ya Rabb..

Monday, January 2, 2012

WG 2011: tulang belakang

assalamualaikum..

alhamdulillah sudah dua hari tiba di Wakayama selepas seminggu bermusafir ke Kanzawa dan Toyama. baju-baju busuk belum semua terbasuh tapi blog tetap mahu diupdate.

rasanya semua sudah maklum kot melalui post sebelum ini bahawa aku pergi menghadiri satu perhimpunan untuk menuntut ilmu.

so nak cerita sedikit sebanyak tentang program tersebut. adapun tentang ilmu-ilmu yang diperoleh sepanjang program bukan di sini ruangnya.insyaAllah nanti pihak penganjur akan terbitkan kembali segala rakaman. program memfokuskan tentang solat yang dibawa oleh Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre. kebanyakan kuliah dan pengisian lain oleh Ustaz Azman Shapawi.


Ustaz Azman, aku dan Ustaz Syed
*gambar low quality - guna iphone ja


pengisian oleh Ustaz Syed sangat santai. ternyata aku tersalah tanggapan sebelum masuk ke program ni. sebelum aku pergi ke IPIJ WG 2011 ni, aku ada wat research serba-sedikit tentang background Ustaz Syed. setelah memerhatikan Ustaz Syed seorang yang mempunyai pembelajaran bersanad, aku fikir proses menuntut ilmu antara kami para peserta dengan Ustaz Syed pasti perlu dipenuhi dengan adab-adab menuntut ilmu yang aku kira agak 'tough' bagi penuntut ilmu bersanad. tapi ternyata aku salah. Ustaz Syed sangat sporting melayan kerenah kami anak-anak muda yang masih mentah dalam 'bab beradab ketika menuntut ilmu'. dari sudut tersebut aku sangat lega-selega-leganya. Ustaz Syed pulak menggunakan pendekatan boleh bertanya anytime. so memang banyak tanya la budak-budak macam kami ni. semua orang suka bertanya dan ustaz memang akan jawab semuanya walaupun ada yang kedengaran macam main-main, lawak, melagakan dan sebagainya. cool jer ustaz nih

gaya santai pengisian dari seorang ilmuan muda

oleh sebab Ustaz Syed terlampau cool melayan kami semua, hari kedua kami semua sebulat suara menafikan hak kami untuk beriadah. jujur cakap, sepanjang 3 kali aku ikuti program Winter Gathering di sini, inilah kali pertama para peserta dengan rela mengorbankan waktu riadah petang mereka untuk diganti dengan slot ilmu. memang semuanya bagaikan tak puas menuntut ilmu dengan berbagai pertanyaan. jadi, slot riadah diisi dengan slot LDK yang diinjakkan ke waktu riadah sebab waktu sebenar LDK digunakan untuk slot ilmu. serius best.

Ustaz Azman pula memang seorang yang bersemangat menyampaikan kuliah-kuliah terutama kuliah maghrib dan subuh. kalau pendengar memejam mata rapat dan hanya menggunakan deria pendengaran, nescaya merasakan seolah-olah yang bercakap adalah Tuan Guru Haji Abdul Hadi dari Rusila. loghat Terengganu ditambah serak suara dan gaya penyampaian Ustaz Azman saling tak tumpah seperti tuan guru. begitu bersemangat sekali.

kata-katanya sentiasa membakar semangat

Ustaz Azman selalu menyentuh isu-isu perjuangan Islam, pengorbanan dan susah payah, kisah para sahabat, kisah kaum-kaum terdahulu serta beberapa peringatan tentang isu-isu semasa. rasanya, peserta-peserta yang kepenatan dan mengantuk selepas subuh 90% mampu celik dan memberi perhatian kepada pengisian ustaz. bagi aku, Ustaz Azman seorang yang kaya dengan pengalaman dalam medan dakwah. Ustaz ada menceritakan bagaimana daia dan beberapa ustaz lain berdakwah di lorong-lorong pelacuran, berdiskusi dengan persatuan pondan dan berbagai lagi. sangat membuka mata dan menyedarkan kami tentang keperluan untuk berdakwah.

pengarah program kali ini adalah saudara Nasrullah dari Iwate. jelas sekali kelihatan Nasrullah tak dapat mengikuti pengisian-pengisian para ustaz secara lengkap 100% sebab terpaksa melakukan banyak urusan. sekejap-sekejap dipanggil oleh pemilik tempat kami menginap untuk banyak urusan. semoga Allah balas segala penat lelah Nasrullah yang banyak berkorban untuk keselesaan kami para peserta. keselesaan kami, pahala buatmu.

klon Husam Musa versi kurus.ik2

untuk pengetahuan, Nasrullah ni adalah adik-beradik usrah online aku untuk sesi 2009/2010. dalam tahun 2011 tak sampai setengah tahun kami berusrah online bersama sebab 'persempadanan semula' usrah.haha. u rocks broo!

seterusnya adalah saudara Azhar a.k.a Jaha Gifu yang kini menjadi naqib usrah aku serta Mudzakkir. tanpa penat lelah mereka berdua juga, besar kemungkinan kami para peserta tak berpeluang bertemu ustaz.

thanks to Jaha and Mud

syukur kepada Allah dengan izinNya program berjalan lancar. terima kasih banyak-banyak kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. sesungguhnya segala penat lelah anda ada balasannya di sisi Allah.

semoga kita semua dapat beramal dengan segala ilmu yang diperoleh.
semoga hati-hati kita tidak futur di jalan ini.

buat semua yang menyertai program kali ini, kelibat anda sangat dirindui. saya tujukan lagu ini untuk anda.



salam ukhwah,
jumpa lagi WG 2012
insyaAllah

3 comments:

Anonymous said...

amin

ket syakirahim said...

haikal sombong private blog ngan ambe..huhu

Anonymous said...

ak da x private da..private mula2 sbb malu klu kantoi mase prog..haha..rami kot org..