ya Rabb..

Saturday, September 10, 2011

jenuh lumoq Jonah Lomu*

Abg Lomu : lu apahal brooo??


*perutusan meminta maaf

bangun subuh pagi tadi terasa sayu...frust ada gak sikit

kisahnya begini...

kira-kira dua bulan yang lalu ada sedikit rancangan dengan seorang member lama.
member yang sama-sama kena denda berdiri luar kelas waktu Add Math ketika di tingkatan 4.

serius bebenor merancang sampai survey tiket kapal terbang semua, banding harga antara airline, subscribe website airline, dapatkan green lite dari mama n abah dan macam-macam lagi. haha lawak jugak bila ingat balik.

tapi taqdir akan sentiasa menandingi segala perancangan. apakan daya

mengikut perancangannya, sepatutnya aku berada di bumi Kiwi hujung minggu ini.


hajat di hati mahu berjalan-jalan menikmati keindahan alam, bertemu dengan sahabat jauh sambil menonton ragbi secara live jika berkesempatan. tapi hajat tinggal hajat je la kali nih.
takda rezkiiiiiii (ayat penyedap hati)

selepas menonton highlite NZ vs. Tonga semalam tercari-cari kelibat Jonah Lomu, bintang ragbi pujaan hati. tak nampak pun dalam line-up. rupa-rupanya dah pencen from international match..alololo. gua sangat noob. ketinggalan bebenor dengan berita dunia ragbi nih.


almaklumlah pengalaman bermain ragbi cuma mewakili kelas dan rumah sukan. tu pun hanya sewaktu tingkatan satu. teringat tiga bulan pertama berkecimpung dalam dunia ragbi sekolah menengah hanya berlatih spin bola dan buat back pass. mamat first yang tackle aku nama dia Banchaa Intakhnu kalau tak silap. aku panggil dia Abg Banchaa. senak perut weh. tobat sakit. kalau tackle time tengah lari ok lagi. ni memang semata-mata latihan tackle. aku berdiri tegak dan dia datang rempuh. waktu tu terfikir macam mana la sakitnya orang yang kena rempuh kereta waktu sedang lintas jalan. adoilaaa. tapi at last aku jatuh cinta dengan hoki jugak. pencen teruih ragbi

ok cukup-cukuplah flashback the good old days memories. kang nanti nangis pulak rindu kawan-kawan semua.

kepada Adam Asmararep a.k.a Jat yang kini berada di NZ, bukan sengaja diri ini membatalkan segala rancangan. ini adalah alasan terkukuh yang mampu diberi. masuk mahkamah gua boleh menang beb guna bukti nih T_T

risalah penghancur impian

maafkan sahabatmu ini kerana aku bukan pemilik liga yang berkuasa mengatur segala tarikh perlawanan. esok, Ahad - 11 haribulan 9 merupakan perlawanan pembukaan 秋リーグ (Autumn League). wish me luck okeh! tak tahu sebab apa tahun ni diawalkan. selalunya, pertengahan bulan 10 baru mula league nih. so harapnya, alasan ini diterima oleh Cikgu Jat. huhu. tolong jangan rotan saya cikguuuuu. ini namanya taqdir.

bukan rezeki kita

again, sori banyak-banyak Jat. entah bila la nak ada peluang macam ni kan. lepas ni kalau pi NZ pun ang dah takdak kat sana, rugby world cup confirm2 la takdak..melepas gua nak pow tokey kebab.ik2


mit Liebe,
Ket

'Hockey war nicht mehr meine Ruhe Ritus jetzt..zzZzz'

1 comment:

..Adam Asmararep.. said...

Alasan Diterima.....Selamat......manataw nanti aku wat master kat German plak....kot2 time tu ada hockey world cup.....aku ajak hang lagi noh...bleh hang ajaq aku kecek jermang...=) thanks jugak sudi memberi peluang untuk pujuk hang mai NZ.....aku terharu....(nasib baik hang tak nampak..)