ya Rabb..

Thursday, March 3, 2011

bahasa jiwa bangsa..??

semalam berkesempatan chatting dengan member sekolah menengah dulu, mbak aini yang kini sedang kuliah di sumatera. tengah sembang-sembang boleh pulak mbak aini ni keluarkan word yang aku tak faham. perkataan tersebut adalah 'RONOT'. haha. mati-matian aku ingatkan ronot tu word dari tanah seberang (indonesia). ingatkan nama jenis minyak petrol seperti RON95 or RON98..rupa-rupanya bukan! so, selaku insan yang kurang irwanshah ni, aku tanpa segan silu bertanya apakah maknanya? sekali kena gelak+perli. "awat chek ni kat rumah cakap 'err2' (slang KL) ka?" nahhhh..nak kata aku tak cukup kedah la tuh.hoho

bila kena ayat camtu, dan2 tu (serta merta) aku sedar ni mesti word kedah hulu kot. tapi nak kata mbak aini ni orang hulu mustahil gak sebab dia asal bukit jambul,pendang. pendang maju kot. ada KFC habaq ang!!wakaka.*orang pendang jangan marah.melawak jaa ^_^)~~~

ok2..cukup-cukup la tuh mem'bahan' mbak aini kita. sat lagi dia angkat geng pendang serbu sini susah gak. so harini aku nak merepek tulis tentang BAHASA KEDAH PIYAU! apakah maksud 'piyau'? maksudnya adalah PEKAT! btoi dak oghang kedah sekalian??

sebelum aku merepek dengan lebih lanjut dalam post kali ni, elok juga aku mentakrifkan serba sedikit makna 'ronot' tuh. menurut penjelasan mbak aini, ia bermaksud lebih kurang 'mencelah masuk dari arah bawah'. macam mana dia boleh guna word ni terhadap aku jangan tanya! dia ni kadang-kadang kutuk aku boleh tahan jugak.haha. start dari word 'ronot' ni la aku teringat balik kotoba-kotoba (words) kedah yang asing bagi aku semasa aku mula-mula jejak kaki ke Pokok Sena,06400, Kedah Darul Aman!

bukan nak pura-pura orang KL ka hapa. tapi memang masa mula-mula kat SAINA dulu, aku macam blur dengan certain words. kat rumah memang cakap utagha dengan family. tapi takdak la sampai perkataan pelik-pelik nih menyapa telinga aku. tapi everytime aku tak faham dengan mana-mana perkataan at that time, aku buat rilek ja.tak sibuk-sibuk tanya member apa maksudnya.segan kot sat lagi kena kutuk.maintain macho..haha. ok here are some words yang aku boleh recall back plus some related stories..jom layan..zass~

① geghek / gerek (basikal)
seingat aku word ni aku dengar masa hari pertama aku kat SAINA. lepas mama n abah balik dan tinggalkan aku kat hostel dengan kawan-kawan, kami mula la berkenalan dan buat ramah+buat ramai cerita-cerita pasai zaman sekolah rendah masing-masing. waktu tu aku ingat lagi ramai member cerita depa (mereka) pi sekolah naik gerek..wat de hell is this??aku blurr. tak pernah dengaq. tapi lepas beberapa ketika aku dapat tangkap gerek tu basikal sebab ada yang dok cerita jenih2 basikal depa. ada cakap Le Run la, BMX laaa..konfem-konfem aku bleh faham.haha

② tak sangga (sangat/bersangatan)
ni pun sejenis word baru yang aku dengaq dari sorang member. member aku tuh nama Cadat (bukan nama sebenar..ik2). dia ni asal dari Kubang Siam, Aloq Jangguih. rupa takda rupa orang siam pon.rupa mat saleh lagi ada laa (cadat kalo hang baca post nih,sila belanja aku ayaq tebu!)..haha. tapi apa pasai la dia selalu guna perkataan 'tak sangga' nih. aku pun heran. antaranya adalah 'mengantuk tak sangga', 'lapaq tak sangga', 'penat tak sangga' dan bermacam-macam lagi la 'tak sangga' dia tuh..bila lama-lama sembang+berada di tempat kejadian/situasi incik cadat ni bercakap (sambil geleng2 pala), aku boleh tangkap la ni mesti maksud ni 'penat sangat' or 'penat gila beb' dan erti2 yang sewaktu dengannya.


cerita kisah lama mesti teringat member2 kan


③ nat / pekan nat (pasar tani kot.takpun pasar pagi)
haha.ni satu word yang buat aku tergelak besaq.muahaha.kalo ampa nih otak engineer bila sebut 'nat' mesti ingat 'skru' sebab dalam subjek Kemahiran Hidup (KH) kan ada blajaq skru dan nat. kalo ampa suka blajaq bahasa penjajah pulak, mesti tebayang kacang hazelnut.takpun 'nuts' yg bermaksud gila kan??kan??bek ngaku cepat!haha. kisahnya macam nih. kali pertama outing, aku ikut member aku keluaq pekan. sebelum keluaq outing, pakat ramai-ramai tengok dragon ball dulu.lepas puas memaki hamun dan mengutuk incik satan, semua berpusu-pusu keluaq dari sekolah tunggu bas. member aku cakap sat lagi kat Pokok Sena kita singgah 'nat'..aku macam biasa ar.bereh sokmo.angguk ja. aku tak pasti sangat sapa member aku tuh.samaada pekcai,rozai or toin2. yang aku tau aku ikut ja group yang ramai2 keluaq. dah sampai hentian bas Pokok Sena, semua pekena roti canai dulu. makan bagi kenyang tak ingat dunia keluaq la dari kedai roti canai tuh. aku usya2 la tengok nama kedai tuh. takda tulis perkataan 'NAT'.serius takdak. dalam hati dok kata "tak sampai lagi tempat yang nak dituju; NAT ".

pastuh masuk Pasaraya Pokok Sena(satu2nya pasaraya kat Pokok Sena time tuh) dan keluaq.still tak jumpa word 'NAT' tu kat memana. pastu pi pasar(flee market) beli keropok lekor,ayam goreng, apom balik dll dan singgah makan tengahari. then balik sekolah semula. dahtu mana 'NAT'nya?? aku macam biasa, tak tanya pon depa(kawan2) bila kita nak pi 'NAT' tuh?.buat macam biasa ja. bila sampai ja kat pintu pagaq sekolah dan nak ambil semula kad outing, pak guard tu kata lebih kurang camni ar "keluaq pi mana oii?" member aku dengan hensemnya cakap pi 'NAT'!!.aku dalam hati dok kata, "dia ni buaih(nakal) gila kencing Pak Arop (nama pakcik guard).padahal takpi pon nat..haha".biaq je la.malas nak bagi kantoi member. sekali Pak Arop tanya "beli apa kat nat?"..nah!!aku dok kata dalam hati kantoi la mamat ni kencing Pak Arop.wakaka.sekali tetiba dengan selamba member aku angkat plastik makanan-makanan yang dia beli sambil tunjuk kat Pak Arop. DEMN!! baru aku sedaq 'NAT' tu adalah pasar yang aku pi tadi.bengong gila aku dok tercari-cari dan tertanya-tanya di manakah 'NAT'!!grrr.lol side of me

④ menyoghok / menyorok (???)
sesapa yang dah terbiasa cakap utagha pada beginner level mesti ingat ni maknanya sembunyi/sorok. kisah ni terjadi masa aku form 2, hujung minggu. waktu ni ramai student balik kampung. budak dorm A22 ada aku, abg wan alien, abg sham hindu dengan chaon tak balik.saja pulon stay kat sekolah. konon-kononya nak study ar.hahaha. macam biasa la bila semua orang balik kampung dan berapa kerat sangat manusia yang ada kat sekolah, kami tak turun solat subuh berjemaah kat surau. solat subuh kat dorm dan tidoq balik. pastuh tetiba dalam pukoi 9 lebih camtuh Chaon kejut aku kalot2 cakap "jom2 pi menyoghok kat DM".aku bangun ar pi basuh muka dan cepat2 ikut dia. dalam hati dok kata "kes apa pulak nak menyorok kat DM nih?warden ambush ka??"..ikut je la. sampai kat DM memang orang takdak dan kaunter makanan dah tutup. tetiba Chaon ni rilek ja ambik pinggan dan masuk bahagian dapur DM dan amik sendiri roti canai dalam box.dalam hati aku dok kata "mamat ni nak mampoih ka wat gheja camnih.sat lagi kena marah tak pasai"..dah aku pun macam cuak, teruih tanya "tadi hang kata kat aku nak pi menyorok.ni yang pi tibai roti canai apa kes??nak mampoih ngn geng Pua Chu Kang ka?(makcik2 DM yg pakai boots kuning)". pastu Chaon teruih gelak kat aku. kuat gila kot gelak.no mercy punya gelak sambil kata menyoghok tu SARAPAN la bahlol..tudiaaaaa.baru tau sarapan orang kedah panggil 'menyoghok'...-aku belum cukup kedah at dat time-

⑤ loiiii (tak bersemangat)
haaaa.word ni aku dengaq dari cikgu sejarah aku, Cikgu Naim Suhaimi. aku ingat lagi time tu form 3. aku ponteng prep petang.masa ni tak dilantik jadi pengawas lagi.nakai la sikit.hoho. so untuk takmau bagi kantoi, time warden (cikgu naim) datang check dorm budak-budak, aku pura-pura wat muka tak larat+sakit perut. siap pakai tuala saja dok baring atas katil. dorm aku dorm aras bawah sekali time tu. bila dengaq ja bunyi enjin moto cikgu, cepat2 buat muka sakit teruk..cikgu mai masuk dorm tengok aku sambil kata "awat yang hang ni nampak looiii sangat ni syakir??" haaaa.lakonan berjaya! tapi seingat-ingat aku tadi lakonan aku adalah 'muka mandom' (mak aku selalu ckap mandom kalo aku buat muka tak larat). macam mana pulak cikgu boleh cakap 'muka looiii'. waktu tu teringin gak nak tengok macam mana 'wajah looiiiii' aku tuh. tp sebab ada cikgu, lakonan terpaksa diteruskan..haha.last-last aku assume, looiii=mandom=tak bersemangat!

setakat tu je la yang mampu aku recall.sebenaqnya banyak lagi..cuma tak ingat kisah-kisah yang mengiringi setiap 'perkataan-perkataan baru' tuh.hahaha

kesimpulannya, setiap kawasan ada bahasa or words tersendiri. rugi kalau kita tak kuasai bila berada dalam suasana tuh. bagi aku 5 tahun bermukim di Pokok Sena banyak menyedarkan aku bahawa aku belum cukup utagha lagi!!

bagi yang selalu dok buat kuiz level bahasa utagha/kedah kat FB tuh, try click 2 video kat bawah ni untuk test level ampa dah master ka dak lagi








p/s: pasnih kalau tulis pasai kansai-ben bes gak nih..hehe


jya,
love~

2 comments:

NurWahidah Abdullah said...

org bandar nih..hehe..

ket syakirahim said...

aini lagi bandar..pendang ada kfc.kat umah aku mana nak ada kfc.hoho