ya Rabb..

Monday, August 15, 2011

kobe lagi

sekali lagi aku coretkan sedikit nota di atas densha. kali ini menulis dalam keadaan duduk.alhamdulillah ada rezki dapat tempat duduk dalam densha

kurang 48 jam selepas berjaya melabuhkan diri di kg wakayama, semalam mendapat panggilan dari sorang member.ajak aku gi kobe dengan sedikit aktiviti.aktivitinya sedikit, manfaatnya insyaAllah besar tapi tuntutan masanya agak panjang.

cuti kali ni semuanya berlaku dalam tempoh singkat. apa-apa berita/perancangan yang diterima biasanya kurang dari 24 jam dan aku perlu mengambil keputusan kurang daripada tempoh tersebut.selalunya aku mengambil masa yang panjang; berhari-hari untuk beberapa keputusan. tapi natsu kali ni berbeza sikit. aku lebih suka ikut kaki dari ikut hati. harap-harap tak tersalah langkah la dalam keputusan-keputusan yang diambil. bulan-bulan baik ni harap-harapnya moleklah semua.

sedikit kegusaran dengan target ramadhan tahun ini. targetnya nak khatam al-Quran sekurang-kurangnya sekali.tapi tahun ni tak macam tahun-tahun sebelumnya. hingga saat ini, pertambahan hari berpuasa gagal menghasilkan pertambahan bilangan juzuk bacaan dari kitab suci yang senilai. pun begitu, masih optimis dan berharap agar target akan tercapai jua. Allah lah pemberi segala kelapangan dan daya upaya. terngiang-ngiang pesan seseorang terhadap aku beberapa waktu dulu; "hak kita ke atas al-Quran adalah mengkhatamkannya sekurang-kurangnya 2 kali dalam setahun.sebaiknya sekali dalam Ramadhan dan sekali lagi boleh dilakukan bila-bila." harap-harap dapat melaksanakan hak yang diamanahkan. tak pasti sama ada ia saranan dari sumber yang sahih atau tidak, tapi aku tetap merasakan ia satu saranan yang baik.mudah-mudahan dipermudahkan dan tak ambil mudah dengan target sendiri.

lastly, salam 2nd half of ramadhan.gunakan gear yang bersesuaian untuk memecut.kali ini, kelajuan tidak membunuh dan tiada speed trap.

doakan perjalanan aku baik-baik saja disini.

�ケット�
tengachaya-eki (norikae)

2 comments:

akubersamaCahya said...

moga yang dirancang tercapai. amin. insyaAllah. moga Allah permudahkan dan melancarkan perjalanan kamu.

ket syakirahim said...

tq2