ya Rabb..

Thursday, December 8, 2011

ada baiknya aku tulis kisah ini

assalamualaikum.

sekadar ingin berkongsi. tulisan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa.

maaf jika tuan punya badan ada terbaca dan merasakan aku sedang mengaibkan dia. takpun terasa macam aku nak besar-besarkan cerita. tapi insyaAllah tiada siapa yang aku nak aibkan. segala nama dalam kisah ini tiada kena mengena sama ada antara yang hidup atau mati. kisah ini untuk pengajaran bersama. ini kisah aku, Cik X, dan Cik Y. bila menggunakan title 'Cik' tuh, harap-harap fahamlah kalian yang membaca bahawa X dan Y ni berjantina perempuan dan jantina aku tetap sama;lelaki.

rasanya semua orang sedia maklum ini zaman teknologi. orang muda macam kita semua ada FB, YM, Skype, Friendster, Google+ n so on. boleh dikatakan semua orang yang ada FB akan check FB bila on komputer. alang-alang dah online kan. yang ada iPhone atau telefon-telefon pintar yang sewaktu dengannya boleh update or online 24/7 di dalam poket di mana-mana sahaja. itulah zaman kita. zaman yang dipermudahkan segala bentuk fitnah atas nama teknologi.

kisahnya begini,
kira-kira dua tiga bulan yang lalu (tak ingat tarikh sebenar), waktu aku tengah lepak-lepak makan udon dengan beberapa member aku, tetiba poket aku bergegar. bila aku check phone aku, rupa-rupanya ada panggilan Skype dari Cik X. Cik X ni boleh dikatakan sahabat baik aku gak la. sekolah menengah 5 tahun sama-sama, kerap 'bahan-membahan' dan usik mengusik tanpa ada sebarang pertalian serius atau mencurigakan.haha. so, aku macam tertanya-tanya apa kes minah X nih video call aku waktu malam camtuh. selalu kat skype chatting jer. tu pun jarang-jarang gak. sebab tak pernah-pernah dia video call aku, so aku pon assume dia salah call and decline. pastuh lepas letak tak sampai beberapa minit dia call lagi. so kali nih, aku dah assume lain. "ni bukan salah call nih.ada hal emergency kot" dan accept call. bila accept call ja terus aku melatah dalam bahasa melayu dan member-member sekeliling semua terpinga-pinga sebab aku tetiba telangkupkan skrin phone ke atas meja dan cuba berlakon rileks. semua tertanya-tanya. lepas beberapa ketika aku putuskan talian skype and hantar mesej kat Cik X. 'woi!salah call!' dan on the spot dia reply 'haa?ang nampak apa??'..lebih kurang macam tu la dialognya.aku mana nak ingat betul. ni cuma penceritaan semula.

selepas beberapa ketika berbalas mesej dan memohon maaf, rupa-rupanya memang yang kali kedua pun Cik X salah call. dia nak call member baik dia Cik Z (watak baru la pulak.haha) yang belajar kat oversea. oleh sebab X dengan Z ni adalah member baik, boleh dikatakan hari-hari depa akan video call. tak sembang pun just tengok-tengok muka sambil wat kerja lain pun jadi la. haha.bab nih aku tak faham sangat sebab apa orang perempuan jadi macam tuh. nak dijadikan ceritanya, malam tu dia tersalah call aku tapi dia tak sedar. dia nak call cik Z kat skype macam selalu tapi terklik kat nama aku. aku pun tak faham sebab apa benda ni terjadi. dia cakap dia tekan 'CALL' kat skype and usya-usya FB sambil tunggu cik Z jawab call. so memang dia tak sedar betul ka tak orang yang dia call tuh. tengah asyik layan FB la katakan. padahal malam tuh, aku lah yang mengambil tempat cik Z. so faham la kan, selama 5 tahun aku yang agak kamceng dengan dia kat sekolah nih, tak pernah pun terasa hati nak lihat aurat-aurat dia sudah ternampak apa yang tak patut aku nampak. dia sendiri mengaku dengan aku dia malu sampai terasa semua darah naik ke kepala. entah la orang kata pandangan pertama tak dosa. aku harap aku tak berdosa la. tapi kesian kat dia. mungkin salah dia lalai dalam mengendalikan teknologi. dan mungkin juga salah aku juga sapa suruh pi online 24/7. dan mungkin juga ada kesalahan-kesalahan teknikal yang lain.

3 minggu lepas kisah kesalahan teknikal ni berlaku lagi dengan watak berbeza iaitu cik Y pulak. dan yang pasti, mangsanya penerima kesalahan/kecuaiannya adalah aku berserta akaun skypeku. tapi kali ini aku off skype diam-diam dan tak inform pun dengan cik Y tentang kecuaian dia. cik Y pun maybe tak sedar. harap-harap kalau dia check semula skype history dia, dia dapat sedar dia telah tercuai mengendalikan teknologi. aku pun malas nak memperpanjangkan bicara nanti. benda ni semua nanti boleh bikin rosak persahabatan kalau salah cakap. apapun aku tak marah kat dia. masih bersangka baik ini adalah kesalahan teknikal.

tapi yang pastinya kesalahan-kesalahan tersebut tak mustahil berlaku kepada sesiapa pun. sama ada kesalahan kita terjadi antara sesama jantina, berlainan jantina atau berlainan bangsa dan agama, kesalahan atau kecuaian ini tetap merbahaya dan sejenis fitnah. bayangkan kecuaian begini terjadi terhadap orang yang memang memusuhi Cik X dan Cik Y atau orang yang sememangnya tiada tanggungjawab terhadap hak sesama Islam. apa akan jadi? gambar-gambar mengaibkan tentu akan mula bertebaran bukan? ataukah cerita-cerita tak sedap didengar tentang anda akan menular dari mulut ke mulut?

aku sebenarnya risau kalau-kalau orang baik-baik macam X dan Y ni buat salah yang sama berulang kali lagi. dan aku lagi risau orang lain pun ada terbuat kesalahan yang sama tanpa disedari. nak-nak kalau terkena kat ahli keluarga sendiri (nauzubillah.mintak dihindarkan). so, berjaga-jagalah dengan teknologi. jangan sampai tersalah. kepada para wanita kalau dah sedar diri tu jenis gopoh nak skype sambil berFB or sambil baca buku or whatsoever, pakailah pakaian muslimah yang sempurna. tak menyusahkan diri sendiri dan juga orang lain. sebaiknya kamera kat komputer tuh cover ja dengan apa-apa dulu sebab memang dah ada kot software jahat yang boleh control komputer orang. so faham-faham je la situasi tu ek. nak guna kamera, bukak la benda alah yang cover kamera tuh. tak susah pun.maruah pun terjamin. orang lain juga tak perlu semak-semak akal untuk bersangka baik dengan anda.kan?

okey, dats all. sorry berleter panjang. terpaksa -.-!!
maaf untuk cik X dan Y jika terbaca tulisan ini. untuk pengajaran semua, aku blogkan kisah ini. tiada niat mengaibkan sesiapa.

jya,
somebody who care


aku menulis bukan kerna nama


2 comments:

NurWahidah Abdullah said...

hmmm..bleh plak kesalahan yg sama,dr org yg berbeza2..mcm2 tol..

ket syakirahim said...

T_T
kenapa mesti jd kat aku..seram