ya Rabb..

Saturday, August 13, 2011

rasa itu datang lagi

beberapa minggu lepas waktu aku tengah tunggu lampu merah bertukar kepada lampu hijau dekat traffic light on the way nak ke gakko (university), aku ada nampak sorang makcik tua sedang meletakkan bunga di penjuru jalan di kaki tiang traffic light tuh.terus aku teringat video clip sayonara kariyushi58.


secara jujurnya bayangan makcik tu meletakkan bunga dan mungkin bertafakur/sembahyang sebentar di kaki traffic light tu semacam melekat dalam hati aku. sedih ada, simpati pun ada. walaupun tak kenal pun makcik tu siapa dan tak tahu pun apa cerita di sebalik kejadian tuh, aku rasa simpati dengan dia. mesti sukar untuk dia hadapi hidup tanpa orang yang dah dia terbiasa hidup bersama.

x_x_x_#include

hingga saat ini ramadhan aku tempuhi, banyak juga insan-insan yang telah pergi atau terbiasa aku lalui ramadhan bersama tak ada di sisi. sedih memang ada.tapi ini adalah ujian dan jalan yang aku pilih.teruskan je la.harap-harap dikurniakan kesabaran. doakan aku

kadang-kadang kita jadi rindu dengan orang yang dekat. kadang-kadang orang jauh. dan kadang-kadang, orang yang sedang melalui alam yang berbeza dengan kita. terpisah kerana jarak, internet boleh membantu. terpisah dek kerana alam yang berbeza, hanya doa satu hala yang mampu dipanjatkan. kelazatan 'berhubung' or 'berkasih-kasihan' hanya wujud bagi hati yang percaya. terpisah kerana jarak, hubungannya masih dua hala. kita berkata-kata, yang di sana menyambut dan membalas kata. terpisah kerana alam yang berbeza;ibarat bertepuk sebelah tangan. hanya pujukan hati dan rasa percaya mampu mengimiginasikan tangan yang lagi satu menyambut tepukan kita. tapi kadang-kadang imiginasi dan rasa percaya tersebut luntur atau terumbang ambing kerana beberapa sebab yang sukar dielakkan.

sekadar ingin berpesan kepada yang membaca. hargailah yang di sekeliling kita sama ada yang dekat atau jauh. jangan sampai kita terpisah di perbatasan alam yang berbeza baru hendak berkasih-sayang dan menghargai. nasihat dari yang masih hidup di sekeliling kita, jangan diambil mudah kalau tak mahu menanggung rindu di kemudian hari. kita akan pergi tapi tak dapat dipastikan siapa di antara kita yang akan pergi terlebih dahulu.

rindu itu benda tak berjirim atau berjisim.tapi beratnya hanya tuhan yang tahu.

離れ離れになることは不自然なことじゃない
hanare banare ni naru koto wa, fushizen na koto jyanai

#rindu untuk bersolat tarawih dan bertadarus bersama insan yang sentiasa mengimamkan solat-solatku ketika sedang menapak dewasa.moga rindu ini memberi impak positif.


assalamualaikum.
ket
641-0051

No comments: