ya Rabb..

Friday, August 19, 2011

menanti sebuah jawaban


setahun yang lalu....


pejam celik pejam celik setahun sudah berlalu. setahun yang lalu pada tarikh ini, 19 Ogos aku berangkat pulang ke Malaysia untuk bercuti. bertemu keluarga serta sanak saudara dan mempereratkan lagi hubungan dengan rakan-rakan. tahun ini agak berbeza, berada di hadapan komputer dan mengupdate blog picisan. tiada bunyi mercun dan tiada kesibukan membalas sms raya dan sebagainya.

pun begitu, hati dan jasad ini telah disediakan untuk sebuah perjuangan yang amat dinanti-nantikan. sejak 279 hari lalu segenap tenaga dan upaya dipersiapkan untuk hari ini. melihat pada countdown di sisi bawah blog, tertera 0 days and some hours left. selamat datang ke madrasah 10 akhir Ramadhan. kalau dibandingkan dengan kehidupan universiti, ini mungkin waktu untuk sotsuron or sotsugyo-happyou demi sekeping ijazah. nisbah kepada Ramadhan, ijazahnya adalah TAQWA..yoshh.ganbare!




alhamdulillah, doa sejak hari pertama keputusan untuk tidak pulang bercuti di Malaysia sudah termakbul. terima kasih kepada yang turut mendoakan. alhamdulillah sempat sampai dengan selamat. doakan juga diri ini terus kuat. jawapan yang dinanti dah terjawab. harapannya segala perancangan berbaloi dan memberikan hasil positif.apapun kita sebagai makhluk hanya merancang dan Allah jualah penentunya.

yang tidak dirancangnya adalah,
kurang 48 jam dari saat ini, aku perlu mendaftarkan diri untuk mengikuti internship or latihan industri yang mungkin mencekik kudrat. perlu berada di kilang/limbungan kapal seluas 14km persegi bukanlah sesuatu yang menceriakan di musim panas. dah la puasa. hurm..doa-doakan aku kuat.

"expect the worst, hope for the best"



-ket-
641-0051


#jangan lupa struggle untuk 10 malam terakhir Ramadhan. siapa tahu ini Ramadhan terakhir kita. again, expect the worst!!

2 comments:

Unknown said...

Good luck! Semoga tabah!

ket syakirahim said...

tq.semua dah hampir tamat