ya Rabb..

Thursday, September 22, 2011

pulang ke gagang


saat post ini ditulis, blog dan penulis blog ini sedang berada di tanah tumpah darah asal blog ini tercipta, Fukouka, Kyuushu. Blog ini terhasil atas desakan dan ajakan rakan-rakan untuk memeriahkan dunia blog setelah agak lama aku asyik membaca blog orang dan memberi komen-komen.

nama-nama otai seperti Mamu Mesin Mekanikal Padu  dan Gandhi Erti Hidup adalah antara insan/blogger yang banyak mendorong aku untuk memulakan langkah pertama dalam dunia blog. Gandhi a.k.a gandum namastee ajar aku buat blog from scratch. nama blog dan setting semuanya dibuat secara tekitou menggunakan komputer klasik Gandhi di bawah katil dalam bilik Halim. Mamu pulak banyak bagi idea dari segi konsep and macam mana nak operate benda alah ni. hahaha. i still remember that memorable moment. sambil melihat Russel ketawa terbahak-bahak menonton How I Met Your Mother di skrin komputer Halim selepas pulang dari Korea, post pertama bertajuk cubaan 1, 2, 3.. tercipta.

kali ini datang ke Kyushuu buat kali keduanya dengan 2 tujuan utama.


pertamanya...

biar bangku kaki, jangan kaku hati.

Harimau Malaya tewas 0-2 di tangan Blue Samurai tapi tak mengapa. adat permainan memang akan ada yang kalah dan menang. seri kadang-kadang ja. corak permainan Jepun memang cantik. Malaysia kena usaha lebih lagi untuk 2nd leg di Bukit Jalil nanti. apapun otsukaresan untuk para player yang sudah berusaha.


keduanya, tidak tercapai. hasrat di hati mahu bertemu rakan lama zaman sekolah, Khairol Azman a.k.a K.A yang datang bertugas di atas kapal MISC di pelabuhan di Pulau Kyushuu tapi takda rezki la nampaknya. Allah telah mmenghantar taufan ke bumi Jepun. so, K.A balik awal. saat post ini ditulis K.A sudah melepasi kepulauan Okinawa dan akan memasuki perairan Taiwan. ini berdasarkan emel yang dia kirim dari atas kapal semalam. semoga dia berserta anak-anak kapal yang lain selamat sampai ke Malaysia walaupun semalam dia ada bergurau cakap muntah hijau kena taufan. doakan mereka.

malam ini aku akan bertolak pulang ke Wakayama semula. esok hingga penghujung bulan 10 ada beberapa hutang atau unfinished business yang perlu dilangsaikan dengan baik dan efektif. wish me all the best

#bila laa nak sampai kumamoto nih?? (^.^)ik2

jya,
ket
teratak gandum
812-0062

mata aeruyouni minna.gokurousan!!

1 comment:

Anonymous said...

tahniah anda masuk tb nyanyi lgu negaraku..