kami mulakan langkah cemerlang untuk mengejar redhoMu.amiin

jya, assalamualaikum..
-ket-



Saturday, June 18, 2011

menulis semula

assalamualaikum..

lama benar tak bagi salam kat blog. maaf zahir batin sebab lama tak update. nak kata sibuk sangat tak jugak sebab ada ja masa untuk baca blog orang sebelum nih. cumanya, ketenangan untuk menulis kurang sikit kot. sepanjang blog ni ditinggalkan tanpa sebarang post, aku lebih banyak membaca blog orang dan update berita-berita semasa dari akhbar-akhbar online. banyak benda yang aku cari dari tulisan-tulisan yang aku baca. antaranya isu-isu semasa dan juga isu lama yang masih menjadi isu semasa. lebih kurang macam tu la.

hurm..nak tulis apa ek?
banyak benda nak tulis tapi macam masih kurang ketenangan yang dicari untuk membentangkan idea yang ingin ditulis. post kali ni mungkin sebagai warm-up jari, minda dan jiwa kot. insyaAllah kalau ada rezki dan sedikit ketenangan jiwa aku akan membicarakan perkara-perkara yang dah lama terpendam untuk dikongsi. banyak dah benda aku tulis sebelum nih, tapi semuanya tersadai tak dipublish. entah la kenapa terasa berat hati nak tekan butang publish post tuh.

kali ni kalau boleh cuma nak minta sahabat-sahabat doakan agar aku dikurniakan lebih banyak ketenangan oleh Allah. doa-doakan aku ek. doa sahabat ke atas sahabatnya yang lain tanpa diketahui oleh sahabat tersebut lebih mudah dimakbulkan Allah kan.onegai ne~


#hati bila dikotori, bisikannya bukan lagi kebenaran# [antara kerisauan dan kekeliruan yang bersarang dalam hati]


sorejya,
ket