ya Rabb..

Friday, December 10, 2010

4 Muharram : rindu kasih untuk berkasih



[ini adalah omongan rindu yg panjang.jgn baca kalau tiada masa]
salam redha dari hati yang menanggung rindu..
al-fatihah..



harap-harap pahala bacaan al-fatihah tadi disedekahkan kepada Haji Ismail bin Haji Awang,datukku

hari ini genap setahun aku kehilangan seorang murabbi yang selalu membimbing aku.orang yang tak asing dalam hidup aku,datuk aku sendiri yang dipanggil tok ayah oleh cucu-cucu seperti aku.semestinya aku sangat terkilan dan sedih atas pemergian arwah sebab sewaktu arwah dipanggil menghadap ilahi,aku takda di sisi arwah seperti cucu-cucu lain.sedangkan aku adalah cucu lelaki yang paling hampir dengan arwah.rumah hanya kurang seminit berjalan kaki.entah-entah keluar rumah jalan sambil pejam mata pun boleh sampai kan.kalau merangkak pun sampai je aku rasa.tapi apakan daya kan.rencana ilahi.siapa boleh halang.tapi aku redha walaupun seminggu pertama aku kehilangan arwah,aku macam orang yang tak dapat terima takdir Allah.asyik nangis even aku dok pujuk diri sendiri.dalam hati sentiasa dok kata 'menangis sampai tercabut mata pun,tok ayah takkan hidup balik'..tapi apakan daya,pujukan terhadap diri sendiri tu masih tak mampu menutup rasa kehilangan dan tak mampu nak menyekat air mata aku dari mengalir.sedih memang sedih.buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku melakukan solat ghaib.

Alhamdulillah selepas hampir 2-3 minggu dalam keadaan sedih aku kembali normal.kembali macam biasa.dah boleh berfikir dengan rasional bahawa pemergian tok ayah bukanlah penamat kehidupannya tapi adalah permulaan bagi kehidupan yang tiada penamat bagi arwah.hati aku tenang sangat bila ada satu malam tu aku mimpi aku balik ke kampung dan pergi masjid.tok ayah tengah memberi kuliah di masjid.waktu aku masuk ke dalam masjid,aku nampak abah,pak ndak,abg am dan abg apri sedang dengar tok ayah bagi kuliah.tok ayah berjubah putih dan tersenyum bila aku masuk ke dalam masjid.ya,aku lewat ke kuliah hari itu.kuliah terhenti dan semua senyap.tiada suara atau bicara antara kami semua.tiba-tiba semua bangun dan masuk dalam saf untuk solat.tok ayah jadi imam.aku keluar dari masjid untuk pergi ambil wudhuk memandangkan aku masih belum berwudhuk.selesai berwudhuk, ketika aku masuk masjid untuk solat bersama-sama dengan semua jemaah yang dipimpin oleh tok ayah, solat dah selesai dan semua orang dah takda dan mimpi tu habis macam tu je.tak sempat aku jumpa sesapa pun.hurm..belum pernah aku alami mimpi macam tu sepanjang hidup aku.ketika tok ayah masih ada, aku belum pernah mimpi tentang dia.

so esoknya aku call family kat malaysia dan bagitau tentang semua tuh.abah pesan banyakkan doa kat Allah supaya dapat petunjuk yang baik di samping sentiasa mendoakan kebaikan untuk arwah.aku nampak abah pon mengalirkan air mata masa tgh skype dgn aku.tak sangka dia pun sangat merasai kehilangan seorang bapa mertua.aku masih tak puas hati dengan jawapan abah.so aku tanya member yang bagi aku tinggi siqahnya.dia bagitau ngan aku,kalau kita tidur memang roh kita sendiri tiada di jasad.tidur adalah mati kecil dan roh kita memang tiada dengan jasad waktu tidur.tapi dia sendiri tak berani nak menyatakan apakah yang aku temui dalam mimpi tu adalah pertemuan antara roh aku dan roh tok ayah.seperti biasa pesanannya tetap sama;banyakkan berdoa..selang beberapa hari aku call pulak sorang ustaz dan bagitau tentang mimpi aku dan dia cakap biasanya kalau mimpi jumpa orang yang dah tiada dan tak berlaku sebarang dialog or percakapan antara kami,itu memang arwah.so,aku dah rasa cukup puas hati dengan jawapan tuh dan dah tak bertanya kat orang lain tentang mimpi aku.

masa terus berlalu dan doa untuk arwah memang tak putus aku kirimkan.segala nasihat daripada ustaz yang aku terima aku amalkan.kadang-kadang aku istighfar banyak-banyak sambil berharap Allah ampunkan segala dosa arwah seandainya arwah masih ada dosa yang belum sempat dibersihkan.aku sedar tanggungjawab aku sekarang adalah menjadi zuriat yang soleh yang sentiasa mendoakan arwah.sekarang aku adalah harta yang tok ayah pertaruhkan untuk kehidupannya selepas kehidupan dunia.begitu juga siri-siri mimpi pertemuan antara aku dan arwah.terlalu kerap berlaku dan sememangnya tiada dialog yang terjadi antara kami.sekadar memandang sesama sendiri.


tenang menuju hari2 terakhir

minggu lepas adalah mimpi terbaru antara aku dan arwah.tapi kali ini memang berbeza.berlaku perbualan antara kami.dalam mimpi tu,aku pulang ke rumah tok ayah dan membawa sehelai borang/surat berwarna biru.surat yang memerlukan pengesahan sesorang yang berautoriti.dan aku meminta tok ayah mengesahkan surat tersebut.tiba-tiba tok ayah cakap "pi panggil rahim(abah aku),aku nak bincang dengan dia!"so aku pun keluar dari rumah tok ayah dan balik rumah sendiri untuk panggil abah.dalam perjalanan balik rumah mimpi aku tamat dan kali ni aku terus terjaga dari tidur.yang mengejutkan sekali aku dapati stokin sebelah kaki kanan aku dah tertanggal(musim sejuk ni aku memang tidur pakai stokin).apa kes??cepat-cepat aku pakai balik stokin dan tidur semula dengan harapan mimpi dapat disambung kembali..haha.lawak gak bila ingat balik.sebab apa aku nak sangat sambung mimpi tuh adalah ada nama sesorang yang perlu aku tahu dari isi surat tuh.macam biasa aku call abah dan story dengan dia tentang mimpi tuh.abah gelak-gelak ja dan cakap kenapa tak tanya macam-macam lagi dengan tok ayah..lol.mana la aku mampu nak kawal mimpi.abah ni pun wat lawak ja taw.grrr.tapi bila fikir-fikir balik,mana pernah sepanjang hayat tok ayah,dia membahasakan abah sebagai 'rahim'. bila dia nak suruh aku panggil abah dalam apa-apa urusan sekalipun.selalunya dia akan cakap "pi panggil abah hang sat" or bahasa-bahasa yang sewaktu dengannya.bimyou2~

bila teringat balik mimpi tuh dan tengok pada kalendar,aku terfikir dah dekat setahun pun tok ayah tinggalkan kami semua.terlalu banyak kenangan.haritu masa aku balik beraya time summer break,aku sempat ziarah kubur arwah.hari kedua aku di malaysia aku dah ziarah kubur arwah.abah temankan aku.lepas tu aku gi lagi sorang2 sehari sebelum raya(hari last ramadhan) sebab nak bersihkan kubur dan aku pasang niat taknak pergi kubur pada pagi raya esoknya sebab takut-takut nanti rasa sedih.padahal hari raya Allah nak suruh umat islam hepi dan gembira sambut kemenangan ramadhan.tapi air mata aku tumpah jugak pagi raya tu bilamana selepas habis khutbah aidilfitri,seorang rakan seperjuangan tok ayah(Haji Hashim) bangun dan bercakap menggunakan mikrofon menyatakan "ini adalah hari raya pertama kita semua(penduduk kampung) tanpa tuan imam yang kita sayangi dan nama tuan imam masih wujud dalam senarai carta organisasi masjid walaupun sudah hampir 10 bulan Haji Ismail meninggalkan kita.."beliau(haji hasyim) mengarahkan AJK masjid agar lebih proaktif dalam mengupdate info-info tentang masjid memandangkan ramai anak-anak desa dari perantauan pulang.beliau bimbang kalau-kalau ada anak-anak desa yang tak tahu bahawa Hj. Ismail dah tak ada dan meminta semua jemaah mendoakan arwah.sebak hati aku.tumpah jugak air mata aku pagi tuh.malu gak la bila ada jemaah lain yang nampak.segan kot

tapi sekarang aku dah tak bersedih.cakaplah apapun tentang arwah.ungkitlah apa pun tentang kenangan antara aku dan arwah.aku akan tetap tersenyum walaupun kadang-kadang air mata tetap gugur.air mata hanyalah fitrah sebuah kerinduan.bukan lagi kesedihan buat aku.senyumku kerana aku sentiasa mahu bersangka baik dengan Allah.Allah memilih untuk merehatkanmu dari perjuangan dunia yang melelahkan kudrat dan benakmu.Allah akan sentiasa merahmatimu insyaAllah.aku sangat yakin Allah sedang membalas segala penat lelahmu dengan kenikmatan di alam barzakh buat masa ini.akan aku gerakkan seluruh kekuatan yang Allah anugerahkan kepadaku untuk meneruskan segala gerak kerja yang telah arwah usahakan meskipun aku sendiri tak pasti apakah aku sempat atau tidak.yang penting aku sudah menanam azam dan tekad untuk melaksanakan apa yang tersisa.berusaha!
terima kasih ya Allah kerana memberikan aku nikmat untuk mempunyai seorang datuk yang baik selama 20 tahun hayatku di atas muka bumiMu.semoga Engkau mempertemukan kami di tempat yang indah kelak..ameen



SALAM RINDU SEORANG CUCU

sedar tak sedar sudah cukup setahun aku memendam rindu,

sedar tak sedar juga sudah setahun doa-doa yang tak pernah putus ku kirimkan buatmu,

sedar tak sedar juga sudah setahun aku menjadi harta yang engkau pertaruhkan untuk kehidupan barumu,

tika dan saat ini,hati ini terlalu ingin berbicara denganmu walau hanya di dalam mimpi,

banyak yang ingin aku luahkan,

banyak yang ingin aku tanyakan,

banyak ampun dan maaf yang ingin ku pohon,

banyak juga gurauan-gurauan yang ingin ku ulang semula,

aku semakin merinduimu bila berjauhan,

aku semakin mengingatimu bila kita berada di alam yang amat berbeza,

aku semakin mentaati suruhan dan laranganmu bila terkenang,

aku seakan mahu masa diulang,

terlalu berat rindu yang tertanggung,

terlalu banyak ingatan dan kenangan antara kita,

terlalu kerap juga mimpi antara kita,

terlalu banyak juga yang ingin aku nukilkan tentangmu..

cukuplah doaku sebagai penggantiku mendampingimu..

moga ada keampunan Allah ke atas segala silap dan salahmu

moga-moga pemergianmu sentiasa menjadi tazkirah buatku bahawa ajal bukan sesuatu yang mampu dikalkulasi..


nota buat diri: ubat bagi sebuah kejahilan adalah ilmu dan pintu bagi ilmu itu adalah berguru.begitu juga,ubat bagi sebuah rindu itu adalah bertemu dan pintu pertemuaan antara aku dan tok ayah adalah KEMATIAN kerana tok ayah tak mungkin hidup kembali untuk menemui aku.aku yang perlu bergerak ke sana.ya,aku pasti ke sana!!aku perlu bergerak ke arah sebuah kematian dalam kerangka yang memungkinkan terjadinya pertemuan yang indah.

nota buat pembaca: kalau rasa kurang senang dengan luahan aku nih,silakan.tapi satu yang aku harapkan;tolong sedekahkan al-fatihah dan al-ikhlas(3x) utk arwah.[sgt2 berharap]




sekian.
love~



No comments: