ya Rabb..

Saturday, October 9, 2010

terkenang sikit-sikit laaa

assalamualaikum dan salam 1 malaysia(ik3..terpengaruh)

apa kes aku bagi salam macam pembaca berita kat Malaysia nih??
jawapannya adalah terpengaruh..haha.lama sangat balik Malaysia ni lah jadinya.
sekali ni ja aku bg salam 1 malaysia.lepas ni insyaAllah x buat dah.haha

macam mana la hari ni aku tergerak hati nak menulis.aku rasa sebab aku dah mencapai tahap kebosanan dan kesunyian yang teramat sangat la kot.hari ni hujan lebat dari semalam.nak keluar pon jadi malas sebab dari semalam badan dah rasa tak sedap dan sakit tekak sikit-sikit.Alhamdulillah pagi tadi dah lega sikit even time subuh tadi kahak masih banyak dan nak cakap or telan air liur pun rasa tak best.

hurm..
nak cakap apa ek?aku rasa aku dah terkena sakit rumah a.k.a homesick la.
teringat kat rumah,family, kawan-kawan n kenangan-kenangan lama kot..
semalam aku tidor kat rumah senior lepas habis usrah mingguan sebab hujan lebat sangat.pastu sama-sama tengok bola nihon vs. argentina(nihon menang 1-0.yeay!!), sembang-sembang bab masa depan sket sebab senior aku dah nak kahwin tak lama lagi dan tonton kuliah ustaz azhar sama-sama.ada unsur2 serius,lawak,tegang,bengang,geram dan macam2 lagi sepanjang malam.boleh kata best jugak la kan.

pastu kan pagi tadi lepas solat subuh berjemaah dengan senior aku tuh, aku baring-baring sambil dengar kuliah ust nik nasri sampai la terlena semula sebab senior aku dah pergi baito.rajin betol orang nak kahwin ni pergi baito kan??hujan lebat pon sanggup diredah.aku plak sedap je buat taik mata.nak bina masjid punya pasal kan..ganbare senpai!!

bila aku terjaga dari tidur,tengok-tengok jam dah pukul 10.30 pg..masyaAllah lama sungguh aku lena kat rumah orang.senior aku pon dah balik baito.siap masak dan ajak aku makan lagi.bapak segan macam ni.dah la tidur kat rumah orang, makan tidoq ja aku taw.malu2..apa nak jd la ang ni ket oii!!

tapi masa aku bangun tu kan..ada sesuatu yang membuatkan jiwa aku terusik..senpai aku pasang lagu nashid yg dah lama aku tak dengar dan aku nyanyikan( or doakan)..sayu gak rasa.teringat zaman sekolah dulu-dulu.nashid tu adalah nashid bertajuk I'tiraf..pergh..menyentap jiwa dan kenangan lama sebab zaman sekolah dulu setiap kali lepas solat maghrib secara berjemaah kami akan sama-sama nyanyi/berzikir/berdoa dgn kalimat yang sama.kadang-kadang sampai terasa sebak,sayu dan insaf.tapi nampaknya dah lama aku meninggalkan amalan ni.dulu-dulu siap hafal lagi..so aku rasa aku kena mula amalkan semula ni.dah sampai masanya aku kena kembali mencari perkara-perkara baik yang dah lama aku abaikan atau tinggalkan.paling tidak, kalau bukan selepas solat macam dulu-dulu masa sekolah pun, aku dengar dan hayati pon ok rasanya.

so,sesiapa yang rajin or ada kelapangan masa,tengok-tengok dan hayatilah nashid I'tiraf tuh.insyaAllah ada manfaat untuk diri kita rasanya..

sekian.

3 comments:

ket syakirahim said...

lol..baru sudah post blog,senpai aku dah call ajak p joging around wakayama-jo pas isyak japg.panjang umor sungguh dia..jya,adios~

Daraini Binti Oyot said...

agak ar..bangun2 je makan~ nice song i'tiraf^_^

ket syakirahim said...

lol..biar laaa cikgu