ya Rabb..

Wednesday, August 31, 2011

Eidulfitri 1432 : sebuah catatan

salam aidilfitri
maaf zahir dan batin
diharap semua masih dalam mood kemenangan

terasa nak mencoretkan sedikit tentang raya tahun ini

tahun ini suasana aidilfitri agak berlainan sebab buat pertama kali tidak disambut bersama abah, mama, kakak dan adik-adik.
alhamdulillah tiada kecederaan jiwa berlaku.
sehari sebelum raya call Malaysia cakap dengan abah.
hari raya call Mama dan maktok.

cumanya sedikit terkilan tahun ini tak dapat temankan abah menziarahi kubur atuk, abang dan kakak sehari sebelum raya.selalunya sejak dulu memang macam tu. petang sebelum raya gi bersihkan kubur abang, kakak dan atuk sebab hari raya dah taknak ke kubur. nanti sayu hati tak rasa nak raya.

tahun ini bersolat sunat aidilfitri di masjid Osaka walaupun pada perancangan awalnya mahu ke masjid Kobe. alhamdulillah masjid Osaka berjaya dijejaki buat kali keduanya. kali terakhir adalah Ramadhan 1431/ tahun lepas. walaupun agak kecil berbanding masjid Kobe suasananya tetap meriah. dan yang paling penting terasa suasana persaudaraan Islam merentasi warna kulit, bahasa dan negara. berpeluang mengenali saudara-saudara baru dari Malaysia dan negara lain. tak sangka pula banyak keluarga Malaysia di sini. selalunya pergi Osaka lepak dengan geng bujang ja. hari raya lah masanya nak berkenalan dengan yang dah beranak pinak. berkunjung dari rumah ke rumah dengan berbasikal berbaju raya memang mencuri tumpuan mata-mata yang menunggu di jalanan mahupun perhentian bas.


sesudah solat hari raya



syukur juga diberi peluang oleh Allah untuk bertakbir raya di sini. solat diimamkan oleh Imam Muhsin dari Mesir. alhamdulillah bertemu kembali dengan Imam Muhsin selepas hampir setahun tak bertemu. walaupun beliau mungkin tak mengenali aku, aku sentiasa mengingati beliau. imam pertama solat Jumaat aku di Jepun. cumanya waktu itu di Masjid Kobe. kali ini di masjid Osaka. berpeluang bersalaman dan berpelukan sambil mendoakan kesejahteraan masing-masing dengan sosok tubuh sang imam dirasakan sangat indah. takbir raya tidak seperti takbir raya di Malaysia yang mendayu-dayu. agak keras dan tak berlagu tetapi feelnya adalah feel kemenangan. so, tak adalah nak sedih-sedih.waktu di Malaysia, dengar takbir raya sedikit sebak walaupun beraya bersama keluarga sebab waktu bertakbir tu la jadi nak terkenang-kenang orang yang dah tak ada. mungkin sebab mendayu-dayu dan 'promosi' mengingatkan orang tersayang lebih mengatasi promosi sebuah kemenangan kot. entah laaa


khutbah by Imam Muhsin

alhamdulillah juga taun ini berpeluang sampai 40minit awal ke masjid dan berjaya mencuri tempat di saf kedua. pagi raya, rindukan 'hambatan' abah supaya aku bergerak awal ke masjid punya pasal, pukul 8 pagi aku dah keluar rumah. padahal solat sunat raya mula pukul 9 pagi.haha. selalu kat Malaysia lagi 10 minit nak solat baru sampai masjid. tapi pagi tuh masa bertakbir, 3 kali gak terpaksa keluar gi amik wudhu' sebab asyik kentut ja. breakfast punya pasal kot. dah sebulan tak makan pagi kan..tetiba 1 Syawal tibai rendang dengan nasi sepinggan memang liaww ar. segan gak ar orang dok tengok muka Melayu ni asyik dok ulang alik keluar.hati kering apa nak kesah.

khutbah pertama Imam Muhsin banyak menyentuh tentang kemenangan, nasib umat Islam di bumi lain, tentang islam, imam dan ihsan, tentang perubahan selepas ramadhan.
khutbah kedua Imam Mohsen tujukan khas kepada para Muslimah. memang beruntunglah para wanita hari tuh dapat 'sentuhan khas' dari Imam Muhsin. untung juga para suami yang membawa isteri-isteri ke masjid pagi tu sebab tak perlu cakap banyak-banyak. Imam Muhsin dah tolong cakapkan. waktu tu aku pun terasa betapa mudahnya jalan ke syurga bagi para muslimah andai kena caranya. tak perlu ke medan jihad seperti sang lelaki, tak perlu membanting tulang di bawah terik mentari. cukup sekadar patuh dan taati janji Allah dan Rasulullah, syurga menanti kalian.

dunia akan merindui suara Ust. Asri. terimakasih teknologi

seterusnya pergi beraya sampai malam. tapi tengahari sampai asar balik ke rumah kawan sebentar. tidur recharge bateri. macam biasa la kalau pergi beraya, jumpa kanak-kanak mesti kena usik dan main-main.penat dowh..haha.terubat sedikit rindu kat sepupu dan anak-anak sedara di Malaysia. bagus juga lah jumpa family-family yang ada di sini. boleh main-main sikit dengan kanak-kanak. nak usik anak jepun mana nak berani sangat. kang bapak dia kasi aku pelempang jepun tak pasal kan. tapi kan, kanak-kanak zaman sekarang sangat advance. jumpa orang dewasa mintak iPhone nak main game.hahaha. sengal betul.

gambar waktu melawat keluarga Abang Sarizam, pelajar master Universiti Osaka


bebudak ni kena klepet ngan aku pasal duit raya.ik2



nak gocoh sokmo yee



buat budak menangis memang kepakaran gua

haha..bwekkk=)


sebelah malamnya, sambutan raya di dewan


menang cabutan bertuah..wiwittt

menyibuk dalam majlis orang Osaka. thanks orang Osaka

habis majlis, cabut lari kejar monorel and tren. sempat dapat tren last. sampai Wakayama dah pukul 12.40 tengah malam.

tiada duit raya terkumpul pada tahun ini. dah besor

taun depan insyaAllah nak balik beraya kat Malaysia.
doa-doakan.


selamat hari raya,
ket.
2 Syawal


iklan: perkasakan kemenangan Ramadhan anda dengan berpuasa 6 hari di bulan Syawal. =)

No comments: