ya Rabb..

Tuesday, January 4, 2011

2011→ past.present.future

Salam..

Rasanya belum terlambat untuk aku wish selamat datang 2011 dan sayonara 2010. Sebabnya aku belum beli kalendar baru untuk diletakkan di sudut meja study. So mood 2010 masih ada sikit-sikit..haha

Oh, baru sedar aku tak buat lagi post pasal azam baru or tahun baru..haha
Gaya sembang macam ada azam baru la kan..ada kot..jom tengok ada ke tak..

First thing first, jom sembang gaya ahli bahasa penjajah yang suka mengajar bahasa penjajah kepada anak bangsanya. Dedulu waktu sekolah, selalu kena hafal past tense la, present tense la and macam-macam lagi tenses2 yang canggih manggih sampai aku rasa TENSion!.haha.ok la, woi ahli bahasa! kalau aku kata past tense of 2011 is 2011ed salah tak? Kan dedulu selalu diajar benda past ja, kalau verb kena +ed.(bila pulak 2011 tu verb??)lantak ar. Macam bangang ja aku rasa. Pastuh bila 'buy' buleh plak jadi 'bought'. Apa kes??

Hahaha. Apa aku mengarut nih? Ni mesti sebab tadi baru sembang dengan ahli bahasa nih.haha Ok2.serius2..

2010←2011→20_ _??
Ok la kita ambil perbicaraan orang biasa. Sebelum 2011 adalah 2010 dan selepas tuh semestinya 2012, 2013 dan ke atas..kan? Sengaja aku biarkan kosong 2 angka last tuh sebab aku tak pasti sempat sampai ke tak ke angka-angka berikutnya. Silap haribulan 2011 tak sempat habis aku padam dulu.haha

Sekarang dah masuk awal 2011. Tapi aku masih berpeluang memandang episod-episod 2010 yang aku lalui. Ada yang best, ada yang ok la orang kata, ada yang superb dan ada yang tak best. Yang pentingnya semua tuh adalah ketentuan terbaik dari Allah untuk aku lalui. Aku sendiri tak pasti apa impian/azam/cita-cita yang aku tetapkan masa awal-awal melangkah ke 2010 dulu. So, agak sukar untuk aku merefleksi apakah aku dah capai target 2010 aku atau belum sebelum melangkah ke 2011 nih. Rasanya cukuplah aku menoleh sejenak ke belakang melihat 2010 yang semakin hari semakin jauh akan aku tinggalkan.
-tiada jawapan yang pasti tentang 2010-

Yeahh..sekarang jom tengok 2011 pulak. Well aku melangkah masuk ke 2011 tanpa aku sedar yang aku dah berada dalam 2011. Aku tersedar yang aku dah ada dalam tahun 2011 pun sebab jikken-aite(lab partner) aku antar mesej hepi new year.(satu-satunya mesej new year taun nih..haha) Maybe tak sedar dah masuk 2011 sebab malam sebelum tuh (31 Dis 2010) aku penat sangat travel balik ke Wakayama dari Toyohashi. Sampai rumah call parent kat Malaysia jap and update satu post kat blog pastuh tidur. Waktu sembang dengan parent pun takde pulak diorang ucap happy new year or ingatkan aku tentang 2011. Mungkin sebab benda camnih bukan tradisi dalam keluarga aku kot. Bangun subuh tak chek pulak mesej handset. Bangun kali kedua dah tengahari kol 12.30 camtu baru sedar ada mesej. Cakap kat diri sniri "laaa..dah 2011 rupanya.laju sungguh masa bergerak"

msg new year..haha


Lepas solat zohor baru terfikir apa la azam aku untuk tahun nih. Lama jugak rasanya termenung seorang diri berfikir tentang azam baru. Last-last aku wat kesimpulan azam aku untuk tahun ini adalah NAK JADI BAIK dari tahun-tahun sebelumnya iaitu 2010 dan tahun-tahun sebelumnya. Baik yang macam mana tuh tak pasti la pulak kan. Pendek kata jadi baik lah. Teringat pulak doa setiap pagi masa sekolah menengah dulu. 5 tahun aku sekolah menengah, hari-hari (hari persekolahan je la) aku aminkan doa nih. "Ya Allah jadikanlah bagi kami hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini". Dulu-dulu aminkan doa nih rasa macam angin lalu je. Tak ambil serius sangat pun. Tak terkesan di hati sangat. Kadang-kadang tu tadah tangan aminkan doa sambil usya burung terbang kat langit, jari dok sibuk main-main jerawat yang ada kat muka dan macam-macam lagi la aktiviti sampingan yang boleh dibuat time orang baca doa...haha.kenangan oh kenangan.

Tapi nak jadi better dari sebelum nih bukannya senang kan. Banyak usaha perlu digandakan. Banyak juga benda perlu aku korbankan. Tengok la sekadar termampu aku akan berusaha. Taknak la tension-tension sangat berusaha untuk jadi better kan. Zaman tension-mension kan dah lama berlalu.haha. Pastuh usaha kena disertai doa, kena tawakkal dan bersangka baik dengan Allah kan?? So kena alert skit la pasnih. Kadang-kadang tuh dah usaha+doa, lupa nak tawakkal plak. Ada gak dah doa+usaha+tawakkal, terlupa nak bersangka baik pulak kan. Macam-macam ada. Korekara (mulai saat ini) dalam setiap tindakan memang kena alert dan pastikan kesemua unsur usaha, doa, tawakkal, dan sangkaan baik kat Allah bergerak serentak. Tak boleh cicir walau satu unsur. Doa-doakan aku ek kawan-kawan. Ameen~

Impian/azam/angan-angan untuk future (2011 dan seterusnya) pulak macam mana ek??
Yang ni memang tak ada dalam benak pemikiran aku sangat. Kalau ada pun dedulu yang pernah aku rancangkan, aku tengah delete sedikit demi sedikit sebab aku dah nak stop menjadi seorang yang terlampau futuristik. Entah sempat sampai ke tak aku pun tak tahu. Aku ingat nak bertindak untuk masa yang ada je la. Yang kedepan tuh nanti-nanti la ek. Cumanya aku ada pasang cita-cita kalau boleh sebelum aku ditamatkan perkhidmatan sebagai makhluk bergerak di atas muka bumi nih, aku nak gak rasa solat khusyuk 100% tu macam mana. Orang dok cerita nikmat gila. Aku rasa aku tak pernah pun lagi 100% khusyuk dalam solat. Mesti ada saja benda datang ganggu kekhusyukan solat aku. problem2~

Bila ditanya kat ustaz-ustaz macam mana nak khusyuk dalam solat, lebih kurang sama ja jawapan. Semua cakap "susah nak cerita syeikh..". "ana nak cerita pun payah bab nih..". "..ingridientnya terlalu banyak syeikh.." laa..aku dengaq pun rasa payah dah sebab banyak sangat jawapan.brr~
Kalau korang ada tips kongsi-kongsi la ngan aku ek. Ni cita-cita lama dah dok simpan nih.

Rasanya tu je kot untuk post kali nih. Semoga setiap orang berjaya dengan perancangan masing-masing. Ingat, kita hanya merancang. Allah yang tentukan. Dan ketentuan Allah tu lah yang terbaik untuk kita semua.

sekian.

No comments: