ya Rabb..

Monday, February 14, 2011

esok: jalan dakwah dibuka lagi

assalamualaikum..

Lama benar tak menghadap ruangan new post untuk blog sendiri. Malam ni tergerak hati dan jari untuk memberikan sedikit sentuhan mesra..

So, malam ni nak buat sedikit post tentang esok. Sebelum tu, mari berbicara sedikit tentang hari ini. Hurm, harini 14 Feb kan.. Dalam kalangan muda-mudi yang mabuk taik telinga bercinta mesti mengingati ini adalah hari kekasih or bahasa majoritinya disebut Valentine Day. Kalaupun tak disambut atau diraikan, secara umumnya semua tahu ini adalah hari yang mempunyai sesuatu untuk diingati. Kalau kat sini, biasanya sang dara akan memberi coklat kepada si pria, dan aku adalah pria yang tak dapat coklat itu..hahaha.padan muka sapa suruh tak cari awek.

Menjenguk ke Malaysia tanah air tercinta, kebelakangan ini agak hebat juga pendapat-pendapat dan perdebatan tentang Valentine Day nih diperkatakan. Ada yang menggunakan media arus perdana untuk menyedarkan masyarakat tentang keharaman menyambut hari kekasih nih. Ada yang menggerakkan seluruh kekuatan jentera pimpinanya untuk melaksanakan ops dakwah or apa-apa yang sewaktu dengannya untuk membendung muda-mudi dari terus leka dengan valentine day yang bangang lagi tak berfaedah nih. Tak kurang juga ada yang mencemuh pihak yang menjalankan ops dakwah dan pihak yang cuba menyedarkan masyarakat dengan gelaran-gelaran yang pelbagai. Moga setiap amal dan perbuatan kedua-dua pihak mendapat balasan yang adil di sisi sang pencipta. Apapun, post kali ini tak berminat nak membincangkan perkara tersebut dengan panjang lebar sangat. Cukuplah aku mengambil pendirian untuk menyokong dan bersama pendapat yang selari dengan tuntutan syarak.[fullstop]

Ok, mari berbalik tentang esok. Esok adalah sesuatu yang belum pasti tapi untuk mengecualikan diri dari berbicara tentang sesuatu yang belum pasti seperti ini bukanlah satu tindakan yang bijak lagi terpuji.(in my own opinion ok!) Membelek kalendar hijri, secara umumnya muslims all over the world sedar ia adalah 12 Rabiulawwal. Dalam kalangan ilmuan dan fuqaha Islam ada yang berpendapat ia adalah tarikh kelahiran insan agung bernama Muhammad s.a.w. Tak kurang juga ada yang menyepakati bahawa ia adalah tarikh kewafatan baginda s.a.w. Dalam bab ini juga aku tak berminat nak ulas sama ada ia tarikh kewafatan or tarikh kelahiran. Siapalah aku untuk mencelah dalam perbicaraan sebegitu kompleks dan rumit. Cuma kebiasaannya, di Malaysia, ia adalah hari cuti umum yang dipenuhi dengan sambutan-sambutan maulidur rasul di pelbagai peringkat. Ada yang mendapat anugerah tokoh maulidur rasul dan menggondol wang beribu-ribu ringgit, ada yang keluar ke jalan raya membawa sepanduk menyatakan bahawa Muhammad adalah penghulu kami dan ikutan terbaik sepanjang zaman, ada yang sanggup berhimpit-himpit di surau-surau or masjid-masjid untuk mendengar peringatan/tazkirah tentang tarikh bersejarah ini dan macam-macam lagi la. Tak kurang juga ada pihak yang mengecam sambutan ini sebagai bid'ah dan berbagai-bagai. Nak list down tak larat kot. Aku lebih suka menjadi pemerhati sebab segalanya ada pro dan kontranya. Yang pentingnya, dalam mengenang Rasulullah, berselawat di jalanan bermati-matian, berarak membawa sepanduk dan lain-lain perkara yang sewaktu dengannya, pastikan kita mengangkat Rasulullah sebagai qudwah dalam kehidupan. Tidak sekadar idola semata-mata.

Tapi, dalam mengambil langkah sebagai pemerhati, aku sedar mengambil bahagian dalam perkara-perkara yang berfaedah juga perlu. Tak kisah lah faedah terhadap dunia or faedah terhadap akhirat kita. Yang penting perlu untuk kita mengambil bahagian. Ambil bahagian yang macam mana ek??? hurm..setidak-tidaknya dalam dunia dan persekitaran yang asing nih, terangkanlah tentang siapa itu Muhammad s.a.w kepada sahabat-sahabat yang mungkin kali pertama mendengarnya. Atau mungkin sahabat yang bertanya dengan penuh kebingungan kenapa majoriti nama pelajar lelaki dari Malaysia mesti ada word 'Muhammad' or 'ムハマド' di hadapannya. Terangkanlah siapa dia Muhammad dan apa hebatnya baginda sehingga begitu ramai sekali ibu bapa yang menamakan anak lelaki mereka dengan nama tersebut.

Terangkanlah dengan penuh hikmah apa harapan yang diharapkan oleh ibu bapa kita sewaktu menamakan kita dengan nama yang begitu terpuji tersebut. Mungkin boleh menjadi pengetahuan tambahan or pencerahan untuk yang bertanya dan menjadi tazkirah ringkas kepada yang ditanya iaitu kita sendiri. Proses penerangan ni mungkin susah untuk dimulakan kalau takda yang bertanya kan??. Maybe agak pelik tetiba kita nak berbicara tentang insan agung bernama Muhammad kepada teman-teman yang mungkin pertama kali mendengar nama tersebut. So, salah satu penyelesaiannya adalah 'create the demand' untuk member-member kita agar mereka bertanya. Yang ni pandai-pandai la adjust dengan suasana dan situasi masing-masing. Perlu diingat bahawa proses penerangan seperti ini tidak memerlukan tarikh 12 Rabiulawwal untuk dilaksanakan. Bila-bila yang perlu, luangkan masa anda moga-moga masa yang diluangkan menjadi saham akhirat kita.

Bercakap tentang 'create the demand' or membuatkan pihak lain penasaran untuk bertanya, ingin aku kongsi sedikit tentang salah satu cara yang pernah aku cuba. Walaupun kesannya tidaklah sampai kumpulan sasar yang aku target mengucapkan kalimah syahadah, ianya cukup untuk memberitahu bahawa ini adalah Islam dan mereka perlu tahu tentang hal ini. Mudah-mudahan menjadi pintu kepada pencarian yang lebih bermakna ataupun jalan untuk mereka menghormati Islam kalaupun jiwa belum sudi menerimanya. Sekadar berkongsi untuk kalian yang membaca berfikir bahawa jalan dakwah itu tidak hanya kita keluar berhari-hari dan tidur di masjid serta membaca kita fadhail amal semata-mata. Bagi aku ianya luas dan boleh diteroka dalam berbagai cara. Ingat, Islam itu indah dan berkongsi sebuah keindahan memberikan kita rasa dan kepuasan yang lebih indah dari keindahan tersebut.

Salah satu cara yang pernah aku gunakan, adalah menyelitkan watak Rasulullah secara tersirat dalam sebuah tugasan. Tiada nama 'Muhammad' or 'Rasulullah' yang aku masukkan dalam tugasan tersebut. Camni ceritanya, masa 1st year dulu, aku pernah ditugaskan oleh eigo sensei aku untuk buat satu short story tentang orang yang aku sayang or orang yang teristimewa dalam hidup aku. Syaratnya jangan sebut nama orang tersebut dan orang itu mestilah bukan ibu atau bapa kita. Sensei cakap dia taknak tahu nama dan tak akan bertanya tentang orang tersebut kepada kami(students). Tapi setelah seminggu aku siapkan dan emelkan tugasan tuh, sensei tanya aku siapa insan istimewa yang aku maksudkan tuh sebab orang lain semua buat pasal gf,bf,senpai,bestfren,sensei fevret and so on tapi aku buat lain.salah satu sebabnya adalah sensei ingat aku sengaja mencipta watak yang pelik untuk dipersembahkan..haha.perangkap sudah mengena dan perbicaraan panjang berlaku. Maka berlakulah pertukaran fakta.

Sedikit perkongsian tentang tugasan tersebut. Sengaja aku lampirkan agar yang membaca dapat tangkap sedikit sebanyak bagaimana untuk menyelitkan watak penting tersebut dalam sebuah tugasan. Fyi, sensei aku tuh amerika-jin dan penganut kristian. Cuma dia taklah begitu serius dalam mengamalkan ajaran agama dia.

MUHAMMAD SYAKIR BIN RAHIM
60142054
I am sure that everyone has a special person in their life. The same thing goes for me.
Although my special friend is no longer in my life, I will try to follow his teaching and way of life as much as I can. Actually I never met him. But I always read about him. His social life, his way of thinking, and everything that had any relation to him I read eagerly. For me he was a great thinker in the history of humankind.
From what I have read about him, his physical appearances were perfect. He was a good-looking man of medium height. He had a well-built body since he was the commander of a great army. He was a very good father to his children and a loving husband to his wives. He spoke softly to people and it was extremely rare for the people of his period, to see him angry. He was also well-known for his ideas of peace and sincerity. Once I read a testimony from his enemy whom at last became his loyal follower. In his testimony, he said that when they were defeated in battle, this great man never did anything bad to them even though they used to call him lots of bad names and even curse him in their daily life. He managed to win the people’s heart with his great attitude towards them just in a few months after the war. It is also said that he was very generous to the people of all ranks of life. He also encouraged the rich to help the poor in order to maintain a good balance in society. Above all, I came to the conclusion that he was sent to the world to meet the needs of people from different social milieus, met with people, influenced them and educated them in matters connected to the individual, the family, the nation, to humanity, and to the universe.
Sungguh aku merasa sangat bangga bila dapat memberitahu siapa Muhammad yang terpuji ini kepada orang lain. Tiada rasa malu untuk mengaku dialah penghulu kita semua.

Begitu juga dalam sebuah tugasan berbentuk presentation where we all need to tell the class what is the most important thing in our own life. Untuk tugasan yang ini pun aku masukkan tentang Islam dan apa pentingnya untuk aku. Macam biasa sensei yang banyak bertanya berbanding rakan-rakan nihonjin. Nanti la aku cerita pasal benda nih kalo ada masa.

Apapun, secara konklusinya, bertindaklah dengan mempromosikan Islam atau tokoh-tokohnya selagi berpeluang. Sampaikanlah walau hanya satu ayat kalimah-kalimah yang boleh mencetuskan kemahuan untuk berfikir dengan lebih mendalam. Mudah-mudahan kalaupun tak menjadi anak kunci hidayah kepada mereka, ia menjadi tazkirah ringkas untuk kita.

And last but not least, banyakkan berselawat kepada baginda Rasulullah dan menghayati segala ajaran yang baginda sampaikan tanpa mempedulikan tarikh. Mudah-mudahan syafaat baginda terlimpah untuk kita kelak. Samaada 12 Rabiulawwal atau tidak, kita sentiasa mendambakan syafaat dan bimbingan baginda. Terutama sekali pada hari yang tiada berguna segala harta dan kaum keluarga. I guess u all got my point rite??

jya,
love~


p/s:terlupa.sedikit buah tangan berbentuk perkongsian

No comments: