ya Rabb..

Friday, September 2, 2011

MERDEKA! MauDuitkah??



dalam kehangatan aidilfitri yang masih tersisa, rakyat Malaysia didatangkan dengan satu lagi sambutan/perayaan. HARI KEMERDEKAAN

sejuk hati tengok rakyat Malaysia majoritinya sambut ulangtahun kemerdekaan tahun ini tanpa bunga api yang membazir, perhimpunan countdown yang bakal menyebabkan banyak benih terbuang, dan perarakan kereta berhias yang takde la berfaedah sangat (pada pandangan aku la). harap-harap tahun ini jadi turning point la buat semua Malaysian. jangan pulak lepas nih dah tak bertindan dengan hari mulia umat Islam, kita kembali ke cara lama pulak yerr. promise me pelisss Malaysia??>.<

kalau kita nak buat sambutan juga demi membangkitkan rasa patriotisme, dengan rendah hati aku ingin cadangkan sambutan ala-ala Korea Utara. simple tapi bersemangat.

komen banyak-banyak pasal kemerdekaan nih, yang sebenarnya aku sendiri pun tak perasan semalam adalah 31 Ogos, tarikh keramat buat rakyat Malaysia. biasa la cuti kan. bukan nak tengok sangat tarikh and hari ni. nak-nak sekarang musim raya, lidah dan hati asyik kira hari-hari dengan kiraan raya pertama, raya kedua, raya ketiga+..... ja.



nasib baik la ada FB, nampak member-member post pasal kemerdekaan, bising-bising pasal siapa pejuang sebenar kemerdekaan dan sebagainya. pastuh kan tetiba FB siarkan semula status aku masa merdeka tahun 2009.alamak segan. saikin, FB ni macam hampes sikit. suka ja nak ulangtayang kisah lama. tapi kan bagus jugak dari satu aspek, kita dapat menilai kembali apa yang telah kita lakukan pada masa lalu
back then, I was quite harsh

bila semak semula status nih, rupa-rupanya aku 'panas' dengan tindakan kurang bertamadun sesetengah pertubuhan yang ingin menimbulkan ketidakselesaan antara kaum. KATAKAN TIDAK KEPADA MEREKA YANG RACIST!! taknak cerita lebih sangat pihak manakah yang dimaksudkan.
sesungguhnya fitnah itu tidur dan aku tak mahu tergolong dalam golongan yang mengejutkannya dari tidur.

MERDEKA !
MERDEKA !!
MERDEKA !!!

sejak aku mula mengenal dunia(ok, ni ayat over) rasanya kalimah ini sering dijeritkan, dilaungkan dan dipromosikan bila menjelang ulangtahun kemerdekaan. tak kisahlah semasa countdown di tv or countdown merdeka di asrama sekolah. semua orang sebut kalimah nih. takdak pulak orang tetiba menjerit "BEBASSSSSS!!" walaupun maksudnya sama ja. mungkin sebab kita selesa untk berada dalam kelompok yang ramai kot. M.U.N.G.K.I.N ok!!bukannya P.A.S.T.I. so, bila orang ramai jerit itu, itulah juga jeritan kita walaupun jeritan kita kadang-kala kosong dari sebarang erti dan pengisian kerana kalau kita membuat kelainan atau tidak bersama majoriti biasanya menatijahkan pandangan jelek dan risiko tak terduga.

semakin aku membesar, semakin aku dalami apa itu merdeka. banyak sudut pandang yang dilihat dan diambil sebagai pertimbangan untuk ditelan. sudut pandang sejarawan lain bunyinya, sudut pandang ustaz lain, sudut pandang buku teks dan guru sejarah juga kadang-kadang berlainan, sudut pandang ahli politik juga kebelakangan ini agak lain dan semestinya sudut pandang penjilat najis ahli politik juga sangat berlainan. namun, bagaimana sekalipun perbezaan yang wujud, kemerdekaan yang kita nikmati hari ini bukan murah. ada darah yang tumpah, ada perkara haram yang terpaksa dilakukan oleh orang terdahulu untuk mengambil hati penjajah, ada juga tikaman dari belakang yang ditanggung oleh sebilangan pejuang kemerdekaan dan berbagai lagi mehnah serta ujian di sepanjang jalan.

terus terang aku katakan, pada pandangan aku yang masih setahun jagung ini. sememangnya Malaysia sudah lama merdeka. tapi merdeka tersebut hanyalah kemerdekaan dari segi penjajahan fizikal. jiwa, raga, dan tindakan kita masih lagi terbelenggu oleh pelbagai jenis penjajahan. bukti mudahnya, kita masih gagal membikin perlembagaan yang bisa memadamkan nama Lord Reid dari disebut-sebut. majlis-majlis keraian angkatan beruniform masih ada yang meneguk air kencing setan, sistem pendidikan kita masih kosong ruhnya dan berbagai lagi. mungkin mudah bagi aku menulis di dalam blog tapi sukar bagi 'mereka yang di atas' untuk mencapai kata sepakat untuk mencari kata putus yang mampu memuaskan hati semua pihak. tapi percayalah akan ada jalan keluar untuk semua ini kalau 'yang di atas' terus berusaha. doaku agar semuanya baik-baik sahaja untuk kalian.

menelusuri sudut pandang Islam, semestinya kemerdekaan yang agung itu adalah pembebasan dari api neraka. bagi yang percaya adanya syurga neraka, adanya kehidupan lain selepas mati, mereka pasti sedang bergerak ke arah itu. betapa besarnya erti kemerdekaan Islam (pembebasan dari api neraka) hingga kita dituntut untuk mendoakannya pada malam-malam Ramadhan, hanya akan dimengerti oleh orang-orang yang percaya (beriman). jesteru, bagi yang beriman dengan perkara tersebut, ayuh berusaha agar kita dapat bebas dari anasir-anasir yang mampu membebaskan kita dari azab neraka.



buat tanah airku MALAYSIA,
kadangkala diri ini berkasar denganmu. biasalah jiwa muda. kadang-kadang merajuk pun ada. biasalah manusia. tapi cinta dan kasih sayang terhadap tanah air tumpah darah tetap tak pernah tergugat. kasarnya tujahan pada forum-forum kebanyakkannya bukan kerana benci kepada mu, tapi muak dan panas dengan mereka yang menggerak dan menguruskanmu. banyak mulut menuduh aku kurang bersyukur menjadi rakyatmu tapi aku tahu siapa dan apa rasionalnya tindakanku. tidak bersetuju dalam beberapa hal bukanlah penyebab kecacatan cinta tapi hanya pelengkap kepada beberapa kekurangan. diamku dalam beberapa hal juga bukan beerti aku membiarkan dirimu dipijak-pijak gerombolan durjana. mungkin itu masanya aku menimbang rasional tindakan.

buat yang memegang amanah kemerdekaan,
ini adalah zaman mengisi sebuah kemerdekaan fizikal. fizikal yang gagah itu datangnya dari ruh yang tenang dan kuat. persiapkanlah ruh negara ini seampuh mungkin kerana fizikal yang ada sekarang masih belum benar-benar terisi. sebarang tindakan yang mahu membayangkan diri/kelompok kita sebagai hero kemerdekaan tidak lagi relevan kerana ini zaman mengisi kemerdekaan bukan zaman menuntut kemerdekaan. berlaku relevanlah bersama zaman. usah diungkit segala jasa lalu kalau ada yang mahu mencorakkan yang baru. jangan terlalu menonjolkan diri sebagai hero kerana hero yang selalu kelihatan akan membuatkan khalayak muak dan akan mula menolak. persembahkanlah sejarah lalu untuk tatapan generasi seterusnya dengan seadilnya kerana ketidakadilan akan tewas dan pembohongan akan kantoi. contohilah pejuang-pejuang lalu seperti Tok Janggut, Hj Abd Rahman Limbong, Dato Bahaman dan lain-lainnya yang berjuang benar-benar untuk sebuah kemerdekaan. tiada balasan wang ringgit yang mereka harapkan apatah lagi menyapu wang secara senyap-senyap.
kalau mahu jadi kaya raya, berhenti menjadi pengurus aset negara. jadilah peniaga. kalau tak tahu jadi kaya dengan cara berniaga, sila berhenti menjadi penyangak berlesen lagi berwibawa.

akhir kata,

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN FIZIKAL

perjalanan untuk ruh turut merdeka masih jauh.
sebesar rumah bermula dengan seketul bata
sejuta kilometer bermula dengan sekecil-kecil langkah


love,
-ket-
gen 709 yg tiada di tempat kejadian

No comments: