ya Rabb..

Friday, October 15, 2010

hari ini hari khamis..

hari ini kau datang riang,tersenyum buatku senang..kau hias dirimu,membuat hati bertambah sayang..
phewwittt~
apa kes la aku nyanyi lagu lama nih??
sebenarnya hari ni macam-macam sangat yang terjadi.so terasa macam nak kongsi la dengan sesiapa yang sudi membaca catatan anak bujang di tengah malam nih..haha.[ayat cap ayam]

well..harini macam biasa la kan.tetap hari khamis.aku bangun pagi macam biasa.subuh giri-giri sebab dah pukul 5.40 pg camtuh.ku awali hariku dengan mendoakanmu agar kau slalu sihat dan bahagia di sana..sebelum kau melupakanku lebih jauh.sebelum kau meninggalkanku lebih jauh[lagu lagi]

haha.aku pun tak tahu macam mana nak mulakan penulisan malam nih even hati rasa nak sangat luahkan apa yang aku rasa sepanjang hari.mulut pulak asyik nyanyi jaa.apakah ini menandakan ada kegembiraan yang teramat sangat dlm hati ini??..hurm..sebenarnya lebih kepada kegembiraan yang terlahir dari sebuah kesedihan.apa yang sedihnya?

yang sedihnya adalah moto aku rosak!!
tapi takpa.kita tinggalkan bab moto tu sebentar sebab kejadian rosak tuh berlaku pada waktu petang.haha..kita follow dari awal pagi lah senang.boleh??
hurm..sebenarnya pagi tadi muhammad syakir bin rahim telah bangun pagi dengan bersemangat sekali sebab semalam sebelum tidur dia, dah janji dengan ustaznya yang berada di malaysia untuk call dan sembang-sembang pada pagi hari berikutnya[hari ni laa].ada beberapa persoalan yang memerlukan penjelasan dari ustaz.ik2.tapi agak malang apabila dia online skype untuk menelefon ustaznya tiba-tiba dia disapa oleh seorang sahabat sekolah menengahnnya yang memulakan perbicaraan dengan pertanyaan yang memerangkap dan mensesakkan dada untuk dijawab[きもっ!!].setelah berjaya mengalih perhatian si dia yang bertanya, syakir telah berjaya meminta excuse dan membuat panggilan ke malaysia.yeay!!

apa yang aku sembangkan dengan ustaz,tak perlu diceritakan kot.tapi aku sempat mengucapkan tahniah kepada ustaz kerana zaujahnya telah selamat melahirkan anak yang ketiga dua hari yang lepas.alhamdulillah..semoga bermanfaat untuk ummah.tahniah sekali lagi buat ustaz dan ustazah.


ini ustaz saya(zaman dia muda dulu)

lepas habis sembang semua tu, sempat jugak aku bukak website al muttaqin untuk topup ilmu dan rasa kehambaan di pagi hari..tudia ayat..haha.hari ni hari khamis.aku ada kelas pukul 4.30 ptg sampai 6 ptg ja.hehe.so pepagi ni manjakan sedikit telinga untuk layan benda-benda best apa salahnya kan..masa ada banyak kan.hoho

pastuh mula kemas-kemas tempat tidur dan pi mandi sebab hari ni nak gi pejabat imigresen jepun sat.ada urusan sikit.pejabat tu taklah jauh sangat.lebih kurang 4 km je dari rumah.tapi still kena lintas sungai kinokawa la kan.cantik sungai nih.sejuk mata memandang wa cakap lu.alamak!!!wei dah lewat ar.dah kol 1.34 a.m.aku kena tidor dulu nih.esok harijumaat dan aku ada latihan hoki waktu pagi.so mmg kena tidor dulu nih.6.30 am dah nak kena keluar esok.huhu.ada masa nnt aku update len n cerita sampai abes..bubye~

3 comments:

Daraini Binti Oyot said...

B-

ket syakirahim said...

ghajin menyemak karangan la plak cikgu nih..x final exam lg laa..lek dlu.SPM baru skor A++

Daraini Binti Oyot said...

cikgu cuma nak tengok perkembangan murid2.. B-