ya Rabb..

Thursday, December 2, 2010

*blurr(^^)/~~~

pagi tadi aku bangun pagi dalam keadaaan kepala berdenyut-denyut.sakit gila..tak tahu sebab apa.so,lepas subuh aku tido semula dan bangun pukul 8 gurai..lepas mandi dan bersiap-siap aku duduk depan cermin sambil berbincang sorang diri nak pergi kelas ke taknak..ada 50 minit lagi nak buat keputusan sebab kelas start 9.10pg.first time rasa sakit kepala sampai taknak pi kelas..so aku buat keputusan taknak pi kelas sebab tak tahan sangat..tapi kan ingat2 balik subjek 光学 pagi nih kena hantar kadai sebelum mula kelas.pukul 8.50 aku gagahkan diri gak la start moto pergi kelas.siap bawak sepersalinan baju sukan.haha.sempat gak sampai kat dai kol 9.10 selepas langgar 2 trafic light.ik2.dari tempat parking moto nak ke bangunan engineering ada dlm 7-8 minit jalan kaki.so jalan la laju2 nak sampai kelas..dalam hati cakap lewat pon lewat la.better late than never!

on the way nak sampai kelas,depan blok keizai(ekonomi) aku nampak ada sorang member aku sedang jalan ke arah aku dengan bawa beg.nak balik la tuh.baru 9.15 nak balik..apsal mamat syakado nih. member aku, syakado nih pernah bagi aku kakomon ryutai rikigaku masa 1nensei dulu.tak mintak pon.dia yang bagi siap dengan jawapan lagi..haha.dalam hati tertanya-tanya, "mamat nih apsal muka tensen sangat pepagi nih??nak tegur ke tak ek?..senyum sudah laa.."..so aku pon senyum n angguk2 je la ala kadar tanpa sebut 'ohayo' pon kat dia..dia jalan wat bodo jaa..lol.mushisareta!

dengan hati yang agak 'terkilan' sebab senyuman tak berbalas,aku teruskan la langkah dengan slow sikit sebab jalan laju-laju lagi sakit kepala aku.tetiba ja aku dengar "yosh! issyoni jugyou iku!"syakado dah ada sebelah aku.jalan dengan aku skali nak ke kelas..*blur~

aku pun jawab je la..jom2(dlm bhsa jepun la).pastuh aku tanya la dia tadi tu nak pergi mana??
dengan selamber dia jawab "nak balik laaa.."..lol.pelik mamat nih
"dah gila ka awal2 pagi nak balik??izumisano bukan dekat!"..aku bg tazkirah pagi kat dia.sebenarnya aku memang dah tau dia tinggal kat izumisano sebab dia pernah cerita dulu2.izumisano tuh 30 minit jugak la naik train dari wakayamashi-eki..
"hahaha..memang tadi dah nak balik pun.tetiba rasa nak patah balik pulak.." jawab dia slamber
"sebab apa nak patah balik??kadai dah antar??tadi sampai dai pukul berapa??"tanya aku bertubi-tubi..tapi satu je soalan aku dia jawab.."tengok muka ketto tadi,rasa nak masuk kelas la pulak.yaruki ga demasu.arigato"

"sah gila mamat nih!"hati aku memaki sambil dok fikir gay ke mamat nih jawab macam gampang.tp senyum je la..malas nak rosakkan mood pagi.sampai depan pintu kelas aku suruh syakado masuk dulu.aku stop kejap n keluarkan kertas kadai yang nak kena hantar tu sambil fikir alasan apa nak bagi kalau sensei tanya kenapa lewat.masuk kelas, gi letak kadai atas meja sensei..fuhh.nasib sensei wat bodo je aku masuk lewat.terus duduk tempat biasa aku duduk.line ke-6 paling kiri.kaidan kyoushitsu memang yabai kalau duduk depan.sakit leher.pastu terus tidor lepas salin nota setengah page..lepas habis
光学 ada kelas 電磁気学 plak..ada gap masa 10 minit..syakado datang kat aku n cakap "tadi tuh,terima kasih banyak2..ok,aku nak balik dah"..
"kejap2, tadi tu betul ke ko rasa nak masuk kelas sebab tengok muka aku??"
"aah..betullah" jawab dia sambil nak langkah kaki turun tangga..aku cakap "rilek jap dlu.tengok muka aku n masuk kelas
電磁気学 jom..yaruki daruzee~"

masuk kelas
電磁気学 pun aku duduk jauh dari dia.sakit kepala tak hilang lagi tapi kelas ni aku tak tido langsung..dalam hati dok pelik ngada2 gila mamat nih..macam budak2 nak kena pujuk masuk kelas..dahtu terfikir yang aku pulak pi pujuk dia apa kes??takdak sapa suruh pun!!ahh lantak laaa..

lepas kelas
電磁気学 terserempak syakado sekali lagi depan vendor machine n sekali lagi dia ucap terima kasih..wat bodo je la.gi shokudo makan lagi best dari layan mamat nih

lepas rehat ada kelas
制御..kali ni aku tak nampak syakado dah dalam kelas..masuk kelas macam biasa la..cuma masa masuk kelas tadi, yamazaki tahan aku depan pintu sambil tanya, "ketto, #$&*ってなに"sambil gelak2..
"
お前の#%&$。エロのことやめてよ!" sambil dalam hati kat mana la budak ni belajar benda2 lucah macam nih dalam bahasa melayu.rambut yamazaki dah kaler hijau.baru isnin arituh time jikken aku suruh dia ubah kaler rambut dari perang ke hijau bg medatsu sket.tengok2 ari rabu dah hijau.orang melawak je pon.dia ubah sungguh2.hoho.dunia makin gila aku rasa..lepas habis kelas 制御 masuk kelas english.habis kelas english gi training sampai kol 6.40mlm

time aku habis training, sembang2 la dengan umemoto,satu2nya member course aku dalam kelab hoki nih..umemoto cakap kat aku semalam dia ponteng kelas programming n gi lepak2 kat shi-eki.pastu dia nampak syakado balik jalan kaki dari dai ke wakayamashi-eki..gila.6km kot jalan kaki.dah la cuaca makin sejuk.pastu aku cerita la kat umemoto ttg peristiwa pagi tadi antara aku ngn syakado.umemoto cakap pelik syakado nih.baik berhati-hati..

hurm..perlu ka aku nak berhati-hati?..ok ja mamat tuh aku tengok.cuma pendiam n tak berapa ada kawan.pastu aku rasa bersalah gak wat bodo kat dia lepas kelas
電磁気学 tadi..jangan2 sebab aku wat tak layan n wat bodo tadi membuatkan dia tak masuk kelas 制御tadi?entah2 dia memang ada masalah kot saikin.kalo tak,takkan sampai mental macam tuh jalan kaki gi shi-eki.ada masalah kewangan ka??aiyaaa.makin pelik orang2 sekeliling nih.takkan hari2 nak kena bagi senyuman semangat kat budak laki kot..geli wei~

should i give him a call?
kesian ada.blur pun ada..oh tidak!manusia2 pelik dimana-mana~

2 comments:

Daraini Binti Oyot said...

shud2..call after 12am, so dapat free :)

memandangkan snyuman kamu dah cukup bg inspirasi, calling apatah lagi..;)

ket syakirahim said...

hari khamis n jumaat gi kelas x nampak pun mamat nih..mna dia merayau xtaw la..
call x free na makcik.line fon x sama..haha