ya Rabb..

Sunday, September 4, 2011

hati dan taman larangan

pertengahan Ramadhan yang lalu bersama beberapa orang rakan berjaulah di Masjid Kobe. dah nama pun jaulah mestilah banyak program jalan-jalan tengok tempat baru kan. boleh dikatakan rakan-rakan yang join semuanya dari tempat berbeza. peserta dari Kyushu sampai Moruran ada.

dalam berjalan-jalan (motif utama), tuan pengarah program ada mewajibkan kami (para peserta) menghafal sepotong hadis daripada hadis 40 susunan Imam Nawawi. hadis tersebut adalah hadis yang ke-6. tapi aku tak dapat hafal pun bila kena uji on the last day walaupun dah dicuba beberapa kali. hehe (>_<)



Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:


Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

baru aku faham susahnya nak hafal hadis berbanding hafal surah dari Al-Quran. dulu masa adik bongsu aku nak masuk MRSM Ulul Albab (Aliran Tahfiz), dia ada kena ujian hafalan hadis. dia ada mengadu susah hafal hadis masa temuduga tapi aku dok usik dia cakap dah banyak tengok drama Korea memang la susah nak hafal.haha. sekarang nih baru aku tau susah rupanya hafal hadis walaupun aku bukan hantu drama Korea. padan muka aku! antara alasan yang aku gunakan bagi menyedapkan hati setelah gagal menghafal hadis ini adalah hadis dibaca tak berlagu. susah nak hafal. Al-Quran kita sering lagukan, that's why senang nak lekat dalam kepala. haha. ket memang kadang-kadang pandai cari alasan. tak tahu lah boleh diterima atau tidak alasan aku tuh.

apapun, jom dengar syarahan ringkas hadis ni. mudah-mudahan ada kebaikan untuk kita.


kesimpulan ringkas yang dapat dibuat berdasarkan hadis ni adalah kita perlu menjauhi perkara syubhat dan menjaga hati. nak huraian panjang lebar lagi tentang hadis ini sila klik di sini

dalam Islam halal itu jelas, haram juga jelas. tapi bila berbicara tentang syubhat mungkin agak sukar. secara amnya, kita mungkin hanya terfikir bab makanan sahaja bila disebut tentang syubhat. tapi sebenarnya, syubhat juga boleh wujud dalam perhubungan sesama manusia, iktiqad, perbuatan, lisan dan bermacam-macam. so, kenalah berhati-hati yer kawan-kawan. jangan sampai kita termasuk dalam sempadan haram sebab benda-benda syubhat ni selalunya dekat-dekat dah dengan haram. sipi-sipi oghang Kedah kata. takut-takut kita termasuk taman larangan tanpa kita sedari pulak kan.


"termasuk ke dalam taman larangan raja, boleh lagi terselamat kalau penjaga taman larangan raja tak sedar. masuk ke daerah larangan Allah, memang tak selamat sebab malaikat yang mencatat segala amalan tak pernah lalai menjalankan tugasan mereka" pesan seorang rakan yang sama-sama berdiskusi ringan tentang hadis tersebut tempohari. sebab itulah ulama-ulama banyak meninggalkan perkara syubhat kerana mereka sangat berhati-hati. mudah mudahan kita juga boleh sampai ke tahap tersebut. ameen.insyaAllah

bercakap soal hati pula, semua orang tahu di situ terletaknya siapa diri kita yang sebenarnya. pendek kata, hati adalah raja dan akal adalah perdana menteri bagi tubuh badan kita. rosak hati, tunggang-langganglah kehidupan kita. sebabnya, segala tindak tanduk kita diputuskan oleh hati. pastuh pulak, hati ni kita perlu gunakan untuk membuat pertimbangan yang pelbagai dalam era yang serba mencabar nih. keputusan yang baik hanya akan dapat dicapai bila hati kita bersih dan sentiasa dekat dengan Allah. secara mudahnya, hati adalah pemandu kepada segala tindakan kita. jadi pastikanlah sang pemandu berkeadaan baik. bak kata nasyid Hijjaz, "pandangan hati itu yang hakiki..(dengan syarat) kalau hati itu bersih"


"Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran"


antara yang mempengaruhi 'kesihatan' hati adalah tabiat pemakanan. tinggalkanlah makanan yang syubhah nescaya ia lebih baik untuk hati kita. seorang guru tasawuf pernah berpesan, antara kaedah memelihara hati serta menguatkan tubuh badan untuk beribadah adalah tinggalkan yang haram dan kurangkan walaupun yang halal. tak percaya cubalah dulu. ingat, kurangkan walaupun yang halal!!

lastly, takda guna kalau aku mengarut panjang-panjang kat sini kalau amal kita tak ditingkatkan setelah dapat sedikit ilmu dari hadis ke-6 nih. ilmu biarpun sedikit kita perlu amal. baru berkat.  amal yang perlu ditingkatkan tersebut adalah berhati-hati/teliti/tinggalkan terus perkara syubhat dan menjaga hati. berhati-hatilah dengan hati dan jangan jemu untuk mensucikannya. dapatkan nasihat dari yang pakar insyaAllah ada jalan keluar.


p/s: empat hari lepas pulang dari Kobe, seorang member (yang juga peserta jaulah) telah membuatkan alasan kegagalan menghafal hadis aku jadi invalid sebab dia bagi aku satu link. dengar ar yang ni

ada jugak versi lagu rupanya. sudah tiada alasan lagi nampaknya..ganbare ketto!
anda juga, isshouni gannbarou!


No comments: