ya Rabb..

Saturday, March 12, 2011

kita adalah hamba


assalamualaikum

pagi ni tergerak hati nak menulis sedikit sebanyak tentang berita yang menggemparkan dunia; tsunami dan gempa bumi di Jepun. semua orang bimbang dengan hal ni. dari ancaman angin dan ombak hinggalah kepada kebocoran sisa radioaktif dari reaktor nuklear. semuanya menakutkan andai kita berpegang kepad prinsip 'expect the worst'. so, kurang-kurangkanlah diri kita membuat anggapan yang pelbagai bagi mententeramkan jiwa dan minda. tunggu, lihat dan hadapilah seadaanya.

nasihat aku, mari kita bersangka baiklah dengan Allah. semua yang berlaku ni dah tertulis. kelihatannya ringan untuk aku menggerakkan jari menaip, tapi yang sedang berhempas pulas dari segi emosi dan jasmani mungkin sedang mencari secebis semangat dan harapan. semoga dipermudahkan segala urusan wahai insan-insan terpilih. Allah sedang menguji hamba-hambaNYa.

untuk pengetahuan semua, tempat aku, Wakayama-shi, capital of Wakayama-ken masih ok walaupun dah keluar warning (banyak pengumuman dibuat, helikopter berlegar-legar meninjau laut, siren kedengaran serta berbagai-bagai lagi). a lil bit tense though! tapi syukur keadaan masih terkawal sebab Wakayama-ken terletak beratus kilometer dari pusat gempa dan Wakayama-shi agak terlindung dari laut terbuka. cumanya tak boleh terlalu leka la. dalam keadaan sedia sentiasa.

menurut ramalan jabatan meteorologi, Wakayama akan dilanda tsunami dan gempa yang lebih dahsyat kesannya dari gempa bumi kobe(1995) dalam tempoh 30 tahun akan datang. (if i'm not mistaken.cant remember the exact year)



berbalik kepada gempa bumi dan tsunami; menonton siaran televisyen Jepun, semuanya sedang kelam-kabut dan berusaha sedaya upaya meminimumkan kesan gempa dan tsunami. lain pula halnya apabila menonton Al Jazeera (eng). ada juga pandangan yang mengatakan Jepun adalah negara yang berpengalaman luas dalam hal tsunami dan gempa bumi. tersenyum sorang-sorang aku dengar. sebabnya pengalaman kadang-kadang sukar membantu bila suasana jadi kelam-kabut. di Jepun hari ini, penyampai berita dan kru di studio-studio pun ada yang memakai topi keselamatan. satu situasi yang jarang-jarang berlaku. tambahan pula, semasa menyampaikan laporan berita, studio dan lampu-lampu bergoyang.

teringat sebuah filem The Sinking of Japan yang pernah ditonton sewaktu belum menjejakkan kaki ke sini. sebuah filem yang menceritakan kemungkinan Jepun akan lenyap dari peta dunia. banyak fakta saintifik yang pahit untuk ditelan dari jalan cerita filem tersebut. segalanya tak mustahil. mungkin fakta-fakta saintifik yang pahit untuk ditelan ini juga merupakan salah satu sebab masyarakat Jepun sangat berusaha keras memperbaiki sistem pengurusan alam, kaedah pencegahan bencana, teknologi kalis gegaran dan sebagainya. satu usaha syariatullah yang baik dan terpuji. semua orang sedar jepun terletak betul-betul di atas lingkaran api pasifik dan yang mendasari tapak negara bersifat pulau ini adalah barisan gunung berapi yang sentiasa patuh kepada arahan sang penguasa alam. begitu juga kajian yang menunjukkan Jepun terletak di atas pertemuan 3 keping plat tektonik yang bila-bila masa boleh bergerak. andai ketiga-tiga plat tektonik ini bergerak menjauhi satu sama lain, sayonara (goodbye) la jawabnya. mungkin peta dunia juga perlu dilakukan pengubahsuaian.




apapun yang bakal terjadi,semuanya sudah tertulis. perlu diingat, alam yang terdiri daripada gunung berapi, plat-plat tektonik, ombak, angin dan sebagainya adalah makhluk merangkap hamba yang sangat patuh kepada segala arahan al Khaliq. cuma makhluk yang bernama manusia sahaja yang kerap melanggar arahan dan sering mencari helah serta alasan untuk tidak mentaati Allah. kononnya sudah terlalu bijak mungkin. jadi, ingatkan diri sendiri dan rakan-rakan tentang apa-apa yang patut.

mungkin dengan kejadian-kejadian seperti ini, Allah merancang untuk memperkenalkan diriNya sebagai tuhan Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya kepada rata-rata penduduk Jepun yang sudah leka dari konsep hidup bertuhan. semoga mereka sedar, segala usaha makhluk no matter how precise and accurate they are, tidak akan pernah memberi 'kesan' kepada perancangan Ilahi. lahirnya penerima-penerima anugerah nobel dalam bidang sains dan reka cipta bukan jaminan kita akan selamat dari ancaman ini. mungkin juga perkara sebegini akan mengingatkan masyarakat Jepun bahawa tuhan tidak hanya berfungsi ketika berlakunya kematian saudara-mara. who knows?perancangan Allah memang di luar dugaan makhluk. sebabnya kebanyakan mereka percaya tuhan wujud. cuma ia bukan perkara yang perlu diambil serius dalam melayari kehidupan. biarkan tuhan dengan dunia ketuhanan dan kita manusia berusaha untuk kehidupan manusia. ini adalah simpulan ringkas berdasarkan perkongsian cerita aku dengan rakan-rakan di sini. semoga goncangan kecil ini turut menggoncang jiwa penduduk jepun untuk menyedari hakikat kehambaan, serius untuk bertuhan dan beragama..amiin

dalam kekalutan sebegini, rasa syukur atas nikmat Islam dan Iman semestinya sedang mencapai kemuncak kesyukuran bagi sekalian mukmin. kita mampu mencari Allah untuk mengadu, merintih dan berharap. tenang dan menguntum senyum sambil menyembunyikan air mata resah. kalau kepercayaan kita terhadap kekuasaan Allah mantap, aku yakin segalanya mudah. kata kuncinya adalah PERCAYA. percayalah ini adalah perancangan Allah yang terbaik untuk hamba-hambaNya. PERCAYA ini jugalah yang menjadikan kita MUKMIN. dapatkan rasa kePERCAYAan tersebut andai hati masih dicengkam rasa yang kurang enak.

ingat pesan murabbi agung, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam berpesan:

"Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, semua urusannya baik baginya dan kebaikan itu tidak dimiliki kecuali oleh seorang mukmin. Apabila ia mendapat kesenangan ia bersyukur dan itulah yang terbaik untuknya. Dan apabila mendapat musibah ia bersabar dan itulah yang terbaik untuknya."

xxxxxxxxxxxxxxx------------xxxxxxxxxxxxx
melihat status-status fb dan twitter para sahabat di Jepun sudah cukup melegakan. alhamdulillah semuanya dilaporkan selamat. tapi ada juga yang melucukan. contohnya seorang sahabat yang pulang ke Malaysia bercuti merungut tentang apa agaknya nasib LCD-wide screen tv yang baru dibeli bulan lepas. kelihatannya risau sekali. ditambah dengan usikan teman-teman yang memberi komen. lucu jugak.
xxxxxxxxxxxxxxx------------xxxxxxxxxxxxx

rasanya cukuplah setakat ini coretan pagi sabtu. ini hanyalah peringatan dari seorang hamba yang kasih kepada sahabat se-hamba dengannya hanya kerana Allah. jangan lupa mendoakan apa yang terbaik.



salam kasih, tenang, syukur dan bahagia bagi hamba-hamba yang percaya kepada janji pencipta
love~

No comments: