ya Rabb..

Sunday, January 22, 2012

aikkk, degree kan??!! (~.~)


peringatan untuk aku, kamu, dan kamu semua..




terkenang saat tok ayah dijemput menghadap Ilahi, aku terkapai-kapai di Jepun memikirkan bagaimana mahu menunaikan solat ghaib. bertanya pada ustaz, jawapannya "sama macam kaifiyat solat jenazah biasa, cuma niat solat ghaib..".
 at that time i was like "..err...T.T"
ustaz suruh on skype dan diajar satu persatu dari kejauhan untuk aku yang agak jahil ni. segala bacaan-bacaan diajar sehingga aku mampu ingat. nasib baik ustaz faham aku zero bab nih.

tu baru bab solat.
memandikan, mengkafankan ? macam mana pulak?
seolah-olah hati sedang ditinju mike tyson dengan persoalan begini

mendengar kata-kata Ustaz Azhar dan Ustaz Don, terfikir panjang...

menjadi anak lelaki tunggal bukan semudah yang disangka. tanggungjawab itu lebih terbeban ke atas diri aku.

hurm..
*sigh~

ket,
banyak lagi yang hang perlu belajaq!
hukum adat mengatakan depa akan pi dulu sebelum hang!
belajaq ket belajaq! jangan putus asa or bosan
doa kat Allah supaya diberi kesempatan masa dan peluang untuk ilmu-ilmu berkaitan
sekurang-kurangnya hang ada amal terakhir di atas dunia untuk depa

mama, abah, kakak, ati, aiman,
jom kita berusaha.doakan abang di sini

kawan-kawan,
jom pastikan sekeping ijazah kita ada nilai tambah lain yang tak tercatat pada ijazah tersebut tetapi sangat perlu untuk semua yang pernah hidup.
kerana mati itu pasti buat yang pernah hidup.
mari jadi anak yang boleh memberi manfaat kepada kedua ibu-bapa kita walaupun setelah ketiadaan mereka.
mari jadi orang bijak.


#terasasangatsangat
#masihbelumterlambat



"hiduplah untuk mati,
matilah untuk kehidupan yang lebih tinggi"

1 comment:

Anonymous said...

salam jumaat..nice entry ket