ya Rabb..

Wednesday, February 29, 2012

saikin


assalamualaikum

pagi ini Wakayama hujan agak lebat. di tempat lain ada yang bersalji.

mengikut perancangan sebenar, hari ini adalah hari pertama aku kembali ke padang latihan setelah seminggu diberi cuti. hari ini sepatutnya adalah dua hari terakhir untuk aku menemani kohaitachi berlatih. tapi hujan hari ni memberi masa untuk aku mengupdate blog. maka esok adalah hari terakhir untuk aku memperturunkan segala amanat, nasihat teknikal dan apa-apa yang perlu untuk kohaitachi berlatih menghadapi spring-league kelak.

sebenarnya tiada apa yang istimewa sangat yang mahu diupdate. sekadar melaksanakan niat cuti ini; merajinkan diri update blog sendiri

sekadar menceritakan suka-duka seminggu lepas. sememangnya minggu lepas adalah minggu suka gembira dan minggu duka gundah-gulana.

untuk makluman semua, minggu lepas aku telah berpindah rumah. agak penat la kemas barang seorang diri. nasib baik la masa nak angkat barang naik turun lori tak buat sorang-sorang. ada member tolong. lega.

masa kemas-kemas barang, keluarkan buku dari rak dan nak masukkan dalam kotak, aku terjumpa ini.

bully off
- segala kenangan hoki setiap tahun diabadikan di sini -
segala kerja mengemas bilik terhenti hampir sejam gara-gara terjumpa benda alah ini.

berat rasa hati membaca. tapi ada rasa gembira dengan segala kenangan. sekurang-kurangnya aku ada benda nak dikenang bersama mereka.

seterusnya terjumpa perkara yang seakan-akan sama kategori tapi berbeza isi dan kenangannya.

abaikan kesalahan ejaan english.
mari lihat isinya
jeng jeng jeng...

isi sampul surat;
gambar kenangan 60 tahun kelab hoki wadai

gambar ini sampai ke tangan aku pada Januari yang lalu tapi sekadar melihat sekali lalu dan disimpan kembali. hari ini bila dilihat sekali lagi, ada rasa yang bercampur-baur. tulisan di blog tak mampu menjelaskannya.

almari dan laci diselongkar lagi dan aku terjumpa ini!!

yabai! nanjya kore!!

aku pun tak faham sebab apa aku boleh simpan 2 kuku kaki aku yang tercabut pada November tahun lepas dalam laci. mungkin ada kenangan pada bola, futsal dan hoki. terlalu banyak bersukan kadang-kadang memudaratkan diri juga. mesti hangpa dok ingat aku ni pengotoq kan.haha

minggu lepas juga, satu kejadian duka telah menimpa aku.
buat pertama kalinya dalam hidup aku di Jepun setelah hampir 3 tahun, aku kena saman dengan polis.
awal pagi pulak tuh. jam 1.38 am

melayang \6000

ya, ini adalah pengalaman pertama aku disaman dan diarahkan masuk ke dalam kereta polis. tapi best jugak sebab merasa masuk dalam kereta polis. high-tech betoi kereta polis jepun. dengan kamera dan skrin yang superb, aku tabik ar dengan polis Jepun. walaupun aku memang ternyata salah, anggota polis tu ok ja. bersikap professional bagi nasihat suruh aku patuhi peraturan 24 jam walaupun tengah malam tak ada kereta lain. tak ada maki-maki. aku pulak tak habis-habis meminta maaf dengan harapan dapat diskaun. hasil akhir tetap \6000. adoi..sedih aku duit melayang. mungkin ni balasan dedulu aku ada ketawakan Umemoto dan Shuhei masa depa kena saman sebab race dengan aku masa balik gakko time hujan.haha apa boleh buat. salah tetap salah. terima dan ambil pengajaran je la. lepas ni tak buat dah. maaf bapak polisi!
nak kena setel saman sebelum 4/3/2012 pulak. kalau kat Malaysia boleh la buat muka kesian kat mama dan abah. kali ni padan muka aku

pastuh takopa(takoyaki party) pun aku join minggu lepas. yang peliknya aku join takopa geng-geng syakaijin jepun yang aku takda la kenal rapat sangat. just kenal-kenal masa main futsal dan bowling. macam biasa aku sorang ja Malaysian. buat agak jauh dari rumah aku. kira-kira 30 minit naik kereta. tapi dah ada orang jemput dan hantar takkan nak menolak lagi.hehe. yang aku tergerak hati nak join kali ni adalah depa memang buat takopa ni untuk ajak aku. penganjur dah cakap awal-awal segala minuman beralkohol diharamkan. so, memang join, masak dan makan puas-puas la. seronok gak ada masa lapang cuti-cuti camni. haha

the making of otai takoyaki
kredit: shintani-san

nak power kena jadi kuli dulu.ik2

tada!!!! dekita

tetiba terfikir nanti balik cuti Malaysia nak bawa balik takoyaki-ki sebijik dan buat dengan famili. fun ohh

minggu lepas juga telah diadakan majlis makan-makan bebudak Kansai di Wakayama sempena meraikan beberapa orang senpai syakaijin yang akan pulang ke Malaysia for good. asalnya aku plan nak ajak main futsal dan makan-makan, tapi yang terjadi adalah makan-makan + polish kereta. tak cukup orang punya pasal. haha lawak. sayu pun ada sikit-sikit sebab yang bakal pulang ni semua otai kat Kansai. kalau depa ni dah takda kat sini, kurang meriah la sikit. aku nak pi main futsal jauh-jauh sampai Osaka/Kobe pun macam dah tak berapa nak bersemangat. harap-harap kohaitachi Kansai yang bakal sampai nanti semua sempoi-sempoi belaka boleh diajak kumpul-kumpul 2 3 bulan sekali. boleh main futsal, badminton or boling pun kira ok dah. ada la jugak alasan aku nak keluar bandar.

kansai-geeks layan tido lepas subuh di Wakayama


tok guru polish kereta
yang ni taktau bila nak balik Malaysia.haha



sekadar itu sahaja update blog untuk kali ini.
jumpa lagi.

ket
640-8404






No comments: