ya Rabb..

Monday, November 22, 2010

OH TIDAK!! cuti lagi..




cuti dtg lagi..yeehaaa
salam aidiladha.

tetiba malam ni rasa nak menulis la plak.maklumla tadi lepas maghrib tertido and now dah tak boleh nak tidor semula..yabai2
untuk pengetahuan semua, gua sedang cuti selama 5 hari..aiyaaa.nikmat kelapangan di situ.agak melalaikan kalau tak dipenuhi dengan baik.moga2 tulisan ni tak melalaikan penulis dan juga pembaca.ik2.[ayat skema]

well aritu time umat islam semua sambut aidladha n solat sunat aidiladha,aku ada kelas sampai petang.lepas petang ada training pulak sampai malam.besa laaa pulon.haha.kesian kan??

pastuh semalam dan hari ini adalah university open day or dalam bahasa jepunnya gakuen-sai. Bagi uni aku kami panggil wadai-sai ja.student2 bukak gerai,wat konsert la,menari lompat terhegeh-hegeh la,wat exhibition tentang aktiviti club masing-masing la dan macam-macam la sangat.

hari pertama.
aku pun menyibukkan diri pi menyemak tolong member-member kelab hoki meniaga pada hari first.kelab aku jual yaki-onigiri(grilled ball rice) ngan yude tamago(telur rebus).hahaha.mesti rasa nak tergelak kan ada orang jual telur rebus.aku pun gelak gila-gila bila member-member cakap nak jual telur rebus.tapi ikut je la majoriti.cuma tak sangka sebab ada jugak orang beli telur rebus yg dah dikupas dgn harga sebiji ¥40..lol
dah la sikit-sikt tentang hari first.tgk la pics member-member aku yang separa sengal nih



rajin2 bebudak nih


geng2 promoter

wiwitt..amoi~

okeh..sudah la sikit-sikit hari pertama..jom tengok hari kedua pulak

hari kedua...
jeng jeng jeng..hari kedua tiba..para pria malaya terpaksa berhempas pulas meniaga tanpa bantuan cewek..bila la nak datang kohai pompuan nih??ringan beban sket..haha.dengan tenaga kerja seramai 9 orang jantan kami berkerjasama.produk yang dipertaruhkan adalah roti jala..kuang3..gila kot jual roti jala 3 keping+kari ayam harga ¥300.MYR10 gurai tuh..tapi takpa ada ramai pelanggan sebab promoter baguih..sebelum tengahari dah abes stok wa cakap lu.gerai malaysia adalah antara gerai yang tutup awal sebab laku sangat..haha.cuma agak terkilan sebab as a promoter yang ke sana ke sini, aku sendiri tak sempat nak makan roti jala..sedih~
tapi agak gembira jugak sebab ada antara member-member nihonjin aku yang ke gerai malaysia setelah dipromote dan dipaksa(kohai2 je yg kena) puji cakap sedap..siap cakap lepas ni nak mai makan kat rumah aku..gila!tapi tak boleh bangga sangat sebab orang jepun benda tak sedap pun akan cakap sedap sebab nak ambil hati orang..haha

pastuh kebetulan hari ni ada senpai2 syakaijin dari himeji,kobe dan osaka datang terjah wakayama.so meriah lagi la kan.cuma time senpai2 sampai gerai dah tutup.so,senpai2 syakaijin hanya sempat cuci mata je la..haha
ok, jom usya gambar hari kedua pulak.semua bukan dari kamera aku.amik kat fb je pon..zasss~


aku halim ee dan mook


bila pompuan datang jual,sebakul senpai beli..cuba laki yg jual tgk apa jadi..ik2


muka puas gerai tutup awal..haha
thnks senpaitachi for coming!

pastuh bila gerai tutup awal,kebetulan hari ni かりゆし58 datang buat show kat main stage dari pukul 1.30ptg sampai habis(4.30 gurai).free live concert tuh..aku sempat gi tengok untuk 2 lagu terakhir ja sebab layan senpai2 ke gerai-gerai lain,n bawa 2 orang budak kecik ni shoping kat gerai-gerai yang ada


haha.beli pencil case baru


tudia mengayat ajak g shoping

bebudak 2 orang ni(reina-chan n mika-chan) memang mengingatkan aku kepada anak-anak saudara di malaysia.masa mula2 jumpa dua2 orang ni panggil aku 'oppai'.WTH!..yg si datuknya suka sambil gelak2..x paham aku kelucahan kanak2 sekarang..haha

dah habis window shoping ngan senpai2.sempat la gi tengok かりゆし58..lagu last adalah lagu fevret aku,さよなら..

dah balik ke rumah n solat asar.senpai2 tadi ajak gi makan udang besar la pulak..senpai2 ni kalau datang wakayama mesti nak gi kedai tuh.aku pun tak faham kenapa..layan je la.memuliakan tetamu kan..apa salahnya.melayang jugak ¥1380 untuk dinner hari tuh

sebelum..ittadakimasu~

tinggal kepala kena belasah
gochisomasadeshita!!

lepas penat menjamu selera dan mendengar bicara orang tua2.semua gi bengkel nakakita-san sebab ada orang nak beli keta..skyline youuuuuuu.kita tengok la siapa orangnya nanti.dah keluar kereta baru kita tunjuk..haha
ok la..time untuk tidoq.esok training walaupun hari isnin.ganti training hari sabtu yang cansel sebab wadai-sai..zzZzz
sekian..otsukare minna
love~

2 comments:

Anonymous said...

gile!asal aku xthu blog ni dh ditiup roh?demnn..btw..nice post!nk lawan justeru ke ni?ik2

ket syakirahim said...

aku dah mula bosan nih..
sabishii teruk
mula berbicara pada dinding semula.give me a call kalo free(siang je la)