ya Rabb..

Friday, December 23, 2011

WG 2011: 18kippu

semalam, semalaman tak dapat melelapkan mata. mulanya bersembang dengan teman-teman yang dah lama tak ketemu. lepas teman-teman melelapkan mata, mula buat sedikit 'ulangkaji' dan sedikit aktiviti lama.ik2

seawal jam 6.30 pagi mula bertolak ke Osaka-eki dan bertemu dengan teman-teman dari pelbagai tempat. lepas bersembang beberapa ketika, sama-sama membeli 18kippu.

agak menjimatkan bila perjalanan yang sepatutnya bernilai ¥6000++ menjadi ¥2200 hasil perkongsian bijak 18 kippu. 9 orang jejaka berkongsi 2 keping tiket. sesuatu yang menyeronokkan sebab taun lepas aku cuma kongsi dengan seorang kawan.

saat blog ni ditulis, jam 10.09 pagi, aku masih dalam densya yang sedang membelah belantara dengan pemandangan indah. Allah sedang menghiburkan hamba-hambaNya dengan keindahan salji yang memutih. bukit, pokok, sawah, hutan, rumah, dan segala yang dilihat dari tingkap densya semuanya putih, warna fitrah yang mendamaikan.subhanallah. maha suci Allah dan setinggi-tinggi pujian bagi tuhan yang mentadbir sekalian alam

doakan perjalanan kami bersembilan selamat. jangkaan kaji cuaca menyatakan ribut salji akan melanda sepanjang hari








okes nak menikmati keindahan alam bersama kamera tersayang ^_^

No comments: