ya Rabb..

Wednesday, March 23, 2011

terjumpa dan tersenyum..

baru ja nak lena awal tetiba terjumpa benda nih kat wall fb member

tersenyum sebab banyak lagi perkataan-perkataan yang tak pernah dengar dan tak pernah guna
hurm..5 tahun bukan tempoh yang cukup untuk mendapat semuanya

sesaja nak share

..bila lama sgt x blik KEDAH, haadduiii...


ghonot [gho.not] tundukkan badan ketika melalui dibawah sesuatu Hang kena hati-hati sikit ghonot ba...wah pokok tu, banyak dahan gheput.


ghupin [ghu.pin] kulit kering dari luka Ghupin hang hari tu dah lega dah noo..


kecek [ke.chek] pujuk Nak duit ? Nu, pi kecek pak hang...


selului [se.lu.lui] kerap kali Selului sangat dah, aku bagi pinjam duit kat Non tuu...


meghelop [me.ghe.lop] hampir malam Hampa ni main sampai tak tau nak beghenti, dah meghelop dah nih.. pi balik kaihh..


ghona-ghoni [gho.na] warna-warni Ambooii, cantiknya ghona-ghoni baju dia


ghuyup [ghu.yup] lesap sekelip mata/ terlalu laju Ish, puak ni bawak mutu meghuyup nak mampuih.. kot!


ghosek [gho.sek] selongkar Apa hang ni, dok ghosek laci meja aku ni..


nyulog [nyu.log] jatuh tersembam/ dibelasah teruk Haa, ,baru dia ada akai, kena taboh sampai menyuloq.. kahag sangat!


bulog [bu.log] lapar sangat Tak kebulog aku nak makan masakan dia tu..


taboh [ta.boh] pukul/ belasah Dengag kata hang kena taboh dek Mat Rosni semalam?


ghelah [ghe.lah] terkoyak Alamak! Ghelah baju aku kalau Mat Habib pakai!?


ghunaih [ghu.naih] cungkil/ kupil Woi Jat! Hang dok ghunaih apa, tengok jaa dah laa..


geghek [ge.ghek] basikal Setiap pagi Zainol kayuh gerek ke tempat gheja!


mod [mot] bawak pembonceng/ penumpang Jat dok mod Nuri pi mana tuu...!? Sakan depa noo...


sakan [sa.kan] hebat/ tak sangka Sakan jugak Jat ni.. dapat jugak dia si Nuri tu..!


sekeh [se.keh] luku secara sipi Ish! Aku sekeh budak Sepol ni.. pat kali ajag tak gheti-gheti lagi.?!


seneghih [se.ne.ghih] selisih Lah! Hang seneghih ngan aku kat K.L hari tu buat tak tau aja!


Meqhenin - tegang/cekang- perut Chaq nampak meqhenin selepas dia makan nasik tambah yang dihidangkan kat rumah kenduri tadi


Cemuih - bosan- cik putih ngan vics dah cemuih nak dengaq pak chaq dok perayat(mencurah rasa) depa hari-hari


Menyoqhok - sarapan pagi- pagi tadi misai ngan mat bed dok usha nasik lemak bekalan aku tu sebab depa tak menyoqhok lagi


Menghenyeh - gatai menqhela- tak habih-habih chaq dok menqhenyeh kat cik putih tu


Ndoi - buaian- isteri chaq selalu marah kat dia pasai dia penyegan nak hayun ndoi anak dia


cheme - pree- ada team yang mendapat mata cheme pada satu pertandingan kelmarin seneghih - berlaga sipi-sipi beghetoh - berlaga,


pengkarq - jalan mengengkang sikit, "korie tu, tak padan ngan kaki pengkarq, ada hati nak main bola 7 sebelah"


mandom - lembab/slow, " awat yang mandom sangat ni... tak cukup tidoq kot semalam?"


pangkin - benda yang ada 4 kaki rendah sikit drp meja, selalunya diletakkan dibawah pokok sebagai tempat berehat


ketorq - bekas isi bahan buangan yang selalunya diperbuat dari tin


Heliaq - sapu atau lap ayat dia : lepas makan jangan dok heliaq kat baju.


Kelepiaq - elakkan diri dari buat kerja. ayat dia : hang jangan dok kelepiaq kalau aku suruh pi kedai.


Melingkaq - maksud dia aku tak pasti tapi ayat dia lebih kurang macam ni : tuu dia tengok misai tidoq melingkaq macam ulaq sawa.


Baloq liat - malas ayat dia : heee tengok budak misai tu,dah la tidoq melingkaq,baloq liat lak tu.


Ceghin - tegak Kughuih Kelepiang - teramat kurus. ayat dia : korie tu dah la kughuih kelepiang,rambut pulak ceghin macam bulu landak.


kawaq - pencuri melewaq- merayau/melilau


teqhebe - lastik cth : kepala pengadil habih bdarah krn diteghebe oleh peyokong kedah yg tak puas ati...


cemerkap - tak cermat megheben - mengarut celuih - muat,padan oklah..tu saja utk kali ni..nanti ada words yg best kita tulih lg.. idup kedah!!kedah boleh!!


Hinggut - goyang "oleh kerana zickeys gayat kalau dok kat tempat tinggi.... maka dia pun hinggut pokok nyoq tersebut dengan harapan buah nyoq muda lughuh..."


meghenyut - (Korie tu tak padan ngan anak meghenyut dah, dok menghela lagi)


bincut - binjul "tu dia la... kan aku suruh tunduk, tak pasai-pasai kepala hang bincut dah teghantuk dengan alang tu"


segagan - sebaya beghemba - bersaing-saing... "Kalau kayuh geghek tu jangan dok beghemba, nanti gheta belah kot belakang" mak aku pesan kat aku sambil menghulurkan bekal nasik lauk teloq goreng mata khebau berkuah toyu sebelum aku kesekolah pada pagi kelmaghin....


met ngot - lembab selembab-lembabnya.... Awat la yang met ngot sangat ni..... depa dah tak sabaq dah nak ambik gambaq tuu....


Toyu - kicap,


segan - malu,


beranda - serambi


mengoit - jangan dok mengoit.... satgi gambaq tak elok... kata ustad kat matbed...


melugai/menugai- meloya tambahan loghat perelih :


raba - pemadam


gurmit - pengasah pensil, sharpenner


tepeqheluih - kaki mat bed tepeqheluih dalam lubang...


tegelinchaq - kaki bangku tegelinchaq kat bukit hijau


telepaih - i) tertinggal - atan telepaih bas nak balik aloq setaq...


peqhak - peqhak buih laa hang niii...


teqhandaih - terhantuk...


seqhoi - nasi yg whit3 masak seqhoi...


seghoh - kuruih,


gelap kelam - gelap,


tirih - bocoq


plantaq - tempat duduk kat belakang gerek,


ghelai - hancur


loghat - sibuk, penyibuk cth: awat yang hang dok loghat sangat nih! buat la gheja hang sendiri..


punggai/tongkoi - baling,membaling ayat:mat bed kena punggai dengan kayu..padan muka dia.


geleboq - lumpur ayat:ghebau pak chaq jatuh dalam geleboq kat bendang pagi tadi...


meghela - gatai,suka dok kacau orang ayat:awat yang hang dok meghela sangat ni?


belengaih - melekat bergetah ayat:Ish..badan aku rasa belengaih la..nak kena pi mandi plak ni.


pengkarq - kaki kenkang ayat:kaki mat din pengkarq sebab mak dia tak bedong masa kecik-kecik dulu.



somehow i miss the good old days =)





love,

ket

Monday, March 21, 2011

satu tahun


fuhh..

harini tamat menonton IRIS. kali terakhir menonton drama korea adalah Witch Yoo Hee,bermula sehari selepas pulang dari sebuah perjalanan menjalin kasih di korea dan berlanjutan selama seminggu.

seminggu menghabiskan 20 episod IRIS rupa-rupanya adalah waktu yang sama aku berada di korea bersama rakan-rakan setahun yang lalu. satu kebetulan yang tak dirancang. tersenyum sekejap melihat kebetulan ini. naluri apakah yang membuatkan aku terasa untuk mendownload dan menonton drama korea selepas setahun berbuat demikian? entah,tiada jawapan!

ternyata tempoh antara dua drama yang ditonton ini pelbagai cerita timbul. setahun bukan terlalu lama untuk dikenang kembali.

ada sedikit rasa terhimpit malam ni bila membaca catatan perjalanan ke korea setahun lalu dari blog seorang sahabat.



baru setahun bai..tak sampai 4/5 tahun lagi..huhu

semoga Allah memelihara hati kita semua dalam segala hal..ameen


love,
ket
640-8404



Friday, March 18, 2011

3 nikmat


salam jumaat yang penuh barakah

sekadar berkongsi untuk renungan bersama

semak kembali 3 nikmat yang kadang-kadang kita lalaikan





moga ada kebaikan untuk semua

assalamualaikum.

Thursday, March 17, 2011

anjingkanlah dirimu


hari ini menonton media luar, tersenyum dalam penuh rasa kepahitan.
senyum untuk memujuk hati supaya tenang.
menelan kepahitan atas beberapa ketidakpastian.

US mengarahkan rakyatnya berada diluar radius 80km dari reaktor nuklear ketika kerajaan Jepun hanya mengarahkan semua berada 20km dari reaktor Fukushima yang terbakar.

wikileaks menyatakan Jepun belum mengambil langkah yang benar-benar serius untuk membendung bala radiasi.

televisyen tempatan melaporkan hingga saat ini 800 trip helikopter telah dikerahkan untuk menuang 750 tan air ke dalam reaktor-reaktor yang terlibat.

melihat pada visual di televisyen, kelihatannya seperti air yang dituang bagi menyejukkan reaktor atau memadam kebakaran yang tersisa tampak mustahil. tapi itu sudah cukup menunjukkan bahawa mereka berusaha sehabis baik. semua yang terlibat dalam proses tersebut berisiko terdedah kepada radiasi yang boleh membawa kepada kematian. ketika orang lain berpusu-pusu meningkatkan jarak antara batang tubuh mereka dengan reaktor kepada 20km, 30km, 50km dan seterusnya, ada manusia yang sanggup mengambil risiko berada kira-kira 20-30 meter betul-betul atas reaktor yang diselubungi asap. ia bukan asap yang biasa tetapi asap yang penuh berisiko. tapi, mereka adalah orang yang sanggup berkorban. mereka adalah hero! bukan ultraman.

ketahuilah situasi sebenar. berfikirlah dengan tenang. supaya yang risau dan runsing memahami dan mampu tersenyum lega


=) ^_^ (^。~)


berdasarkan update fb dan twitter rakan-rakan, sudah ada yang mula bergerak ke nishi-nihon, ada yang dah membeli tiket pulang ke Malaysia dan ada yang diarahkan pulang oleh penaja masing-masing. pantas sekali!

pagi tadi seorang rakan berkongsi sebuah video clip di fb..



sesuatu untuk direnungkan..

madrasah manakah yang mendidik anjing ini?
berapa lamakah anjing ini saling mengenali?

anjing yang tidak berakal masih punyai jiwa yang kasih dan menuntut kebersamaan dalam susah dan senang; apakah cara kita melarikan diri/menyelamatkan diri adalah lebih mulia dari tindakan anjing tersebut ? tidak dapat dipastikan sama ada anjing tersebut sudah saling mengenali atau tidak sebelum tsunami melanda mereka, tetapi nilai yang ada pada anjing tersebut sangat menyentuh jiwa.

anjing bertompok tidak melarikan diri untuk mencari perlindungan keselamatan tetapi masih setia di sisi anjing putih untuk menarik perhatian para penyelamat. kelihatannya seperti anjing putih sudah mati pasa awalnya. tetapi kemudiannya jurukamera menyedari bahawa anjing putih tercedera. mungkinkah anjing bertompok tersebut sedar yang si anjing putih sudah ketiadaan kudrat untuk menyalak dek kerana kecederaan bagi menarik perhatian penyelamat membuatkan ia terus menunggu di situ. hanya Allah dan anjing tersebut memahami bahasa 'keanjingan' yang tersembunyi dari pengetahuan manusia.

bukanlah untuk menuding jari mengatakan mengatakan yang cabut lari balik Malaysia lebih hina dari anjing, tetapi ada nilai kemanusiaan yang perlu ditukar ganti dengan nilai keanjingan kalau semua beranggapan cabut lari balik ke Malaysia adalah langkah terbaik. masih ada langkah alternatif untuk kita mengelakkan diri menjadi lebih hina dari anjing.

bagi yang sudah pulang atau sedang merencanakan perjalanan pulang, silakanlah. aku tiada masalah dan halangan untuk itu. setiap orang punya alasan tersendiri. tapi iringilah kepulangan dengan doa dan nasihat berguna kepada rakan-rakan yang ditinggalkan. atau sekurang-kurangnya nyatakanlah pelawaan kepada kawan-kawan yang bakal ditinggalkan untuk turut serta ke 'tempat selamat' yang ingin/bakal kita tujui walaupun sekadar ajak-ajak ayam. moga-moga sisi kemanusian kita tidak terpadam di mata mereka yang banyak membantu semasa kita senang di sini.


LUPAKAH KITA

kenangkan kembali ketika mula-mula membuat keputusan untuk datang ke Jepun dahulu. beberapa tahun dahulu, ketika ada diantara kita yang zero langsung tentang hiragana, katakana dan kanji, apakah kita membuat keputusan untuk ke bumi Jepun ini tanpa mengetahui bahawa ia memang negara yang dibayangi risiko bencana alam. kalau perkara risiko bencana alam tiada dalam pertimbangan lantaran tiada pengetahuan tentang itu, bolehlah ambil sijil PMR masing-masing dan padamkan subjek Geografi dari senarai. boleh??
bukankah juga pada tahun 2004, sehari sebelum diumumkan keputusan PMR, tsunami telah memperkenalkan dirinya kepada rakyat Malaysia dengan menstruktur semula topografi beberapa pantai di semenanjung dan meragut ribuan nyawa. lupakah kita tentang perkataan 'tsunami' yang berasal dari negara Jepun dan terus digunakan di seluruh dunia. tidak pernah bertanya kenapa sampai seluruh dunia menggunakan perkataan Jepun tersebut?

apakah kita masih lupa tentang risiko tsunami ketika menjejakkan kaki ke sini? mustahil untuk lupa bukan? dari sekecil-kecil gempa bumi yang mengusik, bayangan tsunami senantiasa ada dalam benak. justeru, ketika pengetahuan tentang tsunami wujud dalam benak fikiran, apa faktor yang memberanikan kita terus bermastautin, belajar, berkaraoke, bermain bola, ber-reunion dan berbagai-bagai 'ber' lagi ?? faktor apakah??

bagi aku secara peribadi, we are all aware about the disasters thingy. cumanya yang memberanikan diri menjejakkan kaki di sini adalah faktor kepercayaan kepada Allah. percaya bahawa Allah telah mengatur daripada sekecil-kecil urusan sehingga sebesar-besarnya. kerana percaya bahawa segalanya telah ditetapkan; di bumi mana kita akan menghembuskan nafas terakhir, penyakit apa yang akan menyapa kehidupan, dengan siapa akan kita berhadapan, kerisauan apa yang bakal mengetuk hati, dari celah mana rezeki datang dan lain-lain hal lagi membuatkan kita terus berani kekal di sini. semuanya sudah ditanam dalam diri kita semenjak mengenali rukun Iman ke-6; percaya kepada qada dan qadar!
justeru adakah yang perlu dirisaukan lagi? kelihatannya seperti tiada bagi mereka yang PERCAYA.


terkenang dialog tahun lepas dengan orang beberapa junior nihonjin yang bertanya,
"kalau berlaku perang di Jepun, ketto nak balik Malaysia or tinggal sini?"
dengan mudah aku jawab
"balik laaa kalau boleh.family saya semua kat Malaysia kan..taknak ah mati sorang-sorang di sini..kenapa?"

waktu itu, suasana agak tegang antara Korea Utara dan Korea Selatan. 'perang singkat' berlaku antara Pyongyang-Seoul. kapal tentera masing-masing dibom dan ada beberapa penduduk awam terkorban.semua orang bercakap pasal perang sebab hari-hari televisyen menunjukkan berita pasal perang.

"nak ikut!!" kata seorang junior.
yang lain pun cakap "nak ikut!!",
sambil angkat tangan buat muka sengal+tahan gelak. lawak betul budak-budak nih

"passport ada?? wakaka"
sengaja usik budak-budak ni sambil cakap kat diorang,
"family korang kan kat sini, duduk la sini lawan dengan musuh.kalau semua ikut pergi Malaysia, sapa nak jaga keluarga. sapa nak protect Nihon?hahaha " jawab aku dalam nada bergurau.
bukan menyatakan ketidaksudian tetapi sekadar mengusik sambil menasihati. semua gelak-gelak sambil cakap aku kedekut..haha
pastu tetiba ada kawan cakap
"ooo..Jepun aman nak duduk. perang nak lari.mana boleh.kena sama-sama la lawan musuh..hahaha.busuk punya orang..hahaaha"
nah..aku dicop kusai ningen.wahaha.so aku jawab je la
"ok2..nanti kita lawan sama-sama.lepas menang balik Malaysia sama-sama..haha"
memang suasana ketika itu penuh dengan gelak tawa sebab bukan peperangan sebenar. walaupun perkara tersebut boleh dikategorikan persoalan pelik bagi aku, aku dapat merasakan ia adalah rasa kebersamaan yang perlu ada bagi setiap orang.

jadi berbalik kepada bencana yang menimpa Jepun sekarang, apakah patut kita melarikan diri?
mungkin ada yang akan berkata "radiasi bukan benda yang boleh dilawan macam perang. tunggu apa lagi, cabut lari la!". or mungkin akan ada yang berkata "wakayama tak kena boleh ar sembang kemaih macam orang baik" hahaha..sebenarnya aku sendiri tiada pendirian yang benar-benar teguh dalam hal ni. kalau diarahkan balik, perlu balik la kot. sebabnya kedatangan aku ke sini pun berhantar. kalau disuruh balik oleh orang yang menghantar, apa boleh buat kan. kalau secara tetiba nak balik dengan alasan nak elak radiasi atas kehendak sendiri, insyaAllah tak kot. langsung tiada dalam perancangan.

OK! after all the lawak bodoh, caringness, friendliness, senyuman manis, muka sengal, kudaranai hanashi, the sense of belonging dan berbagai-bagai lagi yang kita dapat dari orang Jepun, sanggupkah nak tinggalkan mereka ketika keadaan sangat tersepit ketika ini?
mana rasa kebersamaan yang sering disemai dalam kem-kem kepimpinan atau kem-kem motivasi semasa kita di alam sekolah menengah ?
pilihlah untuk menjadi manusia atau yang lebih teruk dari anjing tersebut.
sekurang-kurangnya, anjingkanlah nalurimu wahai manusia yang sudah terlalu lama bersenang!

fikir-fikirkanlah..



"nobody can see other's mind but everybody can see kind thoughtfulness"

"nobody can see other's feeling but everybody can see kind consideration"

Sunday, March 13, 2011

ia adalah sebuah cinta


hari ini menghilangkan kesunyian dan kerisauan pagi dengan berlayar di alam youtube setelah bosan menonton al jazeera dan laporan berita Jepun. terjumpa pulak dengan produk cetak rompak a.k.a plagiarism yang membuatkan diri tersenyum keseorangan. kreatif! not bad laaa orang kedah cakap..^_^

saksikan ini...



dan ini juga..



ambillah apa yang dirasakan baik dari kedua-dua clip nih..=)

secara umumnya aku suka dengan kedua-dua clip. both the original poem and the copied one. tapi suka tak bermakna setuju dengan semuanya. ada ruang untuk perbezaan pendapat. memandangkan post ini bukan bertujuan menganalisis or mengkritik karya sastera, perbezaan pendapat tentang kedua-dua hasil kerja ini aku simpan dulu. cuma ingin berkongsi part yang paling aku suka dari kedua-dua video clip sahaja.

kata-kata pecah berkeping keping begitu sampai kepada cinta/tarbiyyah

dalam menguraikan cinta/tarbiyyah, akal terbaring tak berdaya

bagaikan keldai terbaring dalam lumpur

cinta/tarbiyyah sendirilah yang menerangkan cinta/tarbiyyah dan per-cinta/tarbiyyah-an


benar sekali..
bila orang bertanya apa manisnya tarbiyyah, ramai yang kehilangan kata-kata untuk menghuraikan kemanisan tersebut. samalah seperti orang bertanya "manisnya gula itu bagaimana ya?" yang ditanya pasti bingung untuk memberi gambaran sifat manis gula tersebut dengan kata-kata kepada yang bertanya. cara paling berkesan untuk menerangkan sifat manis tersebut adalah dengan memberi gula kepada yang bertanya. dan seterusnya yang bertanya pula mesti sudi membiarkan gula cair di atas lidahnya. insyaAllah dia akan faham apa itu kemanisan gula selagi lidahnya berfungsi dengan baik.

berbalik kepada hal tarbiyyah, memahami erti tarbiyyah secara takrifan tekstual tanpa memberanikan diri berada di dalam madrasah tarbiyyah atau menjadi penonton dari luar madrasah tarbiyyah bukanlah kaedah yang efektif untuk memahami kemanisannya. anda pasti terpinga-pinga kehairanan sekiranya kaedah yang kurang efektif ini terus diamalkan. tinggalkan kaedah tersebut dan masuklah ke dalam mana-mana madrasah yang menyediakan ruang pentarbiyyahan, nescaya yang bertanya or yang tertanya-tanya akan faham. yang ditanya insyaAllah tidak akan kedekut untuk membuka jalan kepada yang bertanya or yang tertanya-tanya. sehikmah mungkin anda akan disantuni insyaAllah. mudah-mudahan kemanisan akan tersebar luas. bila masing-masing sudah faham dan menikmati kemanisan tarbiyyah, persoalan mengapa seseorang beria-ia benar meninggalkan urusan yang kelihatannya menguntungkan pada pandangan mata biasa untuk mengutamakan urusan-urusan tertentu akan terjawab secara automatik. kata-kata yang panjang lebar sudah tak diperlukan untuk memberi penerangan.

jadi, ayuh beranikan diri anda berdaftar dengan mana-mana madrasah tarbiyyah dan manjakan diri anda dengan kemanisan yang bakal menyusul.


banyak dah merepek nih..(~.~)。o00○
sekian saja,
salam tarbiyyah bersulam CINTA .


Saturday, March 12, 2011

kita adalah hamba


assalamualaikum

pagi ni tergerak hati nak menulis sedikit sebanyak tentang berita yang menggemparkan dunia; tsunami dan gempa bumi di Jepun. semua orang bimbang dengan hal ni. dari ancaman angin dan ombak hinggalah kepada kebocoran sisa radioaktif dari reaktor nuklear. semuanya menakutkan andai kita berpegang kepad prinsip 'expect the worst'. so, kurang-kurangkanlah diri kita membuat anggapan yang pelbagai bagi mententeramkan jiwa dan minda. tunggu, lihat dan hadapilah seadaanya.

nasihat aku, mari kita bersangka baiklah dengan Allah. semua yang berlaku ni dah tertulis. kelihatannya ringan untuk aku menggerakkan jari menaip, tapi yang sedang berhempas pulas dari segi emosi dan jasmani mungkin sedang mencari secebis semangat dan harapan. semoga dipermudahkan segala urusan wahai insan-insan terpilih. Allah sedang menguji hamba-hambaNYa.

untuk pengetahuan semua, tempat aku, Wakayama-shi, capital of Wakayama-ken masih ok walaupun dah keluar warning (banyak pengumuman dibuat, helikopter berlegar-legar meninjau laut, siren kedengaran serta berbagai-bagai lagi). a lil bit tense though! tapi syukur keadaan masih terkawal sebab Wakayama-ken terletak beratus kilometer dari pusat gempa dan Wakayama-shi agak terlindung dari laut terbuka. cumanya tak boleh terlalu leka la. dalam keadaan sedia sentiasa.

menurut ramalan jabatan meteorologi, Wakayama akan dilanda tsunami dan gempa yang lebih dahsyat kesannya dari gempa bumi kobe(1995) dalam tempoh 30 tahun akan datang. (if i'm not mistaken.cant remember the exact year)



berbalik kepada gempa bumi dan tsunami; menonton siaran televisyen Jepun, semuanya sedang kelam-kabut dan berusaha sedaya upaya meminimumkan kesan gempa dan tsunami. lain pula halnya apabila menonton Al Jazeera (eng). ada juga pandangan yang mengatakan Jepun adalah negara yang berpengalaman luas dalam hal tsunami dan gempa bumi. tersenyum sorang-sorang aku dengar. sebabnya pengalaman kadang-kadang sukar membantu bila suasana jadi kelam-kabut. di Jepun hari ini, penyampai berita dan kru di studio-studio pun ada yang memakai topi keselamatan. satu situasi yang jarang-jarang berlaku. tambahan pula, semasa menyampaikan laporan berita, studio dan lampu-lampu bergoyang.

teringat sebuah filem The Sinking of Japan yang pernah ditonton sewaktu belum menjejakkan kaki ke sini. sebuah filem yang menceritakan kemungkinan Jepun akan lenyap dari peta dunia. banyak fakta saintifik yang pahit untuk ditelan dari jalan cerita filem tersebut. segalanya tak mustahil. mungkin fakta-fakta saintifik yang pahit untuk ditelan ini juga merupakan salah satu sebab masyarakat Jepun sangat berusaha keras memperbaiki sistem pengurusan alam, kaedah pencegahan bencana, teknologi kalis gegaran dan sebagainya. satu usaha syariatullah yang baik dan terpuji. semua orang sedar jepun terletak betul-betul di atas lingkaran api pasifik dan yang mendasari tapak negara bersifat pulau ini adalah barisan gunung berapi yang sentiasa patuh kepada arahan sang penguasa alam. begitu juga kajian yang menunjukkan Jepun terletak di atas pertemuan 3 keping plat tektonik yang bila-bila masa boleh bergerak. andai ketiga-tiga plat tektonik ini bergerak menjauhi satu sama lain, sayonara (goodbye) la jawabnya. mungkin peta dunia juga perlu dilakukan pengubahsuaian.




apapun yang bakal terjadi,semuanya sudah tertulis. perlu diingat, alam yang terdiri daripada gunung berapi, plat-plat tektonik, ombak, angin dan sebagainya adalah makhluk merangkap hamba yang sangat patuh kepada segala arahan al Khaliq. cuma makhluk yang bernama manusia sahaja yang kerap melanggar arahan dan sering mencari helah serta alasan untuk tidak mentaati Allah. kononnya sudah terlalu bijak mungkin. jadi, ingatkan diri sendiri dan rakan-rakan tentang apa-apa yang patut.

mungkin dengan kejadian-kejadian seperti ini, Allah merancang untuk memperkenalkan diriNya sebagai tuhan Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya kepada rata-rata penduduk Jepun yang sudah leka dari konsep hidup bertuhan. semoga mereka sedar, segala usaha makhluk no matter how precise and accurate they are, tidak akan pernah memberi 'kesan' kepada perancangan Ilahi. lahirnya penerima-penerima anugerah nobel dalam bidang sains dan reka cipta bukan jaminan kita akan selamat dari ancaman ini. mungkin juga perkara sebegini akan mengingatkan masyarakat Jepun bahawa tuhan tidak hanya berfungsi ketika berlakunya kematian saudara-mara. who knows?perancangan Allah memang di luar dugaan makhluk. sebabnya kebanyakan mereka percaya tuhan wujud. cuma ia bukan perkara yang perlu diambil serius dalam melayari kehidupan. biarkan tuhan dengan dunia ketuhanan dan kita manusia berusaha untuk kehidupan manusia. ini adalah simpulan ringkas berdasarkan perkongsian cerita aku dengan rakan-rakan di sini. semoga goncangan kecil ini turut menggoncang jiwa penduduk jepun untuk menyedari hakikat kehambaan, serius untuk bertuhan dan beragama..amiin

dalam kekalutan sebegini, rasa syukur atas nikmat Islam dan Iman semestinya sedang mencapai kemuncak kesyukuran bagi sekalian mukmin. kita mampu mencari Allah untuk mengadu, merintih dan berharap. tenang dan menguntum senyum sambil menyembunyikan air mata resah. kalau kepercayaan kita terhadap kekuasaan Allah mantap, aku yakin segalanya mudah. kata kuncinya adalah PERCAYA. percayalah ini adalah perancangan Allah yang terbaik untuk hamba-hambaNya. PERCAYA ini jugalah yang menjadikan kita MUKMIN. dapatkan rasa kePERCAYAan tersebut andai hati masih dicengkam rasa yang kurang enak.

ingat pesan murabbi agung, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam berpesan:

"Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, semua urusannya baik baginya dan kebaikan itu tidak dimiliki kecuali oleh seorang mukmin. Apabila ia mendapat kesenangan ia bersyukur dan itulah yang terbaik untuknya. Dan apabila mendapat musibah ia bersabar dan itulah yang terbaik untuknya."

xxxxxxxxxxxxxxx------------xxxxxxxxxxxxx
melihat status-status fb dan twitter para sahabat di Jepun sudah cukup melegakan. alhamdulillah semuanya dilaporkan selamat. tapi ada juga yang melucukan. contohnya seorang sahabat yang pulang ke Malaysia bercuti merungut tentang apa agaknya nasib LCD-wide screen tv yang baru dibeli bulan lepas. kelihatannya risau sekali. ditambah dengan usikan teman-teman yang memberi komen. lucu jugak.
xxxxxxxxxxxxxxx------------xxxxxxxxxxxxx

rasanya cukuplah setakat ini coretan pagi sabtu. ini hanyalah peringatan dari seorang hamba yang kasih kepada sahabat se-hamba dengannya hanya kerana Allah. jangan lupa mendoakan apa yang terbaik.



salam kasih, tenang, syukur dan bahagia bagi hamba-hamba yang percaya kepada janji pencipta
love~

Thursday, March 10, 2011

perihal tanaman


assalamualaikum

sekadar perkongsian lewat malam untuk renungan bersama..



sesuatu untuk difikirkan;

  1. apakah kita sudah benar-benar menggali dan menikmati hasil tanaman generasi terdahulu??
  2. sudahkah kita menanam sesuatu untuk dinikmati oleh generasi selepas kita??
terkenang juga pesanan guru Bahasa Melayu semasa tingkatan tiga, Cikgu Halimaton pernah menyebut "bumi dan alam sekitar yang kamu nikmati hari ini adalah pinjaman dari generasi akan datang. jadi jangan senang-senang nak rosakkan "

mungkin dua pesanan dan mesej dari cikgu Bahasa Melayu aku dan Syeikh Usamah kelihatannya agak berbeza, tetapi kedua-dua pesanan tersebut berbaloi untuk difikirkan dan diinsafi.
mari berfikir sebelum mata terlelap.

sekian,
selamat malam. oyasumi~


#untuk mengenali Syeikh Usamah dengan lebih lanjut serta mendengar lain-lain ucapan beliau yang dah dialih bahasa, klik sini

Monday, March 7, 2011

kenali Ahong


Bawa Pendakwah China ke Malaysia

Ismail Hashim (Harakahdaily)


Badan-badan Islam disaran berusaha membawa pendakwah dari Negara China terutama golongan Ahong yakni imam yang mempunyai kepakaran dan pengalaman luas di dalam mengamalkan kehidupan beragama untuk tujuan dakwah kepada masyarakat Cina di negara ini.


Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di China, berpangkalan di Beijing Foreign Studies University (BFSU), Prof Dr Awang Sariyan berkata, Islam yang dibawa ke negara itu sekitar pertengahan abad ke 7 oleh Sahabat Nabi Muhammad bernama Saad Abi Waqas diterima baik oleh Maharaja China dewasa itu.


Menurutnya, sehingga kini jumlah umat Islam di negara Asia Timur itu sekitar 70 juta dengan nilai keIslaman dan syiar agama yang hebat seperti pintu gerbang ke kediaman mereka yang bertulis Basmallah dan Allah Muhammad.


Prof Awang menyampaikan ucapan itu dalam majlis Syarahan Sarjana Pelawat anjuran Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam di sebuah pusat pengajian tinggi di Shah Alam, 16 Februari lalu.


Ucapan sekitar dua jam bertajuk Kembara Bahasa di China; Memupuk Kerjasama Ketamadunan Melayu-China itu banyak memberikan input baharu kepada khalayak pendengar dengan bentuk penyampaian beraudio visual.


Turut hadir di dalam majlis itu adalah ketua jabatan, pensyarah kanan, pensyarah dan staf yang kelihatannya sangat berpuas hati dengan pendedahan maklumat termasuk hubungan Malaysia China, perkembangan agama dan kemajuan Bahasa Melayu mutakhir.


Prof Dr Awang Sariyan adalah Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di China, berpangkalan di Beijing Foreign Studies University (BFSU) sejak awal 2008.


Sebelumnya Pengarah Jabatan Bahasa DBP, Profesor Bahasa di UPM dan di UM; tenaga akademik UIAM, Universiti Brunei Darussalam dan UPSI; Profesor Tamu Pusat Pengajian Asia Tenggara, Universiti Frankfurt, Jerman dan Universiti Sumatera Utara; Perunding Seberang Laut Kementerian Pendidikan Singapura.


Presiden Persatuan Linguistik Malaysia (2000-2008) dan anggota Kumpulan Perihatin; pernah aktif dalam Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) dan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM).


Penyampai lebih 200 ucap utama, syarahan, kertas dasar dan kertas kerja di dalam dan di luar negara (Australia, Belanda, Brunei Darussalam, Indonesia, Jerman, Kampuchea, Korea Selatan, Perancis, Rusia, Republik Rakyat China, Singapura, Sri Lanka, Thailand); penatar kurus bahasa dan penulisan profesional; penulis lebih 50 judul buku bahasa, pendidikan, kamus serta Profesor Adjung UPSI.


Menjawab satu soalan, Prof Awang berkata, kedatangan Islam pada abad ketujuh itu diterima baik sehinggakan Maharaja China menaja pembinaan banyak masjid sebagai lambang agama Islam.

Kerana itu, ujarnya, bagi mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke negara itu, jangan terkejut jika melihat terdapat colok gaharu diletakkan di mimbar-mimbar masjid dan ukiran binatang di tempat ibadat.


"Colok gaharu dan ukiran binatang itu adalah budaya masyarakat China yang sedikit pun tidak mencacatkan aqidah umat Islam," tegasnya.


Beliau berkata, terdapat perbezaan besar antara orang China yang datang ke Melaka bersama gerombolan Laksamana Cheng Ho yang membawa Islam dengan mereka yang dibawa datang ke Tanah Melayu oleh penjajah Inggeris.


Katanya, Laksamana Cheng Ho atau dalam Bahasa Chinanya disebut sebagai Zheng He adalah seorang pahlawan utusan Maharaja China yang datang ke Melaka adalah seorang Islam.

Cheng Ho pula jelasnya mengikut kajian absah, merupakan seorang pahlawan hebat yang mempunyai susur galur darah keturunan Saidina Hassan, cucu Rasulullah SAW. yakni anak kepada Saidina Ali dan Fatimah.


Bercakap tentang Ahong, beliau berkata, setiap orang daripada mereka mempunyai kelayakan hebat kerana mereka diwajibkan mengikuti Pengajian Agama Islam selama tiga tahun.


Mereka mempunyai kemahiran berbahasa etnik termasuk Bahasa Arab yang fasih, jelasnya, mereka juga merupakan penghafaz Al-Quran yang dilatih khas bagi memenuhi keperluan agama dan umat.


Tamadun China sangat hebat dengan usianya melebihi 5,000 tahun dengan 56 kumpulan etnik dan hubungannya dengan tamadun Melayu yang berusia 2,000 tahun amat penting dikaji dengan lebih mendalam, jelasnya.


Dalam pada itu, beliau berkata, interaksi tamadun Malaysia China bukan hanya berlaku pada 1974 tetapi bermula sejak Zaman Han Shu pada 140 S.M. ekoran pelayaran utusan Maharaja Wu Di ke India melalui Tanah Melayu.


Hubungan China dengan alam Melayu melonjak ke peringkat lebih tinggi sesudah munculnya Dinasti Tang (618-907M) dan Empayar Sriwijaya di alam Melayu pada abad ke-7.


Dalam majlis itu, Prof Awang banyak mengemukakan saranan bernas antaranya; penyelidikan hubungan Malaysia/alam Melayu dengan China dalam pelbagai aspek, ketamadunan seperti politik, ekonomi, kebudayaan, bahasa dan falsafah/pemikiran dari zaman dahulu hingga kini berdasarkan sumber China dan Melayu sendiri.


Begitu juga dengan perkembangan Islam di Tanah Besar China dan kaitannya dengan pengIslaman di alam Melayu, kajian-kajian perbandingan dengan pelbagai aspek dalam tamadun China dan Islam termasuk budaya dan bahasa.


*diambil dari facebook Kembara Bahasa

Sunday, March 6, 2011

promosi



beberapa hari yang lepas adalah hari-hari yang membosankan bilamana tak ada aktiviti yang boleh dilakukan. nak keluar mendung + hujan. so duduk rumah baca buku je la.

alhamdulillah berkesempatan menamatkan sebuah buku yang abah hantarkan 2 bulan yang lepas(hoho. 2 bulan baru nak habis.slow reader sungguh); Fiqah Berinteraksi dengan Non-Muslim karangan Ustaz Mohammad Nidzam Abd. Kadir terbitan Telaga Biru. menarik+gaya penyampaian yang santai+berinformasi. osusume desu~

post kali ini tak berhasrat untuk mempersembahkan semula isi kandungan buku tersebut. mungkin sekadar nak promosi sikit supaya sesiapa yang punya wang dan masa yang berlebihan agar tidak ketinggalan untuk membeli, memiliki, membaca, dan mengambil faedah dari buku tersebut. insyaAllah banyak manfaat untuk orang awam macam kita.

insyaAllah kalau berkelapangan, bila-bila ada masa aku akan ambil or cedok point-point penting yang aku rasakan perlu untuk dikongsi untuk tatapan kita bersama.doa-doakan..


ini dia.sila dapatkan!!!

ok sesi promote buku tamat. haip,shuryodesu!

#sesapa budak yang kat nihon kalo nak pinjam cakap ek.nanti bila-bila ada taikai bola ka, meeting, gathering or whatsoever aku pass ar kat member-member yang boleh pergi.

p/s : pertambahan umur tanpa pertambahan ilmu adalah sangat merugikan. mari berusaha!

assalamualaikum

Friday, March 4, 2011

ini bukan lakonan


sekadar nak menceritakan sesuatu yang benar.

harap yang membaca tak salah anggap. jangan sangka aku terlalu mengagungkan Jepun. cuma nak menggambarkan sebuah realiti yang aku lihat dan fikirkan.

kalau rasa apa yang bakal diketengahkan adalah sesuatu yang baik, ambil dan ikut. kalau rasa ada lebihan azam dan kekuatan, laksanakan. kalau tak setuju, buat diam dah laa

siapa tahu yang membaca post ni, satu hari nanti akan menduduki kerusi empuk setaraf dengan yang akan diperkatakan.kalau bukan hari ini atau esok, bila-bila je la yang boleh. apapun, contohilah kesederhanaan beliau selagi termampu.

memindahkan sebuah budaya tak perlukan tenaga sasa laksana memindahkan satu set sofa ke rumah sebelah. ia cuma perlukan akal dan jiwa yang mahu berfikir.

mari berfikir tentang ini..



dah tengok??

fikir dan bandingkan dengan budaya kita..

mana pemandu peribadi beliau? mana kereta syarikat?

pernah lihat CEO MAS naik bas pergi tempat kerja? aku tak pernah sebab aku tak kenal pun siapakah CEO MAS..lol

ok2..sebenarnya post ini bukanlah bertujuan nak menyerang CEO MAS or mana-mana CEO di Malaysia or dunia.

fokus tulisan aku nih bukan kepada CEO sahaja, tapi fokus aku adalah kepada mereka yang mampu demand macam-macam dari company, wang rakyat, perbendaharaan negara or anything else la. why not kita contohi mamat di atas. sweet rite? aku tak kenal pun mamat ni secara peribadi tapi bila tengok video nih, aku jadi suka dan senyum. beruntungnya semua staff-staff JAL.
Tapi perkara ni bukan berlaku kepada JAL saja. Banyak lagi contoh yang sama macam nih yang aku lihat dan bandingkan dengan tanah air tercinta yang membuatkan aku jatuh cinta dengan Jepun dalam beberapa aspek. dalam beberapa aspek ok! bukan semua. =)

hurm..berbalik kepada persoalan mana pemandu peribadi beliau? mana kereta syarikat?, aku yakin dia ada semua tu. cuma dia akan guna bila perlu je kot

mungkin orang akan cakap ni adalah kehendak peribadi dia untuk berkorban. bukan polisi company. so apa kena mengena dengan kita. setiap orang ada kehendak, keinginan dan keperibadian yang berbeza bukan?biar la dia pilih jalan tersebut. kita ikut cara kita; 'yang di atas' mesti diraikan! jawapan aku, ni adalah budaya mereka. budaya dan diulang lagi, BUDAYA! tapi bisa saja budaya yang baik itu ditinggalkan oleh sebilangan masyarakat Jepun sendiri. kalau ada orang Jepun yang tak seiring dengan budaya Jepun yang baik ini kita jangan ketengahkan sebagai alasan untuk menolak contoh dari Haruka Nishimatsu-san nih. ingat, budaya adalah sesuatu yang boleh ditiru dan diubah-ubah. kita tak mampu ubah keturunan, darah, sepet or bulatnya mata menjadi Jepun tapi kita mampu ubah budaya kerja.insyaAllah

mungkin sudah masanya ceo-ceo, general managers, profesor-profesor, tnc-tnc or even menteri (juga isteri menteri) dan raja-raja atau sesiapa sahaja yang berkenaan mengalihkan pandangan ke Jepun. cukup-cukuplah ikut contoh ceo, GM, or menteri-menteri dari amerika dan sekutunya. membazir tu kan tak elok. kalau membazir duit sendiri boleh tahan lagi. ni bazir duit orang 'bagi'. tak molek kot. lagipun laporan audit kan dah cakap/warning by 2019 Malaysia berpotensi untuk bankrup. so tunggu apa lagi??

ok lah, taknak tulis panjang-panjang. nak share yang ni je.
harap-harap bermanfaat. manfaatnya, kalau bukan hari ini, mgkin esok lusa dan seterusnya.
kalau bukan generasi hari ini, mungkin generasi seterusnya..

bismillah ar-rahman ar-rahim. dengan namamu ya Allah, aku berharap dan berdoa agar budaya yang baik ini terpindah ke tanah air tercinta, Malaysia..ameen

salam perubahan~
^_^