ya Rabb..

Sunday, April 3, 2011

10 minit: apa khabarmu sahabat?

assalamualaikum..

beberapa hari lepas sebelum tidur, waktu setting alarm kat jam iphone, sempat jenguk ke group Da' X Gen kat fb. seorang kenalan post satu short film. terus tekan like dan play nak tonton tapi terlena. pagi ni tengok semula.



dah tengok??

tengok elok-elok dan fahami. dari pemahaman aku, setiap 10 minit kita adalah berbeza. bukan terhad kepada jangka masa 10 minit sahaja. entah-entah setiap saat kita berbeza dari segi suasana, kesulitan, kegembiraan, apa yang bermain dalam benak fikiran, dan bahkan mungkin berbeza dalam bab memperhambakan diri. itulah uniknya kehidupan.

ok, mengambil skop 10 minit, ianya mungkin berbeza antara seseorang yang berada di alam percutian sesi pengajian dengan seseorang yang sedang bergelut dengan kesibukan final exam.

berbeza juga 10 minit seseorang yang menikmati suasana aman sambil melayari youtube, membalas komen di fb, bersembang di skype dengan seseorang yang berada di tanah bergolak; tiada masa membalas emel, tiada kelapangan bersolat secara tamam, terpaksa menggalas senjata mempertahankan watan dari dikuasai penjajah dan pelbagai keperitan.

berbeza juga 10 minit perasaan seorang anak muda berusia 20an di tanah asing yang bangun tidur sambil termenung rindu teringatkan mamanya menyediakan secawan milo panas setiap pagi dengan seorang anak kecil survivor tsunami yang bangun pagi menanggung perasaan rindu sambil menghadap laut dan bertanya bilakah ibu, ayah dan adiknya akan dipulangkan semula oleh laut yang menghantar ombak besar untuk menelan mereka yang dia sayangi.

terlalu banyak perbezaan walaupun sekadar 10 minit yang dipertimbangkan..

menonton short film 10 minit tadi membangkitkan sedikit rindu dan resah yang akhirnya diterjemahkan sebagai sebuah tulisan. jika sebelum ini rindu dan resah itu wujud cuma di benak pemikiran, hari ini ia ditulis untuk dihayati. tak salah juga jika aku katakan tulisan ini ditulis untuk mengingatkan rakan-rakan lain (terutama IBT F20's otokotachi) tentang nasib rakan kita di tanah bergolak. kalau ada yang masih ingat tentang mereka, doa-doakanlah kesejahteraan dan keselamatan mereka.

masih ingat dengan mereka??

esam (libya), ali (yaman), aku n agheh (mas)


abdurrahim (libya)

again with esam

tak dapat dipastikan bila kali terakhir aku bertemu wajah dengan esam dan ali. tapi sehari sebelum fly ke Jepun tahun 2009 dulu, sempat berbual melalui telefon dengan esam. kali terakhir berbual dengan ali al yamani adalah melalui ym tahun lepas. khabarnya sudah pulang ke yaman. seminggu sebelum berangkat ke Jepun tahun 2009 juga sempat gi makan pizza dengan abdurrahim kat Tesco Mergong, Alor Setar sebab waktu tu dia dah sambung MBA kat UUM. abdurrahim dah pulang ke libya tahun lepas. sejak abdurrahim pulang ke libya, pernah beberapa kali kontek melalui ym. tapi semenjak dunia arab bergolak, tak ada seorang pun yang online kat ym. apalah nasib mereka agaknya. semoga semuanya baik-baik sahaja.

menonton al jazeera menambah resah di dada. teringat dahulu pernah berbicara tentang Muammar Gaddafi dengan esam dan abdurrahim. kedua-duanya amat menyanjung Gaddafi kerana sikapnya yang tak pernah tunduk kepada tekanan dunia barat dan amerika. walaupun ada beberapa perkara yang mereka berdua berbeda pendapat tentang Gaddafi, aku dapat rasakan kedua-duanya sayang dan senang dengan Gaddafi. teringin sekali bersembang dan bertanya perkara sebenar yang berlaku di sana. ditambah pula selepas tersebarnya fatwa Dr. Yusuf al-Qardhawi untuk menghalalkan darah Muammar Gaddafi di media elektronik.

pandangan kedua-dua orang ini (esam dan abdurrahim) mungkin penting dalam aku mengiyakan fatwa qardawi tersebut. bukan mencari jalan mengingkari sebuah fatwa, cuma berhati-hati dalam tindakan atau persetujuan. esam bukanlah orang yang biasa-biasa. memegang PhD dalam veteriner science, seorang huffaz al-quran dan juga cucu kepada Omar Mukhtar; individu penting dalam gerakan pembebasan libya dari cengkaman itali. darah pejuang mengalir dalam tubuh esam dan terzahir pada fizikal serta tutur katanya bila berbicara tentang bab jihad. abdurrahim pula adalah anak kepada salah seorang pegawai tinggi dalam angkatan tentera libya. semestinya dia lebih tahu inci-inci pergolakan yang tercetus.

apapun aku tetap merindui teguran-teguran esam terhadap kesalahan bacaan quran aku dan kesungguhan abdurrahim mengajar aku bahasa arab. tak lupa juga lawak-lawak arabic-english ali yang hanya boleh difahami setelah difikir berkali-kali. semoga kalian selamat, tanah air kalian juga selamat dari penguasa yang zalim serta penjajah yang tak pernah jemu mengintai peluang meneguk kekayaan dunia arab.

walaupun sudah beberapa bulan kita terputus hubungan lisan, aku tetap yakin belum sampai masanya untuk dihadiahkan solat ghaib untuk kalian. masih ada doa seorang sahabat dari bumi yang aman. mungkin juga selepas tulisan ini dipostkan, bilangan pemohon doa kepada Allah atas kesejahteraan dan keselamatan kalian juga akan bertambah. itulah harapan besar aku sebagai sahabat atas usaha sekecil ini. moga-moga ada doa yang diterima tanpa hijab oleh Allah daripada rakan-rakan yang sudi mendoakan kalian.

buat rakan-rakan, terutamanya yang mengenali insan-insan diatas, utuskanlah doa buat mereka. meskipun 10 minit kita semua mungkin berbeza, sudikanlah menyeragamkan seminit atau dua minit yang kita miliki untuk berdoa atas tujuan yang sama; SEMOGA ALLAH MENYELAMATKAN SAUDARA KITA DI TANAH BERGOLAK..ameen


love,
Muhammad Syakir bin Rahim


3 comments:

..Adam Asmararep.. said...

subhanallah...
nice post ket... =)

ket syakirahim said...

=)
doa2kan mereka..antara rakan2 yg byk menyabarkan aku ketika mula bertatih mengenal erti ghuraba di KL

Anonymous said...

nice post ket!by the way ni video 10minutes ni adalah salah satu asmmnt aku last sem utk klas bi..kami bnyak review short movie cmni..keep it up bro!