ya Rabb..

Monday, August 16, 2010

zzzZZzzz..

ASSALAMUALAIKUM semua..

Pada saat ketika post ni ditulis, aku sebenarnya sangat mengantuk dan penat.Aku tulis ni dengan harapan rasa mengantuk tu akan lari dan menghilang.Orang cakap bila penat+mengantuk ni, ubat paling mujarab adalah TIDUR.Tapi aku terpaksa bertahan walaupun aku bersetuju dengan nama ubat tersebut.Sebab apa aku mengantuk? Sebab apa aku penat? Sebab apa yang aku terhegeh-hegeh tak tidur tapi memilih untuk menulis? Kejap lagi aku bagi jawapan.




Jawapannya..
Penat sebab aku baru balik dari kobe dan osaka selepas dua hari aku keluar kejap dari kg. wakayama ni.
Mengantuk sebab aku tidur 2 jam ja semalam. Pastu pagi tadi masa dalam densha(train/keretapi) on the way dari kobe-wakayama, aku cuma boleh tidur-tidur ayam ja.
Sebab apa aku tak tidur even rasa sangat mengantuk adalah kerana aku menunggu tetamu yang nak datang rumah.So, terpaksa membuat mata bertahan dengan apa-apa aktiviti yang ada.

Sebenarnya aku berniat nak tulis dan kongsi apa yang aku lalui sepanjang 2 hari di osaka dan kobe. Tapi aku simpan dulu la benda-benda yang perlu diceritakan dengan lebih teliti. Cukuplah aku nyatakan dulu tujuan aku ke osaka dan kobe. Aku ke osaka sebenarnya dengan niat asal nak mencari omiyage(souvenir) untuk dibawa pulang ke Malaysia dan nak pi bertarawih di Osaka Mosque. Tapi tiba-tiba ada jemputan dari kawan-kawan di osaka untuk sama-sama join majlis berbuka puasa di sana. So,ikut je la kan. Rezeki jangan ditolak. Pastu niat aku ke kobe memang nak pergi berbuka dan bertarawih di Masjid Kobe. Dah sampai masjid kobe banyak cerita pulak yang jadi.Nanti la cerita-cerita panjang tu aku update kemudian.

Jam baru pukul 9.30 pagi tapi badan aku berpeluh-peluh dah ni. Rasanya perlu mandi ni.So, aku stop setakat ni dulu. Mandi dulu kot2 mengantuk boleh hilang lepas mandi..hehe

No comments: