ya Rabb..

Sunday, August 28, 2011

mas tatang


alhamdulillah semalam selamat menjejakkan kaki ke Wakayama-shi semula selepas seminggu berada di Yuura-cho untuk mengikuti latihan industri (internship). banyak yang aku pelajari dan banyak juga muhasabah terhadap diri sendiri yang dibuat. muhasabah tidak terdapat dalam silibus internship, tetapi hadir secara automatik atas beberapa kejadian.

okeh, lupakan sebentar kisah internship. post kali ni, aku terasa ingin membicarakan tentang seseorang yang aku kenali dalam tempoh kurang daripada 24 jam tetapi berjaya membuka mata dan hati aku seluas-luasnya tentang apa itu PELUANG.

pertengahan Ramadhan baru-baru ini, aku mengikuti program Jaulah Ikatan Persaudaraan Islam Jepun versi natsu yang diadakan di Masjid Kobe dan kawasan-kawasan di sekitar bandar Kobe. Program 3hari 2 malam tersebut memerlukan aku dan kawan-kawan lain bermalam di Masjid Kobe. so, beriktikaflah kami semua. pada malam pertama di Masjid Kobe, lebih kurang pukul 2 pagi, aku masih gagal melelapkan mata. maybe sebab aku ni memang jenis susah nak tidur malam kot.tidur dalam kelas memang antara bakat terbesar yang pernah aku miliki. tapi untuk tidur dalam keadaan berbaring dengan penuh keselesaan, ianya agak sukar.

untuk menghilangkan rasa stress gagal melelapkan mata, aku keluar sebentar dari masjid dan lepak di tangga kat luar. bulan mengambang dengan cantik malam tersebut. maklumlah pertengahan bulan. ketika sedang aku nak ambik feel romantaik tetiba ada sorang mamat datang. berbasikal dan bagi salam.

"assalamualaikum mas, boleh tumpang bermalam ngga?"

aku pun mula la memasang suis lidah indonesia yang kekok "waalaikumsalam..boleh aja. yuk ikut gabungan. nanti sahur sama-sama" sambil menghulurkan tangan bersalaman. dalam hati dok cuak, pelesit mana plak tetiba tengah malam mai tegoq aku nih. tangan sejuk semacam.

aku tunjukkan dia pintu masuk dan masuk sekali ke dalam masjid semula. mamat tu pi berwudhuk dan solat sunat 2 rakaat. sunat tahiyyatul masjid mungkin. aku duduk kat satu sudut dalam dewan solat sambil perhati dia solat. dalam hati aku mula besangka, 'mamat nih mesti orang baik dan faham agama sebab masuk masjid dia solat sunat dulu bukan terus tidur'. lepas aku tengok dia habis berdoa, aku pun mula pi buat ramah sembang-sembang.

dia memperkenalkan diri dia sebagai Tatang, berasal dari Yogjakarta dan belajar di sebuah universiti swasta di Tokyo. datang ke Jepun untuk tempoh setahun bagi program pertukaran pelajar. yang lawaknya dia ingat aku orang Indonesia waktu mula-mula jumpa kat luar masjid sebentar tadi. sesaja aku usik dia mungkin sebab muka aku macam Mas Azzam hero KCB kah kah kah. kami gelak-gelak dan sembang lagi.

terus aku bertanya lagi dan lagi pasal diri dia. kenapa datang tengah malam, kenapa datang berbasikal dan macam -macam lagi.

maka dia pun membuka cerita. tentang tour peribadi dia dengan basikal dari tokyo. bergerak bersepeda (berbasikal) tanggal 5 Ogos jam 11 malam dan singgah bermalam di masjid-masjid/musolla-musolla yang mampu ditemui seperti di Hamamatsu, Shizouka, Nagoya, Osaka dan lain-lain lagi sampailah ke masjid Kobe. lepas masjid Kobe, dia akan meneruskan lagi bersepeda hingga ke hujung kepulaun Honshu dan menjejaki masjid/musolla/islamic centre yang ada sebelum berpatah balik ke Tokyo sampailah tamat natsuyasumi (summer break).

dalam hati aku terdetik "kental gila mamat nih, bukan calang-calang orang laaa boleh buat macam dia. kayuh mama-chari(basikal makcik) sorang-sorang dari Tokyo dalam musim panas dengan berpuasa lagi." bila ditanya tentang kaedah navigasi, rupa-rupanya dia cuma pakai peta kertas dan sebiji kompas kecil dan bukannya navigasi elektronik yang canggih-manggih. selebihnya gerak hati. waktu tu aku terasa macam nak lompat berdiri dan bagi tabik spring dekat dia. bapak power Mas Tatang nih. ada DNA power rangers ka mende dia nih.


mama-chari (gambar hiasan)

lepas sembang macam-macam, aku tanya dia lagi sebab apa naik basikal? kenapa tak naik densya(keretapi)? kan senang buat macam tuh n bla bla bla aku memberi pandangan..dia cakap sebab nak buat kelainan, nak cabar diri dia dan macam-macam lagi. lagipun kalau di Indonesia nak berbasikal dengan mama-chari dari hujung negeri ke hujung negeri, mesti orang akan cakap kita gila. di Jepun ok ja. dia ada cerita jugak, kadang-kadang penat sangat berbasikal, dia singgah tepi jalan bawah pokok tidur. kadang-kadang nak tunggu berbuka puasa punya pasal, dia tertidur di sebelah jihan-ki (vending machine) kat tepi jalan. tapi alhamdulillah basikal dia tak pernah rosak sepanjang dari Tokyo ke Kobe. 500km++ beb.bukan jarak yang dekat bagi orang yang berpuasa dalam musim panas.sekali lagi aku bagi tabik spring dalam hati untuk Mas Tatang.

last-last, sebelum aku membiarkan dia tidur sebab kepenatan, dia ada cakap satu benda yang benar-benar membuatkan aku tersentuh. katanya, kalau boleh dia nak stay lagi lama di Jepun, at least 4 or 5 tahun macam orang lain dan try macam-macam lagi aktiviti. oleh kerana tempoh dia berada di Jepun cuma setahun, tu yang dia nekad sangat-sangat berbasikal seorang diri walaupun dalam musim panas kerana tu ja pilihan yang dia ada.

____________!!_____!!__

keluhan Mas Tatang membuatkan aku terfikir macam-macam perkara. sudahkah aku memaksimakan segenap masa yang aku ada untuk mengutip semaksimal pengalaman di sini?. hingga saat ini, natsuyasumi, fuyuyasumi dan haruyasumi tahun 1 menyaksikan aku banyak merantau di Jepun dan luar Jepun melihat kehidupan orang lain dan menimba pengalaman dan pelajaran. tapi tahun 2 agak malang apabila cuti dikorbankan kerana hoki. hati agak cemburu melihat kawan-kawan bersiar-siar bersama, melihat tempat-tempat baharu dan sebagainya. aku dapat merasakan sudah masanya aku mengubah cara menguruskan hidup dengan lebih banyak kepelbagaian. mungkin kitaran hidup gakko-rumah-hoki-lepak perlu diperbetulkan. hati ini terlalu berat untuk meninggalkan hoki tapi itulah pilihan yang sebaiknya dirasakan sekarang. rasanya sudah puas batang tubuh ini bersama hoki. semester akan datang mungkin akan menyaksikan hoki menjadi sejarah hidup sebab rasa macam terlalu mengongkong pula hoki nih. nak ke mana pun tak boleh.

ada cinta yang akan dikendurkan, hoki!

ada cinta baru yang akan dicari, kamera? memancing? weekend tennis? R/C car? atau mungkin kereta?..asalkan bukan sesuatu yang hongki(serius)

sudah-sudahlah berhoki-hokian 8-9 tahun

pertimbangan sedang dibuat untuk memaksimalkan produktiviti.

terima kasih Mas Tatang untuk pencelikan ini. aku harap aku dapat mempelbagaikan cara hidup.

4/5 tahun ini adalah masa yang namanya PELUANG. di masa hadapan masa, jiwa, dan tenaga sebegini tak akan wujud lagi.

ada cadangan untuk hobi-hobi dan cinta baru yang sesuai untuk pertumbuhan jiwa dan mental aku yang dirasakan sesuai?? dipersilakan memberi cadangan

jya,
ket






2 comments:

Anonymous said...

blajaq la mengai(menancing kata oang KL).....bley mnguji tahap sabaq....
hobi ni bnyak tlong aku buang panas baran....xdak dah baling2....hahaha

ket syakirahim said...

kawaq!!!
i know you lah..ik2