ya Rabb..

Wednesday, February 29, 2012

saikin


assalamualaikum

pagi ini Wakayama hujan agak lebat. di tempat lain ada yang bersalji.

mengikut perancangan sebenar, hari ini adalah hari pertama aku kembali ke padang latihan setelah seminggu diberi cuti. hari ini sepatutnya adalah dua hari terakhir untuk aku menemani kohaitachi berlatih. tapi hujan hari ni memberi masa untuk aku mengupdate blog. maka esok adalah hari terakhir untuk aku memperturunkan segala amanat, nasihat teknikal dan apa-apa yang perlu untuk kohaitachi berlatih menghadapi spring-league kelak.

sebenarnya tiada apa yang istimewa sangat yang mahu diupdate. sekadar melaksanakan niat cuti ini; merajinkan diri update blog sendiri

sekadar menceritakan suka-duka seminggu lepas. sememangnya minggu lepas adalah minggu suka gembira dan minggu duka gundah-gulana.

untuk makluman semua, minggu lepas aku telah berpindah rumah. agak penat la kemas barang seorang diri. nasib baik la masa nak angkat barang naik turun lori tak buat sorang-sorang. ada member tolong. lega.

masa kemas-kemas barang, keluarkan buku dari rak dan nak masukkan dalam kotak, aku terjumpa ini.

bully off
- segala kenangan hoki setiap tahun diabadikan di sini -
segala kerja mengemas bilik terhenti hampir sejam gara-gara terjumpa benda alah ini.

berat rasa hati membaca. tapi ada rasa gembira dengan segala kenangan. sekurang-kurangnya aku ada benda nak dikenang bersama mereka.

seterusnya terjumpa perkara yang seakan-akan sama kategori tapi berbeza isi dan kenangannya.

abaikan kesalahan ejaan english.
mari lihat isinya
jeng jeng jeng...

Friday, February 24, 2012

ubah wajah


musim menulis blog kembali lagi.

memandangkan banyak masa terluang dan otak agak kurang bergerak, aku jadi banyak membaca. so, datang la idea macam-macam. cuma masalah menguruskan kebanjiran idea yang masih gagal diatasi.

jadi tanpa apa-apa sebab yang munasabah, blog ini ditukar nama.
sesaja letak nama dalam nihonggo.
mungkin juga sebab eikyou kerap baca shosetsu dan  meigen sepanjang cuti nih.

terima kasih atas perkhidmatan selama ini.

imamade otsukaresamadesu!
y u no say tq?

terima kasih untuk 93 posts dan 102 komen. macam-macam benda jugak dipelajari dengan memblog atas nama seorang pelajar pencen nih.

welcome home new name

Thursday, February 23, 2012

cuti dan masa lapang


y u no read??
membaca jambatan ilmu u know!


lama benar tak bukak ruangan new post nih

nampaknya cuti datang lagi. time to makan skoler pencen
cuti kali ni sebenarnya aku akan jadi sibuk dengan macam-macam tugasan dan aktiviti.
sengaja untuk minggu pertama ni, aku memain sikit.

untuk seminggu pertama cuti, hari-hari telah berlalu dengan:

youtube

facebook & twitter

skype & ym

online meetings

iPhone

train

home party + lepak

new home?? pindah lagi lettewwww  ik2

hoki  opsss.mama mesti akan bising kalau baca nih.


window-shopping, online window-shopping dan kadang-kadang tershopping sungguh -.-||

shousetsu + meigeng

packing barang

kamera