ya Rabb..

Saturday, December 4, 2010

50%-gojuppa!!

salam hujung minggu untuk semua

terlebih dulu sebelum aku merapu lebih jauh,bagi rakan2 F20 IBT,jgn lupa sedekahkan doa untuk ayah kepada rakan kita,ketiaw yg baru kembali ke rahmatullah semalam..semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa mengiringi roh arwah..amiin

sebenarnya aku nak bagitau kat sesapa yang ada masalah disaman oleh PDRM, sila bayar sekarang sebab diorang tengah bagi diskaun 50% sekarang nih..yabedabedu~
50% tuh!!bayar jangan tak bayar~
selagi tempoh diskaun masih sah..haha

malam weekend ni biasa la aku akan call rumah sembang2.tadi mama cakap saman yang aku kumpul masa natsuyasumi aritu dah di setel.2 bijik saman dok ada.lega!!..lambat betul bayar.bijak gak mama tak bagi aku bayar awal-awal dulu.ternyata orang yang makan garam lebih awal lagi terer bab-bab macam nih.kalo tak rugi duit aku(duit aku ke??) bayar rm300x2.syukur

ceritanya begini,natsuyasumi aritu aku balik malaysia kan.pastu ari last budak-budak bersekolah, abah aku suruh aku pi amik adik aku,atiqah balik cuti raya dari sekolah dia kat aloq staq.aku bangun lewat hari tuh(kes tidur semula lepas mama n abah pi kerja)..ik2.so aku speed up tak ingat.bergegar kereta.tapi masa kat highway,bila nampak ja flyover lagi 300m gurai di hadapan,aku akan make sure kelajuan dibawah 110km/h sebab aku taw selalu polis tunggu bawah tu sebab diorang pun tak tahan panas nak tunggu tempat takda bumbung.so aku assume aku selamat dari speed-trap la..sekali masa hari last aku kat malaysia,petang sebelum aku berangkat ke jepun,posmen hantar surat dari PDRM.saman hadlaju..haha.nama of kos la bukan nama aku.nama tuan punya kereta la(bapak aku).cuak gak nak bagitau sebab taknak rosakkan mood hari last kat mlesia.tak sampai 6 jam pun nak bertolak ke penang airport time tuh.

so dengan nada segan aku bagitau ngan mama kata aku kena saman..mama cakap takpa nanti mama setelkan.jangan bagitau dengan abah nanti dia bising..hahaha.aku nak bagi duit poket sendiri suruh mama bayarkan tapi mama cakap jangan risau,lama sikit nanti depa(pdrm) bagi diskaun.muka konfiden gila.padahal aku cuak jugak sebab dalam surat tu ada amaran kalau tak bayar dalam tempoh sebulan akan jadi kes mahkamah.yang nak ke mahkamah bukannya aku.nama bapak aku..tak ke naya kat dia.tapi mama rilek ja cakap dont worry.nanti mesti ada diskaun.konfiden beb!respek ar.

rupa-rupanya benda ni betul..hahaha.2 hari lepas depa wat pengumuman dalam tv cakap ada diskaun.baik hati sungguh PDRM..baik ada makna nihh..haha.apakah ini tanda PRU makin dekat..jeng3.tinggalkan bab PRU tuh.tak berminat untuk dibicarakan di ruang ini.cumanya aku nak bagitau jangan mendahului nasihat orang tua-tua dlam hal ni.kalau aku tergopoh-gopoh nak bayar masa hari dapat surat tu kan dah rugi 150x2=300..haha.pengajarannya,sila ikut cakap otai!

hurm..tq mama sebab tolong bayar.rasa macam zaman kecik2 pulak bila buat salah mama bayarkan.dulu2 pecahkan tingkap rumah jiran mama bayar.sekarang kesalahan trafik pun mama tanggung lagi.dan ini adalah saman ke-4 aku yang mama setelkan.natsuyasumi 2009 1 saman.masa gi langkawi dengan gemuk n crouch 1 saman,natsuyasumi 2010 2 saman.hurm azam aku lepas nih kalau balik malaysia nak jadi pemandu yang baik dan tak gopoh.kena kekalkan gaya pemanduan di jepun baru tak susahkan mama dan abah kan.

pesanan terakhir aku;sekadar mengulangi apa yang awal tadi,kalau korang ada saman,sedara mara ada saman,member2 ada saman..bayar sekarang weh.50% kot.ingatkan orang2 yang terdekat dengan anda
pastu kita ramai2 jom pakat2 taubat dan berazam takmau masuk dalam list PDRM dah.or dengan kata lainnya jadi pemandu yang baik dan tidak merbahayakan orang lain.aku rasa langgar kesalahan trafik ni dosa jugak nih.masuk kategori langgar ketetapan yang ditetapkan pemerintah.maaf ya pak polisi.sy terdesak nak cepat.ampunkan aku ya Allah.hambaMu sentiasa lalai dan alpa
sekian.

No comments: