ya Rabb..

Sunday, April 17, 2011

new post new story new style

setelah beberapa lama tak menekan ruangan 'NEW POST' , akhirnya semalam ada kejadian or sebab musabab yang membuatkan aku terasa nak menulis. kejadian yang mengingatkan aku kepada beberapa siri perjalanan hidup. kisahnya begini..semalam semasa menunggu di traffic light, ada sorang budak kecil (anak jepun) lambai-lambai sambil buat muka sengal usik-usik aku dari dalam kereta. rasa macam nak ja buka visor helmet dan bagi jelingan paling garang sampai budak tu terjerit or menangis.haha
*hobi sejak ada adik: usik budak.ik2

sebabnya waktu zaman kanak-kanak dulu, aku memang selalu macam tuh bila naik kereta. terutama sekali bila polis ada buat road block. ada saja muka-muka sengal or 'retarded face' aku persembahkan kat polis yang menahan dan memeriksa kereta mama dan abah. sampai kena usik dengan hantu polis. hahaha. panjang cerita hantu polis ni kalau nak ditulis. nanti nak kena check balik rentetan peristiwa secara detail dengan mama dan abah.

sebenarnya aku mengalami sedikit sindrom takut untuk menulis dan gusar untuk bersuara sejak akhir-akhir ni. dulu, ada beberapa orang selalu menegur aku, "ang ni laser la", "mulut takda insurans.." dan macam-macam lagi yang seangkatan dengannya. aku buat kering ja dengan semua tu sebab aku memang jenis akan terus cakap or bersuara as long as aku rasa benda tu perlu diperkatakan. cuma kalau dihujahkan kembali dan ternyata aku bersalah/tersalah memang aku takkan teragak-agak untuk tarik balik kenyataan-kenyataan yang pernah dikeluarkan tersebut. tapi tak kurang jugak ada sesetengah rakan yang menyokong ucapan or teguran or perbuatan aku dengan ayat yang lebih kurang macam nih; "ket, kalau semua orang nak tegur lembut-lembut, tak pedas dan asyik membelai jiwa, sapa lagi nak bg buah hat jenih keras skit.keep it up. cuma jangan terlebih..dan bla bla bla". aku anggap sokongan itu sebagai satu penghargaan dan aku teruskan macam biasa sebab aku tak rasa pun ada part-part 'laser' dalam apa yang pernah aku perkatakan.

DUA PERISTIWA terbaru
1. aku tak pasti sama ada perbuatan aku tu adalah 'laser' atau tidak. hanya dengan sepotong ayat pendek di ruangan komen fb yang aku tinggalkan sebagai persoalan membuatkan seseorang yang mempunyai 206 mutual friend mencampakkan aku keluar dari friend list dia. bukan sedih pun. tak pernah rasa sedih pun kalau setakat putus 'persahabatan' di alam fb. terguris sikit ja. cumanya tertanya-tanya salahkah ayat aku tersebut? pedih sangat kah? kisahnya begini.. seingat aku, teman aku tersebut ada meletakkan link tentang video seorang gadis nak bunuh diri terjun bangunan pasaraya di Kelantan dengan berserta komennya yang berbunyi "inikah yang dikatakan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM?". lantas aku dengan pantas menjadi pengomen pertama dengan meninggalkan ayat pendek "kat mana salahnya slogan tersebut?". esoknya aku dapati tertera button [+Add as Friend] kat profile member yang 5 tahun aku kenali di zaman sekolah menengah. memang betul apa orang kata, 'it tooks years to build a relationship but only a second to destroy it'. terpinga-pinga jugak aku atas sebab apa aku dikesampingkan. sebab komen tersebut or memang dia sedang menjalankan 'friend-cleansing' dari friend list dia. tapi kenapa kami masih punyai 206 mutual friends? hampir sebulan aku ternanti-nanti untuk di add kembali namun sampai hari ini senyap jaa. prinsip aku mudah. aku tak akan add kembali orang yang dah delete aku sebab aku bukan pembersih ludah orang lain. hang dah ludah, hang jilat la balik.takpun lap la balik bagi bersih. aku senang hati ja nak terima kalau dah dibersihkan. bukannya kali pertama orang buat macam ni kat aku. tapi insyaAllah, bengang macam mana pun, kalau di add kembali insyaAllah aku tak kejam sangat nak block.cuma perlukan sedikit masa la kan.orang cakap time is the best healer..

2. ini pun kisah fb jugak. apa kejadahnya fb ni banyak memberi jiwa kacau entah la. betul la ustaz aku pesan dedulu. "banyak memiliki, banyaklah urusannya.." banyak kawan banyak juga ragamnya. ni kisah seorang amoi yang suka emo-emo kat fb. tapi satu hari tu kan, aku tengok dia emo sampai maki-maki kat status dia. segala macam mak nenek keluar; bulls*** la, s*** la, dan perkataan-perkataan yang seangkatan dengannya. atas dasar kasihan dengan side-effect yang aku kira berisiko untuk amoi muslimah bertudung tersebut, aku pun bagi la nasihat kat dia tetapi bukan secara terbuka. aku guna jalan perantara. perantaranya adalah balak/bf kepada amoi tersebut. aku cuma cakap dekat bf amoi tersebut, "tegur-tegur la orang rumah tu, dop molek org tengok".itupun di ruangan chat. kiranya antara kami berdua sahaja. tak timbul aku memalukan di khalayak. kesannya seminggu selepas tu sekali lagi button [+Add as Friend] muncul di profile amoi tersebut yang mempunyai 52 mutual friends.haha. ok enough. aku rasa lepas ni aku cuma akan jaga tepi kain orang yang sudi kainnya dibetulkan. taknak sudah!haha.ini bukan emo ok.

tu dua ja contoh terbaru. tak perlu kot diceritakan semua peristiwa lain. cumanya, sampai hari ini aku tertanya-tanya, 'laser'kah perbuatan tersebut? apakah ini sebenarnya takrifan laser yang sering dikait-kaitkan oleh sebilangan kenalan (especially perempuan) terhadap diri aku. ajarkan aku takrif 'laser' duhai sahabat-sahabat yang disayangi. onegai =.=

ok, berbalik kepada kisah di traffic light dengan kanak-kanak jepun tersebut, aku rasa aku nak start tulis dan ceritakan kisah zaman kanak-kanak aku la. tak dak kacau jiwa sesapa. lagipun 3 minggu lepas waktu video call dengan mama, banyak la kisah kanak-kanak aku diceritakan kembali oleh mama untuk didengari oleh adik bongsu aku. dari kisah nakal sewaktu umur 4 tahun yang membuatkan abah buang aku tepi jalan sampai mama nangis-nangis hinggalah kisah penghujung darjah 6 di mana aku kena kejar dengan abah keliling masjid dan macam-macam lagi.haha..agak ekstreme aku rupanya dulu-dulu. bila mama ingatkan balik kisah-kisah lama malam tu, aku jadi teringat balik semua benda. seolah-olah satu tayangan TV wide screen datang menerpa. dan yang paling best, mama ada request suruh aku tulis balik kisah kanak-kanak aku. untuk tatapan anak-anak cucu katanya.haha. at that time, macam gelak-gelak ja dengan idea mama tu. tapi sejak semalam terasa nak menulis dan mengenang kembali kisah-kisah lama. sesaja tulis untuk masa lapang kot. bukan target untuk anak cucu baca pun. entah sempat beranak bercucu pun tak pasti la kan. moga-moga penceritaan tentang kisah lampau akan memahamkan teman-teman siapa aku dan apa sejarah yang aku lalui.cewahh.bajet macam tokoh la pulak.haha sesaja ja ok.takda idea.

zaman kanak-kanak: spot me!!!!


hurm..bercakap tentang nak tulis kisah-kisah lama, bukan beerti aku nak tinggalkan terus isu-isu semasa. yang mana perlu akan disentuh. tapi akan kurangkan 'jaga tepi kain' orang even aku memang dituntut berbuat demikian dalam dunia yang serba laju nih. 'dalam kain' konfem aku tak kacau aih...bulat ka bujoq ka hitam ka cerah ka aku tak mau ambik tau aih..dengaq nih leklok!



takkan la bila nampak member sendiri buat tak betul nak wat dono dengan harapan akan ada ustaz-ustaz yang berbuat demikian untuk teman-teman tersayang. tu bukan sayang namanya tuh. ustaz-ustaz ada tugas depa yang khas kan. tugas kita betulkan yang mana boleh sesama kita la ek.


macam ni kategori laser jugak ka??bagi aku ok ja

ok, nantikan new post seterusnya dengan tema-tema baru.
harap-harapnya dapat bagi masa untuk satu post seminggu.seminggu satu sudah la
gambarou


jya,
ket
641-0051
*poskod baru tuh.hehe




6 comments:

NurWahidah Abdullah said...

hmm...bukan senang nak menegur org..esp kalu sebaya ja..laser?..hmm..kdg2 b'terus terang 2 lebih baek,kalu b'kias kdg2 org x pham,cuma jgn smpi mengaibkan...

p/s;ha,,kena buang tepi jaln..hehe

hakimhardcore said...

eleh...laser sket pn xblh...kite bakor je!!!kite bakor je!!snang...bkar siap2 nnti xpyah kna bkar dh dkt sna...

..Adam Asmararep.. said...

~Kami Suka berCakap Loghat Utara Sebab Bunyi Dia Kasaq~

~Ket Suka Kena Remove Friend Sebab Dia Tegoq Kasaq~


does it make sense?

ket syakirahim said...

najihatussolehah: pernah seorang cikgu pesan dgn aku, "kamu ni kan, kalau terlalu berterus terang nanti ramai org marah.."...hurm..sentiasa mengingatkan diri utk berkias tp semua kiasan aku mudah dibaca dan dianggap pedih kot..tp x kesah sgt.nk bg semua org suka adalah mustahil..haha

hakimhardcore: tolong bakarkan untuk pihak aku

adam: jgn dok buat john sgt..xkan la "kat mana salahnya slogan tersebut?" pun kasaq..lainla kalau dia mmg merasakan pertanyaan aku tu mmg terselit maksud "adakah anda menyalahkan Islam??"..and aku mmg bermaksud begitu pun.dia terlalu mengenali aku sampai boleh baca maksud tersirat yg aku nk sampaikan
p/s:mgkin juga kerana perbezaan kecenderungan politik menambah lg kecederaan..hurm~

Anonymous said...

ustaz ni super nice..bkn sbb faktor kulit tp cara dia smpaikan..mayb ak jnih yg suka cara kasaq2 kot..bru ada akai skit..hehe

ket syakirahim said...

lepaih dia fire kaw2..dia akan bg ayat.."yg saya kata ni bukan kat sini..saya kata kat org kat zimbabwe nuh..." hahah..perli teruk tuh.tp mau takmau ni la salah sorg ustaz yg terbaik