ya Rabb..

Saturday, October 15, 2011

CoD : そろそろ。。?

assalamualaikum..

tulisan post pertama sejak semester kedua tahun ketiga bermula.
alhamdulillah masih punya keinginan, kesempatan dan diberi keizinan untuk membuka blog dan update post baru.

ada orang tanya kenapa lama menyepi di blog, forum, skype or ym. nak kata busy tu takda lah sangat. biasa-biasa ja. cuma takda mood nak menulis sangat. saikin kerap membaca nikki (lebih kurang blog la) sorang muslimah Jepun yang aku follow di twitter. best gak baca catatan perjalanan dan pendapat yang ditulis daripada hanya cerita dari mulut ke mulut ataupun sekadar tweet pendek yg agak chuutouhanpa.

sebenarnya tak ada apa sangat yang nak ditulis untuk post kali ini. sekadar untuk mengelakkan blog ni jadi bersawang.
so, aku memilih untuk menulis tentang benda yang tak berapa penting sangat kali ini.
sekadar meredakan tekanan minggu ni.haha

insyaAllah dalam masa terdekat, beberapa perubahan besar dalam kehidupan harian akan diubah. mungkin akan ada stick dan jersi yang akan digantung sementara atas beberapa sebab dan janji. harap-harapnya mampu membuat keputusan yang baik dan akan jadi happy ending buat aku dan kawan-kawan.

hanya jersi yang akan digantung sementara

selepas ini stick tidak akan digantung lagi.
hanya jersi yang sudah ditetapkan untuk tidak akan disarung kembali.
harap-harap keputusan ni tak akan berganjak lagi.
sedang mematikan hati untuk sebarang pujukan dan ajakan.doakan ya!

minggu ni aku dalam dilemma.
hari Isnin lepas seorang OB (old boys) ajak aku main untuk team old boys untuk perlawanan 6 sebelah yang akan berlangsung esok. main dengan OB tuh..i loiikeeeee!
dan esok juga adalah hari untuk aku mewakili team university bagi perlawanan kedua terakhir Kansai Hockey League menentang taidai (Osaka University of Health and Sport Sciences)
aisehhh.tarikh bertindan dan stadium pun berbeza. *benci membuat pilihan! T_T

antara berat menolak pelawaan OB atau stick to the current team. sebenarnya hati nak sangat main dengan team OB memandangkan level diorang lagi mencabar. dahtu OB ni semua rapat gak dengan aku. lagipun team taidai esok takde la kuat mana. so macam nak biar ja takda aku pun takpa kot. budak-budak ni boleh makan kot taidai. sekali semalam sorang defender team aku injured dan dokter tak benarkan main. so kena shift play and position. pastuh kapten pulak digantung game kali nih sebab kena red card match last week. nak taknak aku kena stay dengan team nih. takkan nak biar semua terkontang-kanting berselerak. sedih gak laa kan. sedih untuk current team n sedih untuk keinginan sendiri yang terpaksa dipendam sekejap.

gelabah punya pasal sebab dah janji dengan team OB, semalam juga kontek sorang student Malaysia yang tengah belajar dekat kosen Wakayama; Ikhwan Ariff, produk keluaran SMS Tengku Faris Petra untuk gantikan tempat aku dalam team OB. haha. zalim gak la tetiba suruh dia jadi bidan terjun. dah la dia tak pegang stick setahun lebih dah, tetiba aku suruh dia ganti untuk match. kalo panggil datang training dulu ok la kan.hurmmm..tapi aku yakin dia boleh sebab dedulu budak ni wakil negeri main untuk Kelantan. Kelantan lagi power dari Kedah kot masa MSSM.

setelah berpuluh-puluh emel dan mesej dihantar kepada pihak OB untuk mintak maaf dan syokai (perkenalkan) member aku budak kosen tuh, akhirnya semua setuju. aku pinjamkan stick Kookabura n shin pad lama aku kat dia untuk game esok. harap-harap tak mengecewakan OB la kan. tadi pun dapat lagi satu mel last dari OB cakap len kali kita akan make sure main sama-sama as a team. *TERHARU*
good luck bro n tq sudi jadi bidan terjun.

harap-harap esok boleh menang besar sebab league lepas memang dah menang dengan team nih. hurmm...

apapun, sebelum terlupa, terima kasih juga kepada insan yang mengejutkan aku bila Oktober bermula beberapa jam sebelum perlawanan pertama liga bermula. keprihatinan anda dihargai!

lagu untuk esok dan esok dan esok lagi *-->




# そろそろ = semakin hampir kot

jya,
oyasumi

No comments: