ya Rabb..

Monday, September 24, 2012

syukuri nikmat - say ALHAMDULILLAH


baru-baru ini masa tengah prepare dinner kat dapur, ada mendengar kuliah Ustaz Ismail Kamus; otai dakwah yang tak perlu diperkenalkan lagi di tanah air kita - Malaysia.

tetiba hari ni rasa nak share pulak sebab tiba-tiba teringat. mudah-mudahan bermanfaat dan jadi amal kebaikan untuk kita.

Ustaz ada pesan, jangan lupa bersyukur atas sekalian banyak nikmat tak terhitung yang kita terima tanpa kita pinta daripada Allah. <-- ayat ni standard ja.selalu dengar ustaz-ustaz sebut.

Syukur sering dikaitkan dengan ungkapan kalimah "ALHAMDULILLAH"

Yang menjadi sebab aku nak share adalah part ustaz cakap kalimah alhamdulillah itu bukan sahaja memuji, mengagung dan membesarkan Allah tetapi juga merupakan suatu doa. masa tu la aku mula memberikan perhatian lebih dan menghentikan masakan sebentar. bagi perhatian lebih sikit. sebab part ni agak rare!

Ustaz cakap bila kita bersyukur, sebenarnya kita juga sedang berdoa kepada Allah supaya ditambahkan lagi segala nikmat yang Dia kurniakan untuk kita di samping memohon perlindungan daripada azab siksa. Ustaz datangkan ayat di bawah ini sebagai dalil. Ayuh kita renungi bersama.




Nah, sedar tak sedar, dalam masa kurang 10saat kita mengungkapkan kalimah ALHAMDULILLAH, kita juga sebenarnya sedang meminta agar Allah terus menerus menambah nikmat untuk kita hamba-hamba yang sering berhajat kepadaNya. Dengan begitu banyak nikmat kurniaan Allah yang kita dapat, tidakkah kita mahu bersyukur, memuji kebesaranNya dan memperakui ketuhananNya? Ingatlah bahawa nikmat Allah bukan hanya untuk disyukuri ketika sesuatu kejadian ditaqdirkan terjadi bertepatan dengan kehendak kita tetapi seluruh kehidupan ini adalah nikmat!



Jadi marilah kita memperbanyakkan menyebut kalimah ALHAMDULILLAH dalam kehidupan seharian kita dengan penuh istiqamah. Lafazkanlah kalimah suci ini dengan penuh ikhlas di samping menghayati dan memahami apa yang tersurat & tersirat di sebalik kalimah pendek ini. Mudah-mudahan taufiq dan inayah Allah akan sentiasa bersama kita.

Apalah gunanya perkongsian ilmu yang sedikit ini jika tak disertakan dengan amal kerana ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah.

Lu mau pokok buah-buahan yang takda buah?? Gua takmau!

*in case hampa tak kenal Ustaz Ismail Kamus, ni ada sedikit tazkirah ringkas beliau.anggap je sebagai buah tangan.klik play kalau rajin^^

No comments: