ya Rabb..

Friday, February 24, 2012

ubah wajah


musim menulis blog kembali lagi.

memandangkan banyak masa terluang dan otak agak kurang bergerak, aku jadi banyak membaca. so, datang la idea macam-macam. cuma masalah menguruskan kebanjiran idea yang masih gagal diatasi.

jadi tanpa apa-apa sebab yang munasabah, blog ini ditukar nama.
sesaja letak nama dalam nihonggo.
mungkin juga sebab eikyou kerap baca shosetsu dan  meigen sepanjang cuti nih.

terima kasih atas perkhidmatan selama ini.

imamade otsukaresamadesu!
y u no say tq?

terima kasih untuk 93 posts dan 102 komen. macam-macam benda jugak dipelajari dengan memblog atas nama seorang pelajar pencen nih.

welcome home new name
.
selamat berkhidmat
bekerjalah bersama saya bukan bekerja untuk saya.ik2
berbeza dengan keputusan untuk menukar nama blog yang dibuat tanpa sebarang alasan. nama blog yang baru ni diambil sempena satu pengajaran yang aku dapat dari sepotong hadis yang aku baca pagi Khamis 23/2/2012. sengaja aku me-nihonggo-kan pemahaman tu sebagai sebuah tajuk.

 “Apabila mati seorang anak Adam, maka putuslah amalannya melainkan tiga perkara; iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang salih yang mendoakan baginya.”

tak pasti sama ada terjemahan yang aku buat sendiri ni betul dari maksud sebenar atau tidak, tapi aku suka dengan perkataan ni. aku bukan ahli bahasa tapi aku suka dengan kepelbagaian bahasa.harap sudi membantu kat mana yang salah.

- - - - - - - - - - - - 残った三件 : 3 perkara yang kekal - - - - - - - - - - - -


okes, mintak diri.
nak sambung kemas bilik.

jumpa lagi di kediaman baru nanti.
assalamualaikum


opss..url juga diubah sebab terlalu ramai spammer berkunjung



No comments: