ya Rabb..

Saturday, January 1, 2011

misi selesai*





Alhamdulillah..
segala puji bagi Allah atas segala nikmat kurniaanNya..terutama sekali nikmat iman dan Islam

Akhirnya setelah melalui musafir yang panjang, diizinkan Allah untuk kembali ke rumah dengan selamatnya.syukur ya Allah. Walaupun banyak halangan ditempuhi sepanjang musafir kali ini, syukur segalanya dah habis.(buat masa ini)

Alhamdulillah minggu lepas berkesempatan mengisi sedikit ruang waktu yang dilapangkan Allah untukku dengan beberapa aktiviti yang boleh aku katakan berfaedah. Kelihatannya seperti sebuah percutian. Tapi percutian sambil belajar mungkin. Banyak ilmu yang dikutip. Tak kurang juga ada ketikanya, aku merasakan seolah-olah diri aku kelemasan dalam lautan ilmu yang tak mampu untuk otak dan jiwa aku renangi. Ada kalanya, perbicaraan tingkat tinggi dalam kalangan 'orang-orang tinggi' memang mencabar pemikiran pelajar jalanan macam aku. Kadang-kadang timbul rasa kerdil-sekerdil-kerdilnya diri sendiri bila berbicara dengan orang yang tinggi wawasan dan perancangannya. Tapi tak mengapa, dengan sedikit kesabaran dan semangat yang dibawa, berjaya mengubah segala 'so-called dugaan' menjadi sebuah motivasi (kot).

Mungkin juga boleh dikatakan ini sebagai percutian untuk berkasih-sayang dan melepaskan rindu antara sahabat-sahabat yang dipisahkan oleh faktor geografi. Banyak berita tentang kawan-kawan diupdate(bukan gosip ok!), ada juga kisah keluarga yang dikongsi dan macam-macam lagi rasanya. Yang penting sekali,semuanya telah aku lalui sepanjang minggu lepas dengan seronok.

Terima kasih tak terhingga kepada ajk program yang bertungkus-lumus memberikan yang terbaik kepada peserta-peserta nakal macam saya.hahaha.tak lupa juga ustaz yang sudi meluangkan masa dengan kami semua.

Kesimpulannya, terima kasih lah kepada semua. Syukur kepada Allah atas segala nikmat dan peluang .

Segala ilmu dan pengalaman sepanjang seminggu ini akan diusahakan sedaya upaya untuk dikongsi di blog nih.insyaAllah kalau ada rezki. Malam ni penat kot. Baru sampai tadi. Perlukan sedikit rehat.

go-kuro-san, ipij-san tachi[tokuni warga kerja WG2010].arigatou



jya,oyasumi
love~




*for the time being

No comments: