ya Rabb..

Monday, January 3, 2011

perkongsian: AWAKEN

Assalamualaikum..

seperti yang dijanjikan dalam post sebelum nih, malam ni nak share sikit la apa yang aku peroleh serba sedikit dari program Winter Gathering IPIJ 2010 minggu lepas. Tapi sebelum tuh nak ingatkan kepada yang nak membaca bahawa penulis bukanlah seorang pembentang or pencerita or tukang karut yang baik dalam memperkatakan sesuatu yang diperkatakan oleh orang lain. Segala kekurangan harap dimaafkan. Tapi akan diusahakan sehabis baik untuk mempersembahkan semula apa yang diperoleh dari program..

bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim..




Oleh sebab terlalu banyak isi penting yang aku dapat dari program nih,aku akan meringkaskan point-point yang aku rasa banyak terkena pada diri aku je lah. Sebenarnya terlalu banyak pengisian yang ustaz berikan(klik sini untuk kenal ustaz). Seeloknya aku berikan gambaran kasar dulu lah tentang pengisian-pengisian yang diberi. Dari segi perjalanan jadual, ada pengisian yang terpaksa digabungkan menjadi satu slot sebab kuliah fondisi (slot pertama) tak dapat dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan kerana banyak peserta terkandas disebabkan salji tebal. Aku tak terkecuali dalam hal nih..kuang3.terkandas beb.haha.ok la kan pengalaman..

Kuliah Fondisi + Kuliah 1 [Fikrah Islam Tulen]
Dalam sesi nih banyak diterangkan tentang fikrah Islam yang betul dan tujuan kami berada di program. Tak lain dan tak bukan sessi 1st nih macam ulangkaji untuk melihat di mana sepatutnya kita (muslim) berdiri,fikrah bagaimana yang perlu kita jalani dan apa kekuatan yang kita ada. Semestinya jawapan untuk kekuatan itu adalah Al-Quran dan As-Sunnah(QnS). Namun yang menjadi persoalannya bagaimana sikap kita (muslim) terhadap QnS. Adakah kita sebagai muslim telah menggunakan sumber kekuatan kurniaan Allah ini dalam melayari kehidupan kita?? Kalaupun persoalan tu mampu dijawab, aku dapat merasakan masih ada ruang penambahbaikan untuk mengangkat QnS ke tahap yang setinggi-tingginya dalam menguruskan sistem hidup kita(terutama dalam konteks kita di Malaysia). Seterusnya ustaz memberi peringatan bahawa "Islam itu datang dengan prinsip dan tidak didatangkan dengan model". Yang didatangkan dengan model hanyalah dalam bab ibadah. Sebab dalam bab ibadah kita memang tak dibenarkan berinovasi. Lakukan ibadah mengikut apa yang nabi ajarkan. Antara dalil hadis yang ustaz berikan adalah dalam bab haji dan bab solat seperti 'Ambillah haji dariku, sebab aku tidak tahu, barangkali aku tidak berhaji lagi sesudah hajiku ini.'( HR Muslim no : 2286 ) dan 'Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat'(HR. Bukhari, Muslim Ahmad).So dalam bab ibadah memang Allah sertakan model kepada kita iaitu model yang dibawa oleh nabi saw. Korang jangan ingat benda ni terhad kepada ibadah solat dan haji sahaja ek. Aku tulis yang mana aku ingat je nih. Hadis tu pun aku google je tadi sebab masa kuliah aku banyak mendengar dan tak banyak menyalin.

Bila diterangkan dengan lebih lanjut tentang "Islam itu datang dengan prinsip dan tidak didatangkan dengan model", baru aku sedar rupa-rupanya banyak benda yang boleh kita Islamkan. Bukan setakat orang, sistem-sistem yang ada pon kita boleh Islamkan. Caranya adalah dengan membuang unsur-unsur yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam dan menerapkan/memasukkan prinsip-prinsip yang didatangkan oleh Islam ke dalam sistem tersebut. Maka Islamlah sistem tersebut. Tapi proses tersebut bukanlah semudah yang dibicarakan di sini. Kita serahkan kepada pakar yang mampu untuk melaksanakannya. Sekadar mengambil tahu mudah dan luasnya Islam yang kita anuti sejak lahir. Sebagai contoh boleh lihat bagaimana lahirnya sistem perbankan Islam dan lain-lain. Aku bukan pakar nak cerita satu persatu..cari sendiri ar..terlalu panjang perbicaraan bab nih.
#nota:perbankan Islam lahir setelah sistem perbankan yang ada dimasukkan prinsip-prinsip perekonomian islam a.k.a iktisod islami.bukan beerti Islam tak mampu melahirkan/mewujudkan sistem perbankan sehingga kita terpaksa meng'adjust' model 'orang lain'.terlalu panjang untuk dibicarakan di sini.

Seterusnya aku tertarik dengan satu contoh yang ustaz berikan tentang sistem jual beli di zaman kita yang tak ada di zaman nabi. Contohnya urusniaga menggunakan vending machine. Kalau mengkut mazhab syafie(kalau tak silap aku la.kalau salah sila betulkan), antara syarat sah jual beli mesti ada aqad jual dan beli diantara penjual dan pembeli. Maknanya untuk menjadikan jual beli itu sah, si penjual kena cakap "saya jual" dan si pembeli kena cakap "saya beli". So,dalam kes vending machine nih korang nak ke cakap "saya beli" dengan mesin tuh untuk memastikan jual beli korang sah?kang kalau tetiba mesin tu jawab "saya jual" ada yang tumbang pengsan kena serangan jantung kot.haha. or korang nak terus mengelak dari berurusan dengan vending machine sebab merasakan syarat sah tak wujud? Kalaulah Islam itu datang dengan model bukan dengan prinsip, dah tentu tak sah kita berjual beli dengan vending machine sebab vending machine(MODEL) takda zaman nabi. Alhamdulillah Islam tu didatangkan dengan prinsip. So prinsip-prinsip jual beli dalam Islam dapat diaplikasikan dalam kes vending machine nih. Menurut ustaz, sepanjang beliau belajar dan berkecimpung dalam bidang ekonomi dan muamalat Islam, terdapat kira-kira 56 hadis(if i'm not mistaken or salah dengar) yang membicarakan bab-bab seperti ini. Tapi setelah diringkaskan dan dikaji semua kandungan hadis tersebut, kesemuanya membawa kepada kesimpulan bahawa prinsip Islam dalam bab muamalat ini adalah ianya sah selagi tiada unsur ①gharar(syak atau ragu-ragu) ②batil(penipuan) ③riba.So berbalik kepada kes vending machine nih, hukumnya sah walaupun jual beli secara sistem tersebut tiada di zaman nabi dan nabi tak mengamalkan pun jual beli secara sistem tersebut. Sebabnya tak ada pun unsur syak atau ragu-ragu, penipuan dan riba dalam urusniaga vending machine nih. Kalau adapun nak dikatakan 'so called penipuan' bilamana mesin rosak or stok minuman yang korang nak out of stock. Masuk duit and tekan butang tapi tak keluar air. Tu dah masuk bab lain la tuh..haha. Tapi nak dapat kata putus bahawa hukum tersebut adalah 'SAH' pun memerlukan perbicaraan yang panjang dalam kalangan ulama. Aku cerita secara kasar je. Aku bukan ulama nak ceritakan in details. Ni adalah pemahaman ringkas yang ingin aku kongsi dengan korang je. Kalau salah sila betulkan ek.

Salah satu sebab aku terasa nak kongsi bab nih adalah kerana bila ustaz bagi contoh vending machine ni, aku macam terfikir sorang-sorang sambil sebut "oooo..." panjang-panjang. Sebabnya adalah aku baru sedar yang aku tak pernah terfikir pulak sampai mendalam macam diorang fikir dalam hal jual beli menggunakan vending machine nih. Yang aku tahu sebelum nih, kalau dahaga, masuk duit dalam mesin and tekan air yang mana berkenan.hahaha. Bila ustaz bagi contoh dan penerangan bab vending machine nih, baru la aku rasa relevannya Islam.tak kira zaman bila pun memang boleh apply di mana-mana.patut la ada ayat quran yang menyuruh kita masuk ke dalam Islam secara keseluruhan(kaffah).rupa-rupanya vending machine pun tak luput dari pandangan hukum Islam..sugoi desyo??owh,such an AWAKEN for me!!

Lepas bagi contoh ekonomi Islam dan perbankan Islam serta contoh vending machine, ustaz ada bagi contoh uslub dakwah zaman nabi dan dakwah zaman kita dan macam-macam lagi. Ada diterangkan yang mana prinsip yang mana model. Banyak benda la kalo nak terangkan satu-persatu. Yang pentingnya semua contoh-contoh yang ustaz berikan menarik la untuk membuatkan aku faham tentang tema "Islam itu datang dengan prinsip dan tidak didatangkan dengan model". Macam biasa la aku akan "0ooo.." panjang-panjang sorang-sorang dalam hati sebab kagum dan rasa macam lawak sebab aku tak pernah terfikir pun semua tuh ada dalam syariat Islam. So rasanya banyak benda dalam kehidupan harian kita yang boleh kita beri suntikan prinsip Islam.

Pastuh, masuk sedikit bab takrif ghuzwah al-fikr sebagai penerangan secara ringkas untuk sessi selanjutnya..
Bab ghuzwah al-fikr tu nanti la aku tulis. Dah penat dan nak tidur.
InsyaAllah ada ruang dan peluang akan disambung kembali perkongsian tentang sessi-sessi yang selanjutnya dengan ustaz. Doakan semoga ada kelapangan masa untukku mengingat dan menulis di sini..ameen


bersama ustaz bermain salji(sori wat muka sengal sket..haha)


oh ya, kalau ada sebarang kesilapan dalam penerangan di atas, mohon diberi tunjuk ajar.. ^_^

sorejya,oyasumi
love~

No comments: