ya Rabb..

Friday, August 13, 2010

lamanya aku berpencen..

hurm..lama benar rasanya aku tak merepek-repek makan kerepek kat sini..entahla..banyak benda bermain dalam kepala otak tapi satu pun tak terluah di sini or di mana-mana ruang yang ada..

eh terlupa pulak..belum bagi salam
ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera...
sila jawab ok!

Bercakap bab salam ni kan.Aku teringat kata-kata sorang ustaz yang aku ikuti kuliahnya di alam maya.Ustaz cakap, memberi salam adalah satu-satunya amalan SUNAT yang diganjari pahala lebih besar daripada amalan WAJIB.Alasannya adalah kerana pemberi salam(sunat) adalah orang yang memulakan perbuatan baik sedangkan yang menjawab(wajib) pula bukan orang yang memulakan.Lebih kurang macam tu laaa..ntah la.Aku pun ingat-ingat lupa.Apa-apa hal pun kita tak perlu bertekak pahala siapa lebih besar.Bagi salam dan jawab salam sesama kita dah cukup bagus aku rasa.Tinggal kat nihon ni susah nak bagi salam kat orang.Jumpa member asyik ckp OHAYO jer..Pagi pon sebut OHAYO.Tengahari pon OHAYO.Petang pon OHAYO..hahahaha.lawak betul la.Padahal OHAYO kalau diterjemah bermaksud selamat pagi.Layan je la..budaya orang kan.Buat apa la aku nak komplen banyak-banyak budaya orang lain.Raikan je la setakat yang boleh.Pepatah melayu pun ada kata 'masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang lembu menguak' kan????Cuma aku tertanya-tanya kalo termasuk kandang harimau apa perlu aku buat.MENGUCAP agaknya..haha.Tapi kan, kadang-kadang aku terfikir,tak semua benda kita kena ikut budaya tempatan kan?kan?kan?Tolong la iyakan kata-kata aku nih.

Aku pon tak tahu sebab apa aku tetiba merepek tentang salam dan ohayo nih.Otak aku ni betul ke tak nih?Aku rasa ni sebab aku menulis tanpa tujuan yang jelas.Aku memang selalu macam ni,gagal menentukan halatuju yang jelas sebelum bertindak.Bila di tengah-tengah perjalanan,baru ada idea.
Peribahasa melayu yang aku guna tadi tu pun entah betul ke tidak maksudnya.Entah-entah tak selari pun dengan apa yg aku nak sampaikan.Seriously, aku main bantai je tulis ikut apa yang ada dalam kepala.Mungkin aku perlu jadi lebih teratur lepas ni setiap kali sebelum menulis.

Apa lagi yer aku nak tulis nih?
Hurm..tiba-tiba aku teringat tentang kisah-kisah lucu yang pernah terjadi antara aku dengan kawan-kawan di sini..nak share ke tak ek?Aku kena tenangkan fikiran baru boleh tulis dengan baik.Nanti la yer..ada baiknya aku susun semua cerita-cerita lawak tu elok-elok dulu sebelum aku cerita kat semua.Takut gak nanti kalau aku cerita lompat sana lompat sini, aku sorang je yang rasa lawak tapi pembaca jadi blurr.Aah..sebelum aku tamatkan post kali ni aku nak ucap SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN kat semua.Ok la.Kena berhenti setakat ni dulu sebab tak masak apa-apa lagi untuk sahur kejap lagi.Kalau ada silap kat mana-mana mohon diberi tunjuk ajar.

SELAMAT BERSAHUR
jumpa lagi nanti insyaAllah

3 comments:

Hzwan Hammad said...

naisu..enjoy baca blog ni..ik3

Unknown said...

haha..
masuk kandang kerbau menguak la ket..
apa lah..
lama sgt dok jepun nyh!!
=p

ket syakirahim said...

hahaha.dahtu peribahasa yg betulnya apa?
ajarin dong!!