ya Rabb..

Sunday, May 8, 2011

pemberitahuan: 640-8404 → 641-0051

assalamualaikum

lama benar tak menulis.

sibuk benar dengan pelbagai hal. banyak hal pulak saikin. tapi alhamdulillah ada kesempatan dan sedikit rasa nak menulis malam nih.

post kali ini sekadar nak memberitahu satu benda yang aku rasa aku rahsiakan hampir sebulan lebih dah daripada kawan-kawan, tokuni member-member yang kat Jepun nih. untuk pengetahuan semua, aku dah pindah (前郵便番号:640-8404 現在郵便番号641-0051) dan memulakan hitori-gurashi (hidup sorang2). sesaja nak bagitau even aku tau hampa bukan nak tau sangat pun.lol

aku pindah 4月1日 arituh lagi. awalnya family sendiri pun tak tau benda nih. baru 2 minggu lepas aku bagitau kat parents aku.so, malam nih baru tergerak hati nak inform kat member-member. mana tau ada yang dah pernah datang rumah aku dulu-dulu ada niat nak buat surprise datang rumah tak inform dulu. so, batalkan niat anda ok.

rumah baru sekarang kecik je sebab aku tinggal sorang. rumah dulu tuh besar ada ruang tamu, dapur dan 2 bilik sebab aku tinggal berdua. so sekarang ni hidup sorang, kat situlah ruang belajar, situlah ruang solat dan situ jugaklah tempat tidur. sounds wierd kan? haha. bebudak jepun semua boleh imagine kot rumah yang jenis macam nih. kan??

bagi member-member yang rasa nak balik Malaysia guna kanku (Kansai Airport) dan nak singgah tumpang kat Wakayama, masih ada tempat. jangan risau. setakat dua orang tanpa nimotsu (baggage) cap gajah masih boleh kot.tapi inform awal-awal la ek. senang nak junbi futon n so on. kalau lebih dua orang pun takpa. ada ja rumah member-member aku yang besaq untuk ampa berteduh.hehe

how i miss the yuki.ik2

tu gambar view dari balkoni rumah lama.satu-satunya koleksi gambar view belakang rumah lama yang ada dalam iphone aku. dulu-dulu bila tengah jemur baju ka, bunbetsu (asingkan) sampah ka, mesti aku akan sembang-sembang or bertegur sapa dengan kodomo-tachi (budak-budak) yang suka main kejar-kejar kat situ. kekadang nampak obachan-tachi (makcik-makcik) bergosip-gosip dari balkoni tuh. semua dah jadi kenangan selepas 2 tahun aku hidup berdua kat situ.

view dari rumah sekarang

untuk pengetahuan semua, aku pindah duduk sorang-sorang ni bukan sebab ada masalah dengan housemate a.k.a pak ustat. kami ok je. cuma memang masa 1nensei dulu aku pernah berazam nak cuba hidup sorang-sorang bila masuk 3nen and 4nen. so sekarang aku sedang mengotakan janji untuk diri sendiri la. so tolong jangan salah anggap kami ada masalah or whatsoever. hehe

hidup sorang nih seronok la jugak kan. nak kentut kuat-kuat pun takdak orang nak dengar. boleh kentut dengan penuh konfiden tanpa ragu-ragu.haha. dengan keputusan berpindah jauh dari student-student malaysia yang lain dan jarak perjalanan ke gakko(sekolah/university) yang meningkat sekaliganda, aku mungkin 'kehilangan' apa yang dinamakan sebagai 'baiah solehah' yang aku lalui 2 tahun sebelumnya. tapi aku masih boleh menampung apa yang dianggap hilang tu dengan sedikit penghargaan kepada diri sendiri untuk tidak terlalu menyusahkan/mengganggu orang lain dan lebih berdikari. sekarang nih, kalau nak berbicara dengan dinding pun tak segan dah. nak senyum kat siling pun takda orang tegur or pandang pelik. nak jerit tetiba pun takda orang akan terganggu dan yang paling penting sekali bila nak sembang dengan abah n mama berkenaan bab-bab tertentu pun tak perlu lagi segan-segan sebab takda orang lain dengar. cuma taihen sikit nak gi kelas kena bertolak 15 minit awal daripada kebiasaannya. (-.-)~~

tu je kot.
doa-doakan aku berjaya melalui hitori gurashi dengan jayanya dan mudah-mudahan ada kebaikan yang menanti.

jya,
ketto