ya Rabb..

Sunday, January 8, 2012

catatan pagi : Imam Mahdi Bray



hirumeshi - kami mufti kedai kopi

gagal melelapkan mata sejak semalam(busy studying actually), hari ini selepas subuh aku membelek beberapa album foto lama dalam iPhone dan terjumpa gambar di atas. dengan serta merta kotak ingatan dibongkar semula dan catatan diari beberapa bulan lepas digali kembali.

laci dibuka dan diari 2011 dibuka dengan penuh sabar. sambil jari menyelak helaian mukasurat, otak ligat mengingatkan kembali tarikh.

akhirnya jumpa. alhamdulillah

terkenang sosok tubuh yang terus gagah melangkah merentas benua menyebarkan dakwah.
waktu berbual dengan beliau, banyak sekali perkara tentang abah yang aku bicarakan. sebabnya, mereka berdua adalah survivor bagi sejenis penyakit yang sama

alhamdulillah.puji dan syukur kepada Allah kerana segala catatan sepanjang konvensyen masih tersimpan rapi.



tersenyum =)

membaca kembali isi-isi penting catatan pada diari. antaranya:

  • peace; important element on the planet
  • "UNITY" - something elusive among muslim community
  • stop duplicating and be more specialized
  • "fiqh of minority" - understanding how to be hikmah
  • importance for youth to be at the "table"
  • keeping up our confidence - Islam is transformational
  • dan bla bla bla.... (nak list down semua penat kot)
terlalu banyak mutiara berharga yang aku kutip dari insan ini.

mendengar kisah hidayah Imam Mahdi Bray, hati diruntun sebak. ada sebilangan sisters yang aku lihat mengesat tisu pada mata. menangis atau tidak wallahu'alam. cekal sekali. rumah dihujani peluru oleh pelampau agama. rumah dibakar oleh tetangga yang 'gila' dan pelbagai cabaran yang rasanya tidak pernah dirasa oleh borned-muslim macam kita.
berbicara tentang dunia politik Islam dan tokoh-tokohnya bersama insan ini, banyak membuka mata. adakalanya terasa bangga menjadi rakyat Malaysia yang tak kurang hebatnya dalam mencetak tokoh gerakan Islam semasa.

berpeluang bertemu mata dengan para penggerak Islam dan menjalin kerjasama adalah antara nikmat yang perlu disyukuri dan dipelihara sebaiknya. 
ia mungkin nikmat
mungkin juga amanat


sewaktu zaman muda beliau

insyaAllah harapan untuk Jepun/dunia mengenal Islam dengan lebih syumul akan sentiasa diusahakan. yang penting usaha dan doa jangan sesekali ditinggalkan.

ayuh para pemuda!
jangan tengok saja.hulurkan tangan anda untuk gerakan Islam
di bumi mana anda berada, gabungkan diri dengan jemaah Islam dan menyumbanglah!

bergerak dan MENYUMBANGLAH!!

bergabung dan MENYUMBANGLAH!!

berjuang dan MENYUMBANGLAH!!

berkorban dan MENYUMBANGLAH!!

bersama dan MENYUMBANGLAH!!

pastikan kita ada sumbangan untuk kemenangan Islam.

salam perjuangan,
moga istiqamah

No comments: