ya Rabb..

Thursday, September 22, 2011

pulang ke gagang


saat post ini ditulis, blog dan penulis blog ini sedang berada di tanah tumpah darah asal blog ini tercipta, Fukouka, Kyuushu. Blog ini terhasil atas desakan dan ajakan rakan-rakan untuk memeriahkan dunia blog setelah agak lama aku asyik membaca blog orang dan memberi komen-komen.

nama-nama otai seperti Mamu Mesin Mekanikal Padu  dan Gandhi Erti Hidup adalah antara insan/blogger yang banyak mendorong aku untuk memulakan langkah pertama dalam dunia blog. Gandhi a.k.a gandum namastee ajar aku buat blog from scratch. nama blog dan setting semuanya dibuat secara tekitou menggunakan komputer klasik Gandhi di bawah katil dalam bilik Halim. Mamu pulak banyak bagi idea dari segi konsep and macam mana nak operate benda alah ni. hahaha. i still remember that memorable moment. sambil melihat Russel ketawa terbahak-bahak menonton How I Met Your Mother di skrin komputer Halim selepas pulang dari Korea, post pertama bertajuk cubaan 1, 2, 3.. tercipta.

kali ini datang ke Kyushuu buat kali keduanya dengan 2 tujuan utama.

Saturday, September 17, 2011

maafkan sekali banyak kali lagi

"melebihkan duniaku jadi puncanya"

hurm..

tengok wajah sendiri kat cermin agak terkejut. kelam teruk.
padahal pi training, match or keluar lepak-lepak tepi laut n sungai pun pakai ja sunblocker.
takkan la sunblocker ni cap ayam. beli mahai-mahai mustahil cap ayam
jepun terbakar jadi merah. aku terbakar hangit teruih.
rasa macam menzalimi diri sendiri pulak..zzzZz
_________________________________________________________

selepas berkira-kira, ada 4 post yang ditulis separuh jalan tersadai tak dapat nak publish.
chutohanpa!

bila ada mood menulis je, buat new post pastuh mesti sampai tengah jalan dan tertidur depan komputer. penat agaknya

motto ganbaranakya! ada benda penting yang perlu dipublish secepat mungkin tapi banyak halangan pulak sekarang nih

nak kata takda idea, bukan kot.
nak kata bosan pun tidak rasanya sebab bila orang ajak sembang-sembang idea ada sokmo.

tapi tapi tapi....

tak suka dengan rasa cepat penat tapi tak suka juga banyak sangat berehat. nanti banyak lemak. (padahal kekurangan lemak.hahaha)

paling tak best sedar dari tidur tengok duduk atas kerusi. sia-sia ada katil. (-_-)!!

saat ini terasa macam ada sesuatu yang tak kena dengan diri sendiri. buat tu tak kena. buat ni tak kena.

kena cari ruang untuk diri sendiri relaks. tinggalkan sebentar rutin kebiasaan. ambil angin tempat lain sebentar kot.

doa-doakan yer

maaf, blog ni akan dibiarkan tersadai seketika.
bukannya jemu tapi ku kepenatan...




jya,
assalamualaikum w.b.t

wake me up when october starts..

Saturday, September 10, 2011

jenuh lumoq Jonah Lomu*

Abg Lomu : lu apahal brooo??


*perutusan meminta maaf

bangun subuh pagi tadi terasa sayu...frust ada gak sikit

kisahnya begini...

kira-kira dua bulan yang lalu ada sedikit rancangan dengan seorang member lama.
member yang sama-sama kena denda berdiri luar kelas waktu Add Math ketika di tingkatan 4.

serius bebenor merancang sampai survey tiket kapal terbang semua, banding harga antara airline, subscribe website airline, dapatkan green lite dari mama n abah dan macam-macam lagi. haha lawak jugak bila ingat balik.

tapi taqdir akan sentiasa menandingi segala perancangan. apakan daya

mengikut perancangannya, sepatutnya aku berada di bumi Kiwi hujung minggu ini.


hajat di hati mahu berjalan-jalan menikmati keindahan alam, bertemu dengan sahabat jauh sambil menonton ragbi secara live jika berkesempatan. tapi hajat tinggal hajat je la kali nih.
takda rezkiiiiiii (ayat penyedap hati)

selepas menonton highlite NZ vs. Tonga semalam tercari-cari kelibat Jonah Lomu, bintang ragbi pujaan hati. tak nampak pun dalam line-up. rupa-rupanya dah pencen from international match..alololo. gua sangat noob. ketinggalan bebenor dengan berita dunia ragbi nih.

Thursday, September 8, 2011

rindu - jika aku jatuh cinta


setelah sekian lama asyik online skype dan ym di iPhone, hari ini tergerak hati dan jari untuk online di komputer.

melihat status seorang teman di ym ada tertulis 'DOA' lantas jejari yang tak gatal ini terus mengklik pada link tersebut.

ternyata ia sebuah doa yang mudah difahami dan sangat mendalam tuntutannya. seingat aku, aku pernah mengaminkan doa ini beberapa tahun dulu ketika masih di Malaysia. waktu tersebut doa ini dibaca oleh Ustaz Badrul Amin pada hujung tazkirah beliau di Masjid Kepala Gajah, tak jauh dari rumah aku. kalau tak salah time tu beliau bagi tazkirah tentang cinta remaja.

CINTA... satu subjek yang tak pernah bosan untuk difahami apatah lagi untuk dinikmati. kata-kata pecah berkeping-keping, begitu sampai kepada cinta... wiwitttt. mula dah mula dah. stop it ket, be serious!

ok apapun, silakan nikmati doanya....

Sunday, September 4, 2011

hati dan taman larangan

pertengahan Ramadhan yang lalu bersama beberapa orang rakan berjaulah di Masjid Kobe. dah nama pun jaulah mestilah banyak program jalan-jalan tengok tempat baru kan. boleh dikatakan rakan-rakan yang join semuanya dari tempat berbeza. peserta dari Kyushu sampai Moruran ada.

dalam berjalan-jalan (motif utama), tuan pengarah program ada mewajibkan kami (para peserta) menghafal sepotong hadis daripada hadis 40 susunan Imam Nawawi. hadis tersebut adalah hadis yang ke-6. tapi aku tak dapat hafal pun bila kena uji on the last day walaupun dah dicuba beberapa kali. hehe (>_<)



Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:


Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

baru aku faham susahnya nak hafal hadis berbanding hafal surah dari Al-Quran. dulu masa adik bongsu aku nak masuk MRSM Ulul Albab (Aliran Tahfiz), dia ada kena ujian hafalan hadis. dia ada mengadu susah hafal hadis masa temuduga tapi aku dok usik dia cakap dah banyak tengok drama Korea memang la susah nak hafal.haha. sekarang nih baru aku tau susah rupanya hafal hadis walaupun aku bukan hantu drama Korea. padan muka aku! antara alasan yang aku gunakan bagi menyedapkan hati setelah gagal menghafal hadis ini adalah hadis dibaca tak berlagu. susah nak hafal. Al-Quran kita sering lagukan, that's why senang nak lekat dalam kepala. haha. ket memang kadang-kadang pandai cari alasan. tak tahu lah boleh diterima atau tidak alasan aku tuh.

apapun, jom dengar syarahan ringkas hadis ni. mudah-mudahan ada kebaikan untuk kita.


kesimpulan ringkas yang dapat dibuat berdasarkan hadis ni adalah kita perlu menjauhi perkara syubhat dan menjaga hati. nak huraian panjang lebar lagi tentang hadis ini sila klik di sini

dalam Islam halal itu jelas, haram juga jelas. tapi bila berbicara tentang syubhat mungkin agak sukar. secara amnya, kita mungkin hanya terfikir bab makanan sahaja bila disebut tentang syubhat. tapi sebenarnya, syubhat juga boleh wujud dalam perhubungan sesama manusia, iktiqad, perbuatan, lisan dan bermacam-macam. so, kenalah berhati-hati yer kawan-kawan. jangan sampai kita termasuk dalam sempadan haram sebab benda-benda syubhat ni selalunya dekat-dekat dah dengan haram. sipi-sipi oghang Kedah kata. takut-takut kita termasuk taman larangan tanpa kita sedari pulak kan.

Friday, September 2, 2011

MERDEKA! MauDuitkah??



dalam kehangatan aidilfitri yang masih tersisa, rakyat Malaysia didatangkan dengan satu lagi sambutan/perayaan. HARI KEMERDEKAAN

sejuk hati tengok rakyat Malaysia majoritinya sambut ulangtahun kemerdekaan tahun ini tanpa bunga api yang membazir, perhimpunan countdown yang bakal menyebabkan banyak benih terbuang, dan perarakan kereta berhias yang takde la berfaedah sangat (pada pandangan aku la). harap-harap tahun ini jadi turning point la buat semua Malaysian. jangan pulak lepas nih dah tak bertindan dengan hari mulia umat Islam, kita kembali ke cara lama pulak yerr. promise me pelisss Malaysia??>.<

kalau kita nak buat sambutan juga demi membangkitkan rasa patriotisme, dengan rendah hati aku ingin cadangkan sambutan ala-ala Korea Utara. simple tapi bersemangat.

komen banyak-banyak pasal kemerdekaan nih, yang sebenarnya aku sendiri pun tak perasan semalam adalah 31 Ogos, tarikh keramat buat rakyat Malaysia. biasa la cuti kan. bukan nak tengok sangat tarikh and hari ni. nak-nak sekarang musim raya, lidah dan hati asyik kira hari-hari dengan kiraan raya pertama, raya kedua, raya ketiga+..... ja.