ya Rabb..

Wednesday, August 31, 2011

Eidulfitri 1432 : sebuah catatan

salam aidilfitri
maaf zahir dan batin
diharap semua masih dalam mood kemenangan

terasa nak mencoretkan sedikit tentang raya tahun ini

tahun ini suasana aidilfitri agak berlainan sebab buat pertama kali tidak disambut bersama abah, mama, kakak dan adik-adik.
alhamdulillah tiada kecederaan jiwa berlaku.
sehari sebelum raya call Malaysia cakap dengan abah.
hari raya call Mama dan maktok.

cumanya sedikit terkilan tahun ini tak dapat temankan abah menziarahi kubur atuk, abang dan kakak sehari sebelum raya.selalunya sejak dulu memang macam tu. petang sebelum raya gi bersihkan kubur abang, kakak dan atuk sebab hari raya dah taknak ke kubur. nanti sayu hati tak rasa nak raya.

tahun ini bersolat sunat aidilfitri di masjid Osaka walaupun pada perancangan awalnya mahu ke masjid Kobe. alhamdulillah masjid Osaka berjaya dijejaki buat kali keduanya. kali terakhir adalah Ramadhan 1431/ tahun lepas. walaupun agak kecil berbanding masjid Kobe suasananya tetap meriah. dan yang paling penting terasa suasana persaudaraan Islam merentasi warna kulit, bahasa dan negara. berpeluang mengenali saudara-saudara baru dari Malaysia dan negara lain. tak sangka pula banyak keluarga Malaysia di sini. selalunya pergi Osaka lepak dengan geng bujang ja. hari raya lah masanya nak berkenalan dengan yang dah beranak pinak. berkunjung dari rumah ke rumah dengan berbasikal berbaju raya memang mencuri tumpuan mata-mata yang menunggu di jalanan mahupun perhentian bas.


sesudah solat hari raya

Monday, August 29, 2011

muhasabah

assalamualaikum...

salam hujung ramadhan untuk semua.

ramadhan belum tamat. masih berbaki kurang 4 jam di bumi sakura.

selepas itu insyaAllah kita akan menjengah syawal. bererti ia adalah Eidul Fitri.
kembalinya kita kepada fitrah.

apa ertinya kembali kepada fitrah??
lihat video di bawah




seterusnya dengarkan sedikit tazkirah dari Tok Guru



dah dengar kan??
harap-harap sudi mengambil beberapa pengajaran walaupun mungkin kita berbeda pendapat dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz dalam beberapa hal.

yang terakhir sekali, sudi-sudikanlah diri anda menonton yang ini juga.semoga kita mengambil pengajaran.moga-moga masjid-masjid akan tetap diimarahkan sebagaimana ia dimeriahkan sepanjang Ramadhan.
nota: ini bukan promosi kepartian.cuma perkongsian




#ramadhan masih belum tamat.ada beberapa jam lagi.selalu kita struggle study last minute.harapnya ramadhan juga kita struggle sampai minit-minit akhir.
ingat, seminit dalam bulan Ramadhan tidak akan pernah sama nilainya dengan seminit dalam bulan-bulan yang lain.

sekian,
Taqabbalallahu Minna Wa Minkum!

Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya Sentral

di Malaysia ada pelbagai jenis raya. ada kuih raya, hari raya, jalan raya, lebuhraya, pilihanraya, bunga raya, dewata raya, hantu raya, baju raya dan macam-macam lagi. yang pastinya pilihanraya dan hari raya adalah jenis raya yang sangat dinanti-nantikan. pilihanraya, orang kampung dapat duit, dapat jalan baru, kontraktor dapat projek dan macam-macam. hari raya pulak kanak-kanak dapat duit raya.

baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan penjenamaan semula aset bersejarah; Puduraya menjadi Pudu Sentral which means Pudu raya  → Pudu Sentral. so dengan izin, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA SENTRAL kepada semua yang mengenali diri ini. ik2

okeh2, masuk part serius; nak buat ucapan salam perantauan yang macam kat akhbar-akhbar tuh.
zasssss.....!!

SALAM AIDILFITRI DARI PERANTAUAN

    Nama Pengirim : Muhammad Syakir bin Rahim
    Lokasi Pengirim : Wakayama-shi, Japan
    Nama Penerima : anda yang sedang membaca
    Lokasi Penerima : di mana-mana sahaja
Ucapan : Salam Ramadhan & Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri ini terutama sekali abah, mama, kakak dan adik-adik di rumah serta kaum keluarga yang lain di Junjong, Pulau Pinang dan Kampung Bukit Badong, Kuala Selangor dengan ucapan "i miss u all lahhh..lebiu2 ^_^". Juga buat guru-guru, rakan-rakan, senior-senior, junior-junior dan sekelian warga Pasti Kampung Tasek Junjong (1994-1995); Sekolah Kebangsaan Junjong, Kulim (1996-2001); Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (2002-2006); Institut Bahasa Teikyo (2007-2009); dan Wakayama University (2009~20xx) semoga hari lebaran membawa seribu keberkatan buat kita semua. Di kesempatan ini juga saya ingin memohon keampunan atas segala salah silap, terkasar bahasa, tertajam jelingan, ternakal sana-sini, terguna ubat gigi, terlempang di pipi, tersepak di buku lali, tertumbuk di dahi, terbuli sesuka hati, terasa di hati dan pelbagai ketidaksengajaan yang kurang menyenangkan. Sesungguhnya diri ini selalu cuai dalam berurusan dengan kalian, maaf-maafkanlah yer. 0-0 ok??^_^
oh ya, tak lupa buat ayam, itik, angsa, monyet, anjing, lembu dan kambing di kampung bergembiralah kalian kerana aku tak balik tahun ini.taun depan insyaAllah aku balik.ampa jaga!!

Kapsyen gambar: (mengikut putaran jam) musim panas, musim sejuk, musim luruh dan musim bunga.



ikhlas dari,
Muhammad Syakir bin Rahim a.k.a abang chik a.k.a ket
Kejuruteraan Opto-Mekatronik
Wakayama University


insyaAllah tahun hadapan panjag umur murah rezeki saya pulang beraya bersama.

mas tatang


alhamdulillah semalam selamat menjejakkan kaki ke Wakayama-shi semula selepas seminggu berada di Yuura-cho untuk mengikuti latihan industri (internship). banyak yang aku pelajari dan banyak juga muhasabah terhadap diri sendiri yang dibuat. muhasabah tidak terdapat dalam silibus internship, tetapi hadir secara automatik atas beberapa kejadian.

okeh, lupakan sebentar kisah internship. post kali ni, aku terasa ingin membicarakan tentang seseorang yang aku kenali dalam tempoh kurang daripada 24 jam tetapi berjaya membuka mata dan hati aku seluas-luasnya tentang apa itu PELUANG.

pertengahan Ramadhan baru-baru ini, aku mengikuti program Jaulah Ikatan Persaudaraan Islam Jepun versi natsu yang diadakan di Masjid Kobe dan kawasan-kawasan di sekitar bandar Kobe. Program 3hari 2 malam tersebut memerlukan aku dan kawan-kawan lain bermalam di Masjid Kobe. so, beriktikaflah kami semua. pada malam pertama di Masjid Kobe, lebih kurang pukul 2 pagi, aku masih gagal melelapkan mata. maybe sebab aku ni memang jenis susah nak tidur malam kot.tidur dalam kelas memang antara bakat terbesar yang pernah aku miliki. tapi untuk tidur dalam keadaan berbaring dengan penuh keselesaan, ianya agak sukar.

untuk menghilangkan rasa stress gagal melelapkan mata, aku keluar sebentar dari masjid dan lepak di tangga kat luar. bulan mengambang dengan cantik malam tersebut. maklumlah pertengahan bulan. ketika sedang aku nak ambik feel romantaik tetiba ada sorang mamat datang. berbasikal dan bagi salam.

"assalamualaikum mas, boleh tumpang bermalam ngga?"

Saturday, August 20, 2011

1 in 13 million : Abdullah Taqy


Population of Japan - 127,000,000
Population of Tokyo - 13,000,000
No. of Muslims in Japan (estimate) - 100,000
No. of Japanese Muslims (estimate) - 10,000
No. who converted to Islam NOT for marriage(estimate) - 2 or 300
No. of Japanese Imam's in Japan - 5
No. of Japanese Imam's in Tokyo - 1

Abdullah Taqy is the only Japanese Imam in Tokyo.

A chance meeting with a foreign Muslim 12 years ago in Tokyo's Shibuya district and a life spent studying various religions led him to convert to Islam 3 ½ years ago.
He completed the Hajj, the worlds largest annual religious pilgrimage, to Mecca in Saudi Arabia 2 ½ years ago at the invitation of the Saudi Arabian government.
Shortly after, a meeting with the man who started him down his path to Islam 12 years previously led him to becoming the Imam at a small mosque in the Kabukicho area of Tokyo.

His day job for the past 20 years has been as a tattooist and body piercer.

He is soft spoken and exudes a calmness and friendliness that one cannot help being affected by.

He is truly, 1 in 13 million.




#seorang rakan pernah meyakinkan aku bahawa Jepun berpotensi menjadi negara Islam. aku cuma diam dan berkata dalam hati "insyaAllah..walaupun bukannya mudah". yang sebenarnya aku sendiri masih kabur dengan takrifan 'Daulah Islamiyyah'

usaha+doa+sabar+tawakkal

Friday, August 19, 2011

menanti sebuah jawaban


setahun yang lalu....


pejam celik pejam celik setahun sudah berlalu. setahun yang lalu pada tarikh ini, 19 Ogos aku berangkat pulang ke Malaysia untuk bercuti. bertemu keluarga serta sanak saudara dan mempereratkan lagi hubungan dengan rakan-rakan. tahun ini agak berbeza, berada di hadapan komputer dan mengupdate blog picisan. tiada bunyi mercun dan tiada kesibukan membalas sms raya dan sebagainya.

pun begitu, hati dan jasad ini telah disediakan untuk sebuah perjuangan yang amat dinanti-nantikan. sejak 279 hari lalu segenap tenaga dan upaya dipersiapkan untuk hari ini. melihat pada countdown di sisi bawah blog, tertera 0 days and some hours left. selamat datang ke madrasah 10 akhir Ramadhan. kalau dibandingkan dengan kehidupan universiti, ini mungkin waktu untuk sotsuron or sotsugyo-happyou demi sekeping ijazah. nisbah kepada Ramadhan, ijazahnya adalah TAQWA..yoshh.ganbare!




alhamdulillah, doa sejak hari pertama keputusan untuk tidak pulang bercuti di Malaysia sudah termakbul. terima kasih kepada yang turut mendoakan. alhamdulillah sempat sampai dengan selamat. doakan juga diri ini terus kuat. jawapan yang dinanti dah terjawab. harapannya segala perancangan berbaloi dan memberikan hasil positif.apapun kita sebagai makhluk hanya merancang dan Allah jualah penentunya.

yang tidak dirancangnya adalah,

Monday, August 15, 2011

kobe lagi

sekali lagi aku coretkan sedikit nota di atas densha. kali ini menulis dalam keadaan duduk.alhamdulillah ada rezki dapat tempat duduk dalam densha

kurang 48 jam selepas berjaya melabuhkan diri di kg wakayama, semalam mendapat panggilan dari sorang member.ajak aku gi kobe dengan sedikit aktiviti.aktivitinya sedikit, manfaatnya insyaAllah besar tapi tuntutan masanya agak panjang.

cuti kali ni semuanya berlaku dalam tempoh singkat. apa-apa berita/perancangan yang diterima biasanya kurang dari 24 jam dan aku perlu mengambil keputusan kurang daripada tempoh tersebut.selalunya aku mengambil masa yang panjang; berhari-hari untuk beberapa keputusan. tapi natsu kali ni berbeza sikit. aku lebih suka ikut kaki dari ikut hati. harap-harap tak tersalah langkah la dalam keputusan-keputusan yang diambil. bulan-bulan baik ni harap-harapnya moleklah semua.

sedikit kegusaran dengan target ramadhan tahun ini. targetnya nak khatam al-Quran sekurang-kurangnya sekali.tapi tahun ni tak macam tahun-tahun sebelumnya. hingga saat ini, pertambahan hari berpuasa gagal menghasilkan pertambahan bilangan juzuk bacaan dari kitab suci yang senilai. pun begitu, masih optimis dan berharap agar target akan tercapai jua. Allah lah pemberi segala kelapangan dan daya upaya. terngiang-ngiang pesan seseorang terhadap aku beberapa waktu dulu; "hak kita ke atas al-Quran adalah mengkhatamkannya sekurang-kurangnya 2 kali dalam setahun.sebaiknya sekali dalam Ramadhan dan sekali lagi boleh dilakukan bila-bila." harap-harap dapat melaksanakan hak yang diamanahkan. tak pasti sama ada ia saranan dari sumber yang sahih atau tidak, tapi aku tetap merasakan ia satu saranan yang baik.mudah-mudahan dipermudahkan dan tak ambil mudah dengan target sendiri.

lastly, salam 2nd half of ramadhan.gunakan gear yang bersesuaian untuk memecut.kali ini, kelajuan tidak membunuh dan tiada speed trap.

doakan perjalanan aku baik-baik saja disini.

�ケット�
tengachaya-eki (norikae)

Saturday, August 13, 2011

rasa itu datang lagi

beberapa minggu lepas waktu aku tengah tunggu lampu merah bertukar kepada lampu hijau dekat traffic light on the way nak ke gakko (university), aku ada nampak sorang makcik tua sedang meletakkan bunga di penjuru jalan di kaki tiang traffic light tuh.terus aku teringat video clip sayonara kariyushi58.


secara jujurnya bayangan makcik tu meletakkan bunga dan mungkin bertafakur/sembahyang sebentar di kaki traffic light tu semacam melekat dalam hati aku. sedih ada, simpati pun ada. walaupun tak kenal pun makcik tu siapa dan tak tahu pun apa cerita di sebalik kejadian tuh, aku rasa simpati dengan dia. mesti sukar untuk dia hadapi hidup tanpa orang yang dah dia terbiasa hidup bersama.

x_x_x_#include

hingga saat ini ramadhan aku tempuhi, banyak juga insan-insan yang telah pergi atau terbiasa aku lalui ramadhan bersama tak ada di sisi. sedih memang ada.tapi ini adalah ujian dan jalan yang aku pilih.teruskan je la.harap-harap dikurniakan kesabaran. doakan aku

kadang-kadang kita jadi rindu dengan orang yang dekat. kadang-kadang orang jauh. dan kadang-kadang, orang yang sedang melalui alam yang berbeza dengan kita. terpisah kerana jarak, internet boleh membantu. terpisah dek kerana alam yang berbeza, hanya doa satu hala yang mampu dipanjatkan. kelazatan 'berhubung' or 'berkasih-kasihan' hanya wujud bagi hati yang percaya. terpisah kerana jarak, hubungannya masih dua hala. kita berkata-kata, yang di sana menyambut dan membalas kata. terpisah kerana alam yang berbeza;ibarat bertepuk sebelah tangan. hanya pujukan hati dan rasa percaya mampu mengimiginasikan tangan yang lagi satu menyambut tepukan kita. tapi kadang-kadang imiginasi dan rasa percaya tersebut luntur atau terumbang ambing kerana beberapa sebab yang sukar dielakkan.

sekadar ingin berpesan kepada yang membaca. hargailah yang di sekeliling kita sama ada yang dekat atau jauh. jangan sampai kita terpisah di perbatasan alam yang berbeza baru hendak berkasih-sayang dan menghargai. nasihat dari yang masih hidup di sekeliling kita, jangan diambil mudah kalau tak mahu menanggung rindu di kemudian hari. kita akan pergi tapi tak dapat dipastikan siapa di antara kita yang akan pergi terlebih dahulu.

rindu itu benda tak berjirim atau berjisim.tapi beratnya hanya tuhan yang tahu.

離れ離れになることは不自然なことじゃない
hanare banare ni naru koto wa, fushizen na koto jyanai

#rindu untuk bersolat tarawih dan bertadarus bersama insan yang sentiasa mengimamkan solat-solatku ketika sedang menapak dewasa.moga rindu ini memberi impak positif.


assalamualaikum.
ket
641-0051

Thursday, August 11, 2011

izumi sano

assalamualaikum..

lama tak menulis kat sini.dah bersawang agaknya.hari ni tergerak hati nak menulis walaupun tengah berdiri dalam densya nak keluar dari wakayama buat beberapa hari atas beberapa urusan.

masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa.jaga puasa kita sama-sama moga tak hanya dapat lapar dan dahaga semata-mata.terutama yang berpuasa di jepun yang kebetulannya musim panas sekarang.so faham2 je la ek.takdak urusan penting elakkan berada di luar rumah.panas mata dan tekak nanti.ik2

bagi yang nak balik Malaysia or yang dah sampai pun Malaysia,jangan main mercun nanti kudung.main meriam tanah takpe sebab tak bahaya.meriam buluh jangan..haha(teringat zaman kanak2).tapi jangan main dekat masjid sbb nanti pak imam melatah time tengah imamkan solat..haha(pengalaman peribadi tuh.ik2).yang dah dewasa macam kita nih septutnya banyakkan beramal dengan amalan-amalan sunat.baru kena dengan pertambahan umur.hehe.bagi peluang kat budak-budak la bab-bab mercun dan meriam tuh.kita dah cukup hero dah zaman dulu.

secara peribadinya,ramadhan kali ini dirasakan ramadhan yang paling mencabar untuk aku tempuhi. minggu depan dah nak kena pergi internship.harapnya semua ok la nanti.banyak jugak perkara yang menyesakkan dada bila difikirkan sangat pasal internship tuh.nanti lah cerita panjang lg.doakan aku

ok lah, ni dah nak sampai.nak kena norikae densya.bubye

*selamat berbuka bagi yang berpuasa.yang tak puasa selamat berpura-pura puasa dan pura-pura berbuka puasa


jya,
�ケット�
shin-imamiya eki


#izumi sano tu eki aku mula menulis post ni tadi.ik2