ya Rabb..

Friday, January 7, 2011

SUKA SUKI

Tetiba ja malam nih terasa nak menulis walaupun ada dua kerja lagi yang perlu aku bereskan. Report jikken(lab) ada sikit lagi. Seizu dah habis.yeay!!

Semalam terpandang kalendar.."wah, dah 6 haribulan..bebudak masuk sekolah dah..cikgu-cikgu mesti tengah sibuk nih..call cikgu gosip-gosip best nih.." tetiba ja aku terfikir camtuh. Tapi jam dah pukul 3 pagi. Kerja gila kot nak call cikgu kat Malaysia time macam nih..haha

Serius dowh kadang-kadang bila aku teringat Malaysia, bayangan or kenangan zaman sekolah pun mesti nak tumpang sekali datang balik dalam kotak pemikiran aku. Bukan setakat kenangan family, kenangan zaman sekolah pon menyibuk gak nak ambil tempat dalam palaotak nih. Schoolsick orang kampung aku kata.haha.. Selalunya bila mengalami sindrom schoolsick or nak update info pasal sekolah lama, dua orang cikgu ni je yg aku call untuk gosip-gosip. Sorang cikgu biologi aku yang ada iras-iras Oki Setiana Dewi, Cikgu Kamariah.haha. Sorang lagi Sir Ahmad Suki, cikgu english merangkap mentor dorm aku dan juga pengurus team hoki sekolah(during my time la). Dah pukol 3 pagi(japan), takkan aku nak call Malaysia and sembang kan?? Gila kot. Takda common-sense orang kedah kata! So aku pun jenguk-jenguk la wall fb dua orang cikgu nih. Tinggalkn sedikit komen and blah.

Sebenarnya semalam tuh bukan sebab rindu sekolah sangat pun. Lebih kepada rasa down and sunyi di tengah malam. Kalau zaman sekolah dulu, kadang-kadang bila tengah malam and tak boleh lena, sembang gak dengan jiran dorm aku, Sir Suki.(dorm aku sebelah bilik warden dowh.haha). Banyak benda boleh sembang. Bab kereta, bab senior-senior ngan junior-junior dan kadang-kadang sampai bab zaman sekolah sir dulu-dulu. Aku macam biasa la kalau bab sembang dengan sapa pun aku layan. Seronok gak bila fikir balik. Kat asrama sembang macam kawan. Tapi bila dalam kelas dan perjumpaan pengawas, sembang serius macam tak pernah kenal. Macam lawak plak aku rasa. Owh I mish the kenangan~

Pastuh boleh plak aku terfikir, apa sebab la nama cikgu aku tuh SUKI??hahaha.lawak sungguh otak aku nih. Banyak-banyak benda, nama cikgu jugak yang aku nak fikirkan. Cakap je la rindu kan senang..haha. Dahtu aku pun layan pemikiran aku tuh. Boleh pulak aku fikir maksud SUKI( 好き )dalam bahasa jepun. Kalau dalam bahasa jepun maksudnya adalah SUKA. Teringat plak kadang-kadang aku dan member-member selalu cakap "suka-suki mak ayah dia ja nak wat camnih" or ayat-ayat yang sewaktu dengannya bila bengang or tensen ngan sesapa..haha. Ada gabungan 'malay-japan' di situh.kuang3~

Pastuh kan, untuk lebih membuang masa lagi kan, hati aku tetiba bermonolog "Suki!!! penyanyi amoi yang femes dari program OIAM tuh..haha". Jari pun mula la cari dalam playlist ipod aku ada ke tak lagu suki penyanyi tuh. 'BERDIRI' lagu dia kalau aku tak silap. Aku tau lagu yang tu je bila orang sebut nama SUKI.bukan Sir Suki ok! Lagu Suki yang lain tak tau pulak. Tau berdiri ja. Cari punya cari tak jumpa. So search la kau tiub-anda lagu 'berdiri' tuh..jumpa pun. Macam lagu motivasi pun ada bila dengar 2 3 kali. Mai nak share ngan semua orang lagu tuh..klik kat bawah nih kalo nak dengaq


bagaikan bangun dari igauan

derita dulu kutinggalkan

tiada tangis hanya senyuman

cerita baru kumulakan


dulu tak pernah ku percaya

aku insan istimewa

satu di antara berjuta

dan kini lihatlah..


berdiri aku di sini

takkan tewas

takkan ku menyerah diri

selagi hasrat dihati

belum tercapai aku takkan berhenti

dapatkah engkau merasa

hangatnya semangatku

bagai bercahaya

berdiri aku di sini

melangkah menuju gemilang pasti

menuju gemilang pasti..


masih lagi terdengar suara

mereka mencemuh dan tertawa

meruntuhkan segala keyakinan

namunku tetap bertahan


masih segar di dalam ingatan

jalan yang penuh kepahitan

aku harungi dengan tabah

dan kini lihatlah


tapi semua ini

tetap kumiliki

tanpamu disisiku

memberikan kasihmu selalu


berdiri aku di sini

takkan tewas

takkan ku menyerah diri


Amacam??

kind of motivation rite??

lol..jauh otak aku merantau untuk terjumpa satu lagu motivasi. Dari rindukan sebuah kenangan ke nama cikgu dan akhirnya ke sebuah lagu..berkilometer gak nih otak aku berkelana..haha.nak kena cari hentian RnR jap nih.

Aku agak terkesan dengan part 'belum tercapai ku takkan berhenti' tuh even semangat aku takde la hangat bagai bercahaya apa semua tuh. At least dengar lagu ni rasa macam nanka yaruki ga deru!!(entah kenapa tetiba ada semangat).

Doa-doakan aku bersemangat weh. Exam lagi sebulan lebih je lagi tapi aku dok rasa macam ada subjek yang aku nak drop/abaikan je nih. Padahal ada masa lagi nak study kan. Entah la sebab apa. Maybe sebab makin dibaca makin tak faham kot..aiyaaa

Ok dah jumpa hentian RnR..bubye~


-mencari semangat di sebalik schoolsickness-

No comments: